You are on page 1of 64

Topic 3 Heredity And Variation

3.1 Cell Division


Pembahagian Sel

ITeach – Science Form 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Pembahagian Sel

Pembahagian Sel
Penting dalam

Pembiakan

Pertumbuhan organisma

Jenis pembahagian sel

Mitosis

Meiosis

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Pembahagian Sel
Pembahagian Sel – Kromosom Dan Gen

Membran Sel Membran Nukleus

Sitoplasma Nukleus

Sel Haiwan

Gen Gen
Nukleus mengandungi banyak kromosom
yang berbentuk bebenang halus.
Sebahagian
daripada
Kromosom terdiri daripada asid
molekul DNA
deoksiribonukleik (DNA) dan protein.
membuka
untuk
Kromosom mempunyai bahan pewarisan
menunjukkan
yang dikenali sebagai gen.
gen.
Gen ialah unit pewarisan yang boleh
menurunkan maklumat genetik dari satu
generasi ke generasi seterusnya.
Contoh: warna rambut, kumpulan darah,
wajah dan sebagainya.
Kromosom
ITeach – Sains Tingkatan 4
Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Pembahagian Sel

Mitosis

Berlaku di dalam sel soma (sel badan)

Berlaku di hujung akar dan pucuk tumbuhan

Menghasilkan sel baru untuk pertumbuhan.

Menghasilkan sel baru untuk mengganti sel atau tisu


yang rosak atau mati.

Kepentingan Menjamin bahan pewarisan dalam sel induk


mitosis diturunkan kepada sel anak.

Memastikan bilangan kromosom sel anak adalah


sama dengan sel induk.

Membolehkan pembiakan aseks seperti belahan


dedua.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Pembahagian Sel

Meiosis

 Berlaku di sel-sel organ pembiakan sahaja.

 Berlaku di testis (lelaki) dan ovari (perempuan) yang telah mencapai


kematangan seksual.

 Berlaku di anter dan ovari tumbuhan.

Menghasilkan gamet untuk pembiakan.

Menghasilkan variasi di kalangan spesis yang sama.


Kepentingan
meiosis Pindah silang berlaku apabila satu kromatid bertindih
dengan kromatid yang lain lalu berlaku pertukaran
maklumat genetik.
Menjamin bilangan kromosom zigot adalah sama seperti
induk (2n, diploid) selepas sperma bersenyawa dengan
ovum.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Pembahagian Sel

Sel induk Peringkat-peringkat Mitosis


Kromosom Membran
Sel induk dengan dua pasang kromosom.
nukleus
Kromosom dalam nukleus menebal, memendek dan
Sentromer jelas kelihatan.
Kromatid Berlakunya replikasi kromosom. Setiap kromosom
menyalin satu set maklumat genetik.
Setiap kromosom mempunyai sepasang kromatid yang
Sentriol
disambungkan oleh sentromer.

Gentian Gentian gelendong terbentuk.


gelendong Membran nukleus hilang.

Pembentukan gelendong lengkap.


Kromosom tersusun di sepanjang satah khatulistiwa.

Kromatid berpisah di sentromer dan tertarik ke kutub


yang bertentangan oleh gentian gelendong.

Sel mula membahagi.


Membran nukleus terbentuk di sekeliling setiap
kumpulan kromosom.
Dua sel anak terhasil.
Setiap sel anak mempunyai dua pasang kromosom
Sel anak seperti sel induk.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Sel Pembahagian Sel
induk
Kromosom Meiosis melibatkan dua peringkat
Peringkat-peringkat Meiosis
pembahagian sel.
Sel induk dengan dua pasang kromosom.
Kromosom memendek dan menebal.
Sentromer Berlakunya replikasi kromosom.
Setiap kromosom terdiri daripada dua kromatid yang disambungkan
Meiosis I oleh sentromer.
Pemasangan kromosom homolog.
Pindah silang berlaku di kromatid.
Pertukaran bahan genetik.
Membran nukleus hilang.
Kromosom tersusun di satah khatulistiwa.
Kromosom homolog berpisah dan bergerak ke kutub bertentangan.
Sel mula membahagi. Membran nukleus membentuk semula.
Dua sel anak dihasilkan.
Kromosom tersusun di satah khatulistiwa.
Membran nukleus hilang.
Kromatid berpisah dan bergerak ke kutub bertentangan.
Meiosis II Kromatid bertukar menjadi kromosom.
Sel mula membahagi.
Membran nukleus membentuk semula.
Empat sel anak terhasil.
Setiap sel anak membawa maklumat genetik yang berbeza.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Pembahagian Sel

Persamaan Antara Mitosis Dan Meiosis

Pembahagian sel berlaku.

Replikasi kromosom hanya berlaku sekali.

Sel anak akan terhasil pada akhir proses pembahagian.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Pembahagian Sel

Perbezaan Antara Mitosis Dan Meiosis

Mitosis Meiosis

Berlaku di sel soma untuk menghasilkan sel Berlaku di organ pembiakan untuk
yang baru. menghasilkan gamet.
Anak sel mempunyai bilangan kromosom Bilangan kromosom dalam sel anak adalah
yang sama dengan sel induk. separuh daripada sel induk.
Setiap proses pembahagian sel Setiap proses pembahagian sel
menghasilkan dua sel anak. menghasilkan empat sel anak.

Pindah silang tidak berlaku. Pindah silang berlaku.

Sel induk membahagi dua kali secara


Sel induk membahagi sekali sahaja.
berterusan.
Sel anak mempunyai maklumat genetik Sel anak membawa maklumat genetik yang
yang sama dengan sel induk. berbeza dengan sel induk.
Untuk menghasilkan gamet dan pembiakan
Untuk pertumbuhan dan pembiakan aseks.
seks.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Pembahagian Sel

Kepentingan Mitosis Dan Meiosis Bagi Manusia


Lelaki (diploid, 2n) Perempuan (diploid, 2n)
(46 kromosom) (46 kromosom)

Sperma (haploid, n) Ovum (haploid, n)


(23 kromosom) (23 kromosom)

Persenyawaan Sperma bergabung dengan ovum

Zigot (diploid, 2n)

(46 kromosom)

Fetus

Bayi
Mitosis

Kanak-kanak

Dewasa

ITeach – Sains Tingkatan 4


Topic 3 Heredity And Variation

3.2 The Principles And Mechanism Of Inheritance


Prinsip Dan Mekanisme Pewarisan Sifat

ITeach – Science Form 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Prinsip Dan Mekanisme Pewarisan Sifat

Gen Dominan Dan Gen Resesif

Kromosom terdiri daripada molekul DNA.

DNA mengandungi banyak gen.

Gen-gen membawa maklumat genetik yang menentukan sifat dan ciri.


 Contoh : satu daripada bapa, satu daripada ibu.
Satu sifat tertentu pada manusia dikawal oleh sepasang gen.
 Contoh : Tt T = Tinggi t = Kerdil

Gen dominan adalah gen kuat yang boleh melindungi ciri gen resesif yang
berpasangan dengannya.
 Contoh : T = Gen tinggi yang merupakan dominan.
t = Gen kerdil yang merupakan resesif.
‘TT’ dan ‘Tt’ adalah pasangan gen yang menunjukkan ciri tinggi.

Gen resesif adalah gen lemah yang hanya menunjukkan ciri-cirinya apabila
berpasangan sesamanya.
 Contoh : ‘tt’ adalah pasangan gen yang menunjukkan ciri kerdil.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Prinsip Dan Mekanisme Pewarisan Sifat

Sifat Manusia Yang Dikawal Oleh Gen

Sifat Manusia Yang Dikawal Oleh Gen Sifat Manusia Yang Dikawal Oleh Gen
Dominan Resesif

Tinggi Kerdil

Rambut kerinting Rambut lurus

Cuping telinga bebas Cuping telinga lekap ke pipi

Rambut berwarna hitam Rambut berwarna perang

Boleh menggulung lidah Tidak boleh menggulung lidah

Tidak buta warna Buta warna

Iris hitam Iris biru

Mempunyai lesung pipi Tidak mempunyai lesung pipi

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Prinsip Dan Mekanisme Pewarisan Sifat
Mekanisme Pewarisan Sifat- kacukan antara
pokok kacang pea baka tinggi tulen dengan
pokok kacang pea baka kerdil tulen
Rajah skema menunjukkan kacukan antara dua pokok baka tulen
yang mempunyai sifat berlainan

Fenotip induk Pokok Tinggi (baka tulen) Pokok Kerdil (baka tulen)

Genotip induk

Meiosis

Gamet
Persenyawaan

Generasi pertama,
genotip F1
Fenotip F1 Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi
100% pokok yang terhasil dalam generasi pertama adalah tinggi. Ini menunjukkan
sifat tinggi dikawal oleh gen dominan, ‘T’ dan sifat kerdil dikawal oleh gen resesif, ‘t’.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Prinsip Dan Mekanisme Pewarisan Sifat
Mekanisme Pewarisan Sifat - Kacukan
Monohibrid Antara Pokok-pokok Dari Generasi
Pertama

Rajah skema menunjukkan kacukan monohibrid

Fenotip F1 Pokok Tinggi (hibrid) Pokok Tinggi (hibrid)

Genotip
1 F1

Meiosis

Gamet

Persenyawaan
Generasi kedua,
genotip F2
Fenotip F2 Tinggi Tinggi Tinggi Kerdil

Nisbah genotip = 1 TT : 2 Tt : 1 tt 25% pokok-pokok yang terhasil dalam


Nisbah fenotip = 3 Tinggi : 1 Kerdil generasi kedua adalah kerdil.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Prinsip Dan Mekanisme Pewarisan Sifat

Mekanisme Pewarisan Sifat - Manusia


Jika seorang lelaki yang berambut kerinting (Cc) berkahwin dengan seorang
perempuan yang berambut lurus (cc), apakah kebarangkalian anak yang dilahirkan
akan berambut kerinting?
[ C : gen dominan (rambut kerinting) c : gen resesif (rambut lurus) ]

Ibu bapa
Meiosis

Gamat C
Persenyawaan

Genotip anak

Fenotip anak Rambut Rambut Rambut Rambut


kerinting kerinting lurus lurus
1
Kebarangkalian mendapat anak berambut kerinting adalah 50% atau
2

ITeach – Sains Tingkatan 4


Topic 3 Heredity And Variation

3.3 Sex Determination And The Occurrence Of Twins


Penentuan Seks Anak Dan Kejadian Kembar Pada
Manusia

ITeach – Science Form 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Penentuan Seks Anak Dan Kejadian Kembar Pada Manusia

Kromosom Seks Manusia

Sel soma manusia mempunyai 23 pasang kromosom atau


46 kromosom.

• 22 pasang adalah autosom dan sepasang adalah kromosom


seks.

• kromosom seks menentukan seks seseorang sama ada lelaki


atau perempuan.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Penentuan Seks Anak Dan Kejadian Kembar Pada Manusia

Lelaki

mempunyai 44 autosom + XY dalam sel soma

44 + XY
Kromosom
meiosis
Menghasilkan gamet sperma

22 + Y 22 + X
Kromosom Kromosom

Kariotip lelaki
(22 pasang + XY)

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Penentuan Seks Anak Dan Kejadian Kembar Pada Manusia

Perempuan

Mempunyai 44 autosom + XX dalam sel soma

44 + XX
Kromosom
meiosis
Menghasilkan gamet ovum

22 + X
Kromosom

Karotip perempuan
(22 pasang + XX)

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Penentuan Seks Anak Dan Kejadian Kembar Pada Manusia

Penentuan Seks

Lelaki menghasilkan dua jenis sperma : (22 + Y) dan (22+X).

Perempuan menghasilkan sejenis ovum : (22 + X).

Bapa (testis) Ibu (ovari)

Ibu bapa 44 + XY 44 + XX

Meiosis
(sperma) (ovum)
Gamet 22 + X 22 + Y 22 + X 22 + X

Persenyawaan

Anak 44 + XX 44 + XX 44 + XY 44 + XY

Jantina Perempuan Perempuan Lelaki Lelaki

Jantina bayi ditentukan oleh jenis sperma yang mempersenyawakan ovum.


Kebarangkalian untuk mendapat anak lelaki atau perempuan adalah sama iaitu
50%.
ITeach – Sains Tingkatan 4
Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Penentuan Seks Anak Dan Kejadian Kembar Pada Manusia

Pembentukan Kembar Seiras

Satu ovum disenyawakan oleh satu sperma dan menghasilkan satu zigot.

Zigot itu dengan segeranya mengalami mitosis lalu berkembang menjadi dua
embrio yang berkongsi satu plasenta.
embrio A
1 sperma + 1 ovum 1 zigot
embrio B

plasenta

sperma
2 embrio
berasingan

Satu ovum Zigot membahagi Fetus berkongsi


dibebas dan melalui mitosis plasenta yang
disenyawakan sama

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Penentuan Seks Anak Dan Kejadian Kembar Pada Manusia

Pembentukan Kembar Tak Seiras

Dua ovum disenyawakan oleh dua sperma dan menghasilkan dua zigot.

Kedua-dua zigot berkembang menjadi dua embrio dalam plasenta yang


berlainan.
Sperma P + Ovum X  Zigot U

Sperma Q + Ovum Y  Zigot V

plasenta

embrio
zigot

Setiap fetus mempunyai


Dua ovum dibebas Zigot membahagi plasenta sendiri.
dan disenyawakan melalui mitosis
secara berasingan.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Penentuan Seks Anak Dan Kejadian Kembar Pada Manusia

Kembar Siam

Kembar Siam adalah kembar seiras yang sebahagian badan mereka bersatu
kerana zigot gagal terpisah secara sempurna kepada dua embrio.

Kebanyakan kembar siam berkongsi salah satu organ seperti jantung, otak,
ginjal, peparu, dan sistem pencernaan.
Pembahagian kembar Siam melalui pembedahan mungkin berjaya jika kembar
tersebut mempunyai organ dalaman sendiri.

Satu ovum Zigot membahagi Dua embrio Dua fetus terikat


dibebas dan secara tidak terlekat bersama bersama dan
disenyawakan. sempurna melalui berkongsi plasenta
mitosis yang sama Contoh kembar
Siam

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Penentuan Seks Anak Dan Kejadian Kembar Pada Manusia

Persamaan Dan Perbezaan Antara Kembar Seiras Dengan Kembar Tak Seiras

Persamaan

 Kedua-dua kembar  Ovum hanya


terbentuk pada masa disenyawakan oleh satu
yang sama. sperma.

Kembar Seiras Perbezaan Kembar Tak Seiras

Satu ovum disenyawakan oleh satu Dua ovum disenyawakan oleh dua
sperma, membentuk satu zigot lalu sperma, membentuk dua zigot lalu
membahagi menjadi dua embrio. berkembang menjadi dua embrio.
Setiap fetus mempunyai plasenta
Dua fetus berkongsi satu plasenta.
sendiri.

Kandungan genetik yang sama. Kandungan genetik yang berbeza

Jantina yang sama. Jantina yang sama atau berbeza.

Trait yang sama. Trait yang berbeza.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Topic 3 Cell Division

3.4 Mutation
Mutasi

ITeach – Science Form 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Mutasi

Jenis Mutasi

• Mutasi adalah perubahan spontan yang berlaku dalam struktur


gen atau kromosom yang boleh mempengaruhi sifat manusia.

• Mutasi berlaku pada : -

b) Sel gamet – akan


a) Sel soma – tidak akan
diturunkan kepada
diturunkan kepada
generasi akan datang dan
generasi akan datang
mempengaruhi sifatnya.

• Organisma yang mengalami mutasi dikenali sebagai mutan.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Mutasi

Mutasi Kromosom

Merujuk kepada perubahan bilangan kromosom, atau


dalam struktur kromosom.

Perubahan bilangan kromosom Perubahan dalam struktur kromosom


 Organisma berlebihan atau semasa pindah silang
kekurangan bilangan kromosom Pelenyapan gen Penyongsangan gen
kerana kegagalan pengagihan A kromosom A A
B B B
semasa meiosis. C gen C C
A
B F
Contoh E
C
D D
G E
G G G
Ibu bapa H
D H
H
F
E I H
I F I I
46 kromosom
Penggandaan gen Translokasi gen
A A A
B W
B B W
meiosis C
C
X
X
C
D Y
D D Y
E Z
24 kromosom 22 kromosom E F
E Z
F G F G
G H G H
Gamet abnormal H I H
Kromosom
I
bukan
I G I homolog
H
I

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Mutasi

Contoh Mutasi Kromosom

Mempunyai kromosom tambahan pada pasangan


kromosom ke-21.

Individu sindrom Down mempunyai 47 kromosom.

Kariotip individu sindrom Down

Ciri-ciri individu sindrom Down adalah seperti terencat


akal, mata sendeng ke bawah, mulut ternganga, batang
hidung yang pendek, dahi yang lebar, berbadan pendek
dan gempal.
ITeach – Sains Tingkatan 4
Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Mutasi

Contoh Mutasi Kromososm

Disebabkan oleh berlebihan kromosom seks X pada seorang lelaki.

Genotip individu sindrom Klinefelter adalah 44 + XXY

Kariotip individu sindrom Klinefelter

Individu sindrom Klinefelter adalah seorang lelaki yang mempunyai


ciri-ciri kewanitaan seperti :-
 Buah dada membesar  Bahu sempit  Punggung besar
 Bulu badan sedikit  testis kecil dan tidak subur
ITeach – Sains Tingkatan 4
Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Mutasi

Contoh Mutasi Kromososm

Disebabkan oleh kehilangan kromosom seks X pada seorang


perempuan.
Genotip individu sindrom Turner adalah 44+ XO

Kariotip individu sindrom Turner

Perempuan yang mengalami sindrom Turner adalah mandul kerana


organ pembiakannya tidak boleh berfungsi seperti normal.
ITeach – Sains Tingkatan 4
Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Mutasi

Mutasi Gen

Merujuk kepada perubahan dalam


komposisi kimia dalam gen.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Mutasi
Contoh Mutasi Gen

Tidak dapat membezakan warna merah dan hijau.

Mutasi gen untuk penglihatan warna yang disebabkan oleh kehadiran gen resesif.
Gen resesif terdapat pada kromosom X. Lelaki lebih cenderung mengalami masalah
tersebut kerana lelaki mempunyai hanya satu kromosom X berbanding dengan
perempuan yang mempunyai dua kromosom X.
Buta warna juga dikenali sebagai penyakit terangkai seks.

Pewarisan buta warna


Xb: gen resesif buta warna X : penglihatan normal
Bapa normal Ibu pembawa
Ibu bapa XY XXb

Meiosis

Gamet X Y X Xb

Persenyawaan

Anak XX XXb XY XbY


Anak perempuan Anak perempuan Anak lelaki Anal lelaki
normal pembawa normal buta warna
 Penyakit terangkai seks lebih kerap dialami oleh lalaki daripada perempuan.
 Perempuan akan mengalami masalah itu jika dia mempunyai dua Xb : penyakit gen resesif

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Mutasi

Contoh Mutasi Gen

Kekurangan sejenis protein yang diperlukan semasa


pembekuan darah.

Merupakan penyakit terangkai seks kerana gen resesif


ada pada kromosom X.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Mutasi

Contoh Mutasi Gen

Perubahan dalam gen yang mengawal warna kulit. Gen itu


menghasilkan pigmen dalam kulit, rambut dan iris.

Gen mutan adalah resesif dan terdapat pada autosom.

Individu yang mengalami masalah albinisme dikenali sebagai


albino.

Albino lebih cenderung mendapat kanser kulit.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Mutasi

Contoh Mutasi Gen

Perubahan dalam gen yang menghasilkan hemoglobin.

Kecekapan pengangkutan oksigen oleh hemoglobin


terjejas.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Mutasi
Faktor-faktor Yang Menyebabkan
Mutasi

 Mutasi adalah perubahan secara spontan yang diakibatkan oleh kesilapan


yang terjadi semasa pembahagian sel.

 Ia boleh diaruhkan oleh faktor luaran yang dikenali sebagai mutagen.

 Contoh mutagen : -

Sinaran radioaktif Sinar-X dan sinar ultralembayung


 Seperti sinar alfa, sinar beta dan  Boleh menembusi dan
sinar gama yang boleh memusnahkan sel hidup lalu
menembusi nukleus sel dan menyebabkan kanser.
mengubah struktur gen atau
kromosom.

Bahan kimia
 Seperti asap rokok, benzena,
pestisid, racun serangga dan
formaldehid yang boleh
memusnahkan mutasi atau kanser.
ITeach – Sains Tingkatan 4
Bab 3 Keturunan Dan Variasi
Mutasi

Kelebihan Dan Kelemahan Mutasi

Kelebihan Kelemahan
 Menyebabkan variasi dalam
organisma dan membenarkan  Penyakit yang disebabkan oleh
mereka menyesuaikan diri dengan mutasi tidak dapat dirawati.
persekitaran.

 Menghasilkan spesis yang baru dan


 Mutasi menyebabkan kerosakan
lebih resistan kepada penyakit,
fizikal dan mental kepada
cuaca dan pencemaran
organisma.
persekitaran.

 Penyakit seperti hemofilia dan


anemia sel sabit boleh membawa
maut.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Topic 3 Cell Division

3.5 The Effects Of Genetic Research On Human Life


Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

ITeach – Science Form 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia


Sumbangan Penyelidikan Genetik
Dalam Bidang Perubatan

Tujuan penyelidikan genetik


dalam bidang perubatan

Mengenal pasti pelbagai


Mengelakkan penyakit baka
penyakit baka

Penyaringan genetik membolehkan manusia mengesan gen yang


menyebabkan penyakit baka seperti buta warna, hemofilia dan albinisme
lalu mencegahnya.

Penyakit baka yang disebabkan oleh perubahan bilangan kromosom boleh


dikenal pasti dengan ujian cecair amniotik.

Terapi gen membolehkan pemindahan DNA atau gen normal ke dalam sel
bagi menggantikan gen yang telah rosak atau mengalami mutasi.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

Sumbangan Penyelidikan Genetik Dalam Bidang Pertanian

Tujuan penyelidikan genetik


dalam bidang pertanian

Meningkatkan kualiti baka melalui


pembiakbakaan.

Menghasilkan spesis baru yang berdaya


tahan dengan serangan penyakit atau
racun perosak dan herba.

Menghasilkan tumbuhan dan haiwan yang


mencapai kematangan dalam tempoh
masa yang singkat dan mampu
menaikkan hasil pertanian.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

Pembiakbakaan

Pembiakbakaan ditakrifkan sebagai tumbuhan


atau haiwan yang dikacukkan bagi
menghasilkan varieti baru yang mempunyai
sifat yang diingini.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

Kacukan Antara Jagung Mexico


Dengan Jagung Taiwan

Kacukan Varieti baru Ciri-ciri

Buah lebih manis


Jagung Mexico × Tongkol lebih besar
Jagung Taiwan Lebih tahan penyakit dan
kemarau

Jagung Masmadu

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

Kacukan Antara Kelapa Sawit Dura


Dengan Kelapa Sawit Pisifera

Kacukan Varieti baru Ciri-ciri

Lebih banyak buah


Kepala sawit Dura ×
Endokarp lebih nipis
Kelapa sawit Pisifera
Mesokarp lebih tebal

Kepala sawit Tenera

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

Kacukan Padi MR50 Dengan


Padi CR261 - 7039 - 236

Kacukan Varieti baru Ciri-ciri

Kualiti lebih baik


Padi MR50 × Padi
Lebih banyak hasil
CR261 - 7039 - 236
tanaman

Padi MR84

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

Kacukan Betik Sunrise Solo


Dengan Betik Subang 6

Kacukan Varieti baru Ciri-ciri

Betik Sunrise Solo × Buah lebih manis


Betik Subang 6 Buah lebih berisi

Betik Eksotika

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

Kacukan Lembu Tempatan


Dengan Lembu European

Kacukan Varieti baru Ciri-ciri

Menghasilkan lebih
banyak susu
Lembu tempatan ×
Lebih berdaya tahan
Lembu European
dengan perubahan
persekitaran
Lembu Mafriwal

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

Kacukan Biri-biri Tempatan


Dengan Biri-biri Australia

Kacukan Varieti baru Ciri-ciri

Saiz lebih besar


Cepat mencapai
Biri-biri tempatan ×
kematangan
Biri-biri Australia
Kualiti daging dan kapas
yang lebih baik

Biri-biri Malin – X

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

Kacukan Ayam Tempatan


Dengan Ayam Import

Kacukan Varieti baru Ciri-ciri

Ayam kampung
Mencapai kematangan
tempatan × Ayam
dengan cepat
import

Ayam Leghorn Putih

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

Teknologi Pembiakbakaan

Inseminasi Buatan Pengklonan

Transplantasi Embrio Modifikasi Genetik

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

Teknologi Pembiakbakaan

Inseminasi Buatan

Sperma daripada seorang lelaki yang sesuai dikumpul dan


dimasukkan dalam uterus seorang perempuan yang sesuai.

Persenyawaan berlaku di dalam uterus perempuan tersebut.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

Teknologi Pembiakbakaan

Transplantasi Embrio

Sperma daripada lelaki yang


Embrio yang terbentuk dipindah
sesuai digunakan untuk
ke dalam uterus perempuan yang
bersenyawa dengan ovum
lain.
daripada perempuan yang sesuai.

rektum
embrio

oviduktus
ovari

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

Teknologi Pembiakbakaan

Pengklonan

Proses menghasilkan anak daripada induk


secara aseks.

Anak yang terhasil mempunyai maklumat


genetik yang sama seperti induk.

Biri-biri Dolly
ITeach – Sains Tingkatan 4
Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

Teknologi Pembiakbakaan

Modifikasi Genetik

 Kejuruteraan genetik yang dilakukan ke atas tumbuhan atau haiwan


dengan mengekstrak DNA dari satu organisma lalu disuntik DNA
tersebut ke dalam organisma yang lain demi mendapat sifat yang
diingini.

Contoh

Gen yang mengawal sesuatu sifat diekstrak


daripada rumput lalu disuntik ke dalam kentang
bagi menahan keadaan tertentu.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Kesan Penyelidikan Genetik Pada Kehidupan Manusia

Kebaikan Dan Keburukan


Penyelidikan Genetik

Kebaikan Keburukan

 Makanan modifikasi genetik


 Mengenal pasti dan merawat penyakit
menyebabkan alergi dan kesan-kesan
baka pada peringkat awal.
buruk lain.

 Pembiakbakaan menghasilkan hasil  Penyelidikan genetik menyebabkan


tanaman dan ternakan yang lebih kepupusan sesetengah spesis kerana
berkualiti. telah diganti oleh varieti baru.

 Makanan modifikasi genetik  Kemungkinan sifat tertentu tumbuhan


menghasilkan makanan yang lebih yang diubah genetik terpindah kepada
bernutrisi, hasil yang lebih banyak dan rumput lalu menghasilkan rumput yang
menambah varieti makanan. tahan penyakit dan pestisid.

 Pengklonan atau kejuruteraan genetik


 Pengklonan digunakan untuk mengklon menimbulkan masalah moral, etika dan
spesis terancam bagi mencegah agama seperti pengklonan manusia
kepupusan. atau mikroorganisma yang digunakan
sebagai senjata.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Topic 3 Cell Division

3.6 Variation
Variasi

ITeach – Science Form 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Variasi Di Kalangan Hidupan

Variasi

Variasi adalan
Variasi terbahagi
perbezaan antara
kepada variasi selanjar
individu-individu dalam
dan variasi tak selanjar.
spesis yang sama.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Variasi Di Kalangan Hidupan


Variasi

Variasi Selanjar Variasi Tak Selanjar


 Variasi yang tidak menunjukkan  Variasi yang menunjukkan
perbezaan yang nyata. perbezaan yang nyata.
 Perbezaan berada dalam julat  Perbezaan diklasifikasikan dalam
antara dua ekstrem. Contoh: beberapa kumpulan dengan
ketinggian, berat badan, warna perbezaan yang jelas antara
kulit, kecerdasan. kumpulan. Contoh: jantina,
kumpulan darah, corak cap ibu jari,
bentuk cuping telinga.
 Graf – Histogram taburan normal  Graf – Carta bar taburan diskrit
8 22
7 20
18
6
Bilangan pelajar

16
5 14

Bilangan pelajar
12
4 10
3 8
2 6
4
1
2
035-3940-44 45-4950-5455-59 60-6465-6970-74 75-79 0 Bentuk
Melekap Bebas Cuping telinga
Berat badan (kg)
Graf menunjukkan variasi dalam berat badan Graf menunjakkan variasi dalam bentuk cuping telinga

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Variasi Di Kalangan Hidupan

Faktor Yang
Menyebabkan Variasi

Faktor Genetik Faktor Persekitaran

Diwarisi daripada ibu bapa dan akan Cahaya matahari dan suhu
terus diturunkan kepada generasi akan  Mempengaruhi kulit dan warna
datang. rambut.

Bekalan makanan
Pertukaran maklumat genetik antara
kromatid semasa pindah silang berlaku.  Mempengaruhi saiz organisma.

Kelembapan
Persenyawaan sperma dengan ovum
 Keadaan lembap atau kering
yang berlaku secara rawak.
mempengaruhi tekstur kulit.

Mutasi menyebabkan variasi.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Variasi Di Kalangan Hidupan

Kepentingan Variasi

Membolehkan organisma menyesuaikan


diri dengan perubahan persekitaran.

Membezakan organisma dalam spesis


yang sama.

Menghasilkan spesis baru melalui proses


evolusi.

ITeach – Sains Tingkatan 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Variasi Di Kalangan Hidupan


Salasilah Keluarga
Salasilah keluarga adalah carta skema yang menunjukkan aliran sesuatu sifat
daripada ibu bapa kepada anak-anak dan ahli keluarga lain yang berkaitan
melalui pewarisan.

Contoh Salasilah Keluarga

Abang Kakak Saya Adik lelaki


Petunjuk

Lelaki boleh menggulung lidah Lelaki tidak boleh menggulung lidah

Perempuan boleh menggulung lidah Perempuan tidak boleh menggulung lidah

ITeach – Sains Tingkatan 4


Topic 3 Cell Division

3.7 The Need To Adhere To A Code Of Ethics In Genetic


Research
Isu Etika Dalam Penyelidikan Genetik

ITeach – Science Form 4


Bab 3 Keturunan Dan Variasi

Isu Etika Dalam Penyelidikan Genetik

Kepentingan Etika
Dalam Penyelidikan
Genetik

Produk atau makanan modifikasi


Pengklonan manusia perlu
genetik perlu diuji sebelum
dilarangkan.
dipasarkan.

Penyelidikan genetik perlu


dilakukan demi kebaikan manusia
bukan disalahgunakan untuk
menghasilkan sesuatu yang
membawa kesan buruk kepada
persekitaran.

ITeach – Sains Tingkatan 4


The End

i - Teach

You might also like