You are on page 1of 7

MINGGU 7

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN
KOGNITIF DAN BAHASA

Pranatal dan Awal kanak- Kanak-kanak


bayi kanak (Pertengahan )
PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA
PERTENGAHAN KANAK-KANAK
Usia Perkembangan
7 Tahun Pada peringkat ini, kanak-kanak telah pun
memasuki sekolah rendah. Penguasaan
perbendaharaan kata telah meningkat, telah
menunjukkan penguasaan dan sebutan bahasa
yang betul atau ‘standard’. Mereka boleh
menterjemahkan idea melalui aktiviti lisan dan
penulisan iaitu dalam bentuk ayat yang ringkas.

9 Tahun Kanak-kanak sekurang-kurangnya telah


memperoleh sebanyak 30000 perbendaharaan
kata. Perbendaharaan kata ini akan bertambah
melalui pembacaan, proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dan juga pergaulan harian
iaitu termasuk di rumah dan juga di sekolah.

10 hingga 12 Tahun Kanak-kanak tidak lagi menumpukan pada diri


sendiri ketika menceritakan sesuatu.
Sebaliknya, mereka mula mengambil tahu
tentang hal orang lain dan menceritakannya.
Mereka sudah boleh berkomunikasi dengan baik
dan seterusnya dapat membuat satu karangan
pendek apabila diminta oleh guru. Chomsky
(1969)
AKTIVITI PENDEKATAN PENGAJARAN MEMBACA
 Terdapat kepada tiga jenis pendekatan :
 - Pendekatan Fonik
 Pendekatan bunyi bahasa berasaskan sistem
 ejaan dalam sesuatu bahasa tersebut.
- Pendekatan Keseluruhan Kata
Pendekatan yang mengaitkan lambang penulisan
dengan sebutan yang betul bagi perkataan yang
diwakili oleh lambang tersebut secara keseluruhan.
- Pendekatan Holistik
Kanak-kanak bukan sahaja diajar untuk menguasai kemahiran
membaca tetapi juga menikmati bahan bacaan.
( Membaca lantang kepada murid-murid )



AKTIVITI PENULISAN BERGABUNG

 Penerangan : Setiap anggota kumpulan dalam


satu bilik darjah menghasilkan sebahagian
daripada bahan penulisan yang dirancangkan.

 Objektif : - untuk mengembangkan lagi idea


kanak-kanak dengan pertambahan
perbendaharaan kata.
 Langkah-langkah :-
 Guru menentukan satu topik yang berkaitan dengan
subjek .
 Murid-murid memulakan penulisan mereka dengan
perenggan pertama iaitu pendahuluan @ penjelasan
bagi tajuk yang hendak ditulis
 Guru akan membina perenggan kedua iaitu perenggan
yang menjelaskan isi pertama bagi topik yang
dibincangkan.
 Seorang atau sekumpulan kanak-kanak lain pula
menyiapkan perenggan kedua, ketiga sehinggalah
selesai karangan tersebut.

You might also like