You are on page 1of 24

AMSU5103

KAEDAH PENGAJIAN USULUDDIN


(TOPIK 5)
PERKEMBANGAN FIRQAH DALAM ISLAM

DISEDIAKAN OLEH :
NIK MOHD ROZI BIN KASIM
Ahl-sunnah
Wa Jama’ah

ALIRAN
Syiah
Jabariah FIRQAH

Qadariah Khawarij

Muktazilah
Ahl-Sunnah Wa al-Jama’ah boleh diertikan
sebagai ahli kumpulan yang
berpegang teguh dengan al-Quran, sunnah
Rasulullah s.a.w dan sunnah yang
dibawa oleh para sahabat Baginda.

Pengertian lain bagi perkataan Ahl al-Sunnah wa


al-Jama’ah ialah ianya merujuk kepada mereka
yang mengikuti perjalanan (sunnah) Nabi s.a.w
dan orang ramai (jamaah)
Negeri @
Berjuang
Tempat Tauhid &
menentang
musuh Islam Kerasulan

AL-BAGHDADI Bidang Fiqh


Zahid & Sufi

al-Quran &
Bidang Hadis
Tafsir
Adab, Nahu &
Saraf
Prinsip Ahl-Sunnah Wal-Jama’ah

(a)Berpegang teguh dengan al-Quran dan as-


Sunnah

(b) Berpegang teguh dengan prinsip para al-salaf


al-salih

(c) Tidak menghukumkan sesuatu melainkan ada


bukti yang sahih
Pandangan Ahl Sunnah Wal-Jama’ah

(a) al-Quran bukan makhluk

(a) Melihat Allah S.W.T. pada hari akhirat

(b) Pelaku dosa besar dianggap fasik

(c) Iman boleh bertambah dan berkurang


Syiah mendakwa mereka adalah
penyokong kuat dan pembela
Saidina Ali r.a.

Menurut Shah Abdul Aziz al-Dahlawi


(1992) terdapat empat golongan Syiah.
Syiah yang
pertama

4 GOLONGAN
SYIAH

Syiah Syiah
Pelampau Tafdhiliyyah
Syiah
Saba’iyyah
Golongan Syiah Pelampau

(a) Syiah Imamiah


Syiah Imamiah atau al-Imamiyyah merupakan di
antara kumpulan Syiah yang terkenal. Kumpulan
ini dinamakan sebagai Imamiah kerana mereka
berpendapat bahawa jawatan pemimpin (imam)
hanya layak disandang oleh ahli Bait. Menurut
kumpulan ini, terdapat 12 imam yang berhak
mengatur dunia ini.
Fiqh :
Imam mereka
Keluarga al-Quran :
Mujtahid & maksum
Rasulullah: Pertikai isi
Terbatas kepada kandungan
Saidina Ali

Masalah PEGANGAN Hadis


Ghaib: SYIAH Rasulullah :
Imam mereka IMAMIAH Tidak Percaya
ketahui hadis sahih

Sahabat
Melihat Allah: Rasulullah :
Tidak mungkin Akidah Tauhid: Kafir selepas
berlaku Campuraduk Nabi wafat
Golongan Syiah Pelampau

(b) Syiah Zaidiah


Nama kumpulan ini diambil sempena nama
pengasasnya iaitu Zaid bin Ali Zainal Abidin, cicit
kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a.

(c) Syiah Batiniah


Kumpulan ini menganggap bahawa al-Quran
mempunyai makna yang zahir dan makna yang
batin, yang hanya boleh difahami oleh Imam
mereka iaitu Muhammad B. al-Hanafiah.
*Khawarij adalah perkataan Arab berasal daripada
perkataan kharaja yang bererti keluar.

*Pada awalnya, golongan ini adalah penyokong Saidina


Ali r.a yang berjuang menentang Muawiyah r.a. tetapi
mereka menolak keputusan Majlis Tahkim yang
melantik Muawiyah r.a sebagai khalifah.

*Akibatnya, mereka berpaling tadah dari menyokong


Saidina Ali dan keluar untuk membentuk kumpulan
sendiri.
Akidah Puak Khawarij

1.Mengenai hukum amali, majoriti puak ini berpendapat wajib


memberontak terhadap khalifah yang fasik atau melakukan
maksiat.

2.Khilafah bukan menjadi hak golongan tertentu, namun mestilah


berdasarkan pilihan umat Islam.

3.Khalifah yang menyimpang mesti dipecat atau dibunuh.Khalifah


lebih baik dipilih dari kalangan bukan Quraisy agar mudah
dipecat

4.Mereka menerima kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan


Uthman di peringkat awal pemerintahannya, dan mengakui
kekhalifahan Ali sebelum majlis tahkim sahaja.
Akidah Puak Khawarij

5. Mendirikan sembahyang, puasa, haji dan lainnya, serta


menjauhi perkara mungkar adalah sebahagian daripada
iman. Orang yang tidak melakukan perkara tersebut adalah
bukan mukmin tetapi fasik. .

6. Beriktikad kafir ke atas pelaku dosa besar.

7. Mengkafirkan orang yang berbeza iktikad dengan mereka.


Muktazilah berasal daripada perkataan I’tazala yang
bermaksud mengasingkan diri. Dari segi istilah, ia
membawa maksud satu golongan yang lahir dalam
Islam pada awal kurun ke-2H.

Selain daripada Muktazilah, firqah ini juga dikenali


sebagai:
(a) Ashab al-’Adli
(b) Al-’Adl
(c) Al-Muattilah
(d) Kaum Rasionalis Islam
Al-tauhid: Al-’adl:
Keesaan Keadilan
tuhan tuhan

PRINSIP
AJARAN
MUKTAZILAH

Amar ma’ruf
nahi munkar Al-wa’d wa
Al-wa’id:
Al-manzil baina Janji baik dan
manzilataini ancaman
Qadariah berasal daripada bahasa Arab, iaitu kata
qadara yang bererti kemampuan dan kekuatan.

Segi istilah, Qadariah ialah suatu aliran yang percaya


bahawa tidak ada campur tangan tuhan di dalam
segala tindakan manusia.

Mereka berpegang bahawa setiap orang adalah


pencipta bagi segala perbuatannya. Maka, dia berbuat
sesuatu atau meninggalkannya di atas kehendaknya
sendiri.
DOKTRIN
QADARIAH

Kebaikan &
keburukan Kudrat
Iradat
*Berasaskan kepada beberapa ayat al-Quran umpamanya ayat
29, surah al-Kahfi, Allah S.W.T. berfirman:

“Dan Katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu;


Maka Barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah dia
beriman, dan Barangsiapa yang ingin (kafir) Biarlah dia kafir“.

*Tambahan pula, ayat 11 surah ar-Ra’d, Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum


sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri.
Jabariah berasal daripada perkataan Arab Jabara yang
bererti memaksa.

Dari segi istilah ialah suatu aliran fahaman yang menolak


adanya perbuatan dari manusia dan menyandarkan
segala perbuatan itu kepada Allah S.W.T.

Dengan kata lain, adalah manusia mengerjakan


perbuatan dalam keadaan terpaksa (majbur).
DOKTRIN
JABARIAH

Kebaikan &
keburukan Kudrat
Iradat
PEGANGAN GOLONGAN JABARIAH

1.Syurga dan neraka adalah tidak kekal. Tiada yang kekal


selain Allah S.W.T

2.Iman adalah ma’rifat atau membenarkan di dalam hati.

3.Kalam Allah (al-Quran) adalah makhluk. Oleh kerana itu,


dia baru. Sesuatu yang baru itu tidak dapat disifatkan
kepada Allah S.W.T.

4.Allah S.W.T tidak mempunyai sifat yang serupa dengan


makhluk seperti berkata-kata, melihat, mendengar .

You might also like