You are on page 1of 38

TAFSIR TAHLILI

IQS 4092
SURAH AL – KAHFI AYAT 42 – 62

PENSYARAH : USTAZAH NAJMIAH BINTI


OMAR
NO NAMA NO. MATRIK

1 MUHAMMAD AMIN BIN AZMIN 039567

2 MUAZ BIN MUHAMMAD 041682

3 MUHAMMAD AFNAN BIN FAIZAL 040631

4 AHMAD MUSLIHIN BIN MOHAMAD RAZALI 041780


‫ع ُرو ِش َها‬ ‫علَىَ ُ‬ ‫يَ خَا ِوَيَةَ َ‬ ‫علَىَ َماَ أَنفَقََ فِي َها َو ِه َ‬ ‫ب َكفََّۡي َِه َ‬ ‫ح يُقَ ِل َُ‬‫صبَ ََ‬ ‫ط بِثَ َم ِر ِهۦ فَأ َ ۡ‬ ‫‪َ ‬وأ ُ ِحي ََ‬
‫ُون ََِّ‬
‫ٱّلل‬ ‫ص ُرونَهُۥ ِمن د َِ‬ ‫ح ٗدا ‪َ ٤٢‬ولَ َۡم تَ ُكن لَّهُۥ فِئَةَ يَن ُ‬ ‫ك بِ َربِيَ أ َ ََ‬ ‫ل يَلَ ۡيتَنِي لَ َۡم أ ُ ۡش ِر َۡ‬ ‫َويَقُو َُ‬
‫عَۡقبٗ ا ‪٤٤‬‬ ‫ق َُه ََو خ َۡيرَ ثَ َوابٗ ا َوخ َۡيرَ ُ‬ ‫ّلل ۡٱل َح َِ‬
‫ك ۡٱل َولَيَ َةُ ِ ََِّ‬ ‫ص ًرا ‪ُ ٤٣‬هنَا ِل ََ‬ ‫َو َما َكانََ ُمنت َ ِ‬
‫ط ِب ِهۦ نَبَاتَُ‬ ‫س َما َِء فَ ۡ‬
‫ٱختََلَ ََ‬ ‫ل ۡٱل َحيَوَِة ٱل ُّد ۡنيَا َك َماءَ أَنزَ ۡلنَ َهُ ِمنََ ٱل َّ‬ ‫ب لَ ُهم َّمث َ ََ‬ ‫ٱض ِر َۡ‬ ‫َو ۡ‬
‫ل ش َۡيءَ َُّم ۡقتَد ًِرا ‪٤٥‬‬ ‫علَىَ ُك َِ‬‫ٱّللُ َ‬‫ح ََو َكانََ ََّ‬ ‫ح َه ِش ٗيما تَ ۡذ ُروَهُ ِ‬
‫ٱلريَ َُ‬ ‫صبَ ََ‬ ‫ض فَأ َ ۡ‬‫ۡٱۡل َ ۡر ِ َ‬
‫ك ث َ َوابٗ ا َوخ َۡيرَ‬ ‫عن ََد َربِ ََ‬ ‫ص ِل َحتَُ خ َۡيرَ َِ‬ ‫ل َو ۡٱلبَنُونََ ِزينَ َةُ ۡٱل َحيَوةَِ ٱل ُّد ۡنيَاَ َوٱ ۡلبَ ِقيَتَُ ٱل َّ‬ ‫ۡٱل َما َُ‬
‫ارزَ َٗة َو َحش َۡرنَ ُه َۡم فَلَ َۡم نُغَادِرَۡ ِم ۡن ُه َۡم‬ ‫ض بَ ِ‬ ‫ل َوت َ َرى ۡٱۡل َ ۡر ََ‬ ‫س ِي َُر ۡٱل ِجبَا ََ‬‫ل ‪َ ٤٦‬ويَ ۡو ََم نُ َ‬ ‫أ َ َم ٗ َ‬
‫ل َم َّر ِۢةَِۚ بَ َۡ‬
‫ل‬ ‫ج ۡئت ُ ُمونَا َك َما َخلَ ۡقنَ ُك َۡم أَ ََّو ََ‬ ‫ص ٗفا لَّقَ َۡد َِ‬ ‫ك َ‬ ‫علَىَ َر ِب ََ‬ ‫ضواَ َ‬ ‫ع ِر ُ‬ ‫أَ َح ٗدا ‪َ ٤٧‬و ُ‬
‫ب فَتَ َرى َۡٱل ُم ۡج ِر ِمينََ ُم ۡش ِف ِقينََ ِم َّما‬ ‫ض ََع ۡٱل ِكتَ َُ‬ ‫ل لَ ُكم َّم ۡو ِع ٗدا ‪َ ٤٨‬و ُو ِ‬ ‫عمۡ ت َُۡم أَلَّن نَّ ۡج َع ََ‬‫زَ َ‬
‫صى َهاَ‬ ‫ل أَ ۡح َ‬ ‫ل َك ِبي َرَة ً ِإ ََّ‬ ‫يرَٗة َو ََ‬‫ص ِغ َ‬
‫ِر َ‬ ‫ل يُغَاد َُ‬ ‫ب ََ‬ ‫ل َه َذا ۡٱل ِكَت َ َِ‬ ‫ِفي َِه َويَقُولُونََ يَ َو ۡيلَتَنَا َما َِ‬
‫ك أ َ َح ٗدا ‪٤٩‬‬ ‫ل يَ ۡظ ِل َُم َرَبُّ ََ‬ ‫اض ٗراَ َو ََ‬ ‫ع ِملُواَ َح ِ‬ ‫َو َو َجدُواَ َما َ‬
Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan
kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya
pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia
berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku

Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula
tidak dapat membela dirinya sendiri.

Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan
yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan
yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat)
Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air
yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan
kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan
(ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal
faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas
yang memberi harapan.

Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat
(seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga
Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka
Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan
kepada mereka): "Kamu sekarang telah datang kepada Kami - (berseorangan) sebagaimana Kami
telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan
menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)".

Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang
berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai
celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau
yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu
sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam";
lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap
perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai
sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh
bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu
Perumpamaan Kehidupan Dunia Yang Tidak Kekal Dan Beberapa
Peristiwa Pada Hari Kiamat

• “Pertolongan itu bagi Allah pertolongan yang sebenar-benarnya


• kisah dua orang lelaki pada zaman sebelum Nabi Muhammad
S.A.W. Salah seorang daripadanya mempunyai harta benda yang
banyak dan pengikut yang ramai tetapi mengkufuri Allah S.W.T.
Apabila Allah S.W.T menimpakan bala ke atasnya, kekayaan dan
pengikut-pengikut tidak dapat memberi sebarang pertolongan
kepadanya
• Allah S.W.T maha berkuasa menentukan samua perkara sama ada
banyak ataupun sedikit, lambat atau cepat, lama atau sekejap
dan segala-galanya
• Semua manusia akan dikumpulkan oleh Allah S.W.T padahari
kiamat tanpa mengira pangkat, kedudukan mereka semasa di
dunia
Semua manusia akan dikumpulkan oleh Allah S.W.T padahari kiamat
tanpa mengira pangkat, kedudukan mereka semasa di dunia

• Begitulah perangai Iblis, dia bersama – sama dengan manusia pada


ketika manusia kuat dan gagah tetapi apabila manusia itu lemah
dan memerlukan pertolongan maka dia meninggalkannya
• kita hendaklah tahu membezakan di antara ikhitar yang betul
dengan ikhitar yang salah. Ikhitar dengan cara meminta pertolongan
dari iblis adalah tidak betul dan bercanggan dengan hukum Allah
Apabila dia ditimpa bala, tidak ada sesiapa pun yang boleh menolongnya.

Bala tersebut menimpa dirinya lantaran kesombongan dan kemegahannya.


Bukan sekadar itu sahaja, malah ia tidak menerima nasihat daripada kawannya yang
beriman itu. Lebih dasyat lagi dia menghina pula sahabatnya itu.

Ayat ini jika dibaca dengan ataupun . kalau dibaca dengan baris bawah
bermaksud, “Di sana pertolongan itu bagi Allah yang sebenarnya.” Kalimah tersebut
juga menjadi sifat bagi Allah S.W.T. tetapi kalau dibaca dengan baris atas bermaksud,
“Pertolongan itu bagi Allah pertolongan yang sebenar-benarnya. Kalimah tersebut
menjadi maf’ul mutlak iaitu sifat kepada pertolongan. Kedua-duanya maksud dan
bacaan ini adalah hampir sama di antara satu sama lain.
Percayalah, sesungguhnya Allah S.W.T yang sebenarnya memberi pertolongan,
pahala dan balasan kepada manusia. Justeru itu, setiap manusia hendaklah bersungguh-
sungguh taat, tunduk dan patuh kepada menunjukkan kesombongan dan kemegahan
apabila berada di dalam kesenangan. Kita hendaklah sentiasa mengingati Allah S.W.T
kerana kita akan diperhitungkan di hadapanNya. Allah S.W.T telah menceritakan dalam
ayat-ayat yang sebelum ini berkenaan dengan orang yang berbangga dan bermegah
dengan harta benda dan pengikut-pengikut yang ramai. Perbandingan yang dinyatakan
oleh Allah S.W.T itu ialah melalui kisah dua orang lelaki pada zaman sebelum Nabi
Muhammad S.A.W. Salah seorang daripadanya mempunyai harta benda yang banyak
dan pengikut yang ramai tetapi mengkufuri Allah S.W.T. Apabila Allah S.W.T
menimpakan bala ke atasnya, kekayaan dan pengikut-pengikut tidak dapat memberi
sebarang pertolongan kepadanya. Ayat-ayat tersebut merupakan templak Allah S.W.T
kepada orang-orang kafir Quraisy yang menganggap bahawa kekuatan itu hanya
bergantung kepada harta benda dan pengikut yang ramai. Di dalam ayat-ayat ini pula
Allah S.W.T menyebut lagi berkenaan dengan orang-orang yang bersifat sedemikian
sebagai pengajaran kepada mereka dan orang-orang yang seumpama mereka pada
zaman sekarang.
Maksud mereka di dalam ayat ini ialah golongan pembesar-pembesar Quraisy
pada zaman Rasulullah S.A.W, manakala pada zaman sekarang, mereka tergolong di
dalam kalangan orang-orang yang menentang pejuang-pejuang Islam. Kemudian air
hujan yang Allah S.W.T turunkan dari langit itu akan meresap ke dalam tanah dan
menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang besar dan yang kecil. Semuanya tegak dan
subur sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Dan apabila tumbuh-tumbuhan
itu tidak subur lagi , makakesemuanya akan menjadi kering. Bukan sekadar kering,
malah ditiup oleh angina laksana debu yang berterbangan. Itulah perbndingan kepada
harta benda dan kehidupan manusia di dunia ini, segala-galanya akan hancur seperti
debu yang ditiup angin.
Allah S.W.T maha berkuasa menentukan samua perkara sama ada banyak
ataupun sedikit, lambat atau cepat, lama atau sekejap dan segala-galanya. Justeru itu,
setiapa manusia tidak wajar berbangga dan bermegah dengan apa yang dikurniakan oleh
Allah S.W.T kepadanya kerana kesemua itu adalah bersifat sementara sahaja. Bukannya
kekal abadi dan boleh dibawa mati. Sesungguhnya perjalanan menuju ke negeri akhirat
tidak boleh disamakan dengan kehidupan duniawi yang penuh dengan kebenaran ini.
Seseorang yang ingin pergi ke sebuah kota boleh membawa bekalan dan pakaian yang
secukupnya tetapi untuk ke negeri akhirat, tidak boleh membawa sebarang bekalan
dengan kebendaan.
Harta benda dan anak-anak itu kalau ditadbir dengan cara yang baik maka ia
akan menjadi baik lagi sempurna dan begitulah sebaliknya. Semua itu merupakan
perkara-perkara yang menjadi kekuatan sementara kepada manusia di dunia ini,
sekiranya disalah guna maka ia akan menjadi perkara yang mendukacitakan dan
menyakitkan manusia.

Amal soleh yang dilakukan oleh orang-orang miskin bersama-sama dengan Nabi
Muhammad S.A.W adalah amalan yang sebaik-baiknya di sisi Allah S.W.T walaupun
mereka tidak disukai oleh pembesar-pembesar Quraisy lantaran kemiskinan dan
kedaifan mereka.
Ayat ini menceritakan tentang peristiwa berlakunya kiamat. Pada ketika itu,
gunung-ganang danbukit bukau yang besar, teguh dan kuat akan terangkat dengan
mudah oleh tiupan sangkakala sehingga menjadi seperti kapas atau debu yang
berterbangan. Kalaulah harta benda manusia menjadi seperti habuk, maka ia tidak pelik
bagi Allah S.W.T untuk melakukan itu semua supaya mereka mempercayai kebangkitan
pada hari kiamat..

Bukit bukau dan gunung-ganang yang diterbangkan oleh angin akan gugur
semula ke bumi menyebabkan bumi menjadi datar dan rata. Pokok-pokok kayu yang
banyak, bangunan-bangunan yang dibangga-banggakan oleh manusia semuanyahancur
dan yang tinggal hanyalah bumi semata-mata.

Semua manusia akan dikumpulkan oleh Allah S.W.T padahari kiamat tanpa
mengira pangkat, kedudukan mereka semasa di dunia.
Ayat ini menceritakan tentang peristiwa berlakunya hari kiamat, pada ketika itu gunung
ganang dan bukit bukau yang besar, teguh dan kuat akan terangkat dengan mudah oleh
tiupan sangkakala sehingga menjadi kapas atau dbu yang bertebangan. Kalaulah harta
benda manusia menjadi habuk, maka tidak pelik bagi Allah untuk melakukan itu semua
supaya mereka mempercayai kebangkitan hari kiamat. Semua manusia akan
dikumpulkan oleh Allah pada hari kiamat tanpa mengira pangkat dan kedudukan
mereka semasa di dunia.

Semua akan menghadap Allah dalam keadaan seperti mana mereka berada di
dunia dahulu. Pada masa hidup didunia ini terdapat di kalangan manusia yang
memandang remeh dan hina berkenaan dengan hari kiamat. Mereka mempersoalkan
dengan mengatakan “adakah orang yang telah mati itu dapat dibangkit dan dihidupkan
semula? Adakah orang yang telah hancur lebur tubuhnya itu bolh dikumpulkan
semula?” lalu Allah memberi peringatan kepada merka bahawa hari kebangkitan itu
pasti berlaku walaupun mereka tidak meyakini dan mempercayainya.
Semua akan menerima suratan amal masing – masing yang mencatatkan
perlakuan mereka semasa hidup di dunia dahulu, semasa di dunia orang orang yang
berdosa itu merasa sombong danmegah dengan kerja kerja dosa yang mereka lakukan
walaupun bercanggah dengan hukum Allah. Allah menyatakan bahawa mereka boleh
bermegah di dunia tetapi pada hari kiamat nanti mereka akan datang kepadanya dalam
keadaan ketakutan.

Orang – orang yang berdosa tersebut akan merasa hairan tentang isi kandungan kitab
yang amat terperinci mengenai amalan mereka ketika di dunia dahulu. Mereka berkata
“kitab apakah ini? Seua terkandung di dalamnya daripada sekecil – kecil perkara
sehinggalah sebesar – besar perkara
Allah menulis kesemua amalan manusia di dunia ini dan tidak menzalimi
seseorang walaupun sedikit. Orang yang baik akan diberi balasan syurga dan orang
yang jahat akan dihimpunkan ke dalam neraka. Sesungguhnya rahmat Allah dan
keadilan Allah itu mengatasi segala yang lain. Justeru itu, orang – orang yang beriman
tidak perlu merasa dukacita dan sedih lantaran dosa mereka kerana keampunannya yang
tidak terhingga. Allah pasti memberi keampunan kepada mereka kerana rahmatnya
maha luas lagi maha sempurna. Orang yang tidak bersalah tidak perlu merasa takut dan
bimbang. Orang yang tunduk kepada Allah tidak perlu berasa gerun kepada sesiapa pun
sama adaa di dunia atau pun di akhirat. Manakala orang – orang yang gerun kepada
manusia dan selain daripada Allah di dunia ini, akan merasa gerun kepadanya di akhirat
kelak. Justeru itu, setiap insan yang beriman hendaklah gerun dan takut kepada Allah di
dunia ini sebagaimana mereka gerun kepadaNya pada hari akhirat kelak.
Sesungguhnya Allah tidak menzalimi sesiapa pun sama ada Firaun, Namrud dan sesiapa
sahaja. Jika demikian, mengapa pula Firaun dimasukkan kedalam neraka? Itu kerana dia
derhaka kepada Allah maka sememangnya dia layak dikenakan hukuman sedemikian.
Allah meletakkan orang kafir ke dalam neraka merupakan suatu keadilan lantaran
kejahatan dan keingkaran mereka. Orang – orang mukmin pula diberi balasan syurga
disebabkan ketaatan mereka. Sesungguhnya rahmat dan limpah kurnia Allah adalah
tidak terhingga dan tidak dapat dihitung oleh manusia
Terdapat kekhilafan dalam kalangan ulama’ mengenai asal usul iblis. Adakah
iblis itu daripada kalangan jin ataupun daripada kalangan malaikat? Kalau dikatakan
iblis daripada kalangan malaikat, bagaimana pula? Sedangkan malaikat itu asal
kejadiannya tidak pernah derhaka kepada Allah. Hassan al – Basri dan beberapa ulama
yang lain menyatakan bahawa iblis itu bukan daripada kalangan malaikat, tetapi dari
kalangan jin denga berdalilkan firman Allah

“ia adalah berasal dari golongan jin”

Mereka juga berpendapat bahawa iblis itu menjadi asal kejadian jin,
sebagaimana nabi Adam menjadi asal kejadian manusia. Iblis bukan daripada kalangan
malaikat kearan malaikat tidak pernah derhaka kepada Allah. Setengah ulama’ lain pula
berpendapat bahawa iblis adalah daripada suku malaikat yang dikenali dengan suku jin.
Pendapat ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Kesimpulannya, tanpa mengira sama ada
iblis itu daripada kalangan malaikat ataupun jin. Apa yang penting kepada kita ialah
menjauhi dan tidak mengikuti seruannya.
‫َر ِبن ِهۦَأَفَتَت َّ ِخذُونَنه َ‬
‫ُۥَوذُ ِريَّتَنهُۥَ‬ ‫سقَ َ َع ۡننَأَمۡ ِنر ََ‬ ‫َٱل ِج ِنَفَفَ َ‬ ‫َمنَ ۡ‬ ‫س َجدُواَ ِإ َّلََِإ ۡب ِل َ‬
‫يسَ َكانَ ِ‬ ‫َۡل َد َمَفَ َ‬
‫َٱس ُجدُوا ِ‬ ‫‪َ ٤٩‬و ِإ ۡذَقُ ۡلنَاَ ِل ۡل َملَ ِئ َك ِة ۡ‬
‫َو َلَخ َۡلنقَ َ‬ ‫ض َ‬ ‫َِو ۡ َ‬
‫ٱۡل َ ۡر ِ‬ ‫سن َم َوت َ‬ ‫لظ ِل ِمنينَ َبَن ََد ٗلََ‪َّ ۞ ٥٠‬مناَأ َ ۡشن َهدت ُّ ُه ۡمَخ َۡلنقَ َٱل َّ‬ ‫سَ ِل َّ‬‫يَو ُه ۡمَلَ ُك ۡمَ َعد ِۢ ُُّوَۚبِ ۡئ َ‬
‫َمنَدُونِ َ‬ ‫أ َ ۡو ِليَا َء ِ‬
‫يَٱلَّذِينَََزَ َعمۡ ت ُ ۡمَفَن َد َع ۡو ُه ۡمَفَلَ ۡنمَََي ۡسنت َ ِجيبُواَ‬ ‫ضدٗ اََ‪َ ٥١‬و َي ۡو َمَ َيقُولَُنَادُواَ ُ‬ ‫َو َماَ ُكنتُ َ ُمت َّ ِخ َذ ۡ‬ ‫أَنفُ ِس ِه ۡم َ‬
‫ش َر َكا ِء َ‬ ‫ض ِلينَ َ َع ُ‬ ‫َٱل ُم ِ‬
‫َاَولَ ۡمَيَ ِجدُواَ َع ۡن َهاَ َمصۡ ِرَٗفاََ‪٥٣‬‬ ‫ظنُّواَأَنَّ ُهمَ ُّم َواقَِعُوه َ‬ ‫ارَفَ َ‬‫اَٱل ُم ۡج ِر ُمونَ َٱلنَّ َ‬ ‫َو َجعَ ۡلنَاَبَ ۡينَ ُهمَ َّم ۡوبِ ٗقاََ‪َ ٥٢‬و َر َء ۡ‬ ‫لَ ُه ۡم َ‬
Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak
juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain; dan tidak sepatutnya
Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu

Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: "Panggilah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk
menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak
menyahut seruan mereka: dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang
membinasakan

Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa
mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk
mengelakkan diri daripadanya.

Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini
untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis
makhluk yang banyak sekali bantahannya.
Orang yang zalim menjadikan iblis itu sebagai penolong dan penggantinya.
Sesungguhnya iblis itu adalah pengganti yang paling jahat. Hal ini terbukti di dalam
perang badar yang berlaku pada zaman Rasulullah. Pada peringkat awal sebelum
berlakunya pertempuran terdapat dikalangan anggota tentera musyrikin yang lembut
hatinya memgatakan “bagaimana kita hendak berperang dengan Muhammad, sedangkan
Muhammad itu adalah anak saudara dan kawan keluarga kita juga. Adakah kita sanggup
melihat anak saudara berperang dengan bapa saudara, ayah berperang dengan anak?”
Dalam keadaan yang genting itu iblis menjelama sebagai seorang lelaki tua lalu
memberi nasihat dan semangat kepada Abu Jahal dan tenteranya supaya berperang
dengan nabi Muhammad, maka berlakulah pertempuran itu. Apabila abu Jahal mati dan
tentera msuyrikin hampir tewas. Iblis berkata sebagaiman firman Allah dalam surah Al
– Anfal ayat 48 :

“aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat
melihatnya. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab
siksanya”

Iblis melihat malaikat turunn dari langi lalu dia terus melarikan diri kerana takut
. pada permulaannya iblis lah yang mencetuskan peperangan terhadap Rasulullah tetapi
apabila malaikat datang, maka dia terus melarikan diri. Begitulah perangai Iblis, dia
bersama – sama dengan manusia pada ketika manusia kuat dan gagah tetapi apabila
manusia itu lemah dan memerlukan pertolongan maka dia meninggalkannya.
Allah menyatakan bahawa Dia tidak menjadikan iblis yang menyesatkan sebagai
pembantunya. Sebarang permintaan dengan iblis seperti mendapatkan ikan ketika kelaut
adalah amalan yang sesat lagi menyesatkan.

Ada kalangan yang berpendapat bahawa permintaan tersebut merupakan satu ikhtiar,
bukannya tidak percaya kepada Allah tetapi cuma berikhtiar memohon pertolongan
dengan jin ataupun iblis. Ini sama seperti orang yang mencuri dan merompak juga
berikhtiar untuk mejayakan rancanganya bagi mendapatkan nafkah hidupnya. Justeru,
kita hendaklah tahu membezakan di antara ikhitar yang betul dengan ikhitar yang salah.
Ikhitar dengan cara meminta pertolongan dari iblis adalah tidak betul dan bercanggan
dengan hukum Allah.
Allah menyatakan tentang peristiwa yang berlaku pada hari kiamata, orang yang
mengada sekutu – sekutunya bagi Allah dicabar supaya meminta pertolongan dengan
sekut – sekutu yang mereka dakwakan sama ada dalam bentuk berhala, manusia atau jin
tetapi semua sekutu itu menyepikan diri dan ridak menyahut. Ini menunjukkan bahawa
kesesatan mereka bukan hanya pada dunia sahaja bahkan di akhirat kelak. Pada hari
tersebut semua makhluk memikirkan tentang nasib diri masing – masing, tidak ada
peluang untuk memberi pertolongan kepada orang lain kecuali mereka diizinkan oleh
Allah.

Orang-orang yang berdosa tidak berpeluang untuk melarikan diri daripada seksaan api
neraka. Jika semasa mereka di dunia mereka boleh menjadi pelarian dengan berpindah-
randah daripada satu tempat ke tempat yang lain apabila berlakunya sesuatu bencana
tetapi di akhirat kelak tiada tempat untuk mereka berpindah. Apa yang ada hanyalah dua
tempat sahaja sama ada syurga atau neraka, tidak ada lagi tempat ketiga. Seseorang
yang tidak berada di syurga bermakna sudah pastinya dia berada di nereka begitulah
sebaliknya. Justeru itu, di dunia ini hanya terdapat dua jalan iaitu sama ada jalan Allah
S.W.T atau jalan lain daripadaNya. Jalan menuju syurga hanyalah jalan Allah S.W.T
yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul.
‫س ُن ََأَ ۡكثَ َرَش َۡيءَ َج َد ٗلََ‬ ‫َٱۡلن َ‬ ‫َو َكانَ ۡ ِ‬ ‫اس ِمنَ ُك ِلَ َمثَل َ‬ ‫اَٱلقُ ۡر َء ِ‬
‫انَ ِللنَّ ِ َ‬ ‫ص َّر ۡفنَاَفِيَ َه َذ ۡ‬ ‫‪َ ٥٣‬ولَقَ ۡدَ َ‬
‫سننَّةَُ‬ ‫َربَّ ُه ۡمََِإ َّلَأَنَت َ ۡنأتِيَ ُه ۡمَ ُ‬ ‫َويَ ۡستَ ۡغ ِف ُروا َ‬ ‫َٱل َُه َدى َ‬ ‫اسَأَنَيُ ۡؤ ِمنُواَ ِإ ۡذَ َجا َء ُه ُم ۡ‬ ‫‪َ ٥٤‬و َماَ َمنَ َعَٱلنَّ َ‬
‫َو ُمن نذ ِِرينََ‬ ‫ينَ‬ ‫نر‬ ‫ن‬ ‫ش‬
‫ِ‬ ‫َ‬ ‫ب‬ ‫م‬
‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫ل‬ ‫َّ‬ ‫إ‬ ‫َ‬ ‫ينَ‬ ‫ل‬
‫ِ‬ ‫ن‬ ‫س‬
‫َ‬ ‫ر‬ ‫ۡ‬ ‫م‬
‫ُ‬ ‫ۡ‬
‫َٱل‬ ‫ل‬‫ُ‬ ‫ن‬ ‫س‬
‫ِ‬ ‫ر‬‫ۡ‬ ‫ُ‬ ‫ن‬ ‫ناَ‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫و‬ ‫‪٥٥‬‬ ‫ََ‬ ‫ل‬ ‫ٗ‬ ‫ُ‬ ‫ب‬ ‫ن‬ ‫ُ‬ ‫ق‬ ‫َ‬ ‫اب‬
‫ُ‬ ‫َ‬
‫ذ‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ‫ۡ‬
‫َٱل‬ ‫م‬ ‫ه‬
‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ي‬ ‫ت‬
‫ِ‬ ‫ۡٱۡل َ َّو ِلننينَ َأ َ ۡوَيَن ۡ‬
‫نأ‬
‫َ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬
‫يَو َمناَأُننذ ُِرواَ ُه ُنز ٗواََ‬ ‫َوٱتَّخَنذُواَ َءايَتِن َ‬ ‫نق َ‬ ‫َٱل َح َّ‬ ‫ضنواَبِن ِه ۡ‬ ‫َويُ َج ِد ُلَٱلَّذِينَ َ َكفَ ُرواَبِ ۡٱلبَ ِطن ِلَ ِليُ ۡد ِح ُ‬
‫نيَ َمناَقَن َّد َم ۡتَيَن َداَهَُ ِإنَّناَ‬ ‫ناَونَ ِس َ‬ ‫ع ۡن َه ََ‬ ‫ضَ َ‬ ‫َِربِ ِهۦَفَأ َ ۡع َر َ‬ ‫بۚ َۚايَت َ‬ ‫َم َّمنَذُ ِك َرَ َِ‬ ‫‪َ ٥٦‬و َم ۡنَأَ ۡظلَ ُم ِ‬
‫نىَٱل ُهن َدىَفَلَننَ‬ ‫ع ُه ۡمََِإلَ ۡ‬ ‫َو ِإنَتَ ۡند ُ‬ ‫َو ۡق ٗنرا َ‬ ‫َوفِنيَ َءا َذانِ ِه ۡنم َ‬ ‫علَىَقُلُنو ِب ِه ۡمَأَ ِكنَّنةًَأَنَيَ ۡفقَ ُهنوهُ ََ‬ ‫َجعَ ۡلنَاَ َ‬
‫سنبُواَلَعَ َّجن َلَلَ ُهن ُمَ‬ ‫اخنذُ ُهمَ ِب َمنناَ َك َ‬ ‫وَٱلر ۡح َمن ِةَلَن ۡنوََيُ َؤ ِ‬ ‫نورَذُ َّ‬ ‫َٱلغَفُن ُ‬ ‫نك ۡ‬ ‫يَهۡ تَندُواَ ِإذًاَأَبَن ٗنداََ‪َ ٥٧‬و َربُّن َ‬
‫َٱلقُ َنرىَأَ ۡهلَ ۡكنَنَ ُه ۡمَلَ َّمناَ‬ ‫نك ۡ‬ ‫َمننَدُو ِنن َِهۦَ َم ۡنو ِئ ٗلََ‪َ ٥٨‬و ِت ۡل َ‬ ‫ابَبَنلَلَّ ُهنمَ َّم ۡو ِعندَلَّننَيَ ِجندُوا ِ‬ ‫ۡٱلعَ َذ َ‬
‫َُلَأَ ۡب َنر َُُ َحتَّنىَأَ ۡبلُنغََ َم ۡج َمن َعَ‬ ‫سىَ ِلفَتَىه ََ‬ ‫َو َجعَ ۡلنَاَ ِل َمهۡ ِل ِك ِهمَ َّم ۡو ِع ٗداََ‪َ ٥٩‬و ِإ ۡذَقَا َلَ ُمو َ‬ ‫ظلَ ُموا َ‬ ‫َ‬
‫سنبِيلَهُۥَفِنيَ‬ ‫يَ ُحقُبٗ اََ‪ ٦٠‬فَلَ َّماَبَلَغَاَ َم ۡج َم َعَبَ ۡينِ ِه َماََنَ ِسيَاَ ُحوت َ ُه َماَفَٱت َّ َخ َذَ َ‬ ‫ض َ‬ ‫ۡٱلبَ ۡح َر ۡي ِنَأَ ۡوَأَمۡ ِ‬
‫صنبٗ اََ‬ ‫سنفَ َِرنَاَ َهن َذاَنَ َ‬ ‫َناَمننَ َ‬ ‫غ ََدا َءنَاَلَقَ ۡندَلَ ِقين ِ‬ ‫س َربٗ اََ‪ ٦١‬فَلَ َّماَ َج َاوزَ اَقَا َلَ ِلفَتَىهَُ َءاتِنَاَ َ‬ ‫ۡٱلبَ ۡح ِرَ َ‬
‫‪٦٢‬‬
Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini
untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis
makhluk yang banyak sekali bantahannya.

Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada
mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka
dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang
dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.

Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi
amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan
kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada
mereka sebagai ejek-ejekan.

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu
ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya;
sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas
hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka
penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk,
maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk
selama-lamanya
Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa mereka
(di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Ia akan menyegerakan azab itu
menimpa mereka; (tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang
mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang lain daripadanya

Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan
kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti
berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-
tahun".

Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan
mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah
tanah.

Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan
tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini"
Allah S.W.T menyebut makhluk dalam ayat ini agar orang yang sombong,
takabbur dan merasa dirinya berkuasa serta gagah itu menyedari bahawa diri mereka
adalah satu makhluk daripada makhluk-makhluk Allah S.W.T. Walaupun dia dijadikan
sebagai manusia tetapi dia tetap makhluk seperti juga binatang, kayu batu dan
sebagainya. Justeru itu, amat wajar bagi manusia menyedari dan menginsafi kejadian
diri mereka sendiri. Kebanyakan makhluk Allah S.W.T tunduk dan patuh kepada
perintahNya kecuali manusia kerana manusia sering mempersoalkan perintah-perintah
Allah S.W.T.

Tidak ada perkara yang menghalang manusia daripada beriman kepada Allah
S.W.T. Jika diperhatikan daripada tingkah laku, sifat dan akhlak Rasulullah S.A.W
sudah cukup untuk menjadi bukti untuk beriman kepada Allah S.W.T. Manakala bagi
orang-orang yang tidak sempat bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W hendaklah
memerhatikan golongan-golongan yang memperjuangkan Islam. Mereka
menyembunyikan pengorbanan yang besar untuk menyampaikan ajaran Allah S.W.T
tanpa apa-apa kepentingan yang bersifat duniawi. Demikian juga melalui petunjuk
daripada Allah S.W.T yang terkandung di dalam al-Quranulkarim. Itu semua
merupakan tanda dan bukti yang sepatutnya manusia beriman kepada Allah S.W.T.
Tidak ada perkara yang menghalang manusia daripada memohon keampunan daripada
Allah S.W.T
Sesungguhnya penjelasan yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W bukan sekadar
melalui sabda baginda, malah melalui amalan dan perbuatan yang menjadi contoh dan
telada kepada seluruh manusia. Demikian juga orang yang mengikut jejak langkah
Rasulullah S.A.W, mereka menyampaikan ajaraan Allah S.W.T dengan jujur dan
amanah. Bukti-bukti tersebut sudah cukup bagi manusia untuk beriman, kembali kepada
ajaran Allah S.W.T dan memohon keampunanNya di atas segala yang telah mereka
lakukan. Barangkali manusia menunggu datangnya bermacam-macam azab barulah
mereka mahu beriman dan percaya kepada Allah S.W.T. Barangkali juga mereka
menunggu azab seperti mana yang pernah ditimpakan ke atas kaum Nabi Luth A.S atau
kaum Nabi Luth A.S yang dilingkupkan oleh Allah S.W.T atau kaum Nabi Soleh A.S
yang dihancurkan oleh Allah S.W.T dengan satu tempikan yang kuat, maka barulah
mereka mahu beriman kepadaNya.
Tugas Rasul adalah memberi berita gembira dan amaran kepada manusia, bukan
sekadar memohon doa kepada Allah S.W.T. Ada riwayat menceritakan bahawa di
kalangan nabi-nabi dan rasul-rasul zaman dahulu yang diseksa dengan cara dilontar batu
sehingga darah mereka keluar mengalir, lalu mereka mengesat darah itu supaya tidak
gugur ke bumi. Mereka bimbang sekiranya darah mereka gugur nescaya akan
berlakulah bala yang menghancurkan kaum mereka. Ini menunjukkan betapa tingginya
kesabaran nabi-nabi dan rasul-rasul serta mereka yang mengikut jejak langkah mereka
bukanlah untuk mendatangkan azab dan seksa tetapi untuk berdakwah iaitu memberi
amaran kepada orang-orang yang ingkar dan memberi berita gembira kepada orang-
orang yang beriman.

Apabila nabi-nabi dan rasul-rasul berhujah dengan orang-orang kafir, mereka membalas
hujah itu dengan hujah yang palsu dengan tujuan menolak kebenaran. Mereka mencipta
hujah yang tidak boleh diterima akal semata-mata kerana tidak mahu beriman kepada
Allah S.W.T dan rasulNya. Sikap seperti ini tidak terbatas kepada orang-orang kafir
pada zaman nabi dan rasul sahaja, tetapi sampai sekarang dan akan datang sehinggalah
ke hari kiamat. Bukan sekadar itu, malah mereka sanggup mempersenda dan
mempermainkan peringatan serta amaran daripada Allah S.W.T
Contohnya seperti perkataan yang dikeluarkan oleh orang-orang kafir pada
zaman nabi S.A.W, “Jika sekiranya apa yang kamu bawakan ini benar wahai
Muhammad, sila turunkan batu dari langit dan sila gugurkan langit itu berkeping-keping
ke atas kepala kami, barulah kami akan beriman.” Dewasa ini juga terdapat manusia
yang mempersendakan ayat-ayat Allah S.W.T dengan mengatakan, “Mana dia api yang
kamu selalu sebut itu? Bawakan ke mari supaya boleh digunakan untuk menggoreng
keropok.” Perkataan-perkataan ini merupakan sendaan dan ejekan terhadap ajaran dan
peringatan Allah S.W.T.
Sesungguhnya tidak ada yang lebih zalim dan jahat apabila dibacakan kepadanya
peringatan daripada Allah S.W.T, dia berpaling dan tiak mahu mendengar serta
mempercayainya bahkan dia lupa tentang kesalahan dan dosa yang pernah
dilakukannya. Allah S.W.T menjadikan penutup ke atas hati-hati mereka itu tebal dan
berlapis-lapis. Lantaran kedegilan mereka, Allah S.W.T menjadikan penutup kepada
hati dan menyumbat kepada telinga mereka yang bermaksud sudah tidak dapat
menerima pengajaran lagi. Dengan kata lain, apabila diberitahu kepada mereka tentang
ajaran, peringatan serta hokum-hukum Allah S.W.T, mereka tidak merasa gerun, takut
dan bimbang. Sama sahaja bagi mereka sama ada mendengar ataupun tidak. Lebih
dahsyat lagi daripada pepatah yang mengatakan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Seolah-olah pengajaran itu tidak termasuk langsung ke dalam telinga dan akal mereka.
Jauh sekali untuk menjadi pegangan mereka.
Penjelasan dan pengajaran yang diberi berulang kali pun tidak memberi kesan
kepada mereka. Barangkali telinga mereka telah menjadi seperti tapak kaki. Kalau
sampai peringkat telinga seperti tapak kaki, maka segala apa yang didengari sudah tidak
berkesan lagi. Apa yang paling ketara ialah apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat
Allah S.W.T, mereka mengatakan “bagus” dengan tidak mengerti dan memahami
makna ayat tersebut. Mereka tidak akan mendapat petunjuk kerana hati mereka telah
dicap dengan kekufuran, lantaran terlalu banyak maksiat yang telah mereka lakukan.
Allah S.W.T boleh menyegerakan azab kepada orang yang tidak mengikut
ajaranNya.Azab neraka boleh diberikan di dunia ini tetapi Allah memberi tempoh dan
peluang kepada mereka.Ada riwayat mengatakan bahawa sebab nuzul ayat ayat ini
kerana keingkaran golongan kafir Makkah.Disebabkan keingkaran itulah Allah berjanji
bahawa mereka akan dihukum didalam peperangan Badar.Apabila tercetusnya perang
Badar ,Abu Jahal dan pengikutnya terbunuh.Mayat mereka dicampak ke dalam telaga
buruk (perigi yang sudah tidak digunakan lagi),kemudian Nabi S.A.W bersabda kepada
mayat mereka.Hadis ini juga menunjukan bahawa orang yang telah mati,mendengar
seruan orang yang masih hidup dan bukan sehaja ditujukan kepada orang kafir pada
zaman Nabi sahaja tetapi kepada golongan kafir di sepanjang zaman.Sesungguhnya
Allah sahajalah yang boleh memberi perlindungan.Kalau semasa di dunia mereka tidak
mahu mengikut ajaran Allah,bagaimana dia akan memberi perlindungan kepada mereka
di akhirat kelak?
Negeri yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T dalam ayat ini ialah negeri kaum
‘Aad, Thamud dan negeri-negeri yang seumpama dengannya telah dibinasakan oleh
Allah S.W.T. Di Iraq masih terdapat kesan-kesan kerajaan Namrud yang dikenali
dengan kerajaan Babilon. Di negeri Saba’ pula Allah S.W.T menurunkan bala dengan
mendatangkan tikus yang mengorek empangan sehingga banjir dan menenggelamkan
negeri Saba’. Allah S.W.T menurunkan bala di Madain Solih dengan suatu tempikan
kuat yang menyebabkan kesemua penduduk mati. Di Jordan pula di suatu tempat yang
dinamakan Laut Mati, kaum Nabi Lut A.S. telah dilingkupkan oleh Allah S.W.T, bumi
yang di atas menjadi ke bawah dan sebaliknya. Itu semua merupakan peringatan bagi
manusia supaya kembali kepada ajaran dan petunjuk Allah S.W.T.

Nabi Musa A.S bertekad demikian kerana merasakan dirinya bersalah dalam
menyampaikan ucapan kepada Bani Israel.
Ada riwayat mengatakan bahawa maksud ayat ini ialah tempat pertemuan di
antara Nabi Musa A.S dan Khaidir A.S. Ketika Nabi Musa A.S dan Yusya’ berehat di
atas batu di tepi pantai, tiba-tiba ikan kering yang mereka bawa itu hidup dan melompat
ke laut. Itu merupakan suatu tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah S.W.T dan
mukjizat Nabi Musa A.S.

Ayat ini memberi dua pengajaran kepada manusia ketika bermusafir.

Pertamanya – Sebaik-baik bermusafir itu ialah bersama-sama dengan sahabat-sahabat


atau temaN yang akrab.

Keduanya – Mengadakan persiapan bekalan semasa dalam perjalanan.


Akibat Buruk Terhadap Manusia Yang Membantah Peringatan Allah.

• manusia seharusnya menyedari dan menginsafi kejadian diri mereka


sendiri. Kebanyakan makhluk Allah S.W.T tunduk dan patuh kepada
perintahNya kecuali manusia kerana manusia sering mempersoalkan
perintah-perintah Allah S.W.T
• tidak ada yang lebih zalim dan jahat apabila dibacakan kepadanya
peringatan daripada Allah S.W.T, dia berpaling dan tiak mahu
mendengar serta mempercayainya bahkan dia lupa tentang
kesalahan dan dosa yang pernah dilakukannya
• Ayat 62 ini memberi dua pengajaran kepada manusia ketika
bermusafir.
• Pertamanya – Sebaik-baik bermusafir itu ialah bersama-sama dengan
sahabat-sahabat atau temaN yang akrab.
• Keduanya – Mengadakan persiapan bekalan semasa dalam
perjalanan.

You might also like