Professional Documents
Culture Documents
Perjuangan Kemerdekaan
Perjuangan Kemerdekaan
PENGAJIAN MALAYSIA
BAB 3: PERJUANGAN
KEMERDEKAAN
PENGENALAN
• Kekalahan British di Tanah Melayu ke tangan Jepun dalam tempoh
yang singkat telah menyedarkan British terhadap kelemahan
pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang.
• Kesannya pada Julai 1943, Malayan Planning Unit (MPU) telah
ditubuhkan di London untuk merangka perlembagaan baru yang
sesuai dijalankan di Tanah Melayu selepas perang tamat nanti.
• Pada 31 Mei 1944, kabinet perang telah meluluskan syor penyatuan
politik Tanah Melayu yang dikemukakan oleh MPU.
• Pada 10 Oktober 1945, Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan British,
George Hall, telah mengumumkan parlimen mengenai penyatuan
politik Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union (MU).
• Pada 11 Oktober 1945, Harold MacMichael dihantar ke Tanah
Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan-sultan bagi
mempersetujui penubuhan Malayan Union.
• Beliau melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober hingga 21 Disember
1945. Parlimen British telah mengeluarkan “Kertas Putih” yang
mengandungi cadangan-cadangan Malayan Union.
CADANGAN – CADANGAN MALAYAN
UNION
• 2 fasal utama
• Pentadbiran
• Negeri-negeri Melayu bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis,
Kelantan, Terengganu) dan 2 buah Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang
dan Melaka) digabungkan sebagai satu unit politik yang dikenali
sebagai Malayan Union.
• Singapura diasingkan daripada Malayan Union kerana jumlah
penduduk Cinanya yang ramai, kedudukan yang strategik dan taraf
pelabuhan bebas. Singapura menjadi wilayah berasingan dan ditadbir
oleh seorang Gabenor.
• Kedudukan sultan-sultan dikekalkan tetapi kekuasaan serta
kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa
dalam pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal ehwal
agama Islam dan adat resam Melayu, mereka dilantik sebagai
Pengerusi Majlis Penasihat Melayu negeri masing-masing.
• Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan sebagai badan yang
menguruskan hal-ehwal tempatan tetapi diletakkan di bawah
kawalan langsung kerajaan pusat.
• Malayan Union akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British
dengan pemusatan pentadbiran yang diketuai oleh Gabenor di
Kuala Lumpur.
• Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan
Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Pusat. Selain
itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan.
• Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi
pentadbiran Malayan Union, Singapura dan wilayah Borneo.
• Kerakyatan
• Perlembagaan Malayan Union memberi hak dan peluang yang sama
kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Syarat
kerakyatan :-
• Lahir di Tanah Melayu atau Singapura
• Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang
terdahulu sebelum 15 Febuari 1942.
• Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau kedua-duanya warganegara
Malayan Union .
• Mereka yang tidak layak mengikut syarat di atas boleh memohon menjadi
warganegara selepas tinggal di Tanah Melayu selama 5 tahun.
SEBAB-SEBAB PENUBUHAN MU
Pilihan Raya
Pilihan Raya
Umum
Majlis
Pertama,
Bandaran
27/7/1955
Parti –Parti
Seterusnya di yg Kerusi yang
Georgetown, Kuala dimenangi
Ipoh, Johor bertanding
1951 Lumpur, 1952
Bahru, - Perikatan -Perikatan
Seremban 51 buah
dan Melaka -Negara kerusi
-PAS - PAS 1 buah
-PKP kerusi
-PML
-Buruh
-PPP
-Bebas
RUNDINGAN KEMERDEKAAN
• Kemenangan PRU 1955, parti Perikatan diberi mandat utk
meneruskan rundingan kemerdekaan dgn Inggeris
• Tunku Abdul Rahman selaku pemimpin parti telah
mengadakan perbincangan dgn Raja-raja Melayu dan
pihak Inggeris berkaitan kemerdekaan TM
• Komitmen – penubuhan kumpulan rundingan yang
diketuai oelh Tuanku Abdul Rahman ke London – Januari
1956
• 4 wakil Raja-raja Melayu :-
• Dato’ Panglima Bukit Gantang
• Dato’ Mohd Seth
• Dato’ Nik Ahmad Kamil
• Abdul Aziz Othman
• 4 wakil parti Perikatan
• Tunku Abdul Rahman
• Tun Dr. Ismail
• Tun H.S Lee
• Tun Abdul Razak Hussein
• Kerajaan Inggeris diwakili :-
• Lord Lennox-Boyd – Setiausaha Tanah Jajahan
• Hasil rundingan tersebut satu perjanjian dinamakan
Perjanjian London telah termeterai pada 8 Februari 1956
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU
• Malaysia mempunyai Perlembagaan bertulis
• Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
• Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor
Jenning (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India), dan
Hakim A. Hamid (Pakistan).
• Digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti
politik dan Pertubuhan Tanah Melayu.
• Perlembagaan telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 15 Ogos
1957 dan berkuatkuasa pd 27 Ogos 1957
•Asas – asas perlembagaan yg dipersetujui bersama adalah :-
• Ketua Negara TM ialah Yang Dipertuan Agong sementara Raja-Raja
pula menjadi ketua di negeri masing – masing
•Kedudukan orang Melayu sbg kaum Bumiputera di TM diiktiraf dan
hak istimewa dijamin oleh perlembagaan
•Bahasa Melayu dijadikan sbg bahasa kebangsaan walau
bagaimanapun bahasa Inggeris masih boleh digunakan dlm Majlis
Perundangan selama 10 tahun selepas merdeka
•Seseorang yg dilahirkan di TM pd atau selepas kemerdekaan, secara
automatis menjadi warganegara TM
•Walaupun Islam dijadikan agama rasmi PTM, namun kebebasan
beragama bagi orang bukan Islam adalah terjamin
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN