You are on page 1of 24

BAB 5 :

JIRIM DALAM ALAM


SIAPA TAHU APA ITU JIRIM?

PERNAH DENGAR
PERKATAAN JIRIM??
JIRIM
Semua benda di alam ini wujud sebagai jirim dan
bukan jirim.
Jirim ialah benda yang mempunyai jisim dan
memenuhi ruang.
Jirim Mempunyai Jisim, maka jirim mempunyai berat
di bawah tarikan graviti bumi.
Jirim Memenuhi ruang, maka jirim mempunyai
isipadu tertentu.
TUGASAN
Sila buat peta bulatan mengenai contoh jirim dan
contoh bukan jirim

Bukan
Jirim
Jirim
SIFAT FIZIKAL DAN SIFAT KIMIA JIRIM
Sifat fizikal – sifat jirim yang boleh diukur dengan alat pengukur, dan boleh
dikenalpasti dengan menggunakan deria manusia. Kita boleh memerhatikan
sifat fizikal tanpa mengubah jirim tersebut.
Sifat kimia - sifat jirim yang mengalami perubahan kimia apabila bertindak
balas dengan bahan lain. Jirim perlu berubah untuk memerhatikan sifat
kimianya.
SIFAT FIZIKAL DAN SIFAT KIMIA JIRIM
Sifat Fizikal Sifat Kimia
Wujud dalam
3 keadaan

Pepejal Cecair Gas

PEPEJAL, CECAIR DAN GAS DIBINA DARIPADA


UNIT-UNIT YANG DISEBUT ZARAH ATAU PERTIKEL.
TEORI KINETIK JIRIM (TKJ)
Saintis menggunakan TKJ untuk menerangkan sifat fizikal dan sifat kimia
Berdasarkan TKJ :
1. Semua jirim dibina drpd zarah-zarah seni yg tidak dilihat dgn mata kasar
2. Zarah-zarah adalah diskrit, wujud secara individu dan boleh diasingkan
3. Jirim yg tulen, semua zarahnya adalah sama, cth : emas
4. Semua zarah mempunyai tenaga kinetik.
RESAPAN DALAM JIRIM
Cecair dan gas adalah bendalir kerana kedua-duanya boleh mengalir
Gerakan cecair dan gas secara RAWAK menyebabkan resapan berlaku.
RESAPAN ialah proses PENYEBARAN zarah jirim pada semua arah dari kawasan
berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah.
RESAPAN
KADAR RESAPAN
Berbeza bagi pepejal, cecair dan gas
Bergantung pada saiz ruang antara zarah-zarah jirim
Ruang antara zarah yang besar membolehkan zarah bergerak lebih mudah dan
cepat.

Semakin besar ruang di antara zarah,


semakin tinggi kadar resapan.
PERBANDINGAN KADAR RESAPAN
PERUBAHAN KEADAAN JIRIM
Jirim boleh berubah dari satu keadaan jirim ke keadaan
jirim yang lain.
Jirim berubah apabila SUHU PERSEKITARAN jirim berubah.
Suhu meningkat- Jirim menyerap haba dari persekitaran
Suhu menurun – Jirim membebaskan haba ke persekitaran
PEMANASAN
-Zarah-zarah pepejal menyerap haba
-Tenaga haba ditukar kpd tenaga Kinetik
-Zarah pepejal akan bergerak dengan lebih cepat.

-Zarah akan keluar drpd kedudukannya


-Pepejal pun bertukar menjadi cecair
-Semakin dipanaskan, zarah bergerak bebas dan menjauhi ssl.

-Apabila zarah menyerap lebih byk tenaga haba, cecair pun


bertukar menjadi gas
-Zarah-zarah gas bergerak dgn lebih cepat, rawak dan menjauhi
ssl.
PENYEJUKAN
-Zarah-zarah gas membebaskan haba
-Tenaga Kinetik menjadi rendah/berkurang
-Zarah gas akan bergerak dengan lebih perlahan dan mdekati ssl lalu
menjadi cecair.

-Zarah cecair terus membebaskan haba.


-Tenaga kinetik berkurang
-Zarah cecair bergerak lebih perlahan dan mendekati ssl.

-Zarah-zarah pepejal membebaskan haba


-Tenaga Kinetik menjadi sangat rendah
-Zarah pepejal hanya bergetar pd kedudukannya.
PROSES YG TERLIBAT SEMASA PERUBAHAN
KEADAAN JIRIM(SILA INGAT)
JOM TENGOK VIDEO INI UNTUK MEMAHAMI
MENGENAI PERUBAHAN JIRIM
PERUBAHAN KEADAAN JIRIM (SUSUNAN ZARAH)
PERUBAHAN KEADAAN JIRIM
GRAF PEMANASAN
GRAF PENYEJUKAN
HUKUM KEABADIAN JISIM
Perubahan keadaan jirim merupakan perubahan fizikal
Semasa perubahan fizikal, jumlah zarah di dalam jirim tidak
berybah, maka jisim juga tidak berubah.
Hukum keabadian jisim menjelaskan :
a) Jirim tidak boleh dicipta atau dimusnahkan
b) Jirim boleh berubah drpd satu keadaan kpd keadaan lain.
c) Semasa mengalami perubahan fizikal, jisimnya diabadikan.

You might also like