You are on page 1of 25

TOPIK 4 : PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN

Tiang Seri Hubungan Etnik


DEFINISI

• Perlembagaan.
• Undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri: (Kamus Dewan Edisi
Keempat)
• Profesor A.V Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-
undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen
dan prinsip undang-undang.
• Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai
peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan Pemerintah seperti
Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-
peruntukan lain seperti kewargenegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan
selebihnya.
SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA

• Selepas perang dunia ke-2, British kembali menduduki Tanah Melayu selepas tamat
jajahan pemerintahan Jepun selama 3 tahun (1942-1945)
• April 1946, British memperkenalkan dasar Malayan Union.
• Jun – Disember 1946 - rundingan Perjanjian Persekutuan
• 1946 - Perjumpaan Kongres Melayu Pertama
• 1946 - Penubuhan UMNO
• 01 Februari 1948 – Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
• Feb 1951 – Pilihanraya Kuala Lumpur
• 27 julai 1955 - Pilihanraya Persekutuan pertama
• Januari 1956 - Rundingan Kemerdekaan bersama British
• Mac 1956 - Suruhanjaya Reid
• Februari 1957 - Menggubal Rang Undang-Undang Perlembagaan
SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA

• 18 Jan 1956 – Tunku Abdul Rahman berangkat ke Kota London buat rundingan
ke-2
• 31 ogos 1957 - Kemerdekaan Tanah Melayu
Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan
pada 27 Ogos 1957 bersama Raja-raja Melayu dan pihak British.
• Feb 1962 - Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bertujuan untuk meninjau dan
mengkaji pendapat orang ramai di Sabah dan Sarawak tentang cadangan
pembentukan Malaysia
• Julai 1963 - Penubuhan Malaysia yang merangkumi Persekutuan
tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak mengikut Akta
Malaysia.
MALAYAN UNION
1 A P R I L 1 9 4 6 – 2 1 J A N UA R I 1 9 4 8

Selepas Jepun menyerah diri dan mengembalikan Tanah Melayu kepada pihak British, bermulalah rancangan pembentukan
Malayan Union
• Diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara), KL
• Gabenor pertama – Sir Edward Gent.
MALAYAN UNION

Tujuan Penubuhan Malayan Union

1. Membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan imigran menumpukan kesetiaan


2. Kawal kuasa politik Melayu yang bekerjasama dgn Jepun

3. Jamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu (pengeluar bijih
timah dan getah)
4. Pastikan sumbangan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur tidak
terjejas.
5. Mengukuhkan pertahanan British
MALAYAN UNION

(b) Ciri-ciri Malayan Union

1. Mengubah status Tanah Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota.
2. Pentadbiran bersifat kesatuan.
3. Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua buah Negeri
Selat iaitu negeri Pulau Pinang dan Melaka digabungkan.
4. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
5. Diketuai gabenor British dilantik oleh Raja England.
6. Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli.
7. Raja jadi ahli Majlis Melayu -bincang soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
8 Pesuruhanjaya Negeri bagi setiap negeri
9. Parlimen British – pemutus undang-undang termasuk hal ehwal dalam negeri.
PERJANJIAN PERSEKUTUAN 1948

• Pada 11 Mac 1946, satu perjumpaan telah diadakan dengan menggabungkan 41


pertubuhan Melayu bagi membentuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu. Ia
bermatlamat sebagai satu badan penyuaraan yang kuat dari masyarakat supaya
Malayan Union dimansuhkan.
• Ketika ini Kongres ini belum mempunyai sebarang rancangan kemasyarakatan
dan ekonomi yang tertentu sebaliknya hanya mahu memulih kembali kedaulatan
raja-raja Melayu dan hak-hak orang Melayu sebagai bumiputera.
• Penubuhan UMNO – 1946

Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah


ditubuhkan hasil perjumpaan Kongres Melayu Pertama. UMNO memainkan
peranan dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
baru.
PERJANJIAN PERSEKUTUAN 1948

• Pada 2 Jun 1946, Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent memberitahu
Persidangan Raja-raja bahawa Kerajaan British bersetuju menimbangkan syor Raja-
raja dan UMNO dan akan menggubal perlembagaan baharu untuk Tanah Melayu.
• Akhirnya pada 25 Julai 1946, Dato’ Onn Jaafar dan 11 lagi ahli jawatankuasa lain
telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal perlembagaan baharu untuk
menggantikan Malayan Union.
• Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang
dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan
dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan
Persekutuan Tanah Melayu.
• Penubuhan ini dilakukan melalui perjanjian yang dinamakan Perjanjian Persekutuan
1948.
KERJASAMA ANTARA ETNIK DALAM
MENUJU KEMERDEKAAN

• 1949 - 1951, Communities Liason Committee (CLC) atau Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum
sebuah badan tidak rasmi ditubuhkan terdiri daripada beberapa tokoh dari latar etnik yang berbeza,
Dato Onn Jaafar, Tan Cheng Lock, E.E.C Thuraisingam dan selebihnya.
• Tujuan pertubuhan ini adalah untuk menyelesaikan sesetengah perbezaan pendapat dan permintaan
yang berlainan dari pelbagai etnik dalam hal-hal politik, ekonomi, kewargenegaraan , pendidikan,
kedudukan istimewa bumiputera dan selebihnya.
• Cadangan-cadangan yang diusul melalui CLC dimasukkan ke dalam usul-usul perundangan dan
diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
KERJASAMA ANTARA ETNIK DALAM
MENUJU KEMERDEKAAN
• 1951 – Sistem Ahli diperkenalkan oleh pihak British
• Sistem yang diperkenalkan oleh British untuk melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran. Pihak British
melantik beberapa orang wargenegara untuk menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekututan bertaraf menteri.
• Dato Onn Jaafar Ahli Dalam Negeri
• O.A. Spencer Ahli Ekonomi
• Tunku Yaakob Ahli Pertanian & Perhutanan
• Dr. Lee Tiang Keng Ahli Kesihatan
• E.E.C. Thuraisingam Ahli Pelajaran
• Sistem Ahli merupakan hasrat British menjalankan dasar dekolonisasi . Secara tidak langsung meningkatkan kualiti
kehidupan masyarakat di Persekutuan Tanah Melayu. Dapat membuat persediaan ke arah mencapai kemerdekaan
sambal mendapatkan bimbingan daripada British dalam urusan pentadbiran.
KERJASAMA ANTARA ETNIK DALAM
MENUJU KEMERDEKAAN
• 1952 – Pilihanraya Kuala Lumpur
UMNO & MCA bergabung secara tidak rasmi dan memenangi 9/12 kerusi dipertandingkan
• 1953 – Rundingan antara UMNO & MCA untuk kemerdekaan, menubuhkan Parti Perikatan.
tokoh yang terlibat, Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Tan Cheng Lock, H.S. Lee
- mendesak pihak British untuk mengadakan pilihanraya umum.
• 1954 – MIC memasuki parti perikatan
• 1955 – Pilihanraya Umum pertama diadakan pada 27 julai 1955, Parti Perikatan memenangi 51/52 kerusi yang
dipertandingkan.
• 1956 – Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke Kota London mewakili rakyat Persekutuan Tanah Melayu
bagi meminta kemerdekaan. Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 ogos 1957 termeterai dalam
Perjanjian London 1956 ditandatangani oleh Lord Lennox-Boyd, Setiusaha Tanah Jajahan British.
SURUHANJAYA REID
MAC 1956

Tugas Suruhanjaya ini bertujuan untuk merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
yang akan merdeka.
Antara isu yang dibincangkan:
• Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat.
• Pemberian kuasa autonom kepada negeri dalam bidang tertentu.
• Kedudukan Raja-Raja melayu.
• Hak istimewa orang melayu tapi tak menafikan hak kaum lain.
• Pewujudan satu bangsa PTM.
• Perlantikan seorang ketua negara berpelembangaan.
ISI KANDUNGAN SURUHANJAYA REID

• "The members of the Commission were appointed in the name of Her Majesty the Queen and Their Highnesses the Rulers with
the terms of reference as follows:
To examine the present constitutional arrangements throughout the Federation of Malaya, taking into account the position and
dignities of Her Majesty the Queen and of Their Highnesses the Rulers: and
o "To make recommendation for a federal form of constitution the whole country as a single, self-governing unit within the
Commonwealth based on Parliamentary Democracy with a bicameral legislature, which would include provision for
o (i) The establishment of a strong central government with the States and Settlements enjoying a measure of autonomy.
o (ii) The safeguarding of the position and prestige of Their Highnesses as constitutional Rulers of their respective States;
o (iii) A Constitutional Yang di-Pertuan Besar (Head of State) for the Federation to be chosen from among Their Highnesses the
Rulers;
o (iv) A common nationality for the whole of the Federation;
o (v) The safeguarding of the special position of the Malays and legitimate interests of other communities."
PERLEMBAGAAN MERDEKA

Jun 1957, Cadangan suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British


15 August 1957, Upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 telah diadakan bersama Raja-raja Melayu dengan
British di kuala Lumpur.
Isi-isi Perlembagaan Kemerdekaan :
• Sebuah Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu.
• Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
• Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran negara dibantu bersama sebuah cabinet.
• Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
• Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
• Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Kerakyatan secara permohonan
dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan.
• Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak wargenegara yang lain.
TOPIK 5 : PEMUAFAKATAN POLITIK
DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
DALAM MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DI MALAYSIA

Sebelum merdeka kemerdekaan

1946 1946 1949 1949 1951 1952 1955 1957 1958 1959 1964 1969 1974 1978 1982 1986 1990 1995 1999 2004 2008 2013 2018

Communities Parti
Malayan Independent Barisan
Liaison Perikatan Parti
Union Malayan Party Sosialis
Committee Gerakan
(IMP (Parti Buruh)
(CLC) Malaysia Pakatan rakyat
Malaysian Parti (PAS) Pakatan
UMNO Perikatan
Chinese Tindakan Barisan (DAP) Harapan
UMNO- Keadilan
Association Politik Nasional (PKR)
MCA-MIC
(MCA) (DAP) (DAP)
(PPBM)
Parti Islam Se- (AMANAH)
Malaysia (WARISAN)
PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK
SECARA FORMAL
• UMNO dan MCA berpakat dan bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1952 untuk menentang IMP (Parti
Kemerdekaan Malaya).
• Dalam pilihan raya bersejarah itu, Perikatan memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.
• Dalam Pilihan Raya Persekutuan 1955, Perikatan yang turut disertai MIC mendapat sokongan padu rakyat dengan
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
• Kemenangan Perikatan pada 1955 menjadi bukti bahawa kerjasama politik dan perkongsian kuasa antara etnik boleh
berjalan dengan baik dan kerjasama tersebut memudahkan lagi usaha menuntut kemerdekaan.
• Pada tahun 1963, Perjanjian Malaysia ditandatangani sebagai tanda persetujuan antara pemimpin Persekutuan
Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
• Namun, Singapura keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965
PAKATAN POLITIK DI SABAH DAN
SARAWAK

Sarawak
sabah
PAKATAN POLITIK DI SABAH DAN
SARAWAK

• Tetapi kekalahan Barisan Nasional pada 2018 yang ketara menyumbang kepada perpecahan gagasan parti itu.
• Sejurus selepas peristiwa PRU14,
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
Gabungan Parti Sarawak berpecah dengan Barisan Nasional
Parti Rakyat Sarawak (PRS)
Parti Progresif Demokrasi (PDP)

United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO)


Parti keluar daripada Barisan
Nasional dan menyertai Pakatan
Harapan
TSUNAMI POLITIK

• Pada pilihanraya ke-13 pada tahun 2008, Barisan Nasional tewas1/3 daripada
kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat. Ini menandakan kekalahan Barisan
Nasional pertama dalam menempatkan majoriti mudah sejak 1969
• Dan pada Mei 2018, Keputusan PRU14 telah pun diumumkan dan buat pertama
kalinya, Malaysia menyaksikan kerajaan baru yang akan memerintah negara
untuk 5 tahun akan datang.

Pengumuman itu diberikan oleh SPR pada 10 Mei 2018, jam 4.46 pagi.

Sepanjang 61 tahun, ini merupakan kali pertama Malaysia melihat perubahan


dalam organisasi kepimpinannya.
PERUBAHAN TREND DAN CORAK
PENGUNDIAN

Pilihan raya umum ke-12 pada


8 mac 2008 disertai lebih
daripada 20 parti politik yang
menyaksikan BN
gagal mengekalkan majoriti
dua pertiga di Dewan Rakyat.

Dalam pilihanraya 2008, BN hanya menguasai 140 kerusi


termasuk 8 kerusi dimenangi tanpa dicabar, manakala
pembangkang memenangi 82 kerusi daripada 222
kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
PERUBAHAN TREND DAN CORAK
PENGUNDIAN

Pada 9 mei 2018 Kerajaan Pakatan Harapan memenangi 115


Daripada 222 kerusi yang dipertandingkan
Pada Pru-14. justeru, melayakkan Pakatan Harapan
yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir
Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4
Untuk menubuhkan kerajaan baharu.
KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

• 22 September 2015 Pakatan Harapan dibentuk . Ia merupakan pewaris kepada Pakatan Rakyat. Gagasan yang diketuai
Datuk seri Anwar Ibrahim.
• 11 Februari 2015 Anwar Ibrahim dihantar ke penjara setelah disabit bersalah
atas tuduhan perilaku tidak bermoral dan dihukum penjara 5 tahun.
• 17 Oktober 2016, Parti Warisan Sabah menyertai Pakatan Harapan
• 14 Mac 2017 ,Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyertai Pakatan Harapan
• 28 April 2018, Hari Penamaan Calon
• 9 Mei 2018, Keputusan PRU14 ; Parti Pakatan Harapan memenangi majoriti mudah untuk menggantikan Barisan Nasional
dalam pendtadbiran Kerajaan Persekutuan.
• Mewakili 8 daripada 13 negeri di Malaysia termasuk Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor & Sabah
• Perdana Menteri : Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
• Timb. Perdana Menteri : Dato' Seri Dr.Wan Azizah binti Wan Ismail
• 16 mei 2018, Ketua umum Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim mendapat pengampunan diraja daripada YDP Agong dan
dibebaskan serta merta tanpa syarat.
TERIMA KASIH

You might also like