You are on page 1of 21

Prosedur bagi pendaftaran perniagaan

• Pemilikan Tunggal

• Perkongsian
Prosedur penubuhan Koperasi
1.Menghubungi pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
• Permohonan koperasi hendaklah mengemukakan kepada Pengarah SKM Negeri di
pejabat SKM Wilayah.
• Mendapatkan borang permohonan di pejabat SKM/Wilayah atau muat turun dari
laman web SKM

2.Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi


• Lengkapkan borang permohonan dan mengemukakan kepada pejabat SKM Negeri
untuk mendapatkan kebenaran penubuhan.
3.Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja
• Sebuah Jawatankuasa Penaja sekurang-sekurangnya sepuluh orang hendaklah
dibentuk.

4.Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan


• Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa penaja hendaklah menetapkan satu tarikh
bagi mengadakan mesyuarat agung permulaan koperasi.
Prosedur pendaftaran Syarikat SDN BHD
Pemfailan Permohonan Pencarian Nama Syarikat
• Proces carian nama dilakukan adalah menentukan sama ada nama yang
dicadangkan bagi syarikat tersebut masih tidak digunakan oleh syarikat lain

• Melengkapkan dan menyerahkan Borang 13A (Permohonan Carian Nama


Syarikat) kepada SSM

• Pembayaran yuran sebanyak RM30.00 bagi setiap nama yang mohon

• Sekiranya nama yang dicadangkan diluluskan oleh SSM, maka ia akan disimpan
selama tiga bulan dari tarikh kelulusan.
Tatawujud
• Adalah perlembagaan atau piagam syarikat yang mengandungi :

i. Nama syarikat sama ada SDN BHD atau AWAM BHD


ii. Jenis perniagaan / Objektif utama syarikat
iii. Alamat dan pekerjaan pemohon
iv. Modal yang dibenarkan (Modal berdaftar)
v. Tanggungan ahli yang terhad
Tataurus
• Tatacara pengurusan syarikat yang mengandungi :

i. Cara Syer diterbitkan dan dipindah milik


ii. Kuasa dan tanggungjawab Lembaga Pengarah
iii. Aturcara dan perjalanan mesyuarat
iv. Hubungan antara pemegang syer
v. Pembahagian untung syarikat
Borang 6 (Pengisytiharan Pematuhan)
• menyatakan bahawa semua keperluan telah dipatuhi.
• mesti ditandatangani oleh setiausaha syarikat yang menguruskan pendaftaran
Syarikat SDN BHD
• dinamakan dalam Memorandum dan Artikel Persatuan.

Borang 48A (Pengistiharaan Berkanun dari Pengarah atau Promotor


Sebelum Dilantik)
• Pengarah atau Promotor mengisytihar dan bersumpah bahawa:
i. Beliau bukanlah seorang bankrap
ii. Beliau tidak pernah disabitkan dan dipenjarakan bagi apa-apa kesalahan yang
dinyatakan.
BAYARAN PENDAFTARAN
• Di bawah Akta Syarikat 2016, bayaran pendaftaran sebanyak RM1,000 akan
dibayar kepada SSM untuk setiap permohonan untuk penubuhan sebuah
syarikat.
• setiap permohonan yang penubuhan syarikat hendaklah disertakan dengan
bayaran seperti jadual berikut:
PERAKUAN PEMERBADANAN
Jika kesemua kehendak pendaftaran untuk pemerbadanan syarikat telah
dipatuhi, perakuan pemerbadanan syarikat akan dikeluarkan:
• Borang 9 Sijil Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian

• Borang 8 Sijil Perakuan Pemerbadanan Syarikat Awam.


• TANGGUNGAN AHLI apabila syarikat digulungkan adalah setakat
SAHAM yang belum berbayar sahaja

• TANGGUNGAN AHLI apabila syarikat digulungkan adalah setakat


JAMINAN yang telah dipersetujui oleh ahli sahaja”.

• TANGGUNGAN AHLI terhadap hutang syarikat adalah tidak terhad dan


akan bertanggungan secara keseluruhan ke atas segala hutang syarikat”.
Lesen Permit perniagaan
• merupakan perkara yang wajib ada kepada setiap peniaga yang ingin menjalankan
perniagaan secara sah di Malaysia.

Keperluan mendapat Lesen Permit


1. Premis hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat asas Jabatan Perancang dan
kawalan bangunan dan mempunyai kelulusan perancang atau Perintah
pembangunan (Development Order-DO)

2. mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Bahagian Kawalan Bangunan
dan mempunyai kelulusan pelan bangunan dan sijil layak menduduki bangunan (CF
/ TCF)
3. mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Jabatan
Kesihatan

4. mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak keselamatan


Jabatan Bomba Malaysia.
• Mengadakan Sistem Kawalan Keselamatan Kebakaran Bangunan di tingkat satu ke
atas yang mempunyai tangga tunggal
• tidak dibenarkan menjalankan perniagaan premis untuk kegunaan bagi aktiviti-
aktiviti perniagaan tertentu seperti premis untuk hiburan hendaklah mendapat
sokongan Jabatan Polis
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MEMPERBAHARUI
LESEN
1.Satu keping gambar berwarna berukuran passport

2.Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api (bomba)

3.Salinan sijil kursus asas pengendali makanan yang sah (perniagaan makanan &
minuman sahaja )

4.Sijil suntikan kesihatan untuk pelesen & pembantu-pembantu (perniagaan


makanan &minumam sahaja)

5.Salinan bil cukai taksiran yang telah dijelaskan setengah tahun kedua 2009.

6.Lesen asal 2010/ lesen papan iklan 2010

7.Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)


Syarat-Syarat Mendapat Lesen
1. Premis perniagaan yang dilesenkan hendaklah digunakan untuk aktiviti perniagaan
seperti yang tercatat dalam lesen

2. Lesen perniagaan hendaklah sentiasa dipamerkan di tempat / di dinding yang


mudah di lihat

3. Aktiviti perniagaan hendaklah dijalankan dalam premis sahaja dan dilarang sama
sekali menggunakan kaki lima atau kawasan persekitaran.

4. Bangunan premis yang dilesenkan tidak boleh diubahsuai tanpa kebenaran. Sila
hubungi Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan untuk tujuan tersebut
5. Kebersihan hendaklah sentiasa dijaga sama ada di dalam /di luar
bangunan

6. Mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan aktiviti


perniagaan yang dijalankan tidak mendatangkan pencemaran alam
sekitar, gangguan bunyi, bau busuk dan halangan.

7. Tong sampah yang mencukupi harus disediakan dan sampah sarap


hendaklah di masukkan ke dalam beg plastik sebelum dibuang ke dalam
tong

8. Pemeliharaan binatang di dalam premis seperti anjing, kucing, ayam dan


sebagainya adalah dilarang
Surat Kuasa
• adalah surat yang isinya menjelaskan bahawa pemberian wewenang atau kuasa

• dari satu pihak tertentu kepada pihak lain yang diberikan kepercayaan kerana Si
pemberi kuasa tidak dapat melaksanakan sendiri suatu pekerjaan/ tugas atau tidak
dapat menghadiri.

• Bahasa dan kata-kata yang digunakan dalam surat kuasa harus sopan dan betul dibuat
dengan singkat, padat, dan jelas, sesuai peruntukannya.

You might also like