You are on page 1of 17

KULIAH 5

PENJAJAHAN JEPUN DI
SABAH DAN SARAWAK
PERANG DUNIA KEDUA (1941-45)
Dua kemenangan besar dicapai oleh Jepun sebelum
meletusnya Perang Dunia Kedua, ialah Perang Russia-
Jepun (1904-05) dan Perang Sino-Jepun (1938-39).

Dalam menghadapi kemelutan kemelesetan ekonomi dunia


pada sepanjang dekad 1930an, pihak Jepun berjaya
membentuk angkatan tentera terkuat dan bercita-cita
membentuk sebuah empayar dalam lingkungan seluruh
benua Asia melalui propagandanya Asia untuk Asia.
Kejayaan Jepun menenggelamkan kapal perang British,
Princes of Wales dan HMS Repulse di perairan Selat
Melaka pada 8 Disember 1941, memudahkah misi
serangan dan penaklukan ke atas rantau Asia Tenggara.
Pada hari tersebut juga Jepun telah menakluki Filipina, dan
mereka mendarat di Kota Bahru, Kelantan dan berbasikal
menakluki Tanah Melayu dan Singapura menjelang awal
tahun berikutnya.

Di Sabah dan Sarawak, menjelang hari perayaan Krismas


pihak Jepun telah mendarat dan menakluknya.
MENGAPA JEPUN MENAKLUKI ASIA TENGGARA

1. Kedudukan ekonomi yang merosot, kesan penglibatan


Jepun dalam berapa peperangan pada awal abad ke-
20. Di sampung itu, tindakan Amerika Syarikat dan
Britain menghentikan hubungan perdagangan dengan
Jepun.

2. Perkembangan industri perkilangan Jepun yang pesat


memerlukan bekalan bahan mentah yang cukup. Tetapi
tindakan Amerika Syarikat dan Britain memulaukan
barangan industri Jepun amat mendesak Jepun.
3. Masalah pertambahan populasi Jepun yang pesat telah
membawa masalah kekurangan ruang petempatan,
pekerjaan dan makanan.

4. Kebangkitan kelas Samurai dengan kepercayaan,


Shinto menekankan prinsip kewajipan setiap rakyat
berkorban kepada maharaja. Kerahan masuk askar
diamalkan.

5. Golongan Samurai yang agresif dan mengamalkan


dasar perluasan kuasa dan menghapuskan tradisi
kuasa mutlak maharaja.
Serangan Jepun ke atas Sarawak dan Sabah

Sebelum tahun 1941 boleh dikatakan keadaan di Sabah


dan Sarawak adalah tenang.

Pada 16 Disember 1941, serangan bom berlaku ke atas


bandar Miri sebelum pendaratan tentera Jepun, 10,000
orang. Pada 19 Disember, serangan bom berlaku ke atas
bandar Kuching. Seterusnya serangan bom ke atas
bandar-bandar lain dilakukan. Pada 24 Disember, tentera
laut Jepun menakluki bandar Kuching pada 25 Disember.
Di Sabah, serangan pihak Jepun bermula pada 1 Januari
1942 ke atas Pulau Labuan dan mereka mara ke utara
melalui daerah Beaufort. Pada 3 Januari, sejumlah 25,000
tentera laut Jepun mendarat di Jesselton dan seterusnya
menakluki seluruh Sabah menjelang akhir bulan Mei.

Penaklukan Sabah dan Sarawak tidak menghadapi


masalah besar kepada tentera Jepun. Penduduk tempatan
tidak menunjukkan tanda penentangan tetapi merima baik
kedatangan tentera Jepun.
ORANG EROPAH SEMASA SERANGAN JEPUN

Orang Eropah telah memusnahkan segala bentuk kegiatan


ekonomi mereka di Sabah dan Sarawak sebelum Jepun
mendarat. Misalnya, Syarikat Minyak Shell telah
memusnahkan tapak perlombongan minyak di bandar Miri.

Warganegara Eropah di Miri cuba menyelamatkan diri


dengan tiga buah kapal untuk ke Kuching, tetapi mereka
dapat dikesan dan diserang oleh pasukan udara Jepun.
Ketika Jepun menyerang bandar Kuching, Ketua
Setiausaha, Kapten Le Gros Clark yang memikul
tanggungjawab mentadbir Sarawak ketika itu memberi
arahan supaya semua warganegara Eropah meninggalkan
Sarawak secepat mungkin, kecuali pegawai perubatan dan
staf hospital. Ramai terpaksa melarikan diri ke
Simanggang.

Kapten Le Gros Clark dan para pegawainya telah ditahan di


pusat (kem) tahanan Batu Lintang, bersama-sama dengan
tahanan lain yang didatangkan dari lain-lain tempat di
Sarawak, Brunei dan Sabah.
IMPLIKASI PENJAJAHAN JEPUN

Pendudukan Jepun selama lebih kurang 3 tahun 8 bulan


dikatakan kurang membawa perubahan positif ke arah
memenuhi propaganda asal ke atas Asia. Ketegasan
pandangan tertumpu kepada kesan negatif bahawa
pendudukan Jepun mewujudkan kehidupan yang amat
sengsara kepada penduduk tanah jajahan Jepun.

Sosio-ekonomi masyarakat dikatakan sangat dahsyat


keadaannya. Masyarakat diberi layanan yang berbeza
dalam sistem pentadbiran Jepun.
Bidang ekonomi dikuasai oleh Jepun dan mengenakan
sistem harga pasaran pada kadar yang amat murah kepada
orang Jepun berbanding harga jualan yang sebenarnya ke
atas orang ramai.
Pihak Jepun melaksanakan pentabiran secara tanpa usul
periksa. Masalah kecil atau besar akan diberi hukuman
yang sama berat.
Kehidupan penduduk diawasi ketat oleh tentera dan polis
rahsia, Kempitai Jepun.
Bidang pendidikan, diperkenalkan sistem pendidikan
berteraskan pengajaran bahasa Jepun. Banyak sekolah
missionari Kristen telah ditutup ataupun dijadikan sebagai
kem tahanan dan pusat pelacuran.
Bidang politik, pada dasarnya pihak Jepun tidak memberi
ruang luas kepada penglibatan penduduk tempatan dalam
pentadbiran. Pihak Jepun mengiktirafkan pimpinan Ketua
Kampung – Jikidan.
Pemerintahan zalim pihak Jepun menyedarkan penduduk
tempatan hingga mereka menyusup masuk ke dalam
gerakan bawah tanah (gerila) untuk menentang Jepun.

Di Sabah, Albert Kwok telah memimpin gerakan pasukan


'Gerila Kinabalu’ menyerang tentera Jepun di kawasan
pedalaman Jepun pada 10 Oktober 1943 menyebabkan
tentera Jepun berundur ke Tawai. Namun, gerakan gerila
tersebut telah ditewaskan pada 13 Oktober. Albert Kwok dan
rakan-rakannya dihukum bunuh.
Kehadiran tentera Berikat pada akhir tahun 1944 telah
menjejaskan kedudukan Jepun di rantau ini amnya, dan
khususnya di Sabah dan Sarawak.

Pada 10 Jun 1945, pasukan Australia mendarat di Labuan


dan menewaskan pihak Jepun. Jepun terpaksa menyerah
kalah apabila Amerika Syarikat mengebom Hiroshima di
wilayah Nagasaki pada bulan Ogos 1945. Namun, hanya
pada 15 April 1946 pihak Jepun benar-benar telah
menamatkan pemerintahannya di Sabah dan Sarawak.
Kesan Penting Pendudukan Jepun: Nasionalisme
Maksudnya - suatu perasaan yang wujud dalam diri individu
untuk bertindak mengadakan perubahan dalam masyarakat
tempatan ke arah mewujudkan perpaduan dan kebebasan
daripada penguasaan anasir penjajahan, dengan matlamat
mencapai kemerdekaan tanahair.
Kelahirannya – disebabkan kesedaran penduduk tempatan
terhadap pencerobohan dan perkosaan orang luar ke atas
hak asasi dan kedaulatan tanahair mereka.
Perkembangannya - menjadi gerakan menentang anasir
penjajahan untuk menjulang kemerdekaan tanahair.
Pendek kata, dua sifat induk nasionalime ialah sebagai
perihal kesedaran dalam pemikiran, dan perihal tindakan.
Di Sarawak, idea nasionalisme mula disedari apabila wujud
cadangan Perlembagaan Sarawak yang diumumkan pada
31 Mac 1941 oleh Rajah Vyner Brooke. Media cetak oleh
golongan nasionalis dari Tanah Melayu mempengaruhi
pemikiran penduduk tempatan malah kuasa penjajah.
Misalnya, wujud akhbar bahasa Melayu pertama, Fajar
Sarawak pada tahun 1930 cuba memberi kesedaran
kepada orang Melayu untuk bersaing dengan kaum lain
dalam bidang ekonomi dan pelajaran. Isu perpaduan,
agama, tanah pusakan dan kelemahan sikap orang Melayu
ditekankan.
Persatuan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
membuka cawangan di Sarawak.
Di Sabah, perkembangan nasionalisme dikatakan agak
terbatas kerana dasar pemerintahan Syarikat Borneo Utara
British yang mengawal ketat pergerakan penduduk
tempatan. Tahap pendidikan yang amat rendah menjadi
punca kesedaran yang rendah di kalangan penduduk
tempatan. Malah penyerahan Sabah kepada kerajaan
Kolonial British juga tidak mendapat tentangan daripada
penduduk tempatan.
Cawangan PASPAM juga telah ditubuhkan di Sabah bagi
menangani masalah keagamaan dan sosial di kalangan
masyarakat Islam di Sabah. Selepas tahun 1940, lain-lain
pertubuhan Islam wujud di Sabah seperti Persatuan Barisan
Pemuda (BARIP), Parti Kebangsaan Melayu (PKM) dan
Khairat Jemaah Muslim (KJM) yang bergerak aktif semasa
isu gagasan Malaysia pada awal tahun 1960an.

Tempoh pemerintahan Jepun (1942-45) banyak memberi


kesedaran kepada penduduk tempatan mengenai hak asasi
mereka terhadap tanahair.

You might also like