You are on page 1of 24

MENGATASI MASALAH MENGECAM DAN MENULIS HURUF B, D, P DAN Q

DALAM KALANGAN MURID DISKLEKSIA TAHUN 2 DENGAN ALAT BANTU


MENGAJAR KHAS

Pembentang : Mohd Ikram Hafifi bin Abdul Hadi


PISMP Pendidikan Khas Januari 2012
Jabatan Pendidikan Khas
IPG Kampus Kota Bharu
Pengenalan
• Masalah murid dalam penulisan kebiasaanya berpunca daripada kekeliruan
abjad.
• Masalah ini dapat dikesan melalui murid-murid pendidikan khas. Contoh yang
tepat adalah kekeliruan daripada abjad "p dan q” serta “b dan d “
• Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 (2008) Mengecam adalah kenal atau ingat
kembali rupa sesuatu bentuk atau objek. Dalam kes ini murid-murid
pendidikan Khas tidak dapat mengenal dan mengecam huruf dengan betul.
Justeru itu, sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan kadar segera,
murid-murid tidak dapat menulis dengan baik kerana kegagalannya mengecam
huruf yang ingin ditulisnya. Sebaik-baiknya murid terlebih dahulu mengenali
huruf yang ingin ditulis kemudian barulah murid tersebut melalui proses
menulis.
• Kemahiran menulis juga sangat penting dalam kalangan pelajar kerana mereka
bakal menjadi penulis yang akan mengisi khazanah dan budaya bangsa. Ini
jelas membuktikan bahawa kemahiran menulis ini sangat penting, baik kepada
murid-murid arus perdana mahupun murid-murid pendidikan khas kerana
menulis ini merupakan salah satu cara untuk kita menyampaikan maklumat
kepada orang lain
Refleksi Pengajaran Yang Lalu
• Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan semua murid, ada 3 orang murid yang
menghadapi masalah mengecam huruf. Apabila
dikehendaki mengecam huruf yang disebut oleh saya,
murid tersebut gagal untuk memberikan jawapan yang
betul.
• Mereka masih lagi bertukar huruf antara 'b dan d'
serta 'p dan q'. Selain itu dalam penulisan, masih lagi
ada murid yang tidak boleh menulis huruf b dan d serta
p dan q dengan betul. Mereka gagal menulis untuk
membentuk huruf yang dikehendaki.
FOKUS KAJIAN

Membantu murid
mengecam huruf “b dan d”
serta “P dan q” dengan
betul

FOKUS
KAJIAN

Melibatkan 3 orang Membantu murid-murid


murid yang terdiri menulis huruf “b dan d”
daripada 2 orang lelaki serta “p dan q” dengan
dan seorang perempuan betul
OBJEKTIF KHUSUS & PERSOALAN KAJIAN

Objektif Kajian Persoalan Kajian

-Meningkatkan kemahiran mengecam -Adakah kemahiran mengecam huruf “b


dan membezakan huruf “b dan d” serta dan d” serta “p dan q” boleh di atasi
“p dan q” dengan betul dengan betul?

-Menangani masalah penulisan huruf -Adakah masalah huruf terbalik “b dan d”


terbalik “b dan d” serta p dan q” dengan serta “ p dan q” dapat di atasi dalam
betul dalam kalangan Subjek Kajian. kalangan Subjek Kajian?
Kepentingan Kajian
Kajian tindakan ini perlu dijalankan untuk melihat sejauh mana murid dapat
mengecam dan membezakan huruf "b dan d” serta “p dan q" serta dapat
menangani masalah penulisan huruf terbalik murid-murid disleksia. Ini kerana
murid-murid perlu menguasai kemahiran mengecam huruf sebelum mereka
memulakan aktiviti menulis huruf

Menarik minat murid supaya minat untuk belajar dan memperolehi ilmu
pengetahuan. Melalui intervensi yang dijalankan, saya yakin bahawa murid akan
berasa seronok kerana setiap aktivtiti pengajaran dan pembelajaran akan
melibatkan anggota tangan mereka

Menjadi sumber rujukan serta memberikan pendedahan dan bantuan kepada guru
Pendidikan Khas mahupun ibubapa dan semua yang berminat dengan pendidikan
khas khususnya yang berkaitan dengan masalah disleksia. Ibu bapa dan guru juga
boleh mengetahui secara mendalam masalah penulisan huruf terbalik
Tinjauan Literatur
Pengkaji Huraian
Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad Kanak-kanak Disleksia mudah lupa dengan
(2011) abjad apa yang diajar di sekolah

Lim Chen Yin (2012) Kecekapan menulis merupakan satu


halangan kepada pencapaian akademik
untuk murid pendidikan khas. Justeru itu,
kemahiran menulis yang diajar sejak awal
mampu memudahkan proses pengajaran
dan penerimaan murid terhadap sesuatu
pengetahuan baru.
Brenna (2005 Kanak-kanak cenderung untuk
memanipulasikan pengetahuan sedia ada
untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Contohnya ketika mereka berdepan
masalah huruf terbalik, mereka
memberikan jawapan alternatif 'p' kepada
'q' .
Tinjauan Literatur
Pengkaji Huraian
Menurut Ma'rof dan Haslinda Objek-objek yang mempunyai kesamaan dari segi
(2002 bentuk cenderung untuk dikelompokkan sebagai
satu unit oleh murid Disleksia. Oleh itu murid-
murid Disleksia ini sering terkeliru dengan bentuk
huruf yang seakan sama dan menyebabkan
mereka sering tertukar penggunaannya dalam
penulisan
Sumiyati Abdul Halim (2009) Masalah Nombor dan Abjad Terbalik terhadap
seorang pelajar di sekolah juga memainkan
peranan yang penting dalam PnP. Beliau telah
menggunakan kaedah bimbingan individu bagi
membantu murid tersebut
Tamlikha (2015) Penggunaan bahan bantu mengajar juga amat
penting. murid-murid lebih gemar kepada aktiviti
yang lebih mencabar. Elemen Merentasi
Kurikulum (EMK) amat digalakkan di dalam
pengajaran dalam kelas.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini dijalankan di
Sebuah Sekolah
Kebangsaan di Pasir Putih.

Subjek Kajian terdiri


daripada murid tahun 2.
Subjek Kajian terdiri daripada 3
orang murid . Dua orang lelaki
dan seorang perempuan.
Kumpulan Sasaran
• Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
dijalankan sewaktu mengajar, murid mempunyai
masalah mengecam dan menulis huruf “b dan d” serta
“p dan q”.

1) 3 orang murid yang di ajar di dalam kelas masih lagi


gagal mengecam dan menulis huruf “b dan d” serta
“p dan q” dengan betul.
2) Ada juga murid yang mempunyai masalah dalam
menulis huruf tersebut sehingga mengalami masalah
pembalikan huruf,
 Hal ini menyebabkan kajian ini dijalankan bagi
mengelakkan murid berterusan membuat kesilapan
yang sama dalam mengecam dan menulis huruf “b dan
d” serta “p dan q” dengan betul
Model Kurt Lewin (1952)
Merancang
(Merancang Pelan
Tindakan )

Refleksi
Mengambil Tindakan
(Analisis Cara dan
(Kaedah 1, 2 dan 3)
Keberkesannya)

Membuat
Pemerhatian
Merancang Pelan Tindakan
Kaedah Huraian
Merancang Saya telah merancang tiga aktiviti intervensi yang sesuai
dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran mengecam dan
menulis.

Bertindak Saya telah melaksanakan ketiga-tiga aktiviti intervensi yang telah


dirancang untuk meningkatkan kemahiran mengecam dan menulis
subjek kajian.

Memerhati Saya telah merekod data yang dikutip daripada instrumen untuk
digunakan untuk melihat sejauhmana keberkesanan aktiviti
intervensi ini.

Mereflk Saya telah membuat refleksi dan kesimpulan terhadap kajian saya
yang telah saya laksanakan di sekolah. Saya dapat melihat
bagaimana keberkesanan intervensi yang dijalankan membantu
saya dalam mencapai objektif yang diinginkan
INSTRUMEN
KAJIAN

Analisis
Dokumen Pemerhatian Temubual

Ujian Borang Sebelum dan


Diagnostik Pemerhatian selepas
intervensi

Ujian Awal Gambar


DAPATAN KAJIAN
PERSOALAN 1
Adakah kemahiran mengecam dan membezakan huruf "b,d p dan q" boleh diatasi?

Kemahiran mengecam huruf "b,d,p dan q" sebenarnya boleh diatasi dengan betul.
Ini terbukti melalui intervensi yang dijalankan. Saya sebagai pengkaji telah
melaksanakan intervensi untuk melihat perubahan subjek kajian. Pada peringkat
pertama menyesuaikan huruf dalam aktiviti "Menyesuaikan Huruf dengan ABM
Elektronik" rata-rata subjek kajian mendapat markah yang rendah namun begitu
pada percubaan ke 2 dan ke 3 berlaku sedikit peningkatan demi peningkatan.
Dalam Intervensi "Anti Disleksia Confusion", kesalahan murid mengecam huruf
berjaya dikurangkan sedikit demi sedikit. Murid dapat mengecam dengan betul
dan tepat berdasarkan pengecaman yang dilakukan. Jadual 1 dan Rajah 1
menjawab persoalan pertama saya dalam kajian yang telah saya jalankan.
Subjek Kajian Percubaan Pertama Percubaan ke-2 Percubaan ke-3

Subjek Kajian 1 2/4 3/4 4/4

Subjek Kajian 2 1/4 2/4 3/4

Subjek Kajian 3 1/4 2/4 3/4

4.5
4
3.5
3
Markah

2.5
Percubaan Pertama
2
Percubaan ke-2
1.5
Percubaan ke-3
1
0.5
0
Subjek Kajian 1 Subjek Kajian 2 Subjek Kajian 3
Subjek Kajian

Jadual 1 dan Rajah 1 : Markah Menyesuaikan Huruf dengan Alat


Bantu Mengajar Elektroik
Subjek Kajian b d p q

Subjek Kajian 1 8/10 10/10 8/10 8/10

Subjek Kajian 2 10/10 10/10 6/10 6/10

Subjek Kajian 3 8/10 6/10 6/10 6/10

12

10

8
Markah

b
6
d

4 p
q
2

0
Subjek Kajian 1 Subjek Kajian 2 Subjek Kajian 3
Subjek Kajian

Jadual 2 dan Rajah 2 : Markah Intervensi Mengecam Huruf “b, d, p dan


q” dengan Aktiviti Anti Disleksia Confusion
DAPATAN KAJIAN
PERSOALAN 2
Adakah masalah penulisan huruf terbalik dapat diatasi dengan betul dalam
kalangan subjek kajian?

• Masalah ini dapat diatasi dengan baik kerana intervensi dan bimbingan yang
diberikan sesuai dengan kelemahan yang ingin dibaiki. Dalam Aktivti 1, Subjek
Kajian meperolehi markah yang sedikit. Mungkin kerana mereka belum faham.
Namun begitu dalam Aktiviti kedua, mereka telah kurang melakukan kesilapan.
Mereka berjaya menulis dengan betul. Dan akhir sekali dalam aktiviti penulisan
kali ke-3, kesilapan berjaya dikurangkan hingga mininum.
Subjek Kajian Percubaan Pertama Percubaan ke-2 Percubaan ke-3

Subjek Kajian 1 15/20 18/20 19/20

Subjek Kajian 2 10/20 15/20 15/20

Subjek Kajian 3 7/20 14/20 14/20

Intervensi Menulis Huruf b,d,p dan q


Percubaan ke-3 Percubaan ke-2 Percubaan Pertama

14
Subjek Kajian 3
14
7

Subjek Kajian 2 15
15
10

Subjek Kajian 1
19
18
15

Jadual 3 dan Rajah 3 : Markah Intervensi Menulis Huruf “b, d, p dan q”


Dengan Betul.
Aktiviti Pelaksanaan

Aktiviti Menyesuaikan Huruf dengan ABM Elektronik

Aktiviti Anti Disleksia Confusion


Aktiviti Menulis Huruf b,d, p dan q dengan betul
RUMUSAN
• Intervesi yang dijalankan menjawab objektif dan persoalan kajian ini.

• Tindakan dan strategi yang telah saya jalankan tenyata banyak


memberi manfaat kepada ketiga-tiga subjek kajian saya. Hasil dapatan
kajian, ketiga-tiga subjek kajian ini telah menunjukkan pencapaian yang
memberangsangkan.

• Diharapkan dengan kajian tindakan ini, dapat membantu murid- murid


dalam mengecam dan menulis huruf “b dan d” serta “p dan q” dengan
betul.

• Kesabaran dan kegigihan guru menjadi tunjang utama dalam menentukan


peningkatan pencapaian murid walaupun terpaksa menempuhi pelbagai
halangan dan kepelbagaian karenah murid.
Cadangan Penambahbaikan
Aktivtii Secara
Individu

Penggunaan
Hasil Dapatan
Mempelbagaikan
ABM Cadangan Kajian Kepada
Murid-Murid
Perdana

Peneguhan
Positif
Rujukan

You might also like