You are on page 1of 14

MPU 3122 HUBUNGAN ETNIK

TOPIK 2:
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN

PERJANJIAN 20 PERKARA DAN 18 PERKARA DALAM


PERLEMBAGAAN
GENEVIEVE RICHARD SANDAK
PISMP TESL AMBILAN JUN 2015
ISI KANDUNGAN
 Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan
 Bahasa Kebangsaan
 Agama Persekutuan
 Pemerintahan Beraja
 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera
Sarawak dan Sabah
 Kedudukan Kaum Lain

 Perjanjian 20 Perkara dan 18 Perkara dalam Perlembagaan


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM
PERLEMBAGAAN
 Unsur tradisi telah wujud ratusan tahun sebelum
perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957
 Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan
yang meliputi
 Agama
 Bangsa
 Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera (Sabah
dan Sarawak)
 Pemerintahan Beraja
 Kedudukan kaum lain
 Menjadi kelaziman kepada setiap negara yang berdaulat
untuk mempunyai unsur-unsur tradisi yang menjadi
tunjang dan kekuatan kepada pembinaan negara.
Bahasa Kebangsaan
 Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu
 Disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152
 Tetap melindungi bahasa-bahasa lain
 Memperuntukkan tiada siapa boleh melarang atau ditahan
daripada menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa
lain.
Rasional
Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan
rakyat pelbagai kaum

Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di


Nusantara sejak berabad lamanya

Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat


lebih tekal dari segi istilah dan sebutan

Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas


sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi
Agama Persekutuan
 Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan
 Termaktub dalam Perkara 3 (1)
 Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan: agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-
mana bahagian Persekutuan
 Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan
mengamalkan agamanya
 Setiap agama mempunyai hak untuk;
 Menguruskan hal ehwal agamanya
 Menubuhkan dan menyelenggara institut bagi
maksud agama atau khairat (kebajikan)
 Memperoleh dan memiliki harta benda serta
memegang dan mentadbirnya mengikut undang-
undang
Pemerintahan Beraja
 Telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri Melayu
 Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan
dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-
pembesar yang dilantik
 Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-raja menghalang
Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh
kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu dan
Bahasa Melayu dan Islam.
 Institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah
konsep raja berperlembagaan selaras dengan system
demokrasi
 Raja Berpelembagaan – raja bertindak mengikut lunas-
lunas perlembagaan yang telah ditetapkan

Muhammad V of Kelantan
Since 2016
Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan
Bumiputera Sarawak dan Sabah
 Termaktub dalam Perkara 153
 Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmata awam,
biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas
yang lain
Orang Melayu
• Ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang menganuti agama Islam
• Lazimnya bercakap Bahasa Melayu
• Mengamalkan istiadat Melayu

Bumiputera Sarawak
• Terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut,
Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu,
Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia bereturunan campuran
daripada kaum tersebut

Bumiputera Sabah
• Anak atau cucu kepada seseorang suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di
Sabah
Rasional
Kerakyatan
• Orang Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu perlu menerima hakikat hak keistimewaan
orang Melayu

Perkhidmatan Awam
• Semasa zaman penjajah dan di awal kemerekaan, terlalu sedikit orang Melayu yang bekerja dengan
kerajaan

Ekonomi
• Orang Melayu hanya jadi pemehati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia

Pendidikan
• Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di luar bandar, sukar mendapat peluang Pendidikan

Perniagaan
• Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing

You might also like