You are on page 1of 27

1.

0 HUBUNGAN ETNIK
DALAM PEMBINAAN
NEGARA BANGSA
1.1 KONSEP NEGARA BANGSA
KONSEP NEGARA
 Merujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia.

 Suatu unit politik yang mempunyai kedaulatan, tanggungjawabb


dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri.

 Sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang


tetap, berada di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak
tertakluk kepada kuasa luar (K.Ramanthan, 1992)
Prasyarat Kepada Pembentukan Negara:

Wilayah
Kerajaan
(sempadan)
Penduduk
(rakyat atau Kedaulatan
populasi)
Elemen Penting
Pembentukan
Negara
KONSEP BANGSA
 Sekumpulan manusia yang mungkin berbeza keturunan dan budaya,
tetapi menganggap diri mereka secara kolektif satu bangsa yang
berdaulat dan bertanggungjawab memelihara negara dan kedaulatan
politik mereka bersama.
 Konsep bangsa (nation) dalam konteks negara bangsa tidak
membawa maksud etnik seseorang.
1.2 TAHAP PEMBINAAN NEGARA BANGSA
 Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dalam syarahan 2011: kesepaduan sosial yang wujud

adalah berdasarkan semangat perundingan dan bertolak ansur. Serta persetujuan antara

pelbagai pihak. Pada masa yang sama setiap kelompok bebas menyuarakan kepentingan

masing-masing.
 “Work-in-progress” - masih dalam proses pembinaan
 Masih memerlukan R&D Sosial – mengkaji dan meneliti tahap kesihatan sosial negara
BANGSA IDAMAN
 Konsep bangsa idaman diterjemahkan oleh Shamsul Amri daripada konsep “nation of intent” yang digunakan
oleh Robert Rothberg (Konteks Afrika)

 Rustam Sani – “negara cita”.

 Merujuk kepada idea tentang bagaimana bangsa itu patut dibangunkan.

 Merujuk kepada ciri yang perlu ada dalam sebuah negara:


Negara Islam
Negara Sekular
Wawasan 2020: bangsa idaman yang hendak dilahirkan – “bangsa Malaysia yang bersatu”
Bangsa Malaysia : cita-cita kita
KONSEP NEGARA BANGSA
 Chambers’ Encyclopedia (1973:671) memberi definisi “nation building”
sebagai satu proses yang melahirkan bangsa baru, yakni sebuah negara
yang mempunyai kedaulatan di mana semua rakyatnya disatukan oleh
ikatan-ikatan seperti bahasa, budaya, dan nilai-nilai yang membentuk
bangsanya.

 Tujuan utama pembinaan bangsa itu adalah untuk melahirkan perasaan


taat setia dan perpaduan terhadap sesuatu pertubuhan (bangsa) itu.
 Konsep negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan
oleh sebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti.

 Konsep ini menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan


rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen
perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan
sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan.
TIGA SYARAT UTAMA NEGARA BANGSA

 Masyarakat dalam sebuah negara hidup dalam keadaan yang


bersatu padu tanpa berlaku sebarang diskriminasi dan perpecahan.

 Rakyat negara mestilah berkongsi pegangan kepada suatu ideologi


yang sama.

 Penduduk haruslah percaya dan yakin terhadap sistem


pemerintahan dan undang-undang negara.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

 Pola hubungan etnik sejak 1946 hingga kini – pola turun naik.

 Umumnya, Malaysia berada dalam keadaan damai dan harmoni.

 Namun pertelagahan timbul sekali sekala.

 Selepas Perang Dunia Kedua (1945) hingga kini, terdapat 3 era


penting.
Tahap Pembinaan Negara Bangsa
Malaysia
Era Kesepaduan Sosial
(1971-2011)

Era Stabil tapi Tegang


(1961-1970)

Era Konflik (1945-1960)


ERA KONFLIK (1945 – 1960)
 Konflik etnik Cina-Melayu melalui Bintang Tiga.

 Jepun kalah PD2. British kembali berkuasa dalam jurang masa 14 hari.

 Negara dalam keadaan huru-hara.


 Tentera Bintang Tiga (PKM) membalas dendam terhadap mereka yang

bekerjasama dengan pentadbiran Jepun.

 Berlaku konflik antara etnik Melayu dengan Cina.

Wujud ketidakpercayaan antara kedua-dua etnik.


Pengisytiharan Malayan Union –
Penubuhan UMNO.
 Kerajaan kolonial memperkenalkan struktur kerajaan baru.

 Etnik Melayu membantah idea Malayan Union.

 Idea diterima baik oleh etnik bukan Melayu : isu jus soli dan

persamaan taraf, serta kelonggaran syarat kewarganegaraan.

 Pembubaran Malayan Union dan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.


RUSUHAN PEKERJA LADANG – DALANG
BINTANG TIGA
 Tahun 1948, PKM mengubah strategi.

 Pemberontakan bersenjata.

 Beberapa siri mogok oleh para buruh – hasutan parti

 Pembunuhan warga British di Sungai Siput pada 16 Julai


menyebabkan Darurat diisytiharkan pada 23 Julai.
JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM
(COMMUNITIES LIAISON COMMITTEE)
 CLC dipimpin oleh E.E.C Thuraisingham.

 Tujuan: untuk mengatasi ketegangan yang wujud antara etnik Melayu-Cina.

 Satu contoh bagaimana masalah cuba diatasi melalui konsep “ethnic

bargain”.

 CLC cadangkan kewarganegaraan dilonggarkan kepada etnik bukan Melayu.

Sebagai balasannya kedudukan istimewa orang Melayu perlu diiktiraf oleh

semua.
Lima Agenda CLC

Wajarkah matlamat akhir semua komuniti ialah pembentukan bangsa Malayan yang
bersatu?

Apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan istimewa orang Melayu?

Wajarkah semua warganegara Persekutuan, tanpa mengira bangsa, mempunyai persamaan


status, peluang dan keutamaan?

Apakah kriteria yang wajar dijadikan kelayakan untuk terbentuknya nasionaliti Malayan?

Apakah yang perlu dilakukan oleh persatuan-persatuan komuniti Malayan untuk mencapai
matlamat bersama mereka?
Pembangunan Ekonomi dan Politik (CLC)

 Dicadangkan lebih ramai orang Melayu dilantik dalam bidang


industri dan memegang jawatan penting dalam urusan perniagaan.

 Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

 Orang bukan Melayu yang berkelayakan dilantik dalam bidang


pentadbiran.
Kesan CLC

Penubuhan RIDA. (Lembaga Kemajuan Luar Bandar dan Industri)

Konsep tawar-menawar antara etnik menerusi model CLC telah diteruskan


dalam bentuk kerjasama parti-parti berasaskan etnik seperti UMNO, MCA
dan MIC - memenangi Pilihan Raya Persekutuan yang pertama, 1955.

Rundingan kemerdekaan juga dilakukan dalam kerangka “tawar-menawar


etnik”
ERA STABIL TETAPI TEGANG (1961-1970)

 Darurat berakhir pada 31 Julai 1960

 Rancangan Malaysia mendapat bantahan Indonesia dan Filipina.

 Indonesia: Usaha British untuk kekalkan kuasa di rantau ini dengan


mewujudkan fahaman colonial baru (neo colonialism).

 Filipina: Menganggap Sabah sebagai wilayah miliknya.


Kemasukan Singapura : dilihat sebagai mengganggu imbangan etnik.

 Kemasukan Sabah dan Sarawak: menstabilkan kembali imbangan


etnik.

 People Action Party (PAP): cuba terapkan idea “Malaysian


Malaysia”.
Era Stabil tapi Tegang (1961-1970)
Konflik Antara
Kaum di
Malaysia

Rusuhan kaum
Rusuhan Kaum
di Singapura
13 Mei 1969
1964
Dasar Negara Selepas 13 Mei 1969:
Berlakunya Perubahan Dalam Hala Tuju Proses
Pembinaan Negara Bangsa.

Rukun Negara (1970)

Dasar Ekonomi Baru (1971)

Dasar Kebudayaan Kebangsaan


(1971)
RUKUN NEGARA

 Rukun Negara diperkenalkan oleh MAGERAN melalui MPN pada 31 Ogos 1970.
Rukun Negara merupakan ideologi negara yang mengandungi lima prinsip iaitu;

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Dasar Ekonomi Baru

DEB telah diperkenalkan pada tahun 1971 dengan matlamat berikut;

mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan


pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia
tanpa mengira kaum; dan

mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk


memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan sebagai garis

panduan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.

 Dasar ini dapat dikaitkan dengan usul daripada usul-usul yang


diluluskan dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.
ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971-2011)

 Prof. Dr. Shamsul Amri : Malaysia memasuki era ini pada tahun 1971 apabila
beberapa dasar penting diperkenalkan (DEB, Rukun Negara, DKK).

 Lebih daripada 40 tahun tiada peristiwa/tragedi rusuhan

 Rusuhan etnik Melayu-India di Kampung Medan pada 8hb mac 2011.


 Rakyat sudah tidak segan menyuarakan ketidakpuasan hati.

 “suka bertikam lidah, tetapi tidak bertikam menggunakan parang”.

 Berlaku pemantapan interaksi antara Masyarakat, Negara dan


Pasaran (M + N + P).

You might also like