You are on page 1of 7

TIPS PEPERIKSAAN

• Tulis SEBANYAK tetapi SEJELAS/SEMUDAH yang mungkin.


• Pilih soalan sebelum menjawab.
• Pilih soalan PENDAPAT berbanding TEORI.
• atau Pilih soalan TEORI berbanding PENDAPAT. (mengikut kekuatan
masing-masing).
• Rangka jawapan sebelum menjawab.
• Susun ayat dari Isi utama > sebab > huraian > contoh.
• Pastikan struktur ayat, perenggan, tanda baca betul (Sudut teknikal).
CONTOH
• Falsafah terdiri daripada LIMA (5) cabang bergantung kepada soalan-
soalan yang dikemukakan dan disiasat. Bincangkan cabang-cabang
falsafah tersebut.

Peperiksaan Akhir EPE211 AeU Januari 2018


Langkah Pertama: Nyatakan 5 cabang falsafah
dahulu.
Terdapat lima cabang falsafah. Cabang-cabang tersebut ialah
cabang metafizik, epistemologi, etika, logik, dan pemikiran tokoh
falsafah.
Langkah Kedua: Nyatakan definisi
Metafizik merupakan salah satu cabang falsafah tentang hakikat
realiti atau kewujudan sesuatu sama ada boleh dilihat mahupun tidak
boleh dilihat. Perkataan ‘meta’ membawa maksud melepasi manakala
perkataan ‘fizik’ pula membawa erti fenomena alam dan manusia.
Langkah Ketiga: Huraikan
Soalan-soalan yang sering ditanya dalam metafizik ialah seperti
“Apakah Tuhan wujud?”, “Apakah itu minda?”, dan “Apakah manusia
mempunyai kebebasan mutlak?”.
Perenggan penuh
Terdapat lima cabang falsafah. Cabang-cabang tersebut ialah cabang
metafizik, epistemologi, etika, logik, dan pemikiran tokoh falsafah.
Metafizik merupakan salah satu cabang falsafah tentang hakikat realiti
atau kewujudan sesuatu sama ada boleh dilihat mahupun tidak boleh dilihat.
Perkataan ‘meta’ membawa maksud melepasi manakala perkataan ‘fizik’
pula membawa erti fenomena alam dan manusia. Soalan-soalan yang sering
ditanya dalam metafizik ialah seperti “Apakah Tuhan wujud?”, “Apakah itu
minda?”, dan “Apakah manusia mempunyai kebebasan mutlak?”.
Epistemologi pula berasal daripada perkataan Yunani, iaitu “episteme”
yang bermaksud pengetahuan dan “logos” yang bermaksud teori...
(sambung)
• Bina perenggan baru bagi setiap cabang falsafah.
• Susun ayat dari definisi > huraian > contoh.

You might also like