You are on page 1of 23

PENDIDIKAN JASMANI 1

SUKAN DAN REKREASI


(PERKHEMAHAN 1)
PENSYARAH: EN. SYHIBIN BIN JAPAR
1. TANAH ATAU TAPAK YANG RATA

bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah


dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat.
mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika
hujan atau bukan sebagai tempat laluan air ketika
hujan turun.
elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-akar
pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.
2. TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN
PUNCA AIR

Air bersih digunakan untuk memasak,


membersihkan diri dan sebagainya.
Antara punca air ialah sungai, anak sungai, telaga,
kolam atau sebagainya.
Air tersebut harus dipastikan kebersihannya.
Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana
datangnya dan melalui kawasan yang tiada
pencemaran.
3. PERHUBUNGAN

Kawasan tapak perkhemahan yang dipilih haruslah


mempunyai kemudahan untuk berhubung dengan orang diluar
kawasan perkhemahan, contohnya:
i. Jalan raya
ii. Telefon awam
iii. Balai polis
iv. Rumah penduduk kampung
Bagi memudahkan mendapatkan bantuan sekiranya perlu.
Sekiranya berkhemah di kawasan terpencil,pastikan tapak
berhampiran dengan kawasan yang lapang atau tinggi
(mudah dikesan melaui udara)
4.JAUH DARIPADA DAHAN MATI

Pastikan tapak perkhemahan yang dipilih jauh


daripada pokok yang mempunyai dahan yang mati.

Hal ini kerana apabila hujan atau angin kencang,


dahan yang mati mungkin akan patah dan menimpa
kawasan tapak perkhemahan.
5.TAPAK YANG LEBIH TINGGI DARI
PUNCA AIR

Kawasan tapak perkhemahan haruslah lebih


tinggi daripada punca air bagi mengelakkan
kawasan perkhemahan tersebut di hanyutkan air.

Sekiranya tapak yang dipilih berada berhampiran


dengan punca air atau pantai, keselamatan peserta
akan terancam.
6.MUDAH UNTUK MENDAPATKAN
BANTUAN

Tapak perkhemahan yang mungkin dipilih


haruslah berhampiran dengan kawasan kampung,
laluan orang atau mudah dihubungi.

Hal ini dapat memudahkan peserta untuk


mendapatkan bantuan sekiranya berlaku
kecemasan.
7.MUDAH UNTUK MENDAPATKAN
BAHAN BAKAR

Bahan bakar amat penting dalam aktiviti


perkhemahan.
Jika peserta perkhemahan memasak
menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting
kayu, kawasan yang dipilih mestilah mudah untuk
mendapatkan bahan bakar tersebut.
8.KESELAMATAN KAWASAN
PERKHEMAHAN

Keselamatan kawasan perkhemahan haruslah


diutamakan.

Elakkan daripada berkhemah di kawasan


binatang buas ataupun kawasan yang mudah
diganggu oleh penceroboh luar.
9.DENAI BINATANG

Khemah tidak seharusnya didirikan di kawasan


yang mempunyai denai binatang.

Ini bagi mengelakkan khemah dirempuh haiwan


yang lalu di denai tersebut.
 Garis panduan semasa perkhemahan ialah
undang-undang dan ketetapan yang perlu
dipatuhi oleh peserta perkhemahan tersebut.
 Peraturan merupakan aspek yang penting
dan harus dipatuhi oleh setiap peserta dalam
aktiviti yang berisiko tinggi.
 Antara faktor yang diperlukan untuk
merangka peraturan ialah keselamatan,
kebersihan dan disiplin.
 Peraturan boleh disediakan dalam bentuk
bertulis atau diterangkan secara lisan dalam
taklimat aktiviti.
 Terdapat 7 perkara dalam peraturan
perkhemahan.
1. DISIPLIN

 Semua arahan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa


pengelola dan penasihat harus dipatuhi.
 Semua peserta harus sentiasa menepati masa.
 Semasa di kawasan perkhemahan, peserta
dikehendaki berpakaian kemas dan berkasut.
 Peserta harus sentiasa menjaga nama baik institut
dan bertingkah laku sebagai seorang pelajar.
2. LARANGAN

 Dilarang sama sekali mengambil dadah, sebarang


aktiviti yang melibatkan keadaan khayal adalah di
larang keras.
 Dilarang sama sekali menghisap rokok.
 Permainan berbentuk perjudian adalah dilarang.
 Senjata api atau senjata tajam tidak boleh dibawa
masuk ke kawasan perkhemahan.
 Dilarang membawa barang kemas yang berharga.
 Sebarang bentuk alat hiburan seperti radio dan gitar
tidak boleh dibawa.
3. KESELAMATAN DAN KESIHATAN

 Dilarang turun ke laut tanpa kebenaran penasihat.


 Dilarang merayau di kawasan hutan tanpa penasihat
atau jawatankuasa pengelola.
 Masa rehat yang diperuntukan harus digunakan
untuk berehat.
 Maklumkan kepada penasihat atau jawatankuasa
pengelola jika hendak ke mana-mana sekiranya tidak
mempunyai teman.
 Laporkan masalah kesihatan kepada penasihat atau
jawatankuasa pengelola .
 keselamatan diri harus diutamakan.
Alatan merbahaya harus disipman di tempat yang
selamat.
Dilarang menyalakan api atau lilin di dalam khemah.
Pastikan api tidak dinyalakan berhampiran khemah.
Mereka yang mempunyai giliran berjaga malam
diwajibkan melaporkan diri.
Kenal pasti nada wisel yang dibunyikan.
Belerang harus di taburkan di sekeliling khemah untuk
mencegah binatang berbisa merayap di kawasan
khemah.
4. KEBERSIHAN KAWASAN KHEMAH

 Khemah harus dibina di tapak yang telah


ditetapkan oleh urus setia.
 Tunggu arahan yang diberikan oleh pegawai yang
terlibat dalam urusan membina dan menurunkan
khemah.
 Sampah haruslah dibuang di tempat yang
dikhaskan.
 Kebersihan kawasan perkhemahan harus sentiasa
dijaga.
 Sediakan lubang basah dan kering untuk
membuang sampah di setiap khemah.
 Jangan simpan makanan dalam khemah.
 Jangan jemur pakaian pada tali
khemah.jemur di tempat yang telah
disediakan.
 Kawasan khemah mestilah sentiasa
dibersihkan.
5. KHEMAH

Pastikan semua alat keperluan khemah lengkap


sebelum mendirikannya.
Sebarang kekurangan pada alatan khemah hendaklan
diberitahu kepada ketua kumpulan dengan segera.
Peserta tidak dibenarkan menyimpan makanan di
dalam khemah.
Elakkan kasut dan sarung kaki disimpan di dalam
khemah.
Kasut harus disusun dengan kemas.
6. DAPUR ATAU TEMPAT MEMASAK

Tempat masak perlu jauh dari khemah.


Api haruslah dipadamkan apabila tidak digunakan.
Elakkan daripada memasak menggunakan api yang
besar.
Pinggan mangkuk hendaklah dibasuh dan disusun di
tempat khas.
Jika berlaku sebarang kebakaran, tindakan segera
harus diambil.
7. AM

Elakkan membuang air di merata tempat, gunakan


tempat yang telah disediakan.
Pihak berkuasa harus dimaklumkan dengan segera
sekiranya terdapat kemalangan atau kecederaan
berlaku.
Sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh
pihak urus setia dari semasa ke semasa.
Setiap kumpulan perlu mempunyai buku log bagi
mencatat segala aktiviti berkumpulan.

You might also like