You are on page 1of 28

TEMA: PERINDUSTRIAN

 INDUSTRI PELANCONGAN

TEKNOLOGI NANO DALAM PERUBATAN


 INDUSTRI BERAT

 KERJA PROJEK
TEMPAT PELANCONGAN
MENARIK DI MALAYSIA
PELANCONGAN DI MALAYSIA
 Industri pelancongan merupakan suatu sektor yang penting bagi sesebuah negara. Hal ini demikian
kerana industri ini menyumbangkan hasil dan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara.
Sektor pelancongan diiktiraf sebagai penyumbang dalam perkembangan ekonomi negara.
Pelancongan antara sektor terpenting dalam negara Malaysia. Antara jenis pelancongan di
Malaysia ialah ekopelancongan, agropelancongan, inapdesa, pelancongan perubatan dan
pelancongan pendidikan.
 Ekopelancongan merujuk kepada pelancongan di kawasan alam semulajadi yang melibatkan
kehidupan flora dan fauna. Contohnya,Taman Negara Kinabalu, Sabah. Agropelancongan ialah
aktiviti pelancongan yang melibatkan kegiatan pertanian, Penternakan dan perikanan. Contohnya
ladang buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan, pusat penternakan haiwan tempatan dan akitiviti
menangkap dan memancing ikan dan udang. InapDesa (homestay) pula ialah unit-unit rumah di
perkampungan tradisional yang disewakan kepada pelancong yang berminat untuk merasai
suasana desa dan budaya masyarakat setempat. Para pelancong akan berpeluang merasai dan
menikmati kehidupan, sosial, keadaan geografi serta sistem ekonomi setempat.
 Pelancongan perubatan atau pelancongan kesihatan merujuk kepada seseorang individu atau
pesakit yang pergi ke sesebuah negara untuk mendapatkan khidmat perubatan yang ditawarkan.
Dua faktor penting yang menyebabkan Malaysia menjadi pilihan untuk pelancongan perubatan
adalah disebabkan oleh kos perubatan yang kompetitif dan kemudahan infrastruktur yang baik.
Pelancongan Pendidikan melibatkan pelancong dari negara luar yang sedang mengikuti kursus
atau pengajian jangka pendek. Pada masa yang sama mereka mengambil peuang untuk bercuti
dan menkmati keindahan negara ini.
 Antara faktor yang mampu menarik rakyat negara ini dan pelancong asing melancong ke Malaysia
adalah keindahan alam semulajadi, budaya rakyat Malaysia, tempat bersejarah, dan kemudahan
awam yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa
Membuat banding beza peratusan
kemasukan pelancong ke Malaysia
berdasarkan negera, beri justifikasi.
TEKNOLOGI
NANO DALAM
PERUBATAN
APLIKASI NANOTEKNOLOGI DALAM PERUBATAN

Nano teknologi ialah bidang S&T yang menerokai aplikasi partikel bersaiz atom atau molekul halus untuk tujuan
pelbagai tujuan.Nano ialah saiz yang teramat kecil daripada 100 nano meter atau 1 bilion lebih kecil daripada saiz 1
meter. Nano teknologi telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang. Aplikasi nano teknologi dalam bidang perubatan telah
mendatangkan pelbagai faedah kepada pesakit. Apakah faedah nano teknologi yang dimaksudkan dalam soalan?

Penggunaan nanoteknologi telah memainkan peranan dalam rawatan dermatologi untuk menyembuhkan pesakit yang
menghadapi masalah kulit. Rawatan anti-inflamasi telah diperkenalkan sebagai satu kaedah terbaru yang efektif dan
mudah bagi menyelesaikan masalah kulit. Bagi mengesahkan aplikasi ini, saintis telah menggunakan haiwan sebagai
spesimen klinikal. Kesan inflamasi akibat jangkitan bacteria pada lapisan kulit haiwan tersebut dapat dikurangkan.
Merujuk kepada hal yang sama, rawatan anti inflamasi tidak boleh dipandang sepi. Aktiviti anti inflamasi partikel nano
Kristal perak mampu membasmi bacteria dan membantu proses pemulihan masalah kulit. Partikel nano perakzin oksida
dan emas pula digunakan untuk membunuh bakteria streptococcus mutans yang dikaitkan dengan masalah inflamasi
oral manusia. Bagi memulihkan pesakit yang berhadapan dengan masalah kulit, pengaplikasian nano teknologi dalam
dunia perubatan merupakan satu langkah bijak. Kebaikan perdana aplikasi nano teknologi dalam bidang perubatan ialah
pembaikan dan regenerative gen-gen penyakit genetik.
.
Penyakit genetic seperti Thalassaemia dan Anaemia adalah berpunca daripada gen-gen yang mutasi. Gen-gen yang
rosak ini boleh diganti dengan gen-gen yang normal melalui nano teknologi. Gen-gen normal boleh disampaikan melalui
partikel-partikel nano. Disebabkan saiz partikel-partikel nano yang amat kecil, gen normal ini dapat dimasukkan ke dalam
nucleus sel yang rosak tanpa merosakkan nukleus tersebut atau mengubah struktur nukleus. Gen
rosakdapatdigantiolehgen yang sihat dan baik. Dengan ini, pesakit akan sembuh daripada penyakit genetik yang
berpunca daripada pewarisan genetik yang rosak. Di samping itu, nano teknologi dapat diaplikasikan dalam
penyampaian ubat dalam rawatan onkologi kemoterapi.

Partikel nano yang kecil dan halus telah dimanfaatkan bagi proses penyampaian ubat dalam bidang farmaseutikal.
Partikel nano seperti tiub karbon nano boleh membawa ubat terus kepada sel kanser dan membunuhnya tanpa
memudaratkan sel-sel normal. Selain tiub karbon nano, ubat dapat dimasukkan ke dalam partikel nano lain yang dikenali
sebagai oleoyl-chitosan (OCH) untuk membunuh sel-sel kanser paru-paru. Dalam rawatan onkologi kemoterapi, partikel
nano telah menjadi ejen membawa ubat pembunuh sel kanser untuk membunuh sel-sel kanser. Aplikasi nano teknologi
dalam proses penyampaian ubat telah meningkatkan keberkesanan rawatan onkologi kemoterapi terhadap pesakit
kanser.
INDUSTRI BERAT
GAMBAR EVOLUSI PROTON
Proton Holdings Berhad

(PROTON)

Logo baru Proton, diperkenalkan pada 16 Februari 2016.


Jenis Anak syarikat (Bursa Malaysia: Proton)
Industri Automotif
Ditubuhkan 7 Mei1983
Pengasas Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
 Subang Jaya, Selangor

Ibu pejabat  Shah Alam, Selangor

 Tanjung Malim, Perak


Tempat Asia Tenggara, China, Australia, United Kingdom, Timur Tengah, Afrika
dibekalkan Selatan
Perancang Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Pengerusi eksekutif)
utama Datuk Ahmad Fuaad Kenali (Ketua pegawai eksekutif)
Produk Kereta, bahagian komponen kenderaan
Pekerja 12,000
SyarikatInduk DRB-HICOM
Anak syarikat Lotus
Laman web www.proton.com.my
PROTON (singkatan untuk PeRusahaan OTOmobil NasionalSendirianBerhad) merupakan
pengeluar kereta pertama Malaysia yang ditubuhkan pada 7 Mei1983 dengan modal berbayar
sebanyak 150 juta ringgit . Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad,
Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.
Proton sebahagian besarnya pengilang kenderaan kejuruteraan lencana daripada Mitsubishi
Motors antara tahun 1985 dan awal 2000-an. Syarikat itu telah menghasilkan beberapa model
rekabentuk asli dan beroperasi dalam sekurang-kurangnya 26 negara hari ini, majoriti yang
mana adalah di Asia. Proton pernah dimiliki oleh Khazanah Nasional, cabang pelaburan
kerajaan Malaysia. Pada bulan Januari 2012, ia telah diambil alih oleh DRB-HICOM, sebuah
konglomerat Malaysia dalam transaksi berjumlah RM1.2 bilion.
Proton, sebahagian besarnya bergantung pada pasaran domestik, sedang mengalami
perubahan struktur dan dalaman, seperti yang terbukti dalam pelantikan pemilik baru, rakan
kongsi baru, dan seorang pengerusi baru, dan dalam pelancaran pelbagai model baru dalam
usaha untuk mendapatkan pasaran antarabangsa.
Konsep Kereta Negara dikandung pada tahun 1979 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, bekas
Perdana Menteri Malaysia dengan matlamat untuk meningkatkan industri Malaysia. [2] Projek
Kereta Negara telah diluluskan oleh Kabinet pada tahun 1982, yang membawa kepada
penubuhan Proton pada 7 Mei 1983. Ia dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui
Khazanah Nasional di penciptaannya. Ia diketuai oleh pengasasnya, Dr. Mahathir. Proton
mendekati Mitsubishi Motors di antara tahun 1983 dan 1984 dan mengadakan usaha sama
antara kedua-dua syarikat untuk pengeluaran kereta Malaysia yang pertama. Hasil kerjasama
itu adalah Proton Saga, yang dilancarkan pada 9 Julai 1985.
Jualan domestik

Jualan kenderaan penumpang Proton di Malaysia, 1985 – 2013


HEBATNYA NEGARAKU
UNIT 11: PERINDUSTRIAN
Projek Penilaian Pembelajaran
HEBATNYA NEGARAKU

TUGASAN
Buat satu perbandingan SATU industri
tempatan yang telah berjaya menembusi
pasaran antarabangsa dengan SATU
industri di sebuah negara lain. Cadangkan
justifikasi baharu untuk membolehkan
industri-industri tempatan berkembang
maju pada masa akan datang di persada
dunia.
HEBATNYA
INDUSTRI NEGARAKU
TEMPATAN
HEBATNYA
INDUSTRI NEGARAKU
TEMPATAN
HEBATNYA
INDUSTRI NEGARAKU
TEMPATAN
HEBATNYA
INDUSTRI NEGARAKU
TEMPATAN
HEBATNYA
INDUSTRI
NEGARAKU
ANTARABANGSA-Jepun
HEBATNYA
NEGARAKU
INDUSTRI ANTARABANGSA-Indonesia
HEBATNYA
NEGARAKU
INDUSTRI ANTARABANGSA-Dubai
HEBATNYA
NEGARAKU
INDUSTRI ANTARABANGSA-Jepun
HEBATNYA
NEGARAKU
INDUSTRI ANTARABANGSA-Thailand

You might also like