You are on page 1of 38

HUBUNGAN ETNIK

PEMERKASAN PENDIDIKAN KE ARAH


KESEPADUAN SOSIAL DI MALAYSIA
1
PENGENALAN
 Pendidikan – asas penyatuan dalam proses pembinaan negara bangsa.
 Contoh pengalaman di Amerika Syarikat, Perancis, Indonesia dan Thailand-
pelaksanaan dasar pendidikan bagi pelbagai etnik untuk mencapai matlamat
proses pembinaan negara bangsa.
 Walaupun penerimaan masih mencetuskan polemik, namun dasar ini terus
dipraktikkan.
 Malaysia - Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan
agak berbeza daripada sudut praktiknya.
 Sebab:
 Sistem pendidikan adalah berorientasikan komuniti etnik tertentu yang
berkongsi kurikulum sama.

 Sistem dikenali sebagai Sistem Pendidikan Vernakular (Sistem Pendidikan


Jenis Kebangsaan)
Kesan:

• Pengekalan sistem sedemikian akan menggalakkan pemisahan kanak-


kanak daripada komuniti etnik berbeza.

• Sekira langkah bersepadu kurang mampu dilaksanakan - kerajaan


menghadapi cabaran memupuk kesepaduan sosial sepenuhnya menerusi
sistem pendidikan kebangsaan.

• Peranan pendidikan formal dalam proses sosialisasi adalah penting


(SEKOLAH).

Pelajar pelbagai latar belakang


sosiopolitik akan melalui proses
sosialisasi.
Sekolah

Mengamalkan semangat bertolak ansur


dan saling faham memahami.
MALAYSIA-
SEJARAH PENDIDIKAN DAN HUBUNGAN ETNIK

BAHASA PENDIDIKAN

 Pendidikan bahasa dapat dipertahankan sbb menggambarkana jiwa sesebuah


bangsa.

 Malaysia – terdapat warisan nilai budaya dan peradaban berbeza – setiap komuniti
etnik ingin mempertahankan sistem pendidikan masing-masing.

 Kesan – kerajaan menghadapi cabaran membentuk satu sistem identiti kebangsan


menggunakan Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan).
MALAYSIA-
SEJARAH PENDIDIKAN DAN HUBUNGAN ETNIK
 Tanah Melayu ~ penjajah berperanan utama dalam menentukan hala tuju
sistem pendidikan.

Tempoh Penjajahan (130


tahun – Dasar Pecah Perintah)
Faktor
Menentukan
Bentuk Sistem Pendidikan
Pengaruh
Penjajahan British
Bahasa
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN KOMUNITI ETNIK
DI TANAH MELAYU

 Sebelum campurtangan pihak penjajah (British), komuniti


Melayu, Cina dan India memiliki sistem pendidikan tersendiri
yang bersifat tradisi.

 Dasar pecah perintah (British) – mengukuhkan lagi sistem


pendidikan vernakular.

 Usaha menyatukan mereka di peringkat ini tidak timbul


sehingga peristiwa Malayan Union (1946)

 Peristiwa Malayan Union (1946) ~ pengukuhan usaha ke arah


pembinaan negara bangsa.
KOMUNITI MELAYU
• Komuniti Melayu dibentuk bersesuaian dengan
sistem nilai dan adat Melayu.
• Peringkat awal 2 bentuk sekolah di peringkat awal:

(1) Persekolahan secara tidak formal (sekolah pondok) –


bahasa Melayu dan bahasa (bahasa pengantar).

• Sekolah ini membabitkan sekolah agama, sekolah


agama rakyat, sekolah pondok dan madrasah.
• Menekankan pembacaan al-Quran, al-Hadis dan
hal ehwal keagamaan yang dibiayai oleh individu
tertentu.
• bebas daripada pemantauan kerajaan British dan
turut menyediakan pengajaran di peringkat rendah
dan menengah – pelajar cemerlang diberi peluang
untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia, India
dan Mesir
(2) Sekolah vernakular Melayu
• didirikan oleh kerajaan British, bahasa Melayu dikekalkan, tumpuan lebih
kepada perkara asas seperti membaca, mengira, menulis, ilmu pertukangan,
anyaman dan pertanian bagi memenuhi kehendak kehidupan luar bandar.
• Lepasan sekolah Melayu yang berkelayakan akan menyambung pelajaran
ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
• Walau bagaimanapun, mereka tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi
disebabkan kelayakan yang rendah berbanding mereka yang berkelulusan
sekolah Inggeris.
• Lulusan daripada kedua-dua jenis sekolah berkenaan tidak diterima untuk
berkhidmat dalam pentadbiran British
KOMUNITI CINA

• Penghijrahan komuniti Cina ke Tanah Melyu bermula sejak abad ke-3 Masihi.

• Faktor-faktor yang menyebabkan penghijrahan komuniti Cina adalah disebabkan


aspek ekonomi (pencarian harta, kesusuhan kehidupan), pergolakan politik, bencana
alam dan populasi penduduk padat khususnya di Selatan China (Lynn 1990; Purcell
1967).

• Sekolah berteraskan penerimaan sebahagian ajaran Konfusius (menekankan


pendidikan peringkat rendah dan tinggi) – majoriti komuniti Cina mendirikan sekolah
di setiap wilayah dan di negara baru yang diduduki mereka.

• Kepercayaan Konfusius ~ hanya menerusi pendidikan dan harta, mereka mampu


mengubah nasib dan status ke tahap lebih baik (Wang, 1991).
KOMUNITI INDIA
 Kedatangan komuniti India ke Tanah Melayu –
semakin meningkat sekitar tahun 1880-1890 –
memenuhi kehendak pasaran getah British ke
Eropah Barat – kebanyakan berasal dari
Selatan India – terdiri daripada subetnik
Benggali dan Tamil (Chai, 1964).

 Komuniti India – tidak mempunyai dana


kewangan tertentu untuk menubuhkan sekolah.

 Kebanyakan komuniti India enggan memasuki


sekolah nernakular Melayu walaupun telah
disediakan oleh Kerajaan British (Loh, 1975).

 Kesan: Sekolah vernakular Tamil ditubuhkan


oleh pihak pengurusan estet – penerapan nilai-
nilai ketamilan menjadi keutamaan.
Nilai-nilai ketamilan yan menjadi keutamaan:
• (a) Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar
• (b) Sukatan pengajaran dan tenaga pengajar
diambil dari India.

• Persekitaran yang serba kekurangan


• Lebih penekanan kepada sekolah rendah
• Ibu bapa telah kurang memberi sambutan

• Kesan: tiada peluang berjawatan tinggi dalam pentadbiran


British di Tanah Melayu.
SEKOLAH VERNAKULAR
INGGERIS
• Pendidikan Inggeris berkembang di Tanah Melayu setelah penubuhan
Penang Free School (1816).

• Sekolah ini dikuasai oleh para mubaligh Kristian dan bahasa Inggeris
dijadikan bahasa pengantar utama.

• Bagi menjamin kualiti sukatan pelajaran - kerajaan British


mengambil alih sekolah dengan tujuan mengeluarkan pegawai tadbir
rendah bagi memenuhi keperluan kuasa pentadbiran British.

• Komuniti Cina dan India - kebanyakan yang menetap di bandar


berpeluang memasuki sekolah vernakular Inggeris.

• Komuniti Melayu – golongan kelas atasan lebih diberikan keutamaan


berbanding kelas bawahan untuk memasuki sekolah tersebut.
• Pelajar lepasan sekolah tersebut berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej
dan universiti (dalam atau luar negara).

• Mereka juga boleh memegang jawatan tertentu dalam pentadbiran British dan
dipandang tinggi oleh masyarakat.

• Setiap komuniti etnik di Tanah Melayu telah mempunyai bentuk sistem pendidikan
tersendiri (diwarisi budaya dan peradaban masing-masing).

• Ikatan erat terhadap sistem nilai warisan asal mempengaruhi setiap komuniti etnik
untuk terus mempertahankannya daripada tergugat.

• Justeru, proses pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai teras kesepaduan


sosial telah berhadapan dengan cabaran khususnya selepas negara mencapai
kemerdekaan.

SEKOLAH VERNAKULAR
INGGERIS
PERKEMBANGAN DASAR PENDIDIKAN :
ERA PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU (1800-
1945)
Sehingga tahun 1920 - dua bentuk pendidikan menjadi keutamaan British:

• (1) Pendidikan Inggeris disediakan oleh British (free schools) dan golongan
mubaligh Kristian - Majoriti diberikan kepada kelompok Melayu kelas atasan dan
komuniti bukan Melayu.

• (2) Pendidikan vernakular difokuskan kepada kelompok Melayu kelas bawahan -


ditubuhkan oleh Gabenor Cavenagh setelah berjaya mendapatkan peruntukan
kewangan untuk membina Sekolah Vernakular Melayu di Melaka, Pulau Pinang dan
Seberang Prai pada tahun 1862.

• Sekolah berkenaan diasaskan mengikut dasar pendidikan British di Negeri-negeri


Selat (Chelliah 1940). Sekolah ini lebih menumpukan kepada perkara asas seperti
membaca, mengira, menulis dan pertanian bagi memenuhi kehendak kehidupan luar
bandar, tetapi tidak berupaya memenuhi kehendak sosial dan ekonomi pada masa itu.
• Selepas tahun 1920-an, dasar pendidikan Inggeris adalah berdasarkan
sistem pendidikan vernakular dengan menekankan empat bahasa,
iaitu, Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.

• Situasi ini telah merancakkan lagi pemisahan komuniti yang berbeza


mengikut etnik dan budaya masing-masing.

• Tempoh pendudukan Jepun (1942-1945) - bahasa Jepun digunakan


sebagai bahasa perantaraan dalam bidang pendidikan, manakala
sistem pendidikan berdasarkan bahasa Inggeris dan Cina disekat.

• Pentadbiran Jepun tidak menunjukkan inisiatif untuk mengganggu


sistem pendidikan Melayu (Fennell 1968).
DASAR PENDIDIKAN (1945-
1970)
• Tempoh 1945 -1970 ~ peringkat ke arah pemupukan
semangat kesepaduan sosial dalam bidang pendidikan.

• Namun usaha kurang berhasil kesan daripada latar


belakang budaya dan warisan peradaban yang berbeza.

• Setiap pihak berusaha mempertahankan sistem


pendidikan dan bahasa ibunda masing-masing.
Dasar Cheeseman 1946 Jawatankuasa Car Saunders
• Peruntukan pendidikan • Jawatankuasa ini dibentuk
peringkat rendah secara oleh kerajaan British untuk
percuma dan dibenarkan merangka pendidikan tahap
penggunaan bahasa ibunda
masing-masing. universiti di Tanah Melayu.

• Pendidikan Inggeris akan • Matlamat penyatuan menerusi


didedahkan pada peringkat penggunaan bahasa Melayu
rendah – yang berkelayakan
boleh meneruskan pelajaran sebagai bahasa pengantar
ke peringkat menengah. sukar dicapai kerana komuniti
bukan Melayu melihat
• Peluang pendidikan yang langkah berkenaan dapat
sama kepada golongan menggugat kedudukan bahasa
wanita. mereka.
Respon Cadangan Car Saunders
• Komuniti Cina - berpendapat • Komuniti Melayu -
penekanan kuat terhadap bahasa percanggahan pandangan
Melayu akan menggugat berlaku antara golongan
kedudukan mereka di peringkat berpendidikan Melayu tradisi
pengajian tinggi. dengan berpendidikan Inggeris.

• Komuniti India - lebih • Lulusan daripada sekolah


menekankan kepentingan Melayu menolak cadangan
bahasa Hindi ataupun bahasa tersebut kerana tahap pendidikan
Tamil untuk diketengahkan di masih rendah.
Jabatan Pengajian India.
• Oleh itu, pendidikan Inggeris
• Kedua-dua komuniti berkenaan dilihat gagal menjaga hak
kebajikan komuniti Melayu.
mengusulkan agar bahasa dan
sistem nilai budaya mereka
terus dilindungi (Fennell 1968).
• Bagi kelompok berpendidikan Inggeris, cadangan
berkenaan dipersetujui bagi menyediakan komuniti
Melayu dalam bidang pentadbiran.

• Walau bagaimanapun, mereka mengusulkan agar peluang


dibuka kepada komuniti Melayu untuk memasuki
pendidikan Inggeris (Fennell 1968).
Jawatankuasa Hubungan
Antara Kaum 1949
• Jawatankuasa Hubungan Kaedah Mencapai Perpaduan
Antara Kaum ditubuhkan pada • (1) Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
Januari 1949, dengan wajib diajar di sekolah rendah.
matlamat untuk memupuk • (2) Sekolah kebangsaan ditubuhkan bagi
penyatuan dalam masyarakat menyatukan komuniti etnik yang berbeza.
majmuk bagi membina sebuah Manakala bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris
negara bangsa baharu yang
• digunakan sebagai bahasa perantaraan.
merdeka.
• (3) Bahasa ibunda masing-masing boleh
diajar.
• Ahli jawatankuasa diwakili • Walau bagaimanapun, penyatuan sukar
oleh etnik yang berbeza iaitu untuk dicapai - setiap komuniti etnik masih
Dato’ Onn bin Jaafar mempertahankan sistem pendidikan
diwarisi.
(Melayu), Tan Cheng Lock
(Cina) dan Thuraisingham
(India).
Laporan Barnes 1951
• Laporan menganjurkan
sekolah vernakular
dimansuhkan - digantikan
dengan sistem pelajaran
• Matlamat - menyemak dan kebangsaan sekolah
memperbaiki bentuk rendah dan wajib
pendidikan Melayu. menggunakan bahasa
• Bermula dengan Melayu dan bahasa
pembentukan • Mencadangkan agar satu Inggeris sebagai bahasa
corak pendidikan dirangka pengantar.
Jawatankuasa bagi memenuhi bentuk
Laporan Barnes - masyarakat di Tanah • Peringkat menengah,
ciri-ciri ke arah Melayu. bahasa Inggeris kekal
digunakan sebagai bahasa
kesepaduan sosial • Hasilnya - penggunaan pengantar (Fennell 1968).
telah dibentuk oleh bahasa Inggeris dan bahasa
• Laporan dilihat kurang
kerajaan. Melayu dicadangkan
sebagai bahasa perantaraan berupaya memupuk
di sekolah rendah bagi kesepaduan sosial antara
komuniti etnik kerana
• Pengerusi laporan - memupuk semangat
wujud penentangan
L.J. Barnes dari perpaduan dan integrasi
antara etnik. daripada komuniti bukan
Universiti Oxford. Melayu, terutamanya
etnik Cina.
Laporan Fenn-Wu 1951
Tiga usul Laporan Fenn- Wu 1951:
• Pengerusi
Jawatankuasa • (1) Mempertahankan kedudukan sekolah Cina dan mendesak
Laporan Fenn- pihak kerajaan memberikan bantuan kewangan.
Wu 1951 -
William P. Fenn,
merupakan ahli • Rasional - pendidikan vernakular mampu memberi sumbangan
Lembaga ke arah pembentukan bangsa Tanah Melayu yang bersatu dan
Amanah Sekolah menggalakkan kesedaran kebangsaan
Tinggi Cina dan
Wu Teh-Yao, • (2) Kedudukan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa terbesar
pakar daripada dunia.
Pertubuhan
Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB). • Justeru- sekolah vernakular tidak boleh dihapuskan sehinggalah
komuniti Cina merasakan pendidikan tersebut tidak diperlukan.
• Tujuan -
menyemak • (3) Gesaan agar sekolah Cina tidak memfokuskan bentuk,
semula sistem kaedah dan sukatan pendidikan dari negara China kerana
pendidikan mereka telah pun mendiami Tanah Melayu (Thock 2005).
komuniti Cina.
Ordinan Pendidikan 1952
 Laporan Fenn Wu menunjukkan bahawa usaha untuk menjadikan
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam
sistem pendidikan agak sukar.

• Sentimen yang kuat untuk mempertahankan bahasa masing-


masing begitu tinggi dan tindakan sedemikian telah menyulitkan
usaha ke arah kesepaduan sosial.

• Tujuan digubal untuk menggantikan beberapa laporan sebelumnya


dengan menetapkan sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa
Inggeris sebagai bahasa perhubungan di sekolah rendah.

• Sekiranya jumlah pelajar bukan Melayu melebihi 15 orang -


kemudahan disediakan untuk menggunakan bahasa Cina dan
Tamil.

• Manakala bahasa Inggeris digunakan di peringkat menengah.


• Tujuan menjadikan sistem pendidikan sebagai teras
penyatuan adalah sukar kerana setiap etnik berusaha
memartabatkan warisan bahasa masing-masing.
• Komuniti Melayu - penekanan terhadap bahasa Inggeris
dilihat akan menggugat kedudukan mereka selaku
penduduk asal - mereka mahukan kerajaan mengangkat
kedudukan bahasa Melayu.
• Komuniti Cina dan India menolak usul berkenaan -
dilihat akan menggugat bahasa dan budaya diwarisi
(Simandjuntak 1969).
Laporan Razak 1956
Laporan Razak 1956 mengusulkan:
• Laporan Razak 1956
dijadikan Dasar • (1) Bahasa Melayu - bahasa pengantar
Pendidikan pertama di sekolah rendah dan sekolah
setelah Persekutuan menengah.
Tanah Melayu mencapai • (2) Sekolah Jenis Kebangsaan akan
kemerdekaan. menggunakan bahasa Cina, bahasa
Tamil dan bahasa Inggeris sebagai
• Dasar ini lebih bahasa pengantar.
berpengaruh dalam
memartabatkan peranan • (3) Penggunaan sukatan pelajaran,
bahasa Melayu dalam sistem peperiksaan, latihan perguruan
sistem pendidikan dan dan sistem nazir yang sama.
seterusnya dalam • (4) BMdijadikan sebagai kursus wajib
pembinaan negara untuk semua pelajar.
bangsa.
• (5) Pendidikan dengan menggunakan
BM ke Menengah dan Universiti
Laporan Razak 1956

• Dengan laporan ini, sekolah vernakular beransur-ansur


berubah kepada sekolah kebangsaan yang akan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

• Walaupun timbul penolakan daripada komuniti bukan


Melayu, namun kerajaan bertolak ansur untuk
mengekalkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah
masing-masing (Fennell, 1968).
Laporan Rahman Talib 1960 dan
Akta Pendidikan 1961
• (1) Bahasa kebangsaan - medium perhubungan di Malaysia
dan dipraktikkan bukan setakat di peringkat sekolah rendah
• Laporan Rahman tetapi juga di peringkat menengah dan universiti.
Talib berperanan
untuk memantau • (2) Menyeragamkan sistem peperiksaan dan persekolahan,
Ordinan Pelajaran walaupun berbeza bahasa di peringkat rendah dan
1957 (Md Jadi menengah.
1990, Ong 2000).
• Laporan berkenaan
telah diluluskan • (3) Memberi penekanan terhadap pendidikan teknik dan
pada bulan Ogos vokasional. Tujuannya adalah untuk membuka peluang
1960 dan kepada komuniti Melayu berkecimpung dalam bidang
dimaktubkan dalam berkenaan.
Akta Pendidikan
1961 pada Oktober • (4)Memberi penekanan terhadap pendidikan moral dan
1961. keagamaan bagi mengukuhkan semangat saling
menghormati antara etnik yang berbeza.
Laporan Rahman Talib 1960
dan Akta Pendidikan 1961

• Rumusan - proses penyatuan dalam sistem pendidikan di


Malaysia telah bermula semenjak zaman sebelum
merdeka, namun agak sukar direalisasikan.

• Penyatuan dalam bidang ini menerusi penubuhan


pendidikan bersifat kebangsaan akan tercapai sekiranya
setiap komuniti etnik memahami sejarah asal di Tanah
Melayu dan perkembangan pendidikan di negara ini.
SEKOLAH KEBANGSAAN
DAN SEKOLAH VERNAKULAR
Dua jenis sekolah rendah (dibiayai oleh kerajaan)

• (1) Sekolah Kebangsaan


(Bahasa Pengantar - Bahasa Melayu)

• (2) Sekolah Jenis Kebangsaan


(Bahasa Pengantar – Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil)
SEKOLAH KEBANGSAAN
DAN SEKOLAH VERNAKULAR
• Kurikulum kedua-dua jenis sekolah rendah pada
keseluruhannya adalah sama.
• Sukatan pelajarannya sahaja yang sedikit berbeza.
• Sukatan mata pelajaran BM di SJK lebih mudah
berbanding dengan di SK
• Penyesuaian dilakukan tetap memenuhi Falsafah
Pendidikan Negara, iaitu untuk melahirkan pelajar yang
seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
SEKOLAH KEBANGSAAN DAN
SEKOLAH VERNAKULAR
=> wujud adalah hasil daripada
• Tujuan pengekalan kepelbagaian
struktur aliran sekolah semangat tolak ansur dalam
kalangan pemimpin negara.
=> untuk menjaga kepentingan
identiti sesuatu masyarakat, yang
merupakan khazanah yang amat • Keunikan dalam struktur
berharga bagi masyarakat pendidikan yang pelbagai
berkenaan. membawa kepada
pemerkasaan sistem
=> tidak bermakna struktur pendidikan negara ke arah
pendidikan masih berasaskan kesepaduan sosial dengan
sistem vernakular zaman kolonial melakukan banyak
Inggeris yang mengguna pakai penambahbaikan demi
kurikulum mengikut negara asal
sesuatu etnik. mencapai wawasan
pendidikan negara.
PENDIDIKAN MENENGAH
• Kategori Pendidikan Menengah Kebangsaan
Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
Sekolah Kluster, Sekolah Teknik dan Vokasional,
Sekolah Menengah Agama, Sekolah Seni dan Sukan.

• Pendidikan peringkat menengah - bahasa


pengantar utama - bahasa Melayu.

• Hak untuk meneruskan pembelajaran dalam


bahasa ibunda mengikut etnik seperti bahasa Cina
dan Tamil adalah dibenarkan sekiranya memenuhi
syarat – maka pengekalan identiti menerusi bahasa
ibunda masing-masing tidak akan terhakis.
SEKOLAH WAWASAN
Matlamat Sekolah Wawasan

• Sekolah Wawasan - sekolah • (1) Mewujudkan perpaduan di kalangan


rendah yang berkonsepkan murid-murid pelbagai bangsa dan latar
belajar bersama-sama dalam belakang.
satu kawasan yang sama
tanpa mengira kaum atau
agama. • (2) Memupuk semangat integrasi antara
murid-murid daripada pelbagai aliran.
• Ciri sekolah - dua atau tiga
buah sekolah rendah • (3) Melahirkan generasi yang mempunyai
berlainan aliran ditempatkan sifat toleransi dan persefahaman yang
dalam kawasan sama. tinggi demi mewujudkan sebuah negara
yang bersatu padu.
• Setiap sekolah mempunyai
bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama • (4) Menggalakkan interaksi yang
lain menggunakan jambatan maksimum antara semua warga sekolah
penghubung. melalui perkongsian kemudahan sekolah
dan pelaksanaan pelbagai aktiviti lain di
sekolah.
PENDIDIKAN PRAUNIVERSITI

(1) Tingkatan 6 ( tempoh dua tahun –


menduduki peperiksaan STPM)

Pilihan pelajar selepas


menduduki Sijil (2) Proram matrikulasi – 90% tempat
diperuntukkan bagi pelajar
Pelajaran Malaysia Melayu/Bumiputera (satu atau dua tahun).
(SPM) adalah:
(3) Pengajian di peringkat diploma di
pelbagai institut pendidikan (Contoh: Kolej
Politeknik)
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Dua kategori
Institusi
Pengajian Tinggi:

(1) Pengajian Tinggi (2) Institusi Pengajian


Awam (IPTA) (Bil.: 20 Tinggi Swasta (IPTS)
buah) (Bilangan: 32 buah).

* Jumlah ini tidak termasuk IPTS lain yang tidak disenaraikan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi (- dikategorikan sebagai IPTS-IPTS
lain, diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (Kementerian
Pengajian Tinggi, 2006).
CABARAN DALAM
PENDIDIKAN DAN BAHASA
• Isu sekolah vernakular dalam sistem pendidikan di Malaysia tidak pernah selesai
dan kerap menjadi kontroversi.

• Majoriti orang Cina yang diwakili oleh Dong Jiao Zong berkata sekolah
vernakular sejak berpuluh tahun lalu tidak pernah mengakibatkan polarisasi
kaum, malah telah mempertingkatkan daya saing negara di peringkat
antarabangsa.

• Kewujudan sekolah vernakular ini juga dikatakan tidak pernah menjejaskan


perpaduan kaum negara.

• Berdasarkan beberapa kajian, pelajar Cina yang mendapat pendidikan Sekolah


Kebangsaan dan pendidikan Inggeris, lebih mudah bergaul dengan orang Melayu
berbanding dengan para pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan.
KESIMPULAN
• Ramai yang berhujah bahawa kepelbagaian sebagai satu
kekuatan, terlalu banyak perbezaan juga tidak membawa
kepada kebaikan.
• Perlu mencari titik persamaan memenuhi matlamat
gagasan 1Malaysia memahami dan berkongsi matlamat
wawasan
• Negara dalam kalangan rakyat dan diterajui oleh barisan
kepemimpinan yang sentiasa berpegang kepada slogan
‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’.
• Peranan pendidikan ternyata amat dominan dalam proses
sosialisasi.
• Dasar pendidikan dan bahasa di Malaysia amat unik jika
dibandingkan dengan negara-negara lain.
KESIMPULAN
Allah SWT. berfirman, “Aku jadikan kamu berpuak-puak
dan berkaum-kaum supaya kamu mengenali satu sama
lain” (al-Quran, surah al-Hujurut, ayat 13).

• Sesungguhnya perbezaan antara kaum agama, bangsa


dan kebudayaan adalah sesuatu yang alamiah (natural).
Ia adalah ciptaan Tuhan. Maka, kita harus berusaha ke
arah kehidupan yang harmoni melalui ikatan perpaduan
dan integrasi nasional.

You might also like