You are on page 1of 6

EVOLUSI SISTEM PENDIDIKAN

• Pendidikan merupakan teras kepada


pembangunan sesebuah masyarakat dan negara.

• Di Malaysia, penekanan dalam pendidikan oleh


pihak kerajaan dapat dilihat melalui peruntukkan
dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang
secara konsisten memperuntukkan sejumlah
peruntukan daripada komponen perbelanjaan
perkhidmatan sosial sebanyak 20 peratus untuk
pembangunan pendidikan negara (Hairol Anuar,
2010).
• Kemajuan yang begitu pesat dalam bidang
teknologi elektronik, satelit, telekomunikasi dan
ICT membolehkan seseorang itu menyampai,
mengumpul, menyalurkan menyebarkan,
mengurus, memproses atau menyimpan pelbagai
jenis maklumat dengan cepat dan mudah.

• Kemudahan e-mel, world wide web (www),


teknologi digital, internet, CD ROM dan bahan
multimedia interaktif menjadi alat atau
kemudahan baru dalam sistem pendidikan
bersifat bestari (Hairol Anuar 2010).
• Oleh kerana itu, budaya pendidikan telah
menjalani transformasi apabila pendidikan
yang menjurus daripada keupayaan memori
telah berubah kepada penjanaan
pengetahuan melalui pemikiran kreatif dan
inovasi selaras dengan perkembangan ICT.

• Evolusi pendidikan sebegini secara langsung


telah mempamerkan sistem pendidikan yang
dinamik di Malaysia.
• Rentetan daripada perkembangan yang pesat
terhadap ledakan ICT ini, sistem pendidikan
dalam negara turut berubah dengan
menjadikan ICT sebagai salah satu kompenan
penting dalam proses pendidikan.

• Perkembangan ini menurut Muhammad


Zaffwan et al. (2013) diteruskan lagi dengan
teknik permainan digital dalam pendidikan.
• Signifikan permainan digital di dalam pendidikan
diperkukuhkan lagi melalui dapatan kajian
Smaldino et al. (2005) yang mencatatkan bahawa
pengaplikasian sistem pendidikan dengan
menggunakan teknik permainan digital adalah
sangat fleksibel.

• Ia juga mempunyai kelebihan untuk


mengaplikasikan prinsip-prinsip pembelajaran
yang menjadi teras pendidikan seperti penerapan
beraneka unsur sebagaimana yang tercatat dalam
teori tingkah laku, teori kognitif dan teori
konstruktif.

You might also like