You are on page 1of 12

HARI PERAYAAN

AGAMA BUDDHA
Hari Wesak
• Hari Wesak adalah melambangkan
Kelahiran, Pencerahan Agung, dan
Kewafatan Gautama Buddha.
• Pada hari tersebut, penganut ajaran
Buddha akan mengunjungi kuil Buddha
pada waktu pagi untuk memberikan
penghormatan kepada Buddha.
• Para penganut akan melafazkan semula
Tisarana (Tiga Perlindungan: Buddha,
Dhamma dan Sangha) untuk
memperbaharui komitmen mereka
kepada ajaran Buddha.
• Penganut Buddha juga akan
bersembahyang dan melepaskan burung
merpati serta memberi makanan kepada
orang miskin dan sedekah kepada para
sami.
• Ia dirayakan dalam bulan Mei
pada waktu terang bulan untuk
memperingati tiga peristiwa
penting, iaitu:
1. Kelahiran Siddharta Buddha
di Taman Lumbini pada tahun
623 S.M.
2. Siddharta Buddha mendapat
ilham Agung dan menjadi
Buddha di Buddha-Gaya pada
usia 35 tahun di tahun 588
S.M.
3. Buddha Gautama mangkat di
Kusinara pada usia 80 tahun
di tahun 543 S.M
• Hari Wesak pada tahun ini ialah
21 Mei 2016 (Sabtu).
Hari Perayaan
Kuih Bulan
• Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan
orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti
Yuan.
• Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8
pada kalendar Cina.
• Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang dan
disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.
• Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada
perayaan ini.
• Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang
merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin.
Hari Perayaan
Tahun Baru Cina
• Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi
menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
• Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama haiwan.
Sebelum Tahun Baru Cina
• Keluarga-keluarga Cina akan membersihkan rumah secara
menyeluruh.
• Hal ini adalah kerana mereka percaya
bahawa pembersihan boleh menghalau nasib
malang dan musibah yang menimpa pada
tahun lepas serta menyediakan rumah
menjemput nasib baik.

• Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum


Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak dapat
disapu keluar.
• Terdapat keluarga yang yang mengecat rumah, pintu dan sisi
tingkap dengan warna merah. Rumah juga dihiasi potongan kertas
yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran
dalam bahasa Cina.
Hari pertama
• Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari
kayangan dan bumi.
• Penganut agama Buddha akan menghindari diri daripada memakan
daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini
memastikan mereka akan lanjut usia.
• Pada hari tersebut, keluarga Cina akan menziarahi orang tua
mereka dan ahli keluarga paling senior, biasanya ibu bapa, datuk
nenek atau moyang.
• Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai
upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau
musibah dari rumah.

Hari ke-2
• Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun“, iaitu anak
perempuan yang telah kahwin akan menziarahi ibu bapa kandung
mereka.
Hari ke-3
• Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak
sesuai untuk menziarahi saudara mara.

Hari ini dikenali sebagai "mulut


merah" yang bermaksud bahawa
adalah amat mudah untuk terlibat
dalam pergaduhan, maka hari ini
tidak sesuai untuk ziarah-
menziarahi, sebaliknya berdiam di
rumah sahaja

• Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa


tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda
penghormatan kepada si mati.
• Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.
Hari ke-7
• Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai, iaitu hari yang
mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan
kalendar qamari Cina.

• Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan.
Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni
dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan
kemakmuran.

Hari ke-9
• Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk
menyembah Maharaja Jed di Kayangan ( tiān gōng) di tokong agama.

• Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum
Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun
baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja
tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah
digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan
beberapa generasi lalu.
Hari ke-15
• Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang
diraikan sebagai Chap Goh Mei.
• Tāngyuán iaitu bebola pulut manis (sejenis makanan Cina yang
diperbuat daripada tepung pulut dalam sup), akan dimakan pada
hari tersebut.
• Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan
di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan
mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang
secucuk.
• Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau
sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang
basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang
sesuai.
Hari Perayaan
Qing Ming
• Perayaan Qingming (Hari Menyapu Kubur) merupakan perayaan Cina yang
diadakan pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk.
• Pada setiap tahun lompat pula, Qing Ming diadakan pada 4 April.
• Namanya menandakan masa bagi orang ramai untuk keluar dari rumah dan
menikmati kehijauan musim bunga (Tàqīng) yang bermaksud "memijakkan
kaki di atas tanah kehijauan"), dan juga menziarahi kubur orang tersayang
yang sudah meninggal.
• Perayaan Qingming dijadikan cuti umum di Republik China di Taiwan, dan
juga di Hong Kong dan Macau namun bukan di tanah besar China.

You might also like