You are on page 1of 35

PERANAN KERAJAAN DAN

DALAM KONTEKS HUBUNGAN


ETNIK
PENGENALAN
• Malaysia merupakan salah satu negara yang
menjadi contoh dalam hubungan etnik.
• Dalam proses mewujudkan perpaduan
kerajaan merupakan tonggak utama
• Dibantu atau disokong oleh badan bukan
kerajaan dan masyarakat.
Peranan
Kerajaan

Program
PLKN

Sekolah Penubuha
Wawasan n JPNIN

Memperkas
a Sekolah
Kebangsaan
Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional
(JPNIN) - Sejarah
• Selepas tragedi 13 Mei 1969 – MAGERAN
ditubuhkan.
• Jabatan Perpaduan Negara diletakan di bawah
MAGERAN.
• MAGERAN dibubarkan dan Majlis Penasihat
Perpaduan Negara ditubuhkan.
• Tanggungjawab memelihara perpaduan masih
dibawah JPN
Jabatan Perpaduan & Integrasi
Nasional (JPNIN) - Sejarah

Kementerian Kementerian
Perpaduan Perpaduan,
Jabatan Perdana Kebudayaan,
Negara Dan Kesenian dan
Pembangunan
Menteri - JPNIN
Warisan Negara -
Masyarakat - JPN JPNIN
Dasar yang
dibentuk
kerajaan
Pelan Tindakan Perpaduan dan
Integrasi Nasional 2006-2010
• Satu pelan yang diluluskan oleh kabinet pada 17 Mei
2006
• Dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong pada 12 Mei
2007
• Disusun dengan 19 strategi
• Menggariskan 5 objektif
Objektif ptpin 2006-2010
• Memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan
dan patriotik serta megah sebagai rakyat Malaysia
• Mengurangkan pemisahan kaum dan kerenggangan
dalam perhubungan antara kaum dan wilayah
• Meningkatkan toleransi dan keharmonian antara kaum
• Meningkatkan integrasi semua negeri di Malaysia
• Menghadapi cabaran Wawasan 2020 untuk
mewujudkan bangsa Malaysia
Pelan Tindakan Perpaduan dan
Integrasi Nasional 2005-2010
Strategi Politik - Strategi Ekonomi
Persefahaman

Strategi
Strategi
Penggunaan Bahasa
Pendidikan Kebangsaan

Strategi
Strategi Agama Kebudayaan
Pelan Tindakan Perpaduan dan
Integrasi Nasional 2005-2010
Strategi Integrasi Strategi
Wilayah Keselamatan

Strategi
Strategi penggunaan
Pembangunan
Tenaga Manusia
Kawasan

Strategi Media Strategi


Massa Kesukanan
Usaha-usaha JPNIN
Politik -
persefaha
Ekono Pendidi
man mi kan

Pengimbangan taraf ●
Alat membina jati diri

Kerajaan sebagai sosioekonomi nasional
framework bagi
segala usaha dalam

Membasmi ●
Galakkan satu sistem
bidang politik kemiskinan tanpa pendidkan yang
mengira kaum seragam

Langkah yang
diambil harus

Galakan kepada ●
Kurikulum harus
belandaskan sektor swasta dalam memberi tumpuan
perlembagaan mengimbangkan kepada pembelajaran
ekonomi sejarah negara
Usaha-usaha JPNIN
Penggunaa Kebuda
n Bahasa Agama
Kebangsaan yaan

Rakyat Malaysia ●
Usaha melahirkan

Salah satu unsur bebas menganut dan kebudayaan nasional
utama dalam mengamalakan
kebudayaan agama masing-

Tertakluk kepada
kebangsaan masing dasar kebudayaan
kebangsaan

Agar semua kaum ●
Pengembangan
berkomunikasi sesuatu agama

Kebudayaan
dengan baik tertakluk pada kesukuan masih
perlembagaan. boleh diamalkan
Usaha-usaha JPNIN
Pembangu
Kesela nan
Tenaga
matan kawasan manusia

Aspek perpaduan ●
Pemilihan berdasarkan

Perpaduan yang diambilkira sebelum kelayakan dan
sudah terbentuk suatu kawasan itu keadilan
harus dibangunkan. ●
Penerapan unsur
dijaga/dipelihara perpaduan dalam

Aktiviti yang

Terbahagi kepada 2 memberi peluang aktiviti yang
dijalankan
aspek – pencegahan kepada perpaduan
& pemulihan harus ●
Interaksi antara kaum
diperbanyakkan harus digalakkan
Usaha-usaha JPNIN
Media Kesuka Integrasi
massa nan wilayah

Menaikkan semangat

Penyebaran patriotisme

Terutama antara
maklumat mengenai semenanjung Malaysia,
perpaduan

Menyediakan peluang Sabah & Sarawak
dan persekitaran bagi ●
Penambahbaikkan sistem

Pengamalan etika pergaulan dan interaksi
perhubungan kebangsaan
kewartawanan sosial
dan pengankutan

Akta cetak & mesin

Bukan sekadar yang ●
Penumpuan juga
cetak dan akta menyertainya, tetapi diberikan pada integrasi
juga bagi yang antara kawasan.
hasutan
menonton
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
• Salah satu usaha dalam PIPP
• Menarik minat kaum bukan melayu untuk
menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan
• Menyediakan peluang untuk memupuk perpaduan
antara kaum.
• Tumpuan diberikan kepada sekolah rendah.
Langkah-Langkah ke Arah
Memperkasa Sekolah Kebangsaan
• Memperkukuhkan lagi bahasa melayu tanpa
mengenepikan bahasa lain.
• Memperkenalkan mata pelajaran bahasa
tamil dan mandarin.
• Melatih guru-guru berkualiti
• Mengadakan lebih banyak aktiviti antara
golongan etnik.
Sekolah Wawasan
• Tiga buah sekolah berlainan jenis
dikumpulkan dalam satu kawasan.
• Pentadbiran dan pengajaran yang berbeza
mengikut sekolah
• Berkongsi aktiviti dan kemudahan. – kantin,
padang, dewan.
Tujuan Sekolah Wawasan
• Perpaduan antara kaum melalui perkongsian
kemudahan.
• Mewujudkan peluang untuk interaksi sosial
• Memahami budaya, fikiran dan bahasa kaum
lain
• Meningkatkan tahap penguasaan bahasa
melayu dikalangan pelajar cina dan india.
• Persaingan sihat
Program Latihan Khidmat Negara
• Mula dilaksanakan pada tahun 2004
• Program 90 hari yang mengumpulkan
pelbagai jenis kaum dari seluruh negara.
• Terdapat 4 modul – fizikal, kenegaraan,
pembinaan karakter dan khidmat komuniti.
• Tidak bersifat kerahan tenaga
Objektif PLKN
• Meningkatkan semangat patriotisme di
kalangan generasi muda.
• Memupuk perpaduan kaum serta integrasi
nasional.
• Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-
nilai murni.
• Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
• Melahirkan generasi muda yang lebih
cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
PERANAN MASYARAKAT

MASYARA
KAT

PROGRAM DI
INSTITUT
PENGAJIAN TINGGI

PENERIMA RUKUN
AN BUDAYA TETANGGA

RUMAH
TERBUKA
RUKUN TETANGGA - DAHULU
• Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975
bertujuan membolehkan rakyat sendiri mengawal dan
menjaga keselamatan kawasan kediaman
• Skim ini dijalankan berikutan penguatkuasaan
Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga 1975).
• Terdapat empat sayap utama Rukun Tetangga iaitu
Tunas Jiran (bagi masyarakat berumur bawah 15
tahun), Jiran Muda (bagi remaja dan belia), Jiran
Wanita (bagi kaum ibu dan wanita), Usia Mas (bagi
warga usia emas).
PINDAAN-PINDAAN KEATAS RUKUN
TETANGGA

Menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan

1 Januari 1983 ●
kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara.
Tujuan: memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat dalam sesuatu tempat.

Meluaskan peranan Skim Rukun Tetangga dengan pendekatan


2000 pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan


keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan
dan berterusan

Rondaan di kawasan setempat


2003

telah diperkenal semua.


RUKUN TETANGGA
• Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun
Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara.
• Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan tujuan
untuk membolehkan penduduk setempat
berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi
masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan
hubungan diperingkat akar umbi di antara
pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat
pelbagai keturunan, adat dan budaya.
RUKUN TETANGGA – KINI
• Visi : Membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia
yang bersatu padu dalam konteks pencapaian wawasan
2020.
• Misi : Memupuk kesefahaman dan tolak ansur ke arah
pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta
beridentiti sendiri.
• Moto :Bersatu Teras Maju.
• Objektif : Memelihara, meningkatkan dan mengukuhkan
perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan
dasar-dasar pembangunan Negara berlandaskan
Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Tetangga.
RUKUN TETANGGA – KINI SAMB.

• Dalam usaha memasti dan mencapai matlamat Rukun


Tetangga terdapat aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
• Aktiviti sosial – kunjung-mengunjung semasa musim
perayaan.
• Aktiviti pendidikan – pendidikan tidak formal, kursus –
kursus dan ceramah-ceramah dalam pelbagai bidang.
• Aktiviti sukan – sukaneka, sukan air, sukan tradisional
dan sukan rakyat.
• Aktiviti rekreasi – ekspedisi, kembara, perkhemahan
dan perkelahan.
RUKUN TETANGGA – KINI SAMB.

• Aktiviti kesihatan dan alam sekitar – ceramah - ceramah


dan kempen-kempen kesihatan dan kesedaran alam sekitar.
• Aktiviti kebajikan – lawatan ke rumah warga tua dan anak
yatim, sumbangan kepada, kerja-kerja amal dan bantuan. 
• Aktiviti keagamaan – ceramah, forum keagamaan dan
sambutan hari kebesaran sesuatu agama.
• Aktiviti kesenian dan kebudayaan – kelas-kelas seni tari,
kraf tangan, dan kelas alat muzik tradisinal.
• Aktiviti ekonomi – program pertanian, pembuatan kerepek
dan jualan kraf tangan.
RUMAH TERBUKA
• Dari sekecil-kecil rumah terbuka yang dirancang oleh sesebuah keluarga
hingga sebesar-besar rumah terbuka yang diatur oleh sesebuah
jabatan.
• Kepentingan rumah terbuka merupakan galakan mewujudkan
hubungan yang baik antara jiran-jiran terutama jiran yang berlainan
etnik dan menyemarakkan amalan kunjung-mengunjung.
• Sebagai contoh tatkala orang melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri,
etnik Cina, India, Kadazan, Iban dan pelbagai etnik lagi dapat
berkunjung ke rumah orang melayu dan begitulah sebaliknya.
• Ketika berkunjung ke rumah terbuka, etnik lain dapat merasa juadah-
juadah istimewa yang hanya disediakan ketika sesuatu perayaan itu
disambut seperti ketupat, lemang dan rendang ketika orang melayu
menyambut Hari Raya Aidilfitri.
RUMAH TERBUKA SAMB.

• Rumah terbuka berperanan dalam mengekalkan keharmonian hubungan


etnik dengan cara sesuatu etnik menjaga sensitiviti etnik lain.
• Contoh: Etnik Cina akan berusaha menyediakan makanan yang halal kepada
etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah sewaktu
sambutan peryaan Tahun Baru Cina. Etnik melayu pula tidak memakai
pakaian berwarna hitam ketika berkunjung ke rumah etnik Cina yang sedang
menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
• Hal ini menunjukkan perasaan mengambil berat dan kefahaman tentang
budaya sesuatu etnik.
• Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa
terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami dan menghormati
budaya masing-masing.
• Amalan ini membuktikan integrasi sosial dalam masyarakat begitu tinggi
walaupun berlainan agama, bangsa dan kebudayaan.
PENERIMAAN BUDAYA
• Budaya berperanan dalam menjamin keharmonian hubungan etnik
dengan etnik berlainan memahami dan cuba menyerap budaya etnik
lain disebabkan kebudayaan setiap etnik berbeza-beza.
• Budaya Kebendaan
– Etnik bukan Melayu segak mengenakan baju kurung dan baju Melayu
terutama pada hari Jumaat.
• Budaya Bukan kebendaan
– Etnik Melayu sudah pandai memasak nasi ayam yang pada asalnya milik
etnik Cina.
– Etnik India kini juga boleh mempelajari tarian singa yang pada mulanya
adalah kebudayaan etnik Cina.
• Kawasan-kawasan petempatan juga tidak lagi hanya untuk sesuatu
etnik, tetapi sesuatu petempatan itu boleh didiami oleh semua etnik.
PROGRAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
(IPT)
• Galakkan daripada pihak pentadbiran terutama bahagian hal ehwal pelajar melalui
persatuan-persatuan dan mengadakan aktiviti dan program yang menjurus kepada
perpaduan kaum di kalangan mahasiswa. Contoh: sambutan Hari Raya juga melibatkan
mahasiswa Cina dan India selain mahasiswa Melayu.
• Kepimpinan tidak memilih sesuatu etnik. Contoh: semua etnik boleh menganggotai
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan semua etnik boleh memimpin sesebuah
persatuan yang ditubuhkan institusi.
• Kandungan kursus menjurus kepada aspek-aspek pendidikan yang harmonis dalam
sebuah masyarakat pelbagai kaum. Nilai-nilai rohani dan budaya yang terdapat dalam
subjek Kenegaraan, Tamadun Islam dan Asia serta Hubungan Etnik perlu ditekankan
supaya nilai-nilai ini akan meninggikan keperibadian yang dapat menyatupadukan
generasi muda. 
• Mewujudkan Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara dan galakan melalui
pemberian sedikit inisiatif kepada mahasiswa yang menyertai kelab-kelab ini oleh
pihak pentadbir selain pihak pentadbir menyokong aktiviti yang dianjurkan dari segi
material mahupun khidmat nasihat.
PROGRAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
(IPT) SAMB.
• Aktiviti kokurikulum seperti sukan, persatuan, keluarga angkat, dan
ceramah harus dipergiat dan dipertingkat di kalangan mahasiswa
pelbagai kaum kerana penglibatan ini memberi pendedahan
bagaimana kehidupan rakyat Malaysia. 
• Berpersatuan dan khidmat masyarakat juga dapat mendekatkan
mahasiswa dengan etnik-etnik melalui tugasan-tugasan yang
diberi seperti bergotong-royong dan melawat kampung-kampung.
• Pensyarah juga perlu diterapkan dan didedahkan dengan sikap
perpaduan antara kaum yang positif menerusi kursus seperti
sosiologi perhubungan kaum atau hubungan etnik kerana
pensyarah merupakan agen integrasi dan perpaduan melalui
tugasan dan projek akademik.
PERANAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN
(NGO)
• Terdapat pelbagai pertubuhan yang berasaskan golongan etnik namun
terdapat pertubuhan induk pada peringkat kebangsaan yang menaungi
pertubuhan-pertubuhan ini seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan
Perniagaan dan Perusahaan Malaysia.
• Aspek kepimpinan tetap tidak diterajui oleh pemimpin daripada
sesebuah etnik sahaja kerana semua etnik berpeluang menjadi
pemimpin seperti Majlis Belia Malaysia yang disertai oleh pelbagai etnik. 
• Terdapat pelbagai pertubuhan berteraskan sesebuah kaum namun
kesempatan ini harus digunakan sebaik mungkin dengan cara seperti
mengadakan dialog dan seminar untuk memahami permasalahan yang
wujud dan mencari penyelesaiannya. Contoh: Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) sentiasa mengadakan seminar bagi menjelaskan
kepentingan hubungan etnik dalam konteks Malaysia.
PERANAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN
(NGO) SAMB.
• Sains dan teknologi diperlukan dalam meningkatkan
hubungan etnik kerana ekonomi Malaysia berasaskan
sains dan teknologi.
• Pihak swasta dan kerajaan perlu dalam memberi
sumbangan dana bagi meningkatkan penyelidikan dan
pembangunan bagi menghasilkan inovasi dan seterusnya
memacu pertumbuhan ekonomi negara.
• Apabila ekonomi yang baik, taraf hidup rakyat akan
meningkat, jurang ekonomi negara dapat diseimbangkan
dan keharmonian dalam masyarakat Malaysia akan wujud.
KESIMPULAN
• Setiap etnik mempunyai jati diri yang tertentu
dan diamalkan mengikut kaum masing-masing.
• Kepelbagaian ini merupakan satu keunikan
tersendiri bagi masyarakat Malaysia.
• Usaha untuk meraikan kepelbagaian ini
bertujuan wujudkan keharmonian.
• Setiap warganegara harus hormati jati diri dan
juga hak-hak etnik lain.

You might also like