You are on page 1of 17

UK 01002

PEMIKIRAN
POLITIK SEMASA

By: Dr. Lai Yew Meng


TOPIK 6:

ANARKISME
6.1. Pengenalan

• Asal usul Anarkisme berasal daripada istilah Yunani purba "an" dan
"arkhe" (bermaksud ketiadaan pemerintah / kerajaan); idea yang sama
turut muncul dalam teks klasik Cina, Taoisme, iaitu Tao te Ching
• Muncul sebagai sebuah ideologi moden semasa zaman Marxisme
• Kata kunci = anarki = tidak diperintah oleh sesiapa, ketiadaan autoriti yang
lebih tinggi daripada individu; dilihat sebagai negatif dalam era
kontemporari sebagai huru-hara, gangguan dll
• Intipati perjuangan = kerajaan / negeri, undang-undang, harta swasta =
kejahatan mutlak, manusia = “baik” secara semula jadi tetapi
"masyarakat" adalah "buruk"; bersifat anti-kapitalisme, anti-undang-
undang dan anti-orde
• Hari ini = pergerakan anarkisme wujud sebagai gerakan haluan kiri/ kanan
yang ekstrim, i.e. anarko-kapitalisme (berhaluan kanan); cabang lain =
libertarianisme, atau minimalism (Sargent 2003:164)
6.2. Prinsip Anarkisme

• Anarkisme wujud dalam pelbagai bentuk, dan idea yang berbeza


• Sebahagian besar tafsiran adalah berdasarkan idea-idea daripada
kumpulan pemikir, i.e. Prince Pyotr Kropotkin (1842-1921), Pierre-Joseph
Proudhon (1809-1865), Mikhail Bakunin (1814-1876), Count Leo Tolstoy
(1828 – 1910), William Godwin (1756-1836), Emma Goldman (1869-
1940), etc.
• Kropotkin mentakrifkan Anarkisme sebagai
...a principle or theory of life and conduct under which society is conceived
without government – harmony in such a society being obtained, not by
submission to law or by obedience to any authority, but by free
agreements concluded between the various groups, territorial, and
professional, freely constituted for the sake of production and
consumption, as also for the satisfaction of the infinite variety of needs
and aspirations of a civilized being
(qf. Sargent 2003: 165)
6.2. Prinsip Anarkisme

• Falsafah politik yang menyatakan bahawa tidak ada kumpulan dalam


masyarakat harus dipaksa oleh sesiapa sahaja; dan masyarakat mestilah
terdiri daripada pelbagai kumpulan, masing-masing bertanggungjawab
dalam fungsi sosial tertentu
• Asas = kebebasan daripada paksaan/kongkongan; juga bermakna
kehidupan yang aman dan bebas daripada undang-undang dan peraturan
• Namun, pengkritik = anarkisme cenderung membawa kepada huru-hara
• Andaian asas Anarkisme = kuasa yang dilaksanakan oleh seseorang /
kumpulan terhadap mereka yang lain adalah punca masalah kontemporari
manusia, Kuasa cenderung disalahgunakan; kuasa = penindasan
• Nicholas Walters = "ramai orang mengatakan bahawa kerajaan adalah
diperlukan kerana sesetengah orang tidak boleh dipercayai untuk
menjaga diri mereka sendiri, tetapi anarkis mengatakan kerajaan adalah
berbahaya kerana tidak ada orang yang boleh dipercayai untuk menjaga
orang lain"
6.2. Prinsip Anarkisme

• Anarkisme memberi tumpuan kepada sifat-sifat korup kuasa - percaya


bahawa manusia mampu untuk mengendalikan urusan/hal-ehwal
kehidupan mereka tanpa memerlukan sebuah entiti kuasa yang lebih
tinggi (i.e. kerajaan)
• Menentang idea kewujudan “undang-undang"; melihat ia sebagai senjata
golongan elit/pemerintah untuk mengongkong masyarakat dan menindas
rakyat jelata;
• “Undang-undang" juga diandaikan menghalang individu daripada
menggunakan keupayaan akal fikiran dan penaakulan untuk membuat
pertimbangan yang bermoral dan rasional; ia juga mengongkong
kebebasannya
• Juga menentang konsep pengumpulan harta / modal peribadi = melihat
ianya sebagai dorongan untuk kapitalis mengeksploitasikan golongan
pekerja
6.3 Ciri-ciri Kelas/ Masyarakat Anarkis

i. Entiti yang tidak bernegara secara semulajadi


ii. Berdasarkan moral, akal fikiran, dan hubungan manusia secara
langsung tanpa elemen perantaraan (i.e. Kerajaan, undang-undang)
iii. Bebas daripada kontaminasi/ penyelewengan oleh kerajaan,
pengeksploitasian; penindasan
iv. Menolak pergantungan yang berlebihan
• Dalam erti kata lain, masyarakat Anarkis = “self-regulating” dalam mana
individu mematuhi undang-undang yang tidak ditulis, yang tidak-
dikuatkuasakan secara spontan melalui naluri, akal fikiran, dan moraliti
atau gabungan ketiga-tiga unsur tersebut (Goodwin 2007:138)
• Faktor utama = “kawalan diri-sendiri (self-control)”
• Sewajarnya, masyarakat anarkis = NOT A STATE OF DISORDER, tetapi
Orde dalam masyarakat adalah dihasilkan oleh penghayatan nilai dan
norma moral manusia – berdasarkan keupayaan moraliti dan
penggunaan akal fikiran seseorang.
6.3 Ciri-ciri Kelas/ Masyarakat Anarkis

• Dalam erti kata lain, kawalan diri manusia boleh menggantikan kawalan
pihak berkuasa yang menyeluruh dari luar
• Asas moraliti masyarakat Anarkis = pandangan yang optimistik terhadap
sifat semulajadi manusia; menafikan pandangan Thomas Hobbes yang
melihat manusia secara pesimistik, dan masyarakat cenderung berada
dalam keadaan konflik
• Bagi anarkis, sifat semula jadi manusia =
i. “Baik” secara semula jadi dan “suci” atau “tidak berdosa”, manusia
juga neutral dari segi moral
ii. Memiliki kapasiti untuk tingkah laku sosial yang positif (i.e. kerjasama,
tidak egois)
• Bertentangan dengan teori Darwin “survival of the fittest”, i.e.kajian
Kropotkin mengenai dunia haiwan menghasilkan kesimpulan yang
berbeza dengan Darwin – membuktikan bahawa kerjasama wujud antara
haiwan. Oleh itu, dia percaya bahawa masyarakat manusia adalah sama
6.3 Ciri-ciri Kelas/ Masyarakat Anarkis

• Ideal politik teragung Anarkisme = kebebasan MUTLAK individu; idea


sokongan = i) kesamarataan; ii) kerjasama; iii) perpaduan
• Maksud “Kebebasan” dalam persefahaman Anarkis =
i. kebebasan dari penindasan/kongkongan kuasa luar
ii. kebebasan dari ketidaksamaan dan kekurangan
iii. kebebasan untuk bertindak selaras dengan pertimbangan sendiri
(Goodwin 2007:135)
• Menurut Godwin, “penilaian peribadi” (private judgement) = intipati
kebebasan; tetapi penilaian sedemikian memerlukan justifikasi diberikan
kepada tindakan seseorang yang turut akan dinilai oleh masyarakat awam
sama ada tindakan tersebut “sah” atau sebaliknya
• Satu nilai extrinsik yang penting dalam anarkisme = pendidikan, sebagai
alat untuk memupuk kesedaran; untuk membantu merealisasikan sebuah
masyarakat anarkis yang berasaskan akal fikiran dan moral
6.4. Jenis/ Bentuk Anarkisme

• Anarkisme tradisional boleh dibahagikan kepada dua jenis:


i) Anarkisme Kolektivis ii) Anarkisme Individualis
• Bentuk anarkisme kontemporari =
i. Anarko-Kapitalisme
– Menegaskan bahawa kapitalisme = satu-satunya amalan
ekonomi yg. serasi dengan individualisme
– Pandangan tentang kehidupan = teori evolusi dan “natural
selection” Darwin = kehidupan adalah perjuangan untuk
kelangsungan hidup (survival)
– Mengkritik sistem ekonomi sosialis = menyokong orang-orang
yang tidak layak untuk terus hidup
– Berpendapat bahawa semua perkhidmatan sosial dan ekonomi
dapat diurus dengan lebih baik oleh pihak swasta yang
beroreintasikan keuntungan (bukan oleh Kerajaan), i.e. polis,
pendidikan, ketenteraan (Sargent 2003: 171)
6.4. Jenis/ Bentuk Anarkisme

 Nilai ekstrim diberikan pada kebebasan dan kapitalisme


mutlak - termasuklah sokongan untuk menyah-jenayahkan
kegiatan yang dianggap “maksiat”, khususnya aktiviti yang
bersifat “sukarela” i.e. pelacuran, “pengedaran dadah”
(Goodwin 2007:143)
 Walau bagaimanapun, para pengkritik berdebat bahawa
transaksi antara seorang penagih dadah yang terdesak dan
seorang pengedar-dadah = bukan transaksi yang adil, kerana
sifat, dan kebergantungan yang bersifat “paksa-rela” oleh
penagih dadah ke atas produk yang ditawarkan oleh pengedar
dadah ; sama seperti pelacuran secara paksaan dan
pemerdagangan manusia untuk industri seks (i.e. oleh sindiket
jenayah)
6.4. Jenis/ Bentuk Anarkisme

ii. Libertarianisme (kadang-kadang dikenali sebagai "minimalism")


– Berkait rapat dengan Anarko-kapitalisme
– Antara libertarian terkenal = Robert Nozick (Anarchy, State, and
Utopia)
– ADVOCATES FOR A MINIMAL STATE, di mana fungsinya =
dikurangkan kepada hanya memberikan perlindungan terhadap
LAWLESSNESS (i.e. kekuasaan, kecurian, penipuan, dan
penguatkuasaan kontrak); mana-mana yang lebih daripada ini
akan mencabuli hak-hak dan kebebasan individual (Sargent
2003:171)
– Satu-satunya perbezaan dengan anarkis tradisional = peranan
minimum pihak berkuasa yang menyeluruh
6.5. Persoalan untuk Direnungi

1) Adakah ketiadaan pemerintah / kerajaan / negara dapat menjamin


kewujudan masyarakat yang functional?
2) Bolehkah susunan masyarakat dapat dikekalkan atau disokong
berdasarkan moraliti, sebab, dan kawalan diri individu yang hidup dalam
masyarakat yang tidak bersempadan?
3) Berdasarkan realiti susunan sosio-politik kontemporari, bolehkah
susunan sosial anarkis dijadikan kenyataan?
4) Adakah anda bersetuju dengan Anarko-kapitalisme yang menyokong
tindakan menyahjenayahkan aktiviti "sukarela" maksiat seperti
pelacuran?

You might also like