You are on page 1of 19

KATA PRAFRASA

Dr. Yuznaili Saleh


Jabatan Ilmu dan Korpus Bahasa Melayu
IPG Kampus au
KATA TUGAS

KATA
KATA KATA KATA
PENYAMBUNG
PRAKLAUSA PRAFRASA PASCAKATA
AYAT
•KATA BANTU
•KATA SERU
•KATA HUBUNG •KATA PENGUAT
GABUNGAN •KATA TANYA •KATA PENEGAS
•KATA PENEKAN
•KATA HUBUNG •KATA PEMBENAR •KATA NAFI
PANCANGAN •KATA PEMERI
KETERANGAN •KATA PERINTAH •KATA PEMBENDA
KOMPLEMEN •KATA ARAH
•KATA PANGKAL
RELATIF AYAT •KATA BILANGAN

•KATA SENDI NAMA


KATA PRAFRASA

■ Perkataan-perkataan yang terletak


dihadapan frasa iaitu, frasa nama,
frasa kerja dan frasa adjektif.
■ Bertugas sebagai memerikan,
menegaskan, menafikan, membantu,
menunjukkan arah dan sebagainya.
Kata
bantu
Kata
Kata
sendi
penguat
nama

Kata Kata Kata


bilangan Prafrasa penegas

Kata Kata
arah nafi
Kata
pemeri
Kata Bantu

Kata Kata
bantu aspek bantu ragam
KATA BANTU ASPEK
 Kata bantu aspek yang bertugas menimbulkan suasana perbezaan masa
sama ada masa kini, masa akan datang dan masa lampau.

■ Contohnya :
– Belum, akan, sudah, masih, sedang, telah, pernah.

■ Contoh ayat :
– Mereka belum berangkat lagi.
– Pameran itu akan berlangsung esok.
KATA BANTU RAGAM
■ Kata bantu ragam. Perkataan yang menyatakan atau menerangkan
ragam perasaan.

■ Contoh perkataan :
– Dapat, boleh, mesti, hendak, mahu, harus

■ Contoh ayat :
– Kita mesti berfikiran terbuka.
– Pemuda itu hendak pulang ke kampungnya.
– Semua orang mahu menjadi jutawan.
Kata Penguat

Kata Penguat Kata Penguat Kata Penguat


hadapan belakang bebas
KATA PENGUAT HADAPAN
■ Menguatkan maksud yang terkandung dalam kata
adjektif.

■ Penguat hadapan. Contohnya, paling, terlalu,


agak.

■ Contoh ayat :

– Anak bonsunya itu terlalu nakal.


– Dia duduk barisan paling hadapan.
KATA PENGUAT BELAKANG
■ Menguatkan maksud yang terkandung dalam kata
adjektif.

■ Penguat belakang. Contohnya, sekali, benar,


nian.
■ Contoh ayat :

– Lampu suluhnya itu terang sekali.


– Pakaian yang dipakainya itu kotor benar.
KATA PENGUAT BEBAS
■ Menguatkan maksud yang terkandung dalam kata
adjektif.

■ Penguat bebas. Contohnya, sangat, amat,


sungguh.

– Lubang yang digalinya itu dalam sangat.


– Lubang yang digalinya itu sangat dalam.
Kata Penegas
(partikel)

Kata Penegas
Kata Penegas
yang menegaskan
yang bersifat
prasa predikat
bebas
aspek
KATA PENEGAS MENEGASKAN PREDIKAT
■ Perkataan yang memberikan penekanan pada
bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

Kata yang menegaskan frasa predikat iaitu


apabila bahagian yang ditegaskan mengalami
proses pendepanan.

■ Contoh perkataan : -kah, -tah, –lah

■ Contoh ayat :
– Apatah yang boleh kita lakukan lagi?
– Inilah makanan kegemaran saya.
KATA PENEGAS BERSIFAT BEBAS
■ Kata yang bersifat bebas. Iaitu yang
menegaskan kedua-dua bahagian ayat sama
ada frasa nama sebagai subjek atau frasa
predikat serta bahagian-bahagian lain.

■ Contoh perkataan : memang, hanya, lagi,


juga, pun, jua.

■ Contoh ayat :
– Setelah terdesak, dia akhirnya pergi jua.
– Kita pun boleh menjejakkan kaki ke
Universiti.
KATA NAFI
■ Menafikan atau menidakkan sesuatu perkara.

■ Kata nafi dapat menjadi unsur frasa predikat seperti


FN , FK, FA dan FSN.

■ Dua bentuk kata nafi :


– tidak dan bukan

■ Contoh ayat:
– Kami tidak suka bercakap bohong.
– Dia bukan sahaja cantik, tetapi baik hati juga.
KATA PEMERI
■ Perkataan yang digunakan untuk memerikan sesuatu atau sebagai
perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat ayat.

■ Contoh perkataan :
– ialah ( digunakan secara persamaan atau ekuatif yang hadir di
hadapan FN )
– adalah ( digunakan secara huraian atau kualitatif yang hadir di
hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

■ Contoh ayat ( Ekuatif ) :


– Rosli ialah anak sulong dalam keluarganya.
– En. Abu ialah pensyarah kami.

■ Contoh ayat ( Kualitatif ) :


– Hadiah itu adalah daripada gurunya.
– Keputusan tuan hakim itu adalah betul.
KATA ARAH
■ Perkataan yang digunakan untuk menunjukkan
arah atau jurusan sesuatu perkara.
■ Digunakan sebelum frasa nama dan lazimnya
disertai dengan kata sendi nama.
■ Contoh perkataan :
– Luar, dalam, tepi , hadapan, belakang dll.

■ Contoh ayat :
– Abang akan berangkat ke luar negara esok.
– Sila bergerak lima langkah ke hadapan.
KATA BILANGAN
■ Digunakan untuk menunjukkan jumlah atau bilangan sesuatu
perkara @ benda.

■ Menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan dibahagikan


kepada lima kumpulan iaitu :
– Jumlah tentu
■ Lima, sepuluh, empat ratus , satu setengah juta.

– Bilangan tak tentu


-Semua, kalian, seluruh, beberapa.
– Maksud himpunan
■ Kedua-dua, bertahun-tahun, berbakul-bakul.

– Maksud pisahan
■ Tiap-tiap, setiap, masing-masing.

– Maksud pecahan
■ Setengah, separuh, sepertiga, dua pertiga.
KATA SENDI NAMA
■ Perkataan-perkataan yang biasanya terdapat pada
bahagian hadapan frasa nama.

■ Setiap penggunaan kata sendi nama ditentukan oleh


peraturan-peraturan khusus dan perlu dipatuhi supaya
ayat-ayat yang digunakan tepat dan gramatis.

■ Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa kata sendi nama


yang lazimnya digunakan :
– pada, kepada, daripada, antara, tentang, sejak, laksana, seperti,
oleh, bagai, di, ke, demi, hingga dll.

You might also like