You are on page 1of 7

EDUP3033

ANDY SEORANG MURID TAHUN SATU YANG SELALU BERSIKAP KASAR


TERHADAP BUDAK-BUDAK LAIN SEPERTI MEMUKUL DAN MENENDANG
BUDAK LAIN APABILA MARAH. WALAUPUN TELAH DITEGUR BANYAK
KALI OLEH GURU, ANDY MASIH LAGI BERSIKAP DEMIKIAN. DALAM
KUMPULAN, BINCANGKAN SEJAUH MANAKAH TEORI PEMBELAJARAN
SOSIAL DAPAT DIAPLIKASIKAN UNTUK MENGUBAH TINGKAH LAKU
ANDY. CADANG DAN DEMONSTRASIKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DAPAT
MEMBANTU ANDY MENGUBAH TINGKAH LAKUNYA BERDASARKAN
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL. JELASKAN IMPLIKASI TEORI
PEMBELAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TERMASUK KANAK-KANAK BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS.
NAMA:LEONG SAU MEI
TAN YUE YING
Sejauh Manakah Teori Pembelajaran Sosial yang
Dapat Diaplikasikan
Peniruan elisitasi
■ Dalam proses elisitasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja
yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui
bagaimana melakukan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh orang itu.
■ Contohnya, apabila melihat seseorang murid membaca buku cerita di dalam
kelas, Andy pun mengeluarkan buku cerita lalu membacanya. Keinginan
untuk membaca itu timbul selepas melihat murid lain membaca.
■ Sekiranya tidak ada murid yang membaca, kemungkinan keinginan Andy
untuk membaca tidak timbul. Pendek kata, satu-satu gerak balas seseorang
individu hanya timbul setelah memerhati gerak balas orang lain.
■ Menurut teori ini, lama-kelamaan murid akan belajar menjadi lebih baik jika
sentiasa dalam keadaan persekitaran yang positif.
Sejauh Manakah Teori Pembelajaran Sosial yang
Dapat Diaplikasikan

Modifikasi Tingkah Laku


■ Permodelan adalah merupakan satu cara modifikasi tingkah laku.
■ Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan-santun dan
tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah,
■ Apabila murid meniru tingkah laku yang baik, guru perlu memberi
peneguhan untuk melazimkan tingkah laku tersebut.
Cadangan dan Demonstrasian Aktiviti-aktiviti

Peniruan Melalui Main Peranan & Simulasi


■ Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui
situasi main peranan dan simulasi.
■ Murid dapat meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang
ditunjukkan watak-watak dalam simulasi tersebut
Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Termasuk Kanak-
kanak Berkeperluan Pendidikan Khas.
1. Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan
■ Pilih model yang ada ketokohan: dipandang tinggi, cekap, baik selaras
dengan matlamat modelling untuk dijadikan teladan di dalam kelas.
2. Kukuhkan tingkah laku yang hendak dijadikan tiruan
■ Puji murid yang bertulisan kemas, paparkan hasilan tulisan, jadikan dia
ketua kumpulan. Murid lain akan bermotivasi untuk mengikut perlakuannya
Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Termasuk Kanak-
kanak Berkeperluan Pendidikan Khas.
3. Gunakan model hidup/langsung
■ Contohnya, guna tukang kebun sekolah untuk menunjukkan cara yang betul
membuat cantuman tunas. Guru sediakan model simbolik-langkah kerja.
Murid membaca langkah 1, manakala guru menjelaskan langkah,
sementara tukang kebun membuat secara praktik. Teruskan langkah demi
langkah sehingga selesai. Setelah selesai, murid membuat latihan
mencantum tunas. Guru dan tukang kebun akan membimbing.
■ Guru juga boleh mendapatkan murid yang ada kemahiran tertentu,
contohnya pemain bola sepak sekolah sebagai model hidup bagi menunjuk
cara menjaringkan bola, murid yang ada kemahiran membuat ukiran kayu,
wau tradisional, bermain alat muzik untuk menunjukkan cara melakukan
langkah kerja dalam proses pembelajaran.
Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Termasuk Kanak-
kanak Berkeperluan Pendidikan Khas.
4. Pastikan setiap murid dapat melihat tindakan model dengan jelas
■ Tegaskan perlakuan yang hendak ditiru dan kukuhkan melalui teknik
pengulangan, pencerahan warna, nada suara dan seumpamanya.
5. Ulang dan tegaskan langkah yang penting
■ Beritahu sebab atau kewajarannya. Adakan sesi soal jawab untuk
memastikan murid mengikuti langkah pelajaran.
6. Paparkan hasilan kerja terbaik untuk membolehkan murid berkenaan terus
berusaha dan merangsang murid lain berusaha sebagaimana murid
berkenaan. Akan timbul keinginan murid lain untuk hasil karyanya
dipaparkan. Hasil kerja yang dipamerkan berperanan sebagai model ikutan
bagi murid lain.

You might also like