You are on page 1of 17

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Terima kasih peneraju acara,


Barisan hakim bijak berkarisma,
Seterusnya, hadirin-hadirat yang ceria.

*(LAGU)
Dengarkan,
Kisahku persembahkan,
Kisah dari Al-Quran,
Jadikan renungan.. dengarkan..
Kisah Peristiwa
Perletakan Hajarul
Aswad
MAKSUD HAJARUL ASWAD :-

Hajarul Aswad bermaksud batu hitam


yang terdapat di penjuru timur Kaabah.
Orang yang mengerjakan haji perlu
memulakan tawaf mereka dari Hajarul
Aswad dan mengakhirkannya di Hajarul
Aswad juga.

CERITA DISEBALIK HAJARUL ASWAD


Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa Hajarul Aswad ialah batu
yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang
diturunkan dari syurga ke dunia ini. Hajarul Aswad diberi Allah
Subhana Wa Taala kepada Nabi Ibrahim Alai His Salam sewaktu
baginda menyiapkan pembinaan kaabah bersama anaknya Nabi
Ismail. Warna asalnya adalah putih tetapi bertukar menjadi hitam
akibat perbuatan dosa-dosa manusia.
Hadirin hadirat sekalian, Kaabah
merupakan kiblat bagi semua umat Islam
ketika menunaikan ibadat solat dan
Masjidil Haram yang menaungi kawasan
itu menjadi masjid paling mulia dalam
Islam. Pada musim Haji, berduyun-duyun
umat Islam dari seluruh pelosok dunia
mengerjakan rukun haji di Baitullah.
(LAGU)
Bangsa Arab jadikan kaabah kiblat mereka,
Hajarul Aswad terletak di penjuru timurnya,
Kaabah kiblat muslimin seluruh dunia,
Di bulan haji jadi tumpuan manusia.

Hadirin hadirat sekalian,


Kaabah merupakan kiblat bagi semua umat
Islam ketika menunaikan ibadat solat dan
Masjidil Haram yang menaungi kawasan itu menjadi
masjid paling mulia dalam Islam. Pada musim Haji,
berduyun-duyun umat Islam dari seluruh pelosok dunia
mengerjakan rukun haji di Baitullah.
• Surah Al Imran ( ayat 96 )

• Maksudnya :
Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibina
untuk manusia beribadat ialah Baitullah di
Mekah yang diberkati dan menjadi petunjuk
seluruh manusia.
(LAGU)
Rukun Islam lima perkara, marilah kita mengerjakannya..

Perkara kelima ialah menunaikan haji di Mekah.


Ibadah haji dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah
Subhana Wa Taala.
Ia merupakan tuntutan bagi yang berkemampuan.

Di Malaysia, Tabung Haji merupakan badan yang mentadbir urusan


ibadah haji, kursus-kursus haji, muassasah-muassasah yang selesa dan
ustaz-ustazah yang berpengalaman untuk membimbing para Jemaah.
Pada tahun 2015 lebih kurang 22,000 jemaah telah menunaikan ibadah
haji. Kepakaran Tabung Haji dalam mentadbir urus para Jemaah diiktiraf
oleh Kerajaan Arab Saudi dan terdapat negara yang menghantar pegawai
untuk mempelajari cara Tabung Haji menguruskan Jemaah haji.
(LAGU)
Di Kota Mekah banjir besar melanda,
Kaabah yang uzur retak dan rosak binaannya,
Hajarul Aswad berubah dari tempatnya,
Tiada siapa berani untuk memperbaikinya.

Lalu Al Walid bin Muqairah,


Ketua Suku Kaum Bani Mahzum bertindak
mengajak semua suku kaum Arab berpakat
meruntuhkan dinding yang rosak iaitu antara
Hajarul Aswad dan Rukun Yamani untuk
dibina semula.
• Surah Al Maidah (ayat 2)

Maksudnya :

Tolong-menolonglah kamu pada kebajikan dan taqwa. Dan


janganlah kamu tolong menolong pada dosa dan permusuhan.
Hadirin hadirat sekalian,
Amalkan semangat tolong menolong dalam kehidupan seharian.
Banjir besar yang melanda negeri-negeri Pantai Timur terutamanya
Kelantan Darul Naim telah menyerlahkan sikap tolong-menolong
dalam kalangan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan
agama. Orang perseorangan, pihak bukan kerajaan, dan negara-
negara luar seperti China, Jepun dan ASEAN bekerjasama dengan
pihak kerajaan dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan.

( LAGU )
Kata sepakat telah pun diterima,
Kaabah dibina oleh kabilah yang ada,
Guna dana yang bersih dan suci sahaja,
Bukan harta rampasan, lacur dan harta riba.
Akhirnya, kaabah siap dibina semula secara bergotong royong dengan dipimpin
seorang arkitek dari bangsa Romani bernama Baqum.

Surah Al Hadid (ayat 7)

Maksudnya :
Dan nafkahkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah
telah menjadikan kamu menguasainya.
Kawan-kawan,
Gunakanlah harta pada jalan kebaikan. Agama Islam menuntut
umatnya menunaikan zakat. Zakat yang dikeluarkan bertujuan untuk
membersihkan harta dan memberikannya kepada yang berhak.

Hadis riwayat Al Khatib dari Mas’ud bermaksud:


“Bentengilah dan suburkanlah hartamu itu dengan zakat’.
Pusat-pusat Zakat dan Baitulmal di Malaysia mengumpul harta zakat,
wakaf dan kharaj. Ia menyelaraskan kutipan dan agihan harta
berasaskan syariat secara adil. Wang zakat disalurkan kepada lapan
golongan asnaf. Latihan Kemahiran dan peluang pendidikan juga
disediakan bagi membantu mereka yang memerlukan.
( SAJAK )
Kabilah Arab bertelingkah,
Hampir berlaku pertumpahan darah,
Siapa yang layak meletakkan batu bertuah,
Cadangan dilontar oleh Huzaifah,
Esok hari, orang pertama memasuki Kaabah,
Dialah yang layak memilih kabilah.
Surah Al Imran ( ayat 105 )

Maksudnya :
Dan janganlah kamu menjadi orang yang bercerai-berai sesudah datang
keterangan yang jelas kepada mereka.

Muafakat membawa berkat. Pada 31 Disember 2015, Komuniti


ASEAN telah ditubuhkan secara rasmi. Komuniti ASEAN menekankan
persepakatan 10 buah negara ASEAN dalam bidang keselamatan,
ekonomi dan sosio budaya. Muafakat ini membuka lembaran baru bagi
kerjasama dalam mewujudkan hubungan yang stabil dan mesra serta
memperkukuhkan keselamatan serantau. Bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh.
(SYAIR )
Ketua Kabilah semua sepakat,
Bucunya kain sama diangkat,
Baginda meletakkan Hajarul Aswad,
Rasulullah bijaksana hindarlah hasad.
Surah Al- Ahzab (ayat 21)

Maksudnya:
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan
yang baik.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,


Yakinlah bahawa Rasulullah adalah utusan Allah dan
ikutan yang terbaik. Walaupun sedang bergurau dan berjenaka,
baginda tetap bercakap benar, tidak berdusta. Sebelum
menjadi Rasul, baginda telah digelar AL-AMIN yang
bermaksud orang yang dipercayai.
(PANTUN)
Nabi Muhammad rasul junjungan,
Akhlak mulia jadi ikutan;
Sekian sahaja cerita teladan,
Hajarul Aswad jadikan panduan.

( LAGU )
Hayati Kisah Al-Quran,
Jadilah hamba beriman,
Jauhi segala larangan,
Patuhi setiap suruhan.

Sekian,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

You might also like