Professional Documents
Culture Documents
Bab 1 - Malaysia Dalam Kepelbagaian Uum 1
Bab 1 - Malaysia Dalam Kepelbagaian Uum 1
pelajar dapat:
1. Menjelaskan konsep perpaduan
dalam kepelbagaian.
2. Menerangkan konsep kesepaduan
sosial.
3. Menghuraikan dinamika sejarah
hubungan etnik di Malaysia.
Tumpuan modul kepada;
Bentuk, tahap, tingkat intensiti
hubungan antara kumpulan etnik.
Mempelajari, menganalisis serta
memahami negara dan masyarakat di
Malaysia.
Hubungan individu dalam masyarakat
tidak hanya dipengaruhi oleh unsur-
unsur etnik; dipengaruhi juga oleh
unsur-unsur sosial yang lain seperti
kelas, status, agama, gender, bahasa,
kedudukan sosioekonomi, ideologi
politik dan wilayah.
Sebuah Negara, Dua Imaginasi
Sosiologikal: Antara
Perpaduan atau Kesepaduan
DefinisiPerpaduan ialah satu proses
yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya
melalui ideologi negara supaya tiap-
tiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta satu perasaan
kebangsaan bersama di kalangan
mereka.
Perpaduan ialah KeSAMAan atau
keSATUan - 1 bangsa, 1 agama, 1
bahasa dan 1 negara.
Kesepaduan sosial boleh difahami
sebagai jalinan hubungan
kerjasama antara kaum dan
kelompok, berkongsi aktiviti budaya
dan pinjam meminjam unsur
budaya masing-masing.
Jalinan hubungan terjelma dalam
putaran ekonomi dan pasaran yang
menyebabkan saling
kebergantungan melalui kegiatan
ekonomi seharian.
1. Terdapat TIGA perspektif :
Psikologi Sosial – rasa kesatuan
merentas pemisahan fizikal dan
psikologikal.
Antropologi-sosiologi: aspek
epistemologi- ialah bagaimana manusia
mengurus abstrak dan nyata serta
perbezaan sosial sedia ada.
Aspek Ontologi- mengurus dan
menyusun perbezaan untuk
mewujudkan keadaan aman dan stabil
bagi meraih kesenangan dan
kemewahan material.
2. Memahami ‘perpaduan ’ dalam konteks
cogan kata ‘perpaduan dalam
kepelbagaian’.
‘Perpaduan’ dalam konteks cogan kata
‘perpaduan dalam kepelbagaian’ itu masih
belum wujud dan merupakan suatu
cita-cita, idaman dan harapan yang
terus-menerus diperjuangkan.
Perkara ini memerlukan kita membuat
suatu perubahan daripada yang
berpaksikan ‘perpaduan’ kepada yang
berpaksikan ‘kesepaduan’.
Keadaan yang wujud dan terus-menerus
dinikmati oleh sebilangan besar anggota
masyarakat majmuk di dunia ialah
‘kesepaduan,’ iaitu, suatu fenomena sosial
yang dipacu oleh idaman mendalam
terhadap perpaduan yang seterusnya
mempengaruhi para anggota masyarakat
tersebut untuk merangka berbagai-bagai
ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai
prasyarat mencapai perpaduan.
Himpunan usaha ini sering tanpa disedari telah
membawakan keamanan, keharmonian dan
kestabilan dalam masyarakat tetapi belum
membawakan perpaduan idaman.
Himpunan usaha ini umumnya bersifat
fenemonologikal kerana berpaksikan prilaku,
bukan bersifat struktural yang berpaksikan
institusi.
Oleh yang demikian, dalam konteks
pembentukan kesepaduan sosial sebagai
suatu fenemona praperpaduan, peranan
agensi bersifat 'takrifan harian' (everyday-
defined) jauh lebih penting dan berkesan
daripada struktur atau institusi yang bersifat
'takrifan autoriti' (authority- defined), kerana
setiap anggota masyarakat majmuk adalah
bebas untuk bertindak dan berprilaku
prokeamanan, prokeharmonian dan
antikeganasan demi survival diri, keluarga dan
kelompok sosialnya.
Contoh Takrifan
Autoriti
Cenderung bersifat tetap
Contoh: Melayu-menganut agama Islam, bertutur
dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat resam
dan budaya Melayu
Harian
Takrifan masyarakat awam berbeza dalam
kehidupan seharian.
Contoh: Melayu-sebahagian bertutur dalam bahasa
Inggeris. Mereka masih dipanggil Melayu.