You are on page 1of 32

Kata Pemeri

01

Amalan bergotong-royong ____________


amalan yang wajar dipraktikkan dalam
kalangan masyarakat kerana dapat
memudahkan pekerjaan yang sukar.

A. ialah
B. adalah

A
02

Azmira _____________ pemenang


pertandingan melukis poster yang
diadakan sempena sambutan Hari
Kemerdekaan baru-baru ini.

A. ialah
B. adalah

A
03

Kereta Honda Jazz berwarna merah


yang baru dibeli oleh Bala __________
untuk dihadiahkan kepada tunangnya.

A. ialah
B. adalah

B
04

Kentang dan nasi ___________ sumber


karbohidrat yang penting untuk
membekalkan tenaga bagi
melaksanakan aktiviti harian.

A. ialah
B. adalah

A
05

Peruntukan sebanyak RM 5000 yang


diberikan kepada sekolah-sekolah
________ bagi melaksanakan aktiviti
Bulan Bahasa.

A. ialah
B. adalah

B
06

Makanan yang disediakan oleh para


pelajar sekolah rendah itu __________
untuk diagihkan kepada golongan
gelandangan.

A. ialah
B. adalah

B
07

Jumlah jalur merah dan putih yang


terdapat pada Jalur Gemilang _________
sebanyak 14 jalur.

A. ialah
B. adalah

A
08

Burung yang dijumpai oleh Ah Seng di


hutan itu __________ daripada spesis
yang sama dengan burung
peliharaannya.

A. ialah
B. adalah

B
09

Nazri _________ pemain bola sepak


yang menjadi ayam tambatan pasukan
sekolahnya.

A. ialah
B. adalah

A
10

Buku komik yang sedang dibaca oleh


Cheong itu __________ buku komik
milik Vincent yang hilang di
perpustakaan baru-baru ini.

A. ialah
B. adalah

A
11

Anak saudara Puan Salmah ________


cantik-cantik belaka.

A. ialah
B. adalah

B
12

Baju cheongsam berwarna kuning yang


dibeli oleh Catherine itu _________
untuk dipakai pada Tahun Baru Cina
yang akan datang.

A. ialah
B. adalah

B
13

Nasi goreng kampung _________


makanan kegemaran adik Sofea.

A. ialah
B. adalah

A
14

Kepakaran ibu saya ________ menjahit


baju kurung dan baju kebaya.

A. ialah
B. adalah

A
15

Sementara menunggu keputusan SPM,


pekerjaan yang dilakukan oleh abang
_______ menjadi pelayan di Restoran
Pizza Hut.

A. ialah
B. adalah

A
16

Tujuan kakak berpindah ke


Terengganu ________ kerana suaminya
dipindahkan ke sebuah sekolah di
negeri tersebut.

A. ialah
B. adalah

B
17

Berita yang disampaikan oleh


Muhammad itu __________ benar
walaupun dia tidak mempunyai
sebarang bukti yang kukuh.

A. ialah
B. adalah

B
18

Guru Penolong Kanan sekolah saya


mengumumkan bahawa esok ________
cuti umum sempena Hari Pekerja.

A. ialah
B. adalah

A
19

Lauk yang dimasak oleh Liza pada hari


ini ________ lauk kegemaran adik-
adiknya.

A. ialah
B. adalah

A
20

Kasut yang dipakai oleh Puan


Rohayah ketika menghadiri mesyuarat
itu _________ daripada kulit buaya.

A. ialah
B. adalah

B
21

Perdana Menteri Malaysia yang digelar


Bapa Pemodenan ________ Tun Dr.
Mahathir.

A. ialah
B. adalah

A
22

Hobi Azman pada waktu lapang


__________ membantu ayahnya
bercucuk tanam di kebun serta
mengikut rakan-rakannya memancing
ikan di tasik.

A. ialah
B. adalah

A
23

Kebanyakan hasil kraf tangan yang


dijual di Sarawak ________ hasil tangan
penduduk tempatan.

A. ialah
B. adalah

A
24

Tujuan pemeriksaan kesihatan


tersebut diberikan secara percuma
________ untuk meningkatkan
kesedaran orang awam.

A. ialah
B. adalah

B
25

Amri _________ pembawa bendera


Rumah Kuning ketika acara
perbarisan lintas hormat pada Hari
Sukan tahun lalu.

A. ialah
B. adalah

A
26

Lelaki yang tinggi lampai itu ________


kawan rapat abang ketika melanjutkan
pelajarannya di Mesir.

A. ialah
B. adalah

A
27

Jubah berwarna biru gelap yang


dipakai oleh Aina itu ________ dari
Mesir.

A. ialah
B. adalah

B
28

Safwan ________ anak pemilik syarikat


multinasional yang mempunyai aset
bernilai jutaan ringgit itu.

A. ialah
B. adalah

A
29

Kaktus ________ sejenis tumbuhan


yang boleh hidup di padang pasir serta
mampu menyimpan air di dalam
batangnya.

A. ialah
B. adalah

A
30

Buku yang dibalut oleh adik itu


_________ buku yang dibeli dari
koperasi sekolahnya.

A. ialah
B. adalah

A
TAMAT

You might also like