You are on page 1of 26

Program

Pendidikan
Inklusif (PPI)
Definisi (PPI)
– satu program yang ditawarkan kepada murid berkeperluan khas (MBK) untuk belajar
bersama-sama rakan mereka yang tipikal di dalam bilik darjah yang sama dan sekolah yang
sama untuk menikmati semua kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira
kaum, latar belakang, status ekonomi dan ketidakupayaan.
– Secara umumnya, istilah “inklusif” bermaksud menintergrasikan pelajar-pelajar keperluan
khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan
belajar dengan keadaan normal seperti pelajar-pelajar biasa, tanpa mengira status(Naim,
1997).
– Pendidikan inklusif terbahagi kepada dua jenis iaitu, pendidikan inklusif separuh masa, di
mana pelajarpelajar hanya dimasukkan kekelas biasa bagi beberapa mata pelajaran
sahaja.Manakala pendidikan inklusif sepenuh masa, iaitu program pelajar-pelajar
dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pembelajaran biasa bagi semua mata pelajaran
(Naim, 1997).
OBJEKTIF PENDIDIKAN
INKLUSIF
Mengikut Bariah (1995), terdapat empat objektif pendidikan inklusif seperti:
 meningkatkan keseadaran kanak-kanak normal terhadap kanak-kanak berkeperluan khas
bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat.
 memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya
yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka
 memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang setanding dengan
kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep diri mereka
 untuk mengelak daripada berlakunya diskrminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang
telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
OBJEKTIF DAN DASAR DI PERINGKAT
ANTARABANGSA
– Kronologi dasar pendidikan inklusif (dasar antarabangsa)

Tahun Sejarah
1505 Perkataan sindrom down diungkap berdasarkan sebuah lukisan yang terukir di
tempat pemujaan di Achen, Jerman.
 Pada tahun ini, penjelajahan dan pelayaran barat ke asia bermula. Kapal portugis
flor do mar di bawah pimpinan alfonso albuquerqe memulakan pelayaran
menjelajah india seterusnya ke kota Melaka.
 Tempat pemujaan di anchen, jerman adalah bagi memuja dewa-dewa.
 Juga dikenali sebagai anchien thera di mana dahulunya ia adalah sebuah kota
namun kini telah runtuh akibat ribut badai.
 Sindrom down mendapat nama sempena nama John Langdon down iaitu seorang
doktor british yang pertama kali mengambarkannya pada tahun 1866
Tahun Sejarah
1547 Institusi pertama dibuka untuk orang yang mempunyai masalah mental di St. Mary Bethlehem,
London.
 Henry VIII membangun London’s Hospital of St.Mary of Bethlehem (kemudian terkenal
dengan nama Bedlam)
 Henry viii merupakan seorang raja inggeris sejak 1509 – 29 jan 1547.
 Henry dikenal karena peranannya yang menyebabkan pemisahan Gereja Inggris dari Gereja
Katolik Roma, di samping perkawinannya yang sebanyak 6 kali. Pemisahan gereja adalah
kerana perselisihan pendapat dengan paus (kuasa/otoritas paus – henry nak jadi pemimpin
tertinggi gereja).
 Keadaan di Bedlam saat itu cukup menyedihkan dimana disana suasananya sangat bising
dan membingungkan serta kemudian Bedlam berkembang menjadi hiburan masyarakat
untuk mencela dan menonton tingkah lakuorang sakit jiwa tersebut.
 Bedlam sendiri kemudian menyediakan tiket untuk dijual kepada masyarakat.
1745 - 1813 Benjamin Rush ( “Father of American Psychiatrist”) mencadangkan lebih kepada kaedah kasih
sayang untuk kanak-kanak (masalah tingkah laku)
 Sebelum itu, masyarakat menganggap bahwa orang yang mengalami gangguan mental
adalah karena mereka dimasuki oleh roh-roh yang ada disekitarnya.
 Benjamin Rush gemar menggunakan kesusasteraan di hospital untuk "hiburan dan arahan
kepada pesakit. (penggunaan teknik biblioterapi)
Tahun Sejarah

1792 Philipe Pinel (seorang ahli psikiatri dari Perancis) telah mengarahkan supaya orang ramai
lebih berperikemanusiaan kepada golongan ini di Salpetriete, Paris iaitu tempat orang
kurang siuman.
 Pada tahun ini juga, ia dikenali sebagai gerakan reformasi : the insane as sick.
 Philipe pinel adalah seorang dokter perancis yang berperan penting dalam
pengembangan pendekatan psikologis yang lebih manusiawi terhadap tahanan dan
perawatan pasien rumah sakit jiwa, disebutnya sebagai terapi moral.
 Pinel berpendapat bahwa rumah sakit seharusnya merupakan tempat untuk treatment
bukan untuk mengurung. Sebelum ini, pesakit mental di rumah sakit (rumah sakit La
Bicetre) dirantai.
 Menurutnya, pasiengangguan mental pada dasarnya adalah orang normal yang
selayaknya didekati dengan perasaan iba, memahami mereka serta diperlakukan sesuai
denganmartabatnya sebagai individu.
 Pinel juga menentang adanya hukuman dan pengusiran bagi parapenderita gangguan
mental.
Tahun Sejarah
1880 Elementary Education Act 1880 (Mundella’s Act) menyatakan bahawa pendidikan adalah
wajib untuk semua kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 10 tahun.
 Merupakan akta pendidikan yang diluluskan oleh parlimen united kingdom.
 Di bawah akta ini juga, ia menyentuh kepada mana-mana pihak atau syarikat di mana
seseorang itu tidak boleh mengambil pekerja yang terdiri daripada kanak-kanak bawah
umur antara 10 – 13 tahun.
 orang yang ingkar dengan akta ini akan dikenakan penalti.
 Ibu bapa wajib sekolahkan anak-anak.
 Ibu bapa yang tidak mampu membayar yuran persekolahan anak kerana ketidakupayaan,
boleh memohon bantuan.

1893 Sekolah-sekolah khas dibina untuk kanak-kanak buta dan pekak.

1899 Sekolah-sekolah khas ditubuhkan untuk memberikan pendidikan kepada kanakkanak kurang
upaya fizikal.
Tahun Sejarah
1919 Perkataan “Autisme” yang merujuk kepada “development disorder” atau masalah
perkembangan telah diperkenalkan oleh Eugun Blueler.
Aspeger telah membincangkan tentang kanak-kanak yang luar biasa daripada aspek
masalah sosial, tidak mempunyai pemahaman interpersonal dan tidak ambil kisah
kepada apa yang dilakukan.
 Blueler adalah seorang psychiatrists di switzerland.
 Autisme diambil daripada bahasa latin iaitu autismus (yang bermaksud, diri sendiri
– perkembangan bahasa yang lambat atau x berkembang, masalah mengaitkan
perkataan degan penuh makna) dan digunakan sebagai panggilan kepada orang
yang mempunyai masalah autisme. #ketika blueler sedang mencari definisi bagi
skizofrenia.
 Aspeger atau lebih dikenali sebagai Hans aspeger iaitu seorang doktor di Austria.
Perkara yang dibincangkan oleh aspeger juga dikenali sebagai sindrom aspeger.
 Menurut aspeger, kanak-kanak ini tidak berupaya bersosial/bermsyarakat, seneitif
pada bunyi, bau dan cahaya.
 Melihat dunia x sama dengan orang normal.
Dasar Pendidikan Inklusif (Antarabangsa)
Deklarasi antarabangsa menyatakan bahawa PPI merupakan satu pendekatan pendidikan yang
terbaik bagi MBK. Antara deklarasi tersebut adalah seperti berikut:
 Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (UNESCO
1994):

“Regular schools with an inclusive orientation are


the most effective means of combating
discriminatory attitudes, creating welcoming
communities, building an inclusive society and
achieving education for all.......”

 Kenyataan Salamanca di atas mendukung prinsip Pendidikan Untuk Semua (EFA) yang menyokong
bahawa kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hak mendapat pendidikan yang sama rata
dengan rakanrakan mereka dalam Pendidikan Inklusif. Dengan kata lain, semua kanak-kanak,
sama ada mempunyai keperluan khas atau tidak, sepatutnya belajar bersama di dalam
kelas yang sama. PPI juga merupakan kaedah terbaik dalam menentang sikap diskriminasi.
 Dasar World Education Forum (2000):

“Education system must be inclusive, actively


seeking out children who are enrolled, and
responding flexibly to the circumstances and
needs learners”.

 Convention on the Rights of Persons with Disabilities (UN, 2006):

“persons with disabilities have the right to


undiscriminatory education and equal
opportunity to inclusive education at every level
of learning and long life learning”.
Di Malaysia, dasar yang menyokong
pelaksanaan PPI adalah seperti berikut:

– Akta Orang Kurang Upaya 2008: Akses kepada pendidikan yang sama rata bagi
kanak-kanak kurang upaya juga termaktub dalam Undang-undang Malaysia,
Akta 685 di bawah Seksyen 28(1), yang menyatakan:

“orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem


pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanakkanak
kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan
prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan
dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan
vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat”
– Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013:

“Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid


berkeperluan khas di sekolah khas atau di sekolah yang
menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi atau
Program Pendidikan Inklusif pada peringkat –
(a) pendidikan prasekolah;
(b) pendidikan rendah;
(c) pendidikan menengah; dan
(d) pendidikan lepas menengah

– Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:

“Kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai MBK


ke dalam program pendidikan inklusif dan meningkatkan
kualiti penyediaannya secara keseluruhan”

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menunjukkan komitmen KPM dalam
memperkasa pelaksanaan program pendidikan inklusif secara terancang dan berfokus.
KRITERIA PEMILIHAN
DAN PENEMPATAN MURID
BERKEPERLUAN KHAS
(MBK) MENGIKUT KOD
AMALAN PENDIDIKAN
MURID BERKEPERLUAN
KHAS 2014 BAGI PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF
Kriteria murid

 Melepasi tahap penilaian menggunakan instrumen yang ditetapkan oleh KPM.


 Umur MBK hendaklah mengikut kohort umur murid di arus perdana atau tambahan satu tahun
sahaja daripada umur murid di arus perdana.
Penempatan murid
Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Sekolah akan memperaku dan meluluskan MBK yang layak mengikuti PPI
berdasarkan kriteria yang ditetapkan. MBK yang telah ditempatkan dalam PPI perlu menjalani tempoh percubaan
maksimum tiga bulan. Setelah tamat tempoh percubaan, MBK yang didapati tidak sesuai untuk meneruskan
pembelajaran di PPI akan ditempatkan ke kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
 Saiz kelas arus perdana yang menjalankan PPI sebaik-baiknya mempunyai bilngan murid kurang daripada
35 orang.
 MBK yang ditempatkan di PPI tidak lebih daripada lima orang di setiap kelas;
 MBK ditempatkan di kelas yang setara dengan pencapaian mereka;
 Kelas PPI sebaik-baiknya berada di aras bawah bangunan sekolah bagi MBK yang menggunakan kerusi
roda; dan
 Penempatan MBK di PPI hendaklah mendapat kebenaran daripada ibubapa secara bertulis.
Sekian, terima
kasih

You might also like