You are on page 1of 33

PROGRAM PEMBUGARAN

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


PERINGKAT NEGERI MELAKA 2019

PROGRAM KOLABORASI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
DENGAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
TAJUK

PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS


TINGGI (KBAT) DALAM PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN (PdPc)
TOPIK 3

ITEM PENTAKSIRAN BERASASKAN


KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
(240 MINIT)

FASILITATOR: EN. JAFRI BIN MOHAMED SAAD


EN. ISMAIL BIN HASHIM
SLOT 1
(120 MINIT)

KONSEP PENTAKSIRAN
Konsep Pentaksiran
Pentaksiran adalah proses
mendapatkan maklumat dengan
menggunakan pelbagai kaedah dan
pendekatan sama ada formatif,
sumatif, formal dan informal, dalaman
dan luaran bagi mendapatkan evidens
yang boleh dipertimbangkan dan
seterusnya membuat penghakiman
tentang sesuatu produk pendidikan.
AKTIVITI 1
ADA BERAPA BENTUK PENTAKSIRAN YANG ADA
DI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
PADA MASA KINI?
PENTAKSIRAN DILIHAT SEBAGAI:
A. PROSES MENDAPATKAN GAMBARAN TENTANG
PRESTASI SESEORANG DALAM PEMBELAJARAN.
B. AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEMASA
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
C. AKTIVITI YANG DIJALANKAN SECARA
BERTERUSAN.
D. AKTIVITI YANG BERTUJUAN UNTUK
MENDAPATKAN HASIL PEMBELAJARAN YANG
BAIK.
TEORI KOGNITIF
AKTIVITI 2
• APAKAH KEGUNAAN TAKSONOMI INI DALAM
PENTAKSIRAN?
Fokus KBAT
KBAT berfokus kepada pemikiran aras tinggi
dengan memberi tumpuan kepada:
•Mengaplikasi
Kebolehan menggunakan pengetahuan untuk
menghasilkan sesuatu yang baharu seperti
menjalankan eksperimen dan membuat binaan.

•Menganalisis
Mencerakinkan atau menstrukturkan maklumat ke
dalam bahagian yang lebih kecil, menentukan
bagaimana bahagian struktur keseluruhan atau
matlamat berkaitan antara satu sama lain.
Fokus KBAT
• Menilai
Membuat pertimbangan berdasarkan
kriteria dan standard melalui memeriksa
dan mengkritik.

• Mencipta
Menyatukan elemen untuk membentuk
sesuatu; menyusun, menjana, merancang
atau menghasilkan semula elemen ke
dalam corak atau struktur yang baharu.
Konsep Pentaksiran
•Proses ialah satu susunan langkah /
tindakan / operasi yang bertertib dan terarah
yang digunakan untuk mendapatkan hasil
yang dikehendaki

•Maklumat ialah evidens yang


menggambarkan prestasi murid dalam
sesuatu perkara yang ditaksir
Konsep Pentaksiran
•Penghakiman merupakan proses
pertimbangan tentang pencapaian
pendidikan murid

•Produk dalam konteks pendidikan


merupakan pengetahuan, kemahiran
dan nilai / adab yang diperoleh murid
setelah melalui proses pendidikan
Konsep Pentaksiran
Dua konsep penting dalam pentaksiran ialah:
 Kesahan - sejauh mana skor sesuatu ujian
pentaksiran itu menggambarkan apa yang hendak
ditaksir
 Kebolehpercayaan – merujuk kepada ciri skor
berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor
itu untuk menggambarkan prestasi murid yang
ditaksir. Kebolehpercayaan merujuk kepada skor
dan instrumen.
– berkait dengan konsep tepat, tekal (konsisten),
stabil, boleh diharapkan dan boleh meramal.
Konsep Pentaksiran
KONSTRUK
•APA (perkara) yang ditaksir

•Merupakan dimensi manusia yang berbentuk konkrit


(contoh: tinggi, berat) dan abstrak (contoh: pengetahuan,
kemahiran dan sikap) yang dibangun atau diperkembang
melalui hasil pembelajaran sesuatu mata pelajaran

•Konstruk yang diukur dalam instrumen pentaksiran bagi


suatu mata pelajaran dikenal pasti berdasarkan dokumen
kurikulum mata pelajaran tersebut.
Konsep Pentaksiran
KONTEKS

•Atau tajuk adalah tempat pentaksiran sesuatu


konstruk itu dilaksanakan
•Merupakan bahagian-bahagian tertentu mata
pelajaran
•Dikenal pasti daripada Sukatan Pelajaran
•Lazimnya dinyatakan mengikut kawasan tertentu
dalam sesuatu bidang
•Biasanya dibahagikan kepada beberapa
subkonteks
Konsep Pentaksiran
ARAS KESUKARAN

• Ditentukan daripada pengetahuan, kemahiran dan


nilai berdasarkan tiga aspek:
 Peringkat pengetahuan atau kemahiran Asas
– Lanjutan
(Basic – Advanced)
 Kebiasaan (Familiarity)
Kerencaman (Complexity)
Konsep Pentaksiran
KATA TUGAS

• Kata kerja yang digunakan dalam sesuatu item

• Berfungsi untuk menjelaskan bentuk respons yang


perlu diberikan oleh murid.
Konsep Pentaksiran
ITEM
• Perkara atau alat yang digunakan untuk
mendapatkan respons daripada murid sebagai
evidens hasil pembelajaran yang boleh
dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu
konstruk serta cara pemberian skornya

• Boleh diklasifikasikan sebagai


• Pengingatan (Recall Item) dan
• Pemikiran (Thinking Item)
AKTIVITI 3

JELASKAN JENIS-JENIS ITEM DALAM


PENTAKSIRAN?
JENIS ITEM OBJEKTIF
A. ITEM YANG BERBENTUK MEMILIH RESPONS
1. ANEKA PILIHAN
2. ANEKA GABUNGAN
3. PENEGASAN/ALASAN
4. PADANAN
5. BENAR/PALSU
6. ISI TEMPAT KOSONG
7. PERNYATAAN BETUL/SALAH
JENIS ITEM OBJEKTIF
B. ITEM YANG BERBENTUK MENGEMUKAKAN
RESPONS

1. ISI TEMPAT KOSONG


2. OBJEKTIF BRGRED
ITEM SUBJEKTIF

JENIS ITEM SUBJEKTIF


1. ITEM RESPONS TERBUKA
2. ITEM RESPONS TERHAD
3. ITEM BERSTRUKTUR
Konsep Pentaksiran
Item Pengingatan
• Item yang memerlukan pengingatan untuk menjawabnya
• Merupakan item aras rendah kerana murid tidak
memerlukan KBAT untuk mendapatkan respons, hanya
memerlukan daya ingatan.
Item Pemikiran
• Item yang memerlukan calon mengaplikasikan kemahiran
berfikir untuk menjawabnya
• Murid perlu melakukan beberapa proses atau tingkat
pemikiran seperti mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang
diberi
Konsep Pentaksiran
Secara umumnya item yang baik perlu
mempunyai ciri berikut:
•Tepat mentaksir perkara yang hendak
ditaksir
•Tugasan dan arahan jelas
•Ayat pendek, padat, jelas dan terus kepada
maksud
•Kunci jawapan tidak bersifat payung, terlalu
umum, paling panjang, paling menonjol,
paling lengkap
Konsep Pentaksiran
Secara umumnya item yang baik perlu
mempunyai ciri berikut:
•Stem tidak memberi panduan (clue) kepada
jawapan (leadingitem) atau word association
•Rangsangan berfungsi. Item mesti didasarkan
kepada rangsangan
•Tiada negatif berganda
•Tata bahasa betul
•Laras bahasa sesuai dengan kohort umur
kumpulan sasar
Konsep Pentaksiran
Secara umumnya item yang baik perlu
mempunyai ciri berikut:
•Menggunakan istilah yang biasa, terkini dan
diterima umum
•Tulen – tidak diciplak dari mana-mana
sumber
•Tidak bias – jantina, etnik, kumpulan sosio-
ekonomi, lokasi geografi
•Tidak menyentuh hal sensitif – agama,
budaya, etnik
Konsep Pentaksiran
Secara umumnya item yang baik perlu
mempunyai ciri berikut:
•Pilihan jawapan homogen – dari segi panjang
pilihan jawapan, jenis, kumpulan
•Menyoal perkara yang penting dari segi
konteks dan situasi. Tidak wajar menyoal
perkara yang terlalu terpencil dan tidak
mempunyai kepentingan
•Jelas – tata bahasa, ayat, ekspresi, stail
Konsep Pentaksiran
Secara umumnya item yang baik perlu
mempunyai ciri berikut:
•Tanda bacaan, huruf besar, huruf kecil
hendaklah tepat
•Boleh mendiskriminasikan murid yang
berlainan keupayaan. Bukan item terlalu
senang iaitu item yang dijangka boleh
dijawab oleh semua murid atau item terlalu
sukar yang tidak boleh dijawab oleh semua
murid
JENIS KAEDAH
PEMARKAHAN/PENSKORAN
A. SENARAI SEMAK
B. SKALA MARKAH/SKOR
I. RUBRIK
-PENSKORAN OBJEKTIF BERGRED
-PENSKORAN ANALITIKAL
-PENSKORAN HOLISTIK
SEKIAN

SELAMAT MAJU JAYA


DAN
TERIMA KASIH

You might also like