You are on page 1of 13

PERLEMBAGAAN

PERTUBUHAN

Disediakan oleh :

Afiqah binti Mohd Tarmizi


Aliah Atiqah binti Mohd Rosman
PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN

 RASIONAL
 Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan
diri dalam Pasukan Pakaian Seragam.

 Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah/Tunas KRS dapat membantu


mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid sekolah
seper ti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak ,
dan juvana.

 Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang


memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif
dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua
pihak .

 Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi


manusia yang ber teraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan
pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan
moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 M AT L A M AT

 Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan
s e l a r a s d e n g a n h a s r a t Wa w a s a n P e n d i d i k a n d a n F a l s a f a h P e n d i d i k a n N e g a r a k e a r a h
m e n j a y a k a n Wa w a s a n 2 0 2 0 .

 OBJEKTIF

 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.

 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya
saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar


mengenai isu-isu semasa ser ta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.

 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak


Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan
bermesra.

 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman,


kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

 Nama dan alamat berdaftar

Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja


Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas
Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bagi Sekolah Rendah.

Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS:

 a. Peringkat Kebangsaan

Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah,


Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 & 4, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Kuala Lumpur.
 b. Peringkat Negeri

Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan

 c. Peringkat Daerah

Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan

 d. Peringkat Sekolah

Sekolah berkenaan.

 e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang


ditentukan oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke
semasa.
 Keahlian
 Keahlian KRS/TKRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan.

 Ahli ber sekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di
institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 5.1 .

 KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli ber sekutu diurus dan dibiayai oleh
institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan.

 Keahlian KRS/TKRS lucut ser ta mer ta apabila pelajar ter sebut berhenti
atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaf tar di sekolah/institusi
seper ti yang dinyatakan di atas.

 Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar tahap II (tahun 4, 5 & 6) di


sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

 Ahli KRS/TKRS yang ber tukar ke sekolah/negeri lain, keahlian asal masih
diterima pakai.
LAMBANG KRS
 PERISAI - Benteng ketahanan diri daripada
gejala yang tidak sihat.

 BULAN DAN BINTANG - Agama Islam sebagai


agama rasmi negara Malaysia.

 DUA TANGKAI PADI BERSILANG - Resmi padi


iaitu berilmu dan berketerampilan serta
matang dan rasional dalam semua tindakan.

 BUKU DAN REHAL - Peranan institusi


pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu
untuk semua tanpa mengira keturunan dan
kaum,agama,dan latar belakang budaya ke
arah melahirkan bangsa Malaysia selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
MAKSUD LAMBANG KRS

 WARNA HIJAU - Alam sekitar yang


sihat.

 WARNA MERAH - Keperwiraan dan


sedia berjuang mempertahankan
negara yang tercinta.

 WARNA KUNING - Warna diraja yang


menjadi tonggak kedaulatan negara
Malaysia.

 WARNA PUTIH - Keikhlasan serta


kesucian.
COGAN KATA KRS

‘ILMU IMAN AMAL’

ILMU : Asas keintelektualan dan keterampilan KRS.

IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas


pembinaan diri.

AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya


hidup sihat yang berterusan
merupakan natijah daripada
kekuatan intelektual dan disiplin diri.
BENDERA KRS

 Warna hijau melambangkan :

 Tunas muda / Remaja yang masih boleh dibentuk.


 Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
 Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS
/ TKRS.
Ka det Re m a ja Se ko l ah
M e n uj u s a tu i ka tan be r s a uda ra
B e r s at u m e n julan g ke a m an an n e g ara
M e n j ayakan Il m u , Im a n d a n Am a l

M a ri lah k i t a m e m bina pe ri ba di
M e m be nt uk i n s an ya n g k re a t i f
Ke a ra h ke c e m erlanga n d i r i
Se pa n j ang m a s a ya n g be r te rus a n

Re m a ja , s a mbut l ah c a ba ra n
M e n j adi ba n g s a M a l ay sia
M a j u da n c e m e rlang
Re m a ja be r wawa san
Ja n g a n k i t a l upa ke pa da pe n c i pt a

Re m a ja , h aya t i budaya
Il m u , Im a n da n Am a l
Ke ka lkan di h a t i , da n j i wamu
Wawa sa n Ka det Re m a ja S e ko la h
 Bahawasanya kami
Kadet Remaja Sekolah Malaysia
berjanji dan bersetia
akan menyemai semangat patriotik
tetap berdisiplin, berakhlak mulia
berilmu, beriman dan beramal.
Kami juga akan memupuk semangat
keusahawanan, mencintai alam sekitar
mempunyai ketahanan mental dan fizikal
bersedia berkhidmat untuk masyarakat
demi agama, bangsa, dan negara
serta mendukung
Rukun Agama dan Rukun Negara
sepanjang masa kami menjadi ahli kadet

You might also like