You are on page 1of 26

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI

DAN MENANGANI CABARAN

KULIAH 8
- Hubungan etnik yg mantap sangat perlu dalam
kalangan rakyat sesebuah negara yg
mempunyai kepelbagaian dari segi agama,
bahasa, budaya dan etnik.
- Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan
integrasi amat penting bagi mewujudkan
kestabilan politik dan seterusnya pembangunan
negara berjalan rancak tanpa sebarang
gangguan.
- Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga
negara dapat disalurkan kepada memajukan
negara drp digunakan utk menyelelsaikan
masalah yg wujud drp kepelbagaian etnik.
PEMBINAAN JATIDIRI MALAYSIA.

- Jatidiri bermaksud ciri-ciri, gambaran atau


keadaan khusus seseorang. Ia juga boleh
dianggap sbg identiti bangsa, keperibadian
nasional, semangat kebangsaan, patriotisme
dan kewarganegaraan yg menjurus kpd
ketahanan dan kemurnian nilai sesuatu bangsa.
- Jatidiri ialah sesuatu yg kita miliki bersama,
mempunyai nilai sendiri, dihayati secara kolektif
dan dominan sifatnya yg dpt mencirikan rupa
dan peribadi bangsa (semangat, sikap,
pendirian, kepercayaan, tekad dan visi bangsa)
yg mampu membina personaliti dan identiti
kendiri yg bersifat dinamik dan struktural.
- Cita-cita pemupukan jatidiri boleh dicapai
kerana sudah sedia ada negara, bahasa, nilai,
minat dan perlakuan yg sama mengikat seluruh
negara. Sebagai sebuah negara yg merdeka
dan berdaulat, sepatutnyalah Malaysia
mempunyai budaya dan identiti sendiri yg sesuai
dgn negara ini.
- Namun krisis yg berlaku pd tahun 1969
(peristiwa 13 Mei) mencerminkan rakyat
Malaysia belum mempunyai suatu budaya
nasional yg menjadi asas bersama walaupun
sebelum kemerdekaan telah wujud
permuafakatan di antara rakyat di negara ini dlm
mewujudkan perlembagaan sbg undang2
tertinggi negara.
Melalui Perlembagaan Malaysia terdapat beberapa
garis kasar tentang bentuk kebudayaan Malaysia
seperti:
1. Kedudukan YDA sbg ketua negara – sbg
manifestasi penerapan unsur kebudayaan
Melayu.
2. Perkara 152 – B.Melayu sbg bahasa
kebangsaan.
3. Kedudukan agama Islam sbg agama
persekutuan – mencerminkan corak budaya
Melayu tradisional kerana agama menjadi
pegangan masyarakat Melayu sejak zmn
kesultanan Melayu Melaka lagi.
Berdasarkan garis kasar tsb satu Kongres Kebudayaan
Kebangsaan telah diadakan pd th 1971 yg menetapkan
3 prinsip asas utk membina kebudayaan kebangsaan
iaitu:
1. Kebudayaan kbgsaan haruslah berteraskan
kpd kebudayaan rakyat asal di rantau ini.
2. Unsur2 kebudayaan lain yg sesuai dan wajar
blh diterima menjadi unsur kebudayaan
kbgsaan.
3. Islam menjadi unsur yg penting dlm
pembentukan kebudayaan kbgsaan.
Penerimaan Dasar Kebudayaan Kbgsaan (DKK) sbg
jatidiri rakyat Malaysia kerana ia menjadi asas
kebudayaan nasional yg berkait rapat dgn budaya,
sejarah, politik dan perlembagaan negara ini.
Bagaimanakah Jatidiri acuan Malaysia?
- Perlukah kita menjadi ‘salad bowl’ dalam
meraikan perbezaan?
- Penyatuan pada peringkat kerohanian adalah
mustahil kerana kesamaan agama adalah
pada etika & moral bukannya pada persoalan
kerohanian (hakikat ketuhanan, syurga dan
neraka dll).
- Penyatuan hanya boleh berlaku pd
peringkat kesedaran yg mencetuskan
kemahuan memilih untuk bersatu. Kita hanya
boleh bersatu jika kita ada ilmu tentang
penyatuan dan suka untuk bersatu.
- Dari segi fizikal hubungan etnik yg kelihatan
adalah menerusi aktiviti2 yg boleh dikategorikan
sbg aktiviti penyatuan.
- Sebarang acuan yg hendak diketengahkan di
negara ini perlu menghasilkan agen hubungan
etnik yg memilih, tahu, suka dan melakukan
aktiviti2 dlm kerangka hubungan etnik
nasional.
- Perlukah kita meraikan perbezaan ataupun
mengiktiraf perbezaan?
- Meraikan perbezaan harus dlm lingkungan
manifestasi fizikal spt fesyen pakaian, makanan,
permainan dll, tetapi bukannya meraikan
fahaman kenegaraan yg pelbagai atau
menyamatarafkan kedudukan semua agama
sbg agama rasmi demi meraikan kepelbagaian.
- Kemahuan majoriti amatlah penting kerana
tanpanya tidak ada kerjasama yg menyeluruh.
Kerjasama mesti berpadanan dgn kontrak sosial
kerana ia tlh dipersetujui dan didokumenkan,
bukan sesuatu yg subjektif dan tertakluk kpd
citarasa semberono iaitu ‘asalkan ada aktiviti
shj’.
- The chemistry of ethnic relations’ ini sewajarnya
mengandungi unsur2 penyatuan yg
mencetuskan & memudahkan kerjasama dlm
sesuatu sistem masyarakat. Cth dlm kelab2
sukarela, badan2 amal, PIBG dll dgn
menjadikan hubungan etnik dan integrasi sbg
acara tahunan.
- Agen hubungan etnik mempunyai tahap2 fungsi
hubungan etnik yg pelbagai iaitu pd peringkat
diri sendiri, keluarga, jiran, masyarakat dan
negara.
- Melalui agen hubungan etnik ini budaya yg
mencetuskan perpaduan blh dibentuk, budaya
yg berpaksikan kpd wawasan yg boleh dikongsi
bersama, disokong oleh media yg positif dan
dasar2 kesedrhanaan yg membawa kpd
keseimbangan.
- Keseimbangan sangat perlu kerana sebarang
aspek budaya yg diekstrimkan tanpa berpandu
kpd kontrak sosial akan membawa keretakan
kpd integrasi nasional.
- Ketidakseimbangan itu juga termasuklah
semangat perkauman yg mgatasi semangat
kebangsaan, semangat kenegerian yg mgatasi
semangat keMalaysiaan dan semangat keakuan
yg mgatasi semangat kekitaan.

Hubungan etnik menurut acuan Malaysia seharusnya


mengandungi sekurang-kurangnya 6 unsur2 berikut:
1. Political Will – hubungan etnik diinstitusikan oleh
kepemimpinan kerajaan dgn niat, kemahuan,
dan kesukaan dlm aktiviti yg disengajakan. Niat
dicetuskan oleh kesedaran tentang kepentingan
hubungan etnik.
2. Khalayak Kritikal – Adanya badan induk sbg
faktor pemangkin kpd semua program
hubungan etnik dan integrasi misalnya
peranan Jbtn Perpaduan Nasional dan
Integrasi Nasional.
3. Kekukuhan ekonomi – hubungan etnik, integrasi
dan perpaduan hanya blh terhasil jika ada
keperluan asas utk survival manusia dipenuhi,
cth. Makanan utk meneruskan kehidupan (faktor
ekonomi).
4. Agama Islam – realitinya majoriti penduduk yg
beragama Islam, sewajarnya hbgn etnik &
integrasi nasional serasi dgn majoriti pnduduk
dan blh diterima oleh minoriti. Ketamadunan blh
dikongsi bersama oleh seramai mungkin rakyat
Malaysia.
5. Wawasan yg dikongsi bersama kerana yg
hendak diintegrasikan itu mesti mempunyai
visi yg sama tentang hala tuju & hasil integrasi
yg dimahukan – Wawasan 2020.
6. Penggunaan Sains & Teknologi – Teknologi dpt
menangani masalah hbgn etnik dan integrasi
dgn berkesan. Cth: penggunaan mykad utk
mengatasi masalah imigresen, peningkatan
interaksi maya dgn penggunaan teknologi tanpa
wayar 3G, penerbangan yg lebih murah dan
perkongsian laman web.
7. Menerima perbezaan antara agama,
menghormati perbezaan dan menghayati
persamaan dalam etika dan moral.
CABARAN HUBUNGAN ETNIK
1. Perbezaan & pertentangan kepentingan di
antara etnik.
i. Cabaran dalam aspek sosial:
a. Pemisahan penempatan: bukan shj boleh
merenggangkan hbgn & interaksi pelbagai
etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan
kekitaan & etnosentrisme dlm kalangan
anggota yg seterusnya menimbulkan
prasangka, streotaip & mengekalkan kejahilan
di klgn etnik trhadp etnik yg lain.
b. Pengasingan sistem pendidikan : interaksi
hanya berkisar dlm kalangan etnik yg sama.
ii. Cabaran dlm aspek ekonomi
a. Perbezaan pekerjaan.
b. Dominasi sektor ekonomi : wujudnya jurang
pendapatan antara etnik merupakan cabaran
yg sering membawa kpd ketidakstabilan
masyarakat majmuk.
iii. Cabaran dari aspek politik.
- Politik perkauman : menjadi lebih parah
apabila isu-isu perkauman diperalatkan utk
kepentingan sesuatu pihak dan mendapat
sokongan rakyat.
2. Perbezaan & pertentangan nilai di antara etnik.
- Perbezaan dari segi agama, bahasa dan
kebudayaan. Perbezaan ini bertambah sukar
apabila setiap kaum terus mengutamakan
kaum sendiri dlm memilih sahabat,
mendapatkan pekerjaan dan dlm urusan
seharian sehingga mewujudkan polarisasi
antara etnik.

3. Cabaran globalisasi.
- Proses globalisasi atau pembaratan corak
hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik
Barat sejagat.
- Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dlm
rangka nilai & kebebasan manusia masa kini,
maka kuasa Barat memperjuangkan pula hak
asasi manusia.
- Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya
hedonisme & nilai negatif, ekonomi bebas, sains
& teknologi yg memusnahkan, serta sistem
politik yg dianggap terbaik bagi semua manusia
dieksport / dibawa masuk ke seluruh dunia.
- Malaysia tidak terkecuali drp pengaruh arus
pembaratan dan globalisasi yg mendesak.
Globalisasi menjadi faktor perubah budaya yg
amat kuat & deras, mengakibatkan lenyapnya
nilai2 luhur secara tidak disedari dan pemikiran
Barat diterima secara halus ke dalam
masyarakat.

Ketiga-tiga cabaran tsb jika tidak dibendung & dikawal


akan menjurus kpd pembentukan semangat
perkauman yg mendalam, menimbulkan prasangka &
mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme yg akan
meninggalkan kesan kpd hbgn etnik, integrasi & mudah
terjadinya konflik yg mengundang rusuhan kaum.
Situasi ini ditambah lagi dgn beberapa persepsi yg
kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus
dipercayai oleh sebahagian besar masyarakat
Malaysia.
Sejarah hbgn etnik di Malaysia membuktikan bhw hbgn
etnik mengalami turun naik mengikut kategori baik,
sederhana,dingin dan baik.
Peristiwa 13 Mei 1969 terjadi kerana pelbagai faktor:
- Faktor jangka panjang: kesan dasar pecah &
perintah British.
- Dasar2 pembangunan selepas merdeka belum
cukup mantap dalam menangani masalah
pembangunan sosioekonomi rakyat dan hbgn
etnik.
- Perjalanan kempen pilihan raya yg dipenuhi dgn
isu-isu perkauman & sensitif spt bahasa, agama
& kedudukan istimewa Melayu.
- Ketidakseimbangan dlm ekonomi dan jurang
perbezaan yg wujud dlm bidang pendidikan
antara org Melayu dan bukan Melayu
menimbukan rasa tidak puas hati org Melayu.
Iktibar drp Peristiwa 13 Mei 1969
1. Kerosakan harta benda awam : rusuhan itu tidak
mendatangkan faedah kpd semua etnik, malah
tragedi itu mengakibatkan banyak nyawa
terkorban (kematian: 196 orang dan
kecederaan: 493 orang) dan harta benda
musnah.
2. Perintah berkurung & pgisytiharan darurat:
menyekat kebebasan dan pergerakan semua
org utk menjalankan urusan, berinteraksi dan
berniaga.
3. Mencabar kedudukan org Melayu dlm keadaan
org Melayu belum terjamin dr segi ekonomi akan
sia-sia shj kerana ia mengundang konflik
perkauman berdarah.

Penghayatan Islam sbg kaedah penyelesaian.


- Sbg agama rasmi, kedudukan Islam harus
mendapat tempat yg wajar dlm penyelesaian
masalah seperti yg diperakui dlm Perlembagaan
Malaysia.
- Ajaran Islam yg mengandungi norma-norma yg
bercorak universal dan menentang paksaan
terhadap orang bukan Islam sangat sesuai utk
masyarakat berbilang kaum.
- Unsur toleransi dlm Islam harus ditonjolkan dan
diterima dlm konteks penyelesaian cabaran yg
wujud dlm hbgn etnik di Malaysia.

Sahifah Madinah / Piagam Madinah.


- Piagam yg digunakan semasa Nabi Muhammad
mendirikan kerajaan di Madinah yg ketika itu
wujud kepelbagaian etnik (golongan pendatang
yg trdiri drp Yahudi & Muhajirin, golongan
tempatan Ansar, perbezaan dari segi agama spt
Islam, Yahudi dan Kristian)
- Menerusi sahifah/piagam tsb, Nabi Muhammad
telah memperkenalkan konsep perpaduan &
kesatuan dlm menyatukan org Islam dan bukan
Islam yg tidak ada dlm mana2 negara atau
agama lain.

Antara beberapa peraturan berhubung org bukan Islam


ialah:
i. Semua org bukan Islam & penganut agama
Yahudi dlm kalangan kabilah Arab Madinah
hendaklah mengikut org Islam dan menolong
mempertahankan negara bersama mereka dlm
mana2 peperangan. Mereka tidak dibenarkan
menolong orang Quraisy Mekah dan
menghalang org Islam menyerang org Quraisy
Mekah.
ii. Keselamatan mereka dijamin dan mereka diberi
hak kewarganegaraan dgn syarat mereka
memutuskan segala hubungan atau ikatan dgn
org Quraisy dan bersikap berkecuali.
iii. Setiap orang tidak mengira bangsa dan agama
berhak mendapat pertolongan dan persamaan,
tidak dizalimi dan diserang.
iv. Setiap orang hendaklah berpegang kpd agama
mereka.
v. Setiap orang tidak boleh dihalang daripada
menuntut haknya apabila dicerobohi.

You might also like