You are on page 1of 41

MPU1133

PENGAJIAN MALAYSIA
BAB 3: PERJUANGAN
KEMERDEKAAN
PENGENALAN
• Kekalahan British di Tanah Melayu ke tangan Jepun dalam tempoh
yang singkat telah menyedarkan British terhadap kelemahan
pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang.
• Kesannya pada Julai 1943, Malayan Planning Unit (MPU) telah
ditubuhkan di London untuk merangka perlembagaan baru yang
sesuai dijalankan di Tanah Melayu selepas perang tamat nanti.
• Pada 31 Mei 1944, kabinet perang telah meluluskan syor penyatuan
politik Tanah Melayu yang dikemukakan oleh MPU.
• Pada 10 Oktober 1945, Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan British,
George Hall, telah mengumumkan parlimen mengenai penyatuan
politik Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union (MU).
• Pada 11 Oktober 1945, Harold MacMichael dihantar ke Tanah
Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan-sultan bagi
mempersetujui penubuhan Malayan Union.
• Beliau melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober hingga 21 Disember
1945. Parlimen British telah mengeluarkan “Kertas Putih” yang
mengandungi cadangan-cadangan Malayan Union.
CADANGAN – CADANGAN MALAYAN
UNION
• 2 fasal utama
• Pentadbiran
• Negeri-negeri Melayu bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis,
Kelantan, Terengganu) dan 2 buah Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang
dan Melaka) digabungkan sebagai satu unit politik yang dikenali
sebagai Malayan Union.
• Singapura diasingkan daripada Malayan Union kerana jumlah
penduduk Cinanya yang ramai, kedudukan yang strategik dan taraf
pelabuhan bebas. Singapura menjadi wilayah berasingan dan ditadbir
oleh seorang Gabenor.
• Kedudukan sultan-sultan dikekalkan tetapi kekuasaan serta
kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa
dalam pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal ehwal
agama Islam dan adat resam Melayu, mereka dilantik sebagai
Pengerusi Majlis Penasihat Melayu negeri masing-masing.
• Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan sebagai badan yang
menguruskan hal-ehwal tempatan tetapi diletakkan di bawah
kawalan langsung kerajaan pusat.
• Malayan Union akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British
dengan pemusatan pentadbiran yang diketuai oleh Gabenor di
Kuala Lumpur.
• Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan
Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Pusat. Selain
itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan.
• Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi
pentadbiran Malayan Union, Singapura dan wilayah Borneo.
• Kerakyatan
• Perlembagaan Malayan Union memberi hak dan peluang yang sama
kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Syarat
kerakyatan :-
• Lahir di Tanah Melayu atau Singapura
• Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang
terdahulu sebelum 15 Febuari 1942.
• Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau kedua-duanya warganegara
Malayan Union .
• Mereka yang tidak layak mengikut syarat di atas boleh memohon menjadi
warganegara selepas tinggal di Tanah Melayu selama 5 tahun.
SEBAB-SEBAB PENUBUHAN MU

• Keseragaman dan kecekapan


• Melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu
• Mengimbangi perkembangan ekonomi
• Persiapan ke arah berkerajaan sendiri
• Meneruskan usaha British
• Meneruskan penguasaan politik dan ekonomi
• membalas dendam
• mengenang jasa
• Menghalang usaha ke arah kemerdekaan
• Menyusun strategi pertahanan
PENENTANGAN MALAYAN UNION OLEH ORANG
MELAYU
• Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan sultan
• Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael
mendapatkan tandatangan Sultan bagi mempersetujui Penubuhan
Malayan Union. Semasa diminta menandatangani persetujuan tersebut,
sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang terkandung dan
perlembagaan Malayan Union.
• Kekuasaan dan kewibawaan Sultan
• Penubuhan Malayan Union akan menjejaskan kekuasaan dan
kewibawaan Sultan. Walaupun kedudukan Sultan dikekalkan, tetapi
kekuasaan dan kewibawaan mereka dikurangkan.
• Hak istimewa
• Penubuhan Malayan Union akan menghapuskan hak-hak istimewa yang
dinikmati oleh orang Melayu sebagai bumiputera Tanah Melayu kerana
perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang sama kepada semua
warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan.
•Hak kerakyatan
•Orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang
longgar mengikut prinsip jus soli. Orang Melayu tidak mahu orang
Cina dan India diberi syarat kerakyatan yang longgar kerana mereka
masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India terhadap
Tanah Melayu.
•Balas dendam
•Orang Melayu juga menentang Malayan Union kerana mereka
menyedari perlembagaan Malayan Union merupakan balas dendam
British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun.
•Masa cemas
•Malayan Union dilaksanakan pada masa cemas dalam hubungan
antara orang Melayu dan Cina akibat pemerintahan Jepun.
•Orang Melayu tidak terlibat
•Orang Melayu tidak terlibat dalam merangka perlembagaan
Malayan Union. Perlembagaan tersebut dirancang oleh Pegawai
British dalam MPU di London
BENTUK-BENTUK PENENTANGAN
• Akhbar
• Akhbar-akhbar telah memainkan peranan penting dalam membangkitkan
penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Akhbar-akhbar telah
mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang
Melayu jika Malayan Union dilaksanakan.
• Kerjasama
• Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah bersatu
dan berkerjasama dalam usaha menentang Malayan Union. Mereka telah
menulis surat kepada Raja British dan bekas pegawai British yang pernah
berkhidmat di Tanah Melayu, memohon sokongan mereka terhadap
perjuangan orang Melayu.
• Kongres
• Hasil dari daya usaha Kesatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn bin Jaafar,
Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung
Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946.
•Pemulauan
•Walaupun mendapat tentangan orang Melayu, british tetap mahu
melaksanakan Malayan Union.
•Perkabungan
•Selama seminggu sejak penubuhan Malayan Union, orang Melayu telah mengadakan
perkabungan untuk menunjukkan betapa sedihnya mereka akibat penubuhan Malayan
Union.
•Ahli Melayu
•Menarik diri dalam Majlis Penasihat
KESAN TERHADAP ORANG MELAYU
• Kewarganegaraan kaum Cina dan India setaraf dengan
orang Melayu dan mereka menjadi bangsa majoriti.
• Menggugat politik dan ekonomi Melayu dengan mengikis
dan menghilangkan hak istimewa Melayu serta
menambahkan jurang perbezaan kekayaan dan kemajuan
antara Melayu dan bukan Melayu.
• Sultan tidak berkuasa lagi. Kuasa Sultan dalam
pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu
diambil alih oleh Gabenor Malayan Union sebagai
contohnya perkara tentang zakat fitrah dibincangkan
bersama dan mesti mendapat kelulusan dari gabenor.
• Perlantikan ahli Majlis Mesyuarat dilantik oleh gabenor.
Tanah Melayu menjadi negara jajahan dan bukan
naungan.
• Terpisahnya Singapura sebagai sebuah negara yang
berasingan dan boleh menjejaskan kepentingan orang
Melayu Singapura.
• Memperlihatkan bahawa MMN dan MMP tidak
mempunyai kuasa dalam menentukan arah perjalanan
pentadbiran negeri-negeri Melayu.
• Wujudnya penyatuan dan perpaduan Melayu dalam
UMNO serta gandingan tangan antara UMNO dan Raja-
raja Melayu.
• Memperlihatkan kuasa rakyat dalam mempengaruhi raja
supaya bertindak mengikut kemahuan orang-orang
Melayu. Ini menunjukkan kematangan dan kesedaran
yang tinggi dalam membangkitkan rasa nasionalisme
Melayu di Tanah Melayu.
SEBAB – SEBAB KEGAGALAN MU
• Tentangan hebat daripada orang-orang Melayu
• Tidak ada sokongan kuat daripada orang bukan Melayu
• Konsep yang tidak menguntungkan Melayu
• Ketidaksesuaian masa
• Cara pengenalan yang salah
• Tentangan oleh bekas pentadbir-pentadbir Inggeris
• Dilakukan oleh Pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
seperti R.O Winstedt, Frank Swettenhem, George Maxwell, Cecil Clementi
Smith
• Kesan politik antarabangsa seperti peristiwa perang dingin :
• Komunis - Kapitalis dan bantahan Russia terhadap penubuhan MU – memperlihatkan
wujudnya unsur regim lama sebelum perang dunia ke-2. Ini melanggar piagam PBB
yang hendak memberikan kemerdekaan kepada negara-negara yang berkemampuan
berbuat demikian.
PENUBUHAN PARTI-PARTI POLITIK

• Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)


• UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato’ Onn Jaafar. Beliau
merupakan presiden pertama UMNO.
• Beliau memegang jawatan ini sehingga tahun 1951.
• Matlamat jangka pendek penubuhan parti ini ialah penentangan terhadap
Malayan Union.
• Untuk menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan kedudukan
istimewa orang Melayu dalam penentangan Malayan Union ini, anggota parti
ini berpegang kepada cogan kata “Hidup Melayu”.
• Perkara ini disuarakan sendiri oleh Dato’ Onn Jaafar semasa perhimpunan
UMNO, pada bulan September 1947, UMNO dijadikan sebagai sebuah parti
politik.
• Perlembagaan UMNO telah diluluskan pada 29 Mei 1946 yang memuatkan
tujuan, penubuhan bahagian dan cawangannya serta sistem pentadbiran
mereka.
• Kongres India Malaya (MIC)
• MIC ditubuhkan pada 8 Ogos 1946.
• Presiden pertamanya ialah John Thivy. Tujuan utama MIC ditubuhkan
adalah untuk memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi
dan sosial kaum India di Tanah Melayu, memperjuangkan kepentingan
politik bersama bagi seluruh Tanah Melayu serta mewakili kaum India
dalam menyampaikan pendapat kepada kerajaan.
• Pada bulan April 1955, MIC telah masuk e dalam gabungan UMNO dan
MCA.
• Sehingga tahun 1949, ahli MIC telah mencapai 7000 orang sementara
hingga tahun 1955 ahlinya meningkat kepada 20 000 orang.
• Persatuan Cina Malaya (MCA)
• MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Idea penubuhan MCA ini
dilahirkan oleh Leong Yew Koh.
• Presiden pertama MCA IALAH Tan Cheng Lock. MCA mempunyai dua
tujuan utama iaitu melindungi hak dan kepentingan orang Cina serta
memelihara keharmonian kaum dalam sesebuah negara yang bersatu.
• Semasa penubuhannya, MCA hanyalah sebuah persatuan kebajikan.
• Pada tahun 1952, parti ini diisytiharkan sebagai sebuah parti politik
secara rasmi.
• Sehingga tahun 1949, keahlian MCA Ialah 100 000 orang dan meningkat
menjadi 188 000 orang pada tahun 1951.
• Pada tahun 1952, MCA dan UMNO telah membentuk gabungan yang
dipanggil Parti Perikatan
•Parti Perikatan
• Pakatan parti pelabagai kaum di peringkat negeri ini
mendorong kepada pakatan di peringkat pusat.
• Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan
Presiden MCA, Tan Cheng Lock telah mengambil keputusan
untuk membentuk Parti Perikatan pada tahun 1955.
• kemudian, pakatan ini disertai pula oleh MIC. Gabungan
UMNO-MCA-MIC dalam Parti Perikatan menggambarkan
kerjasama antara tiga kaum majoriti di Tanah Melayu.
• Sokongan padu rakyat terhadap Parti Perikatan terserlah
dalam Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu, 1955.
• Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan memenangi 51 buah
kerusi daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan.
• Kemenangan ini juga melancarkan uasaha seterusnya ke
arah rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
kerana kejayaan Parti Perikatan ialah lambang perpaduan
dan kesediaan rakyat tempatan untuk memerintah kerajaan
sendiri.
Organisasi/Fahaman Parti Politik Ciri-Ciri
Radikal/Sosialis PKM •Parti Komunis Malaya (1930)
•Parti politik tertua di Tanah Melayu
•Ingin mencapai kemerdekaan melalui
revolusi, berhasrat untuk menubuhkan
Republik Komunis Tanah Melayu

AWAS •Parti Komunis Malaya (1930)


•Parti politik tertua di Tanah Melayu
•Ingin mencapai kemerdekaan melalui
revolusi, berhasrat untuk menubuhkan
Republik Komunis Tanah Melayu

API •Angkatan Pemuda Insaf (1946)


•Diasaskan oleh Ahmad Boestaman
•Perjuangan utamanya ialah
kemerdekaan bersama Indonesia dan
membentuk Melayu Raya

PKMM •Parti Kebangsaan Melayu Malaya


•Diasaskan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi

PETA •Ikatan Pemuda Tanahair Melayu (1947)


Organisasi/Fahaman Parti Politik Ciri-Ciri
Islam PAS •Parti Islam SeMelaya (1951)
•Diasaskan oleh Ahmad Fuad Hassan
•Mahu mendirikan kerajaan Islam
•Memperjuangkan Islam sebagai agama
rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi

HASBUL •Hizabul Muslimin (1948)


MUSLIMIN •Diasaskan oleh Haji Abu Bakar
•Berjuang untuk menubuhkan sebuah
kerajaan Islam di Tanah Melayu

Bukan Perkauman IMP •Parti Malaya Merdeka (1951)


•Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar setelah
keluar daripada UMNO
•Memperjuangkan kemerdekaan dalam
10 tahun

Parti Negara •Parti Negara (1954)


•Diasaskan oleh Dato’ Onn setelah IMP
dibubarkan pada tahun 1953 apabila
tidak mendapat sokongan
•Memperjuangkan kemerdekaan dalam
masa 5 tahun
CADANGAN PERLEMBAGAAN BARU
• Setelah Malayan Union dibubarkan, kerajaan British pada 25 Julai
1946 telah melantik Jawatankuasa Kerja untuk menggubal satu
perlembagaan baru menggantikan perlembagaan Malayan Union. Ahli
Jawatankuasa tersebut terdiri daripada 6 orang pegawai British, 4
orang wakil raja-raja Melayu dan 2 orang wakil UMNO. Jawatankuasa
itu telah mencadangkan perlembagaan baru yang berbeza daripada
perlembagaan Malayan Union. Perkara-perkara yang dicadangkan
ialah :-

I. Kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu dipelihara ;


II. Syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum bukan Melayu
;
III. Kedudukan istimewa kaum Melayu dijamin.

• Namun perlembagaan ini tidak semestinya diterima oleh golongan


lain, khususnya kaum bukan Melayu dan juga kaum Melayu sendiri.
PENENTANGAN DARIPADA AMCJA
• Dibantah oleh orang bkn Melayu, khususna drpd anggota Malayan
Democratic Union (MDU)
• 22 Disember 1946 – Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu ( All-Malaya
Council of Joint Action, AMCJA)
• Komponen – Kongres India Malaya, Malayan People’s Anti Japanese Ex-
Services Comrades Association and Pan-Malayan Federation of Trade Unions
• Ketua – Tan Cheng Lock
• 3 prinsip perjuangan :-
• Penyatuan sleuruh Tanah Melayu (termasuk Singapura)
• Pemerintahan sendiri melalui sebuah Badan Perundangan Pusat dgn ahli-ahli
dipilih oleh rakyat
• Hak-hak kerakyatan yg sama bg semua org yg menganggap Tanah Melayu sbg
tanah air
• Prinsip ini bercanggah dgn UMNO dan Raja-raja Melayu – berpotensi
menjadi asas perpecahan dan konflik
PENENTANGAN DARIPADA PUTERA
• Tidak semua org Melayu adalah ahli UMNO
• Parti seperti Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam,
Part Kebang saan Melayu Malay (PKMM) pimpinan Dr. Burhanuddin
Helmi dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh –
bergabung menjadi PUTERA
• Berhaluan kiri dan byk dipengaruhi oleh PKM
• Tungga PUTERA adalah PKMM
• Berhasrat menjadikan TM sbg sebuah republik
• Mempersoalkan kepimpinan UMNO yg dikuasi feudalis dan bkn rakyat
biasa
• 4 prinsip perjuangan:-
• Bahasa Melayu sbg bahasa rasmi negara
• Hal-ehwal luar dan pertahanan menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan
Tanah Melayu dan British
• Perkataan Melayu hendaklah digunakan sbg nama kerakyatan atau
kewarganegaraan TM
• Bendera Kebangsaan hendaklah mengandungi warna – warna kebangsaan
Melayu
PERSEPAKATAN AMCJA-PUTERA
• Mac 1947, AMCJA bergabung dgn PUTERA di bawah
pimpinan Dr. Burhanuddin Helmi
• Usaha penentangan:-
• April 1947 membentuk “Perlembagaan Rakyat” – ditolak
British krn bersifat radikal
• 20 Oktober 1947 – penutupan kedai di seluruh TM tp
dipatahkan oleh British
• Tentangan ini menjadikan UMNO dan Inggeris lebih rapat
• Gabungan AMCJA-PUTERA memperlihatkan bahawa kaum-
kaum yang berbeza latar belakang dapat berjuang demi
perjuangan yang sama
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (PTM)
• Akibat daripada kegagalan Malayan Union, Malayan Union telah
dibubarkan pada bulan Julai 1946. Sehubungan dengan itu satu
rundingan diadakan antara Edward Gent dan raja-raja Melayu serta
Dato’ Onn untuk menggubal satu perlembagaan baru menggantikan
perlembagaan Malayan Union.
• Kerajaan Inggeris akhirnya bersetuju menggantikan Malayan Union
dengan satu bentuk pemerintahan baru yang dikenali sebagai
Persekutuan Tanah Melayu. PTM ditubuhkan pada 1 Februari 1948.
Sistem pentadbiran ini masih terus mendapat tentangan daripada
sesetengah golongan.
PEMBENTUKAN PTM
• UMNO mendapat byk tempat
• PTM terdiri drpd 9 buah negeri Melayu serta Melaka dan Pulau
Pinang diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi
• Singapura diasingkan ttp kekal sebagai Tanah Jajahan British
• Pentadbiran :-
• Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat
Kerja Persekutuan
• Raja-Raja Melayu dikembalikan semula hak mereka ke atas negeri masing-
masing
• Kerajaan negeri mempunyai kuasa dan tanggungjawab ke atas perkara-
perkara yang berkaitan dgn pentadbiran kerajaan tempatan, urusan tanah,
kesihatan, pendidikan dan pertanian
• Pentadbiran negeri-negeri Pulau Pinang dan Melaka adalah dibawah
Pesuruhjaya Residen

• Syarat-syarat kewarganegaraan telah diperketatkan dan hak-hak


istimewa orang Melayu sbg kaum peribumi diiktiraf
ANCAMAN KOMUNIS
• Menghadapi masalah dgn ancaman Komunis dan perpaduan
antara kaum
• Walaupun penubuhan PTM telah menunjukkan tanda-tanda
kemerdekaan, tetapi keganasan bersenjata Parti Komunis Malaya
(PKM) telah menyebabkan keadaan darurat diisyhtiharkan
• Keadaan menjadi rumit – British berunding dgn pemimpin-
pemimpin TM
• Julai 1948, parti-parti radikal Melayu dan PKM telah diharamkan
oleh British di bawah undang-undang darurat
• Sekitar awal 50-an, kebanyakan ketua parti politik yang radikal dan
dianggap berfahamn komunis dan sosialis telah dipenjarakan – ada
yg lari ke Indonesia dan China. Ada yang berjuang secara gerila
(berpusat di hutan)
• Bersikap adil – hakikatnya ada diantara mereka berjuang atas
tiket kemerdekaan TM
• Dr Burhanuddin Helmi,Ishak Hj Muhammad, Ahmad Boestamam,
Ibrahim Yaacob dll tlh merengkok di dlm penjara dlm tempoh yg
lama demi menuntut kemerdekaan
• Dengan pengharaman ini, UMNO adalah parti tunggal dan
penting untuk orang Melayu
• Kemasukan bekas ahli parti-parti radikal menyebabkn slogan
“Hidup Melayu” ditukar kepada “Merdeka” pd tahun 1951
MASALAH PERPADUAN

• Berkait rapat dgn kepelbagaian keturunan,


budaya, bahasa dan agama
• Setiap kaum mahukan bahasa ibunda masing-
masing menjadi bahasa kebangsaan
• Bimbang org Melayu mahukan Islam menjadi
agama rasmi
• Org bukan Melayu yang lahir di TM mahukan
kerakyatan
• Hasil drpd dasar pecah dan perintah Inggeris –
kurang interaksi jurang perbezaan
• Sistem pendidikan
• Laporan Barnes mengesyorkan bahasa Inggeris
menjadi bahasa pengantar di peringkat sekolah
menengah dan bahasa Melayu di peringkat sekolah
rendah
• Ditentang oleh org Cina melalui Laporan Fenn-Wu –
mahu sekolah Cina diteruskan
• Tentangan juga oleh orang Melayu yang mahu
bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di
semua peringkat persekolahan
JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KAUM

• Bertujuan mewujudkan hubungan baik dan


mengeratkan perpaduan kaum
• Memberi peliang wakil-wakil bg setiap kaum
membincangkan masalah-masalah yang wujud
sesama mereka dan mencari jalan penyelesaian
• Pada mulanya dianggotai oleh Dato Onn b. Jaafar
(Melayu), Tan Cheng Lock (Cina) kemudain
bertambah menjadi 6 orang termasuk drpd kaum
India, Serani, Ceylon dan Eropah
SISTEM AHLI
• Diperkenalkan pada 1951
• Memberi pendedahan dan latihan kpd para
pemimpin tempatan dlm hal-ehwal pentadbiran.
• Beberapa orang ahli tidak rasmi Majlis Undangan
Persekutuan diberi tugas mengetuai jabatan-
jabatan kerajaan.
• Setiap ahli adalah dibwh tanggungjawab
Pesuruhjaya Tinggi.
• Meningkatkan kerjasama antara kaum
PILIHAN RAYA
• Menyediakan TM ke arah berkerajaan sendiri
• Kayu pengukur sejauh mana masyarakat TM dpt
bersatu demi memperolehi kemerdekaan
• Menggalakkan perpaduan antara kaum
• Membolehkan rakyat memilih haluan yang betul
bg penyediaan kerajaan sendiri nanti
Pilihan
Raya

Pilihan Raya
Pilihan Raya
Umum
Majlis
Pertama,
Bandaran
27/7/1955

Parti –Parti
Seterusnya di yg Kerusi yang
Georgetown, Kuala dimenangi
Ipoh, Johor bertanding
1951 Lumpur, 1952
Bahru, - Perikatan -Perikatan
Seremban 51 buah
dan Melaka -Negara kerusi
-PAS - PAS 1 buah
-PKP kerusi
-PML
-Buruh
-PPP
-Bebas
RUNDINGAN KEMERDEKAAN
• Kemenangan PRU 1955, parti Perikatan diberi mandat utk
meneruskan rundingan kemerdekaan dgn Inggeris
• Tunku Abdul Rahman selaku pemimpin parti telah
mengadakan perbincangan dgn Raja-raja Melayu dan
pihak Inggeris berkaitan kemerdekaan TM
• Komitmen – penubuhan kumpulan rundingan yang
diketuai oelh Tuanku Abdul Rahman ke London – Januari
1956
• 4 wakil Raja-raja Melayu :-
• Dato’ Panglima Bukit Gantang
• Dato’ Mohd Seth
• Dato’ Nik Ahmad Kamil
• Abdul Aziz Othman
• 4 wakil parti Perikatan
• Tunku Abdul Rahman
• Tun Dr. Ismail
• Tun H.S Lee
• Tun Abdul Razak Hussein
• Kerajaan Inggeris diwakili :-
• Lord Lennox-Boyd – Setiausaha Tanah Jajahan
• Hasil rundingan tersebut satu perjanjian dinamakan
Perjanjian London telah termeterai pada 8 Februari 1956
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU
• Malaysia mempunyai Perlembagaan bertulis
• Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
• Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor
Jenning (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India), dan
Hakim A. Hamid (Pakistan).
• Digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti
politik dan Pertubuhan Tanah Melayu.
• Perlembagaan telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 15 Ogos
1957 dan berkuatkuasa pd 27 Ogos 1957
•Asas – asas perlembagaan yg dipersetujui bersama adalah :-
• Ketua Negara TM ialah Yang Dipertuan Agong sementara Raja-Raja
pula menjadi ketua di negeri masing – masing
•Kedudukan orang Melayu sbg kaum Bumiputera di TM diiktiraf dan
hak istimewa dijamin oleh perlembagaan
•Bahasa Melayu dijadikan sbg bahasa kebangsaan walau
bagaimanapun bahasa Inggeris masih boleh digunakan dlm Majlis
Perundangan selama 10 tahun selepas merdeka
•Seseorang yg dilahirkan di TM pd atau selepas kemerdekaan, secara
automatis menjadi warganegara TM
•Walaupun Islam dijadikan agama rasmi PTM, namun kebebasan
beragama bagi orang bukan Islam adalah terjamin
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN

Perlambangan kemerdekaan TM telah dilakukan pd malam hari ketika terbit


detik pertama 31 Ogos 1957 di padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka).
Union Jack diturunkan dan buat pertama kalinya bendera Malaya Merdeka
dikibarkan yang kini dikenali sbg Jalur Gemilang. Tunku Abdul Rahman
dilantik sbg Perdana Menteri yang pertama dan Tuanku Abdul Rahman (Yang
di Pertuan Besar Negeri Sembilan) dilantik sebagai Yang di Pertuan Agong
Perseketuan Tanah Melayu pertaman
KESIMPULAN
• Akibat tentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta
Malcolm MacDonald, maka British telah menghantar satu perwakilan
ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D Grammant dan D.R
William untuk meninjau kehendak orang Melayu.
• Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU
dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
• Persekutuan Tanah Melayu menjadi lindungan British. Dalam
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang
Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan sultan dikekalkan.
• Selain itu, syarat kerakyatan telah diperkenalkan.

You might also like