You are on page 1of 16

Oleh: Mohd Asyraf Abd Hamid

MAKSUD UNDANG-UNDANG
Sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan
mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan
terdapat undang-undang yang telah direkodkan dalam bentuk penulisan yang boleh
menjadi rujukan kepada kerajaan yang memerintah dan pemerintah selepasnya.
Hukum Kanun Melaka(Undang-undang Darat Melaka)
Undang-undang Laut Melaka
Undang-undang 99 Perak
Undang-undang Kedah
PENGENALAN
Hukum Kanun Melaka merupakan manuskrip undang-undang Melayu yang terawal dalam sejarah
perundangan Tanah Melayu.
Diasaskan pada zaman Sultan Muhammad Syah (Sultan Melaka pertama yang memeluk
Islam)
Tambahan dibuat seasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah

Kewujudan Hukum Kanun Melaka membuktikan bahawa Melaka merupakan sebuah kerajaan yang
makmur dan lengkap dengan segala peraturan (jenayah, ekonomi, keluarga, keterangan & acara)
Undang-undang tersebut telah menggabungkan elemen adat dan prinsip syariah bersesuaian
dengan amalan masyarakat pada masa itu.

Hukum Kanun Melaka juga merupakan hukum Islam pertama yang digunakan di negeri Melaka.
Hukum Kanun Melaka telah menjadi pemangkin kepada kegemilangan kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka.
FUNGSI HUKUM KANUN MELAKA
Hukum Kanun Melaka

Mewujudkan keamanan Mempertahankan Memperkukuh kedudukan Membina sistem pemerint


dan kesejahteraan sistem sosial raja yang sistematik
dalam negara

Membezakan Membezakan keistimewaan menerangkan tugas


Menjadi sumber rujukan para
untuk menentukan keistimewaan golongan golongan kerabat sultan
kerabat sultan dengan dengan rakyat jelata pembesar(memahami
hukuman bagi setiap tanggungjawab diri)
kesalahan yang dilakukan rakyat jelata

Menentukan pelbagai Kedudukan hamba terus Adat Lembaga


Setiap kesalahan terpelihara
dikenakan hukuman yang pantang dan larangan
setimpal tertentu ke atas rakyat

Menjamin keselamatan
MEWUJUDKAN KEAMANAN DAN
KESEJAHTERAAN DALAM NEGARA
Hukum Kanun Melaka berfungsi sebagai panduan/rujukan bagi segala
hukuman di atas darat, contoh: hukuman jenayah, keluarga, jual beli dll
• Menjadikan setiap hukuman dapat dijatuhkan dengan adil
• Setiap kesalahan dikenakan hukuman yang setimpal
• Peruntukan hukuman yang lengkap menjadi panduan yang sempurna dalam mejalankan
pemerintahan kerajaan
• Meminimumkan berlakunya jenayah kerana setiap kesalahan dijatuhkan hukum yang setimpal

Memastikan kelicinan segala urusan sosial


• contoh: perkahwinan, perhumaan dan jual beli
• Menjaga kebajikan kewangan peniaga dan rakyat (contoh, melarang segala riba dalam
perniagaan)

Mengekalkan keselamatan dan keamanan masyarakat


MEMPERTAHANKAN SISTEM SOSIAL

Mengekalkan hierarki masyarakat


• perbezaan terhadap hukuman kepada setiap individu yang berlainan darjat
dan keturunan
• Sultan berada pada hierarki tertinggi dalam struktur pemerintahan kerajaan

Menentukan pelbagai pantang dan larangan


tertentu ke atas rakyat
• contoh: hanya sultan berhak memakai pakaian kuning, paying
kuning, keris berhulu emas dan pakaian nipis.
• Rakyat jelata dihalang menggunakan barang-barang tersebut
HIERARKI MASYARAKAT KESULTANAN MELAYU MELAKA
Golongan Raja, permaisuri,
diraja dan putera, puteri kuasa
kerabat
Pembesar : Bendahara, Laksamana dll
bangsawan Agamawan : ulama Islam (maulana,
kadi, makhdum, tuan sayyid)

Pedagang, saudagar, tukang-


rakyat biasa tukang mahir, petani

Hamba raja, hamba


Hamba berhutang, hamba abdi dll
MEMPERKUKUH KEDUDUKAN RAJA
Membezakan keistimewaan golongan kerabat sultan dengan rakyat
jelata
• Sultan mempunyai kuasa mutlak dan perintahnya dalah undang-undang tertinggi dan
mengatasi undang-undang yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka
• Hukuman qisas dan hudud tidak akan dikenakan kepada sultan dan kerabatnya
• Mengekalkan konsep daulat
• Mengamalkan konsep pantang kepada sultan walaupun memerintah dengan zalim.

Taraf sultan ternyata berbeza berbanding dengan golongan rakyat


dari segi kedudukan, pakaian, perlatan dan pertuturan.
• Contoh: hanya sultan berhak memakai pakaian kuning, paying kuning, keris berhulu
emas dan pakaian nipis.Rakyat jelata dihalang menggunakan barang-barang tersebut
• Contoh: hanya sultan boleh menggunakan sebutan “beta”, rakyat hanya boleh
memperkenalkan diri dengan perkataan “patik” dan “hamba”
Kedudukan hamba terus terpelihara

• Hukum Kanun Melaka telah menjelaskan undang-undang


perhambaan
• Undang-undang ini memperakukan kedudukan hamba abdi
• Hamba abdi tidak akan diibaratkan seperti barang tetapi
mempunyai hak yang tertentu
MEMBINA SISTEM PEMERINTAHAN YANG
SISTEMATIK
Adat Lembaga
• menerangkan adat-adat raja dan larangannya, perihal peranan
bendahara, temenggung,penghulu bendahari dan syahbandar
membantu sultan.

Menerangkan tugas para pembesar dengan jelas


• Hukum Kanun Melaka menjadikan panduan kepada para
pembesar untuk memahami tanggungjawab diri
• Ini dapat melancarkan pentadbiran kerajaan kesultanan Melaka

Melahirkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan


yang teratur
Undang-
undang
keluarga

Undang-
undang
Pengaruh Undang-
undang
jenayah Islam muamalah

Undang-
undang
keterangan
dan acara
UNDANG-UNDANG
JENAYAH
Undang-
undang
jenayah

Hukum Qisas Hukum Diat Hukum Hudud


Hukum
Ta’zir

Sesiapa yang membunuh


orang akan dibalas dengan Diat= denda Berhubung dengan Hukum ini dikenakan
hukumun bunuh
Pembunuh yang sengaja kesalahan zina, qasaf, bagi kesalahan
Orang Islam membunuh
jika diberi maaf oleh minum arak dan yang tidak
orang bukan Islam akan murtad
dikenakan Qisas, begitu juga waris akan dikenakan dikenakan hudud
dalam soal mencederakan Diat Hukuman ini adalah dan qisas
anggota juga akan dibalas selari dengan surah an-
perbuatan yang sama dan Selari dengan pendapat Contohnya, mencuri
yang terdapat dalam Nur dan juga hadis-
setimpal
hadis sahih yang tidak cukup
Hal ini selari dengan fahaman Mazhab Sahfiee nisab
dan suruhan dalam surah al-
Maidah
Undang-undang mualamah
• Berhubung dengan urusan jual beli, riba, sewa, pinjam-meminjam
• Dinyatakan jelas dalam Falasl 30 Hukum Kanun Melaka
• Contohnya, mengamalkan riba dalam urusan jual beli adalah haram
• Contohnya, tidak boleh berniaga dengan orang gila

Undang-undang keterangan dan acara


• Menyatakan jelas syarat-syarat untuk menjadi sultan. Contohnya, mestilah beragama
Islam,adil,pengampun,pemurah dan sebagainya.
• Seseorang kadi/hakim dilarang menerima hadiah
• Penglibatan ulamak dalam soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata.
• Ulamak dan kadi terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwinan, dan pemakaman
seseorang sultan

Undang-undang keluarga
• Terdapat jelas berkenaan soal perkahwinan, penceraian, wali, dan sebagainya
• Semuanya selari dengan hukum Islam
PENGARUH HINDU DAN ADAT MELAYU
DALAM HUKUM KANUN MELAKA
Konsep devaraja, hukuman qisas tidak akan dikenakan kepada sultan dan
kerabatnya.

Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan (contohnya, Sultan Mahmud


berzina dengan isteri orang lain)

Tidak mengamalkan persamaan taraf. Contohnya, larangan memakai warna


kuning, konsep daulat

Mengamalkan konsep pantang kepada sultan walaupun memerintah dengan


zalim.

Mengamalkan diskriminasi dalam undang-undang


RUMUSAN
Hukum Kanun Melaka telah memaparkan sejarah undang-undang Melaka yang menjadi amalan
masyarakat Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Hukum Kanun Melaka dapat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta
menjamin keselamatan rakyat, ini menjadi asas kepada kesultanan Melayu Melaka untuk bangun
menjadi sebuah empayar yang kuat dan agung.

Keadaan negara yang aman damai dan pelaksaaan sistem perundangan yang sistematik dan adil
telah menjadik tarikan pedagang luar datang ke pelabuhan Melaka dan akhirnya menjadikan
Melaka satu pelabuhan entrepot yang makmur.

Keunikan Hukum Kanun Melaka telah meningggalkan pengaruh yang lua sehingga kebanyakkan
negeri jajahan takluk Melaka (Johor dan Kedah) telah menggubalkan undang-undang mereka yang
mewarisi banyak unsur daripada Hukum Kanun Melaka.

Kita seharusnya bangga terhadap kehebatan orang dulu yang dapat mengasaskan undang-undang
yang begitu lengkap dan sempurna.
RUJUKAN
Meor Aris Meor Hamzah,Syed Ismail Syed Mustapa. (2016).
Pensejarahan Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Sasbadi
Sdn.Bhd.

You might also like