You are on page 1of 38

Sejarah Unit

Beruniform
Oleh :
Nur Shafiqah binti Arifin
Nur Syahmina binti Mohidin
Pensyarah:
Pn. Zaharah binti Abdul Manap
Sejarah
Pengasas
Muhd Thani
Shaaban
Sejarah Pengasas
• Nama: Muhammad Thani bin Shabaan
• Tempat Lahir: Teluk Kumbar, Pulau
Pinang
• Tarikh Lahir: 9 Disember 1963
• Anak bongsu daripada 2 adik beradik
• Bapa: Shaaban bin Daud (bekas Guru
Besar di SK Teluk Kumbar).
• Bonda: Norma Binti Abdul Rahman (suri
Berjaya
menamatkan
Kursus
Sekolah
Pendidikan Perguruan Asas
Menengah
awal di SK di Maktab
Raja Tun
Teluk Perguruan
Uda, Bayan
Kumbar Temenggung
Lepas
Ibrahim Johor
Bharu pada 28
Februari 1985

Melanjutkan
pengajiannya
Memulakan di peringkat
perkhidmatan ijazah di
awalnya Universiti
sebagai guru di Malaya dalam
SMK Raja bidang
Abdullah Pendidikan
Islam dan
Sejarah
• Seorang guru yang digeruni kerana
ketegasan melaksanakan disiplin tetapi
dikasihi
• Salah seorang bekas pelajar beliau menulis
tentang ketegasan beliau memantapkan
disiplin sekolah.
• Dalam kelembutan ada ketegasan yang
membawa pelajar-pelajar ke arah yang
positif.
Sejarah Penubuhan KRS

Dikenali sebagai Kadet Putera Islam


Malaysia (KPIM) yang merupakan
Diasaskan di SM Raja Abdullah, Jln
pasukan beruniform kepada Persatuan
Kepong,Kuala Lumpur (27 Jun 1987)
Pelajar-Pelajar Islam SMRA
(PERWIRA)

Keahliannya adalah seramai 20 orang Matlamat utama penubuhannya:


pelajar (tingkatan I dan 2) Melahirkan pelajar cemerlang
Sejarah Penubuhan KRS

Bernaung di bawah pengawasan Setiap aktiviti yang dijalankan


Unit Pendidikan Islam Jabatan adalah berteraskan Islam sebagai
Pendidikan Wilayah Persekutuan cara kehidupan (Ad Deen)

Usaha untuk menubuhkan KPIM


Pada tahun 1993, sebanyak 53 secara rasmi dan bernaung di
buah Sekolah Menengah telah bawah Kementerian Pendidikan
menubuhkan KPIM. Malaysia telah dimulakan pada 10
Ogos 1993
Sejarah Penubuhan KRS
Satu pertemuan telah diadakan
dengan Yang Berbahagia Tan Sri Dalam pertemuan ini
Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin tesis mengenai KPIM
Wan Mohd Nordin (Ketua Pengarah telah dibentangkan
Pendidikan Malaysia) pada 13
September 1993.

Jawatankuasa ini
Hasilnya, sebuah Pasukan ini
mencadangkan agar
jawatankuasa kecil telah kemudiannya ditukar
pasukan ini diberi nama
dibentuk untuk kepada KADET
KADET PUTERA –
menyediakan kertas REMAJA ISLAM
PUTERI ISLAM (
kabinet \ (KRIS)
KPIM ) .
Sejarah Penubuhan KRS

Taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah


bahagian Kementerian Pendidikan yang telah diadakan
pada bulan Oktober 1993 , dipengerusikan oleh Yang
Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah
membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar
kepada Kadet Remaja Sekolah

Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah


Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan
Membuka keahliannya pada 20 Jun 1995 Dato' Seri Mohd Najib,
kepada semua kaum Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah
Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong,
Kuala Lumpur.
TUJUAN PENUBUHAN KRS
• Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
1 ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi
pelbagai cabaran kehidupan.
• Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang
berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah
2 pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020.
3 • Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah
guna dadah, budaya lepak dan juvana.
• Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi
4 menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
• Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan
5 agama, bangsa dan Negara Malaysia.
• Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan
6 mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
• Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan
mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk
7
bertindak sewajarnya.
ISTIADAT RASMI KRS
CONTOH ISTIADAT RASMI
• Kawalan kehormat
• Tamat latihan/kursus
• Pentauliahan
• Watikah
• Penganugerahan sijil
• Persaraan
• Ambil alih jawatan
• Menyambut hari jadi pasukan
• Menyambut pembesar
MAJLIS PENTAULIAHAN
• Majlis pentauliahan merupakan satu majlis rasmi
yang terancang dan disusun secara sistematik.
• Majlis pentauliahan sama dengan majlis
penerimaan sijil, penerimaanpingat, penerimaan
darjah kebesaran, kenaikan pangkat dan
anugerah.
• Selalunya melibatkan jemputan-jemputan khas
atau VIP yang memerlukan satu standard
pelaksanaan program yang standard agar
kelihatan tersusun, kemas dan lancar.
JENIS MAJLIS Di dalam Dewan

Di luar dewan

Di dalam pejabat
TATACARA MAJLIS
PENTAULIAHAN
a.Ketibaan tetamu jemputan.
• I. Penerima tauliah mengambil tempat duduk.
• II. Tetamu jemputan mengambil tempat duduk masing-masing.

b.Ketibaan Tetamu kehormat (VIP)


• I. Tetamu VIP terdiri daripada pegawai atasan program atau tetamu kehormat yang
lain seperti menteri dan wakil rakyat.
• II. Tetamu kehormat diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat.
• III. Ketibaannya diumumkan oleh juruacara.

c.Ketibaan Tetamu Utama (VVIP).


• I. Acara sambutan dilakukan seperti perarakan bunga manggar, kompang,
persembahan silat dan sebagainya tetapi hendaklah dilaksanakan di luar dewan.
• II. Tetamu utama terus dibawa ke pentas hormat untuk menerima tabik hormat.
• III. Ketibaannya diumumkan oleh juruacara.

d. Tabik hormat dan nyanyian lagu pasukan (KRS).


• I. Tabik hormat diberi sebaik sahaja tetamu VVIP berada di atas pentas hormat.
• II. Nyanyian lagu KRS beramai-ramai dengan `minusone`.

e. Lapor Ketua perbarisan melapor kepada tetamu VVIP.


f. Bacaan doa sebagai tanda acara majlis dimulakan.
• l. Teks doa hendaklah disediakan sebelum doa dibaca dan bersesuaian dengan
majlis.

g. Ucapan-ucapan
• I. Terdapat beberapa ucapan dalam bahagian ini iaituucapan pengacara majlis,
ucapan tetamu VIP dan tetamu VVIP.
• II. Ucapan pengacara majlis adalah ringkas untuk mengalu-ngalukan kehadiran
semua tetamu danmenjelaskan mengenai nama program, tujuanprogram, masa
atau tarikh program dan kehadiranpeserta.
• III. Tetamu kehormat (VIP) juga boleh dijemput untuk menyampaikan ucapan
sebagai wakil tuan rumahatau pengelola.
• IV. Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk memberikan ucapan. Beliau juga boleh
dijemput untuk menutup rasmi kursus di akhir ucapan. Kompang, gendang,atau
muzik boleh dinaikkan untuk mengiringi pengumuman perasmian.

h.Penyampaian tauliah/sijil Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk menyampaikan sijil


atau tauliah dan diiringi oleh tetamu kehormat, pegawai pengelola, pengerusi atau
yang sesuai .i. Penyampaian Cenderamata
• I. Penyampaian cenderamata hendaklah dilakukanmengikut urutan. Pegawai paling
kanan atau tetamuutama (VVIP) adalah yang terakhir menerimanya.
• II. Jika tiada acara lain, pengacara majlis akan memberi isyarat bahawa acara majlis
akan berakhir seperti "majlis kita sudah sampai ke penghujung,majlis kita
sudahpun hampir berakhir" atau kata-kata lain yang bersesuaian. Tujuannya
supaya ketua perbarisan sedia untuk menjalankan tugas seterusnya.
j. Nyanyian lagu kebangsaan
• I. Ketua perbarisan mengarahkan semua untuk bangun jika majlis di
dewan dan berdiri sedia jika majlis diluar dewan.
• II. Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku akan dinyanyikan beramai-ramai
dengan iringan minus-one.

k. Ketua Perbarisan Melapor.


• I. Tetamu utama (VVIP) dijemput naik ke pentas hormat.
• II. Ketua perbarisan memberi tabik hormat seterusnya melapor dan
memohon untuk `menjalankan tugas yang lain`.
• III. Perbarisan dikehendaki menunggu sehingga VVIP, VIP dan tetamu yang
lain beredar sebelum melaksanakan tugas yang seterusnya.
• lV. Tetamu Utama (VVIP), tetamu khas (VIP) dan tetamu meninggalkan
majlis.
• V. Tetamu utama (VVIP) dan tetamu kehormat (VIP)akan dibawa oleh
jawatankuasa majlis ke tempat jamuan.
• VI. Jika ada acara lain seperti bergambar, melawat pameran, menanam
pokok dan sebagainya boleh dilaksanakan pada ketika ini sebelum semua
tetamu dibawa ke tempat jamuan.

m. Jamuan
• I. Tempat jamuan hendaklah disediakan dengan sempurna sama ada
secara hidang atau buffet.
Keperluan Pemakaian
Mengikut Acara
• 1. Uniform No. 2 - Majlis/upacara rasmi.
• 2. Uniform No. 3 - Pakaian pejabat (boleh
digunakan semasa sesi
Persekolahan/mesyuarat dll)
• 3. Unifom No. 4 - Pakaian Latihan
Peraturan Semasa Beruniform
1. Memakai uniform dengan betul.

a. Memakai beret/peak cap/bowler hat semasa:-


• - Melalui pintu kawalan/gate
• - Berjalan semasa beruniform
• - Berada dalam majlis rasmi
• - Memberi ucapan, membuat perasmian dll.

b. Menanggalkan beret/peak cap/ bowler hat semasa:-


• - Makan
• -Di tandas
• - Bekerja dalam pejabat/kelas
ISTIADAT PERARAKAN DAN
MENGIBAR BENDERA
ISTIADAT PERARAKAN DAN
MENGIBAR BENDERA

• Perarakan dan kibarkan bendera bagi pasukan


Kadet Remaja Sekolah (KRS) adalah merupakan
satu upacara rasmi yang diadakan bagi
menyambut sesuatu peristiwa penting
JENIS-JENIS PERARAKAN DAN
KIBARKAN BENDERA

• Pemilihan jenis perarakan dan kibarkan adalah bergantung


kepada upacara yangdiadakan.

• Secara umumnya terdapat tiga jenis perarakan bendera


iaitu perarakan bendera secara berderet, perarakan
bendera secara berderet dihadapan dan perarakan panji-
panji.

• Tempat-tempat dan upacara-upacara yang memerlukan


mengibarkan bendera adalah seperti perasmian
perkhemahan, perasmian mesyuarat agong dan lain-lain
acara.
ADAB DAN TERTIB PENGURUSAN
BENDERA
• Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu
bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga
menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.

• Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang


baik.

• Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah


berpakaian kemas.

• Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan.


Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah
dinaikkan dahulu sepenuhnya dan kemudian menurunkannya
separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan
semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.
• Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak
menaikkannya.

• Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu


menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke
bahu apabila ia sampai kebawah.

• Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan


baik di tempat yang tertentu.

• Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau


menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara
Pemakaman/ Pengkebumian Negara.

• Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera


yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah
dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar
bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak
hormat kepada bendera tersebut.
PENETAPAN HARI BENDERA
DIKIBARKAN
• Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 menetapkan Bendera
Persekutuan (Jalur Gemilang) hendaklan dikibarkan pada hari-hari
pejabat biasa dan hari-hari Kebesaran Persekutuan dan Negeri.

• Sekolah-sekolah hendaklah mengibarkan bendera pada hari-hari


persekolahan.

• Di peringkat Negeri, ia dikibarkan pada hari-hari seperti:

1- Hari Ulangtahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-


PertuanAgong.
2- Hari Kebangsaan.
3- Lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-
negeri.
Bendera dikibarkan di majlis
peringkat Negeri di Negeri berkenaan
Mengibarkan Jalur Gemilang
Dengan Bendera Negeri-Negeri

• Dikibarkan secara sebaris dengan keutamaan


bermula dari kiri ke kanan.

• Dikibarkan secara sebaris dengan keutamaan


bermula dari tengah-tengah.

• Dikibarkan secara sebaris dengan dibahagi dua


belah dankeutamaannya bermula dari dalam.
Persidangan Antarabangsa

Bendera hendaklah dikibarkan atau disusun


mengikut dua cara;

• --berdasarkan susunan abjad nama negara-


negara berkenaan dan seperti yang ditetapkan
oleh pertubuhan berkenaan jika ada.
• --Dikibar secara dibahagi dua. Dikibarkan
secara sebaris.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like