You are on page 1of 11

 Iman ialah percaya dengan hati dan

membenarkan dengan lidah dan


melakukan dengan perbuatan.
Rukun iman asas kepercayaan kita kepada agama
Islam yang kita anuti.

 Dengan mempercayai apa yang diwajibkan


kepada kita, maka baharulah dinamakan kita
beriman kepada Allah SWT.

 Ini kerana, di dalam Islam ada perkara-perkara


yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar
tetapi wajib dipercayai dengan sepenuh hati.
Beriman kepada Allah
 Seseorang itu wajib meyakini tentang
kewujudan Allah yang telah menciptakan
alam dan juga sekalian makhluk.
 beriman bahawa Allah sahajalah Tuhan
yang wajib disembah.

 meyakini bahawa Allah wujud tanpa ada


permulaan, Allah tidak akan binasa buat
selama-lamanya, Allah Maha Kuasa, Maha
Berkehendak, Maha Melihat, Maha
Mendengar, Maha Mengetahui.
Beriman kepada para malaikat
 Malaikat ialah makhluk yang diciptakan
oleh Allah S.W.T yang sentiasa taat
menjalankan perintah Allah.

 Percaya bahawa malaikat tidak


mempunyai jantina dan juga tidak
makan dan minum
Beriman kepada kitab
 Percaya bahawa kitab diturunkan oleh Allah
kepada para rasul untuk disampaikan kepada
manusia supaya menjadi panduan dalam
kehidupan.

Kitab-kitab
1. Kitab Taurat kepada Nabi Musa alaihissalam.
2. Kitab Zabur kepada Nabi Daud alaihissalam.
3. Kitab Injil kepada Nabi Isa alaihissalam.
4. Kitab al-Quran kepada Nabi Muhammad
sallallahu`alahi wasallam.
Beriman kepada rasul
 Percaya bahawa Rasul merupakan
utusan Allah yang diutuskan untuk
membetulkan akidah manusia.

 Nabi dan Rasul diutuskan untuk


mengajar manusia cara beribadat
kepada Allah
Beriman kepada hari kiamat
 Percaya bahawa alam ini ada
pengakhirannya.

 Semua amalan kita akan dihitung di


padang mahsyar.
Beriman kepada Qada dan
Qadar
 Percaya bahawa setiap yang berlaku
merupakan takdir yang telah ditentukan
oleh Allah.

 qada’ terbahagi kepada dua, iaitu qada’


mubram dan qada’ muallaq.
 Qada’ mubram adalah seuatu yang
tetap akan berlaku dan tidak boleh
ditolak, misalnya orang muda akan
menjadi tua, setiap yang hidup pasti
akan mati.
 qada’ muallaq ialah sesuatu yang dapat
ditolak dengan doa atau dengan berbuat
kebajikan, misalnya bersedekah yang
menolak musibah, sebagaimana yang
dicatatkan di atas.

You might also like