You are on page 1of 23

Struktur Asas Cerita

Rosli Sareya
Format Penulisan Skrip

• Apa yang perlu ada di dalam menulis sebuah skrip?


• Bagaimana rupa bentuknya?
• Pada asasnya, format sesebuah skrip filem atau drama tv itu haruslah
mempunyai elemen seperti berikut:
Elemen Skrip
i. Scene Heading
ii. Action
iii. Character
iv. Parenthetical
v. Dialogue
vi. Transition
Scene Heading
• Dikenali sebagai Scene Heading kerana ia merupakan permulaan sesuatu scene.
Di dalam istilah bahasa kita ialah ‘Kepala Babak’. Ia juga merupakan pemisah
antara satu scene dengan scene yang lain.
• Menunjukkan kedudukan situasi scene sama ada di luar atau dalam (INT.EXT.
I/E) lokasi dan masa berlaku.
• Turut perlu ada nombor scene di kiri scene heading
• Perlu tulis dengan huruf besar (ALL CAPS).
• Contoh-contoh Scene Heading adalah seperti berikut:
Contoh-contoh Scene Heading adalah seperti
berikut:

• 12 INT. RUANG TAMU, RUMAH PAK ABU – NIGHT


• 20 EXT. HALAMAN, RUMAH PAK ABU – DAY
• !30 I/E. JALAN RAYA / KERETA PAK ABU – DAY
Penerangan ringkas
• INT. EXT. I/E - Merupakan istilah yang mewakili keadaan lokasi sama ada
di dalam(INT.), di luar (EXT.) atau pun kedua-duanya sekali (I/E.)
• Di tengah-tengah Scene Heading selepas kedudukan penentu ialah LOKASI.
Contohnya HALAMAN RUMAH PAK ABU.
• Di hujung Scene Heading ialah kedudukan bagi petunjuk waktu sama ada siang,
malam, bersambung, sebentar kemudian dan banyak lagi. Di antara istilah yang
biasa digunakan ialah DAY, NIGHT, MORNING, AFTERNOON,
EVENING, CONTINOUS, LATER, MOMENTS LATER & THE NEXT
DAY. Jika anda lebih selesa menggunakan istilah Bahasa Melayu, silakan…
Action
• Merupakan arahan kepada aksi, lakonan atau pergerakan subjek.
• Menjadi panduan kepada pengarah dan pelakon untuk menentukan apa
yang harus mereka arahkan dan lakonkan.
• Kedudukan berada di bawah scene heading.
• Ditulis dengan huruf kecil (small caps)
Contohnya
Kelihatan PAK ABU (70an) keluar dari biliknya dan berjalan ke sofa di ruang tamu
sambil terbatuk- batuk. Di tanganya kelihatan sebuah kotak kecil yang kelihatan
agak usang.
Di sofa, kelihatan AMRAN (20an) sedang duduk di situ.
Pak Abu duduk di sofa. Dia menarik nafas panjang dan menghembus perlahan untuk
mengurangkan batuknya.
Kelihatan wajah Amran menunjukkan reaksi tidak sabar menanti.
Pak Abu mengeluarkan sekeping gambar dan melihatnya. Kelihatan gambar tersebut
adalah gambar Aminah (Arwah Isteri Pak Abu). Pak Abu menghulurkan gambar tersebut
kepada Amran.
Penerangan
• Di bahagian Action ini apa yang perlu dicatatkan ialah hanya Aksi Watak dan
juga keadaan sekitarnya.
• Tidak perlulah meletakkan istilah-istilah sastera seperti ‘angin sepoi-sepoi
bahasa’, bayu bertiup lembut dan sebagainya kerana ia sememangnya tidak
diperlukan.
• Tidak perlulah kita menulis ayat-ayat yang tidak boleh digambarkan (visual) atau
dirakamkan menerusi video kamera kita.
• Nyatakan aksi yang anda gambarkan dengan jelas dan ringkas. Buat penegasan di
tempat-tempat yang perlu diberi perhatian dengan meletakkan huruf besar pada
perkataan tersebut.
Character / Watak
• Character atau Watak di dalam skrip ini ialah Pak Abu dan Amran.
• Ia digunakan untuk menunjukkan dialog yang dituturkan.
• Kedudukan Watak di dalam format skrip adalah di tengah-tengah untuk
membezakannya dengan elemen yang lain.
• Harus menggunakan huruf besar (ALL CAPS) seperti disebelah.
sambungan
PAK ABU

• Berada di bahagian tengah untuk membezakan dengan elemen lain.


• Ini akan memudahkan pembaca skrip tersebut mengetahui bahawa itu
adalah watak bagi skrip tersebut.
Parenthetical
• Merupakan rujukan kepada tingkahlaku atau aksi.
• Biasanya digunakan untuk aksi-aksi yang tidak memerlukan pergerakan
yang banyak atau pun boleh juga digunakan untuk reaksi atau perasaan.
• Kedudukannya adalah berada di bawah character atau di antara dialog.
• Di tengah menghampiri centre.
• Harus ditulis dengan huruf kecil (small caps)
Contoh
AMRAN
(sedih)
Atau pun selepas dialog

AMRAN
Saya tak terfikir pula…
(kepada PAK ABU)
Dialogue
• Berfungsi sebagai kata-kata yang dituturkan oleh watak.
• Seharusnya dialog itu tidaklah terlalu panjang kerana filem atau drama
bergerak di atas visual.
• Dialog yang panjang akan membuatkan situasi yang bosan.
• Dialog mestilah sentiasa membawa penceritaan bergerak kehadapan.
Kedudukan dialogue
PAK ABU
Inilah gambar Arwah Aminah,
Bekas isteri Pakcik…
Transition
• Transition merupakan pengakhir sesuatu babak.
• Ia juga berfungsi sebagai pemisah di antara Scene.

• Kedudukannya adalah di bahagian kanan muka surat


di bahagian bawah scene.
Istilah-Istilah yang biasa
digunakan adalah
• CUT TO: • DISSOLVE TO:

• INTERCUT TO: • BACK TO:

• FADE IN: • MATCH CUT TO:

• FADE OUT. • JUMP CUT TO:

• FADE TO: • FADE TO BLACK.


Contoh Lakon Layar
soalan
• Senarai dan jelaskan ENAM elemen dalam menghasilkan sebuah skrip
drama ataupun filem.
• 6 Markah

You might also like