You are on page 1of 42

Bab 1: Kemunculan Dan Perkembangan

Nasionalisme Di Asia Tenggara


Bab 2: Nasionalisme Di Malaysia Sehingga
Perang Dunia Kedua
KEMUNCULAN &
PERKEMBANGAN
NASIONALISME
DI ASIA TENGGARA
ASPEK YANG PERLU DIKUASAI OLEH PELAJAR

1) Imperialisme

2) Perubahan Sistem Politik

3) Perkembangan Nasionalisme tahap 1 dan 2


MAKSUD IMPERIALISME

Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara


meluaskan pengaruh
_______________________ dan wilayah
______________ dengan
menjajah
________________ negara lain. Selain itu, mereka menjajah
negara lain demi kepentingan
_________________ tertentu seperti
bahan mentah
______________. Imperialisme berlaku sejak zaman tamadun
Rom
Yunani dan _____________. Walaupun begitu, imperialisme
moden berlaku pada abad ke-15 apabila kuasa barat menguasai
Afrika
wilayah di Amerika Latin, _____________ dan Asia
Kuasa Imperialisme Barat Yang Terlibat

NEGARA WILAYAH YANG DIJAJAH


Portugal Melaka
Sepanyol Filipina
Belanda Indonesia
Amerika Syarikat Filipina
Perancis Indochina
British Burma, Tanah Melayu,Sabah, Sarawak dan
Singapura
FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME BARAT
MAKSUD NASIONALISME

perasaan
Maksud nasionalisme ialah ________________________ cinta
negara
akan bangsa dan ______________________. Selain itu juga

merujuk kepada gerakan


___________________ membebaskan
tanah air
____________________. Namum tidak terhad kepada
pembebasan
________________ kuasa politik sahaja tetapi juga pembebasan
kebudayaan
daripada ekonomi dan ____________________ asing.
PERUBAHAN SISTEM POLITIK
CIRI-CIRI SISTEM BIROKRASI

Antara ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat yang


diperkenalkan di Asia Tenggara ialah
Penubuhan kerajaan pusat
(a)___________________________ hasil penyatuan wilayah-
wilayah di tanah jajahan. Selain itu, perlantikan
Gabenor Jeneral
(b)______________________ sebagai ketua pentadbir di tanah
jajahan. Di samping itu, pelaksanaan pentadbiran melalui
biro / jabatan
(c)______________________. Seterusnya, pelantikan
pegawai Barat
(d)_______________________ sebagai ketua biro. Akhir sekali,
Undang-undang
pengenalan (e)_______________________ Barat.
PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI FILIPINA

P1: Gabenor Jeneral Sebagai Pemerintah Tertinggi

Perubahan sistem pentadbiran di Filipina semasa penjajahan

Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi


sepanyol ialah (a) ________________________________________.

Gabenor Jeneral dibantu oleh Ketua Datuk Bandar yang dilantik

sebagai (b) Pentadbir wilayah


_____________________________________ dan

Gabenor Kecil
(c)_________________________ sebagai pentadbir bandar.
P2: Pelaksanaan Sistem Encomienda
Fakta: Pelaksanaan Sistem Encomienda
Huraian: H2a - Diketuai oleh Encomiendero
H2b - Tugas Encomiendero
Contoh/Inferens: Dibenci oleh penduduk Filipina
Selain itu, ialah perubahan dari aspek pelaksanaan Sistem
Encomienda. Sistem ini diketuai oleh Encomiendero.
Encomiendero bertugas menjaga keamanan, mengutip cukai dan
mengkristiankan penduduk barangay. Kesimpulannya sistem ini
dibenci oleh penduduk Filipina kerana sistem ini mengenakan cukai
yang tinggi dan kerahan tenaga kepada mereka.
P3: Penyatuan Barangay

Seterusnya ialah penyatuan barangay. Ini kerana sebelum


kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil.
Penyatuan ini telah menyebabkan kemerosotan sistem
pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu.
PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI THAILAND

P1: Perlantikan penasihat Barat


P2: Penubuhan Majlis Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan
Kabinet Menteri
P3: Mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan
PERBANDINGAN PERKEMBANGAN GERAKAN
NASIONALISME TAHAP 1 & 2
ASPEK TAHAP 1 TAHAP 2
SIFAT PERJUANGAN Setempat Nasional
ORGANISASI Tidak berorganisasi Berorganisasi
MATLAMAT Ekonomi dan sosial Kemerdekaan
BENTUK PERJUANGAN Terbuka Radikal
PEMIMPIN Golongan Golongan berpendidikan
pertengahan serta berpengetahuan
berpendidikan Barat luas dalam bidang
dan Asia Barat kebudayaan dan ilmu
pengetahuan Barat
Perbandingan gerakan nasionalisme tahap 1 dan 2 ialah dari
aspek sifat perjuangan. Ini kerana pada tahap 1, perjuangannya
adalah bersifat setempat sahaja, manakala pada tahap 2 lebih bersifat
nasional. Saya Orang Malaysia Bantu Palestin
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI FILIPINA

TAHAP PERTAMA TAHAP KEDUA

 Jose Rizal memimpin gerakan dakyah • Penentangan secara terbuka bermula apabila
Andres Bonifacio menubuhkan Katipunan
 Menuntutkan Filipina dijadikan wilayah • Matlamatnya menyatukan bangsa Filipina dan
Sepanyol, bangsa Filipina dan diberi hak mencapai kemerdekaan secara radikal melalui
Revolusi
yang sama seperti bangsa Sepanyol dan • Katipunan menggunakan akhbar Kalayam
kebebasan bersuara untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada
rakyat
 Penubuhan Liga Filipina yang mendesak • Kerjasama Emilio Aguinaldo dengan Amerika
kerajaan Sepanyol melakukan Syarikat berjaya mengusir Sepanyol tetapi
telah memulakan penguasaan Amerika
pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
terhadap Filipina
 Kerajaan Sepanyol berasa terancam lalu • Pada 1930-an nasionalis Filipina kembali
bertindak menangkap dan menjatuhkan menuntut kemerdekaan setelah pucuk
pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada
hukuman buang negeri terhadap Jose Rizal yang lebih liberal
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI THAILAND

TAHAP PERTAMA TAHAP KEDUA

• Tidak bersifat anti penjajah • Disebabkan rasa tidak puas hati rakyat
terhadap cengkaman ekonomi oleh
• Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan
kapitalis Barat dan orang Cina
politik kerabat di raja • Perdana Menteri Phibul Songram
• Penentangan rakyat terhadap sistem raja meluluskan undang-undang
berkuasa mutlak • Menyekat kebebasan dan penguasaan
ekonomi orang cina
• Pendidikan Barat mendedahkan fahaman • Sekolah dan akhbar cina dibubarkan
liberal , sistem demokrasi, dan sistem raja • Penduduk pribumi digalakkan terlibat
berpelembagaan kepada golongan intelek dalam aktiviti ekonomi
• Kelemahan sistem pentadbiran • Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya
untuk pengganut agama Budha
• Sikap boros Raja Vajiravudh • Menukar nama Negara Siam kepada
• Parti rakyat melancarkan Revolusi Thai pada Thailand (tanah Bebas) pada tahun 1939
tahun 1932 dan menamatkan sistem raja • Bekerjasama dengan Jepun semasa PD2
• Berjaya mendapatkan wilayah-wilayah di
berkuasa mutlak
IndoChina dan Tanah Melayu.
NASIONALISME
DI MALAYSIA
SEHINGGA PERANG
DUNIA KEDUA
ASPEK YANG PERLU DIKUASAI OLEH PELAJAR

1) Sebab-Sebab dan kesan-kesan Penentangan

2) Perjuangan pemimpin tempatan

3) Faktor pemangkin nasionalisme

4) Perjuangan nasionalisme oleh Persatuan Melayu


MAKSUD DAN TUJUAN GERAKAN NASIONALISME

Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan

menentang
(a)_______________ penjajahan
apa sahaja bentuk (b)___________________

membebaskan
oleh kuasa luar. Ini bertujuan untuk (c)____________________

negara daripada kuasa penjajah.


SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
Tugasan: Minta pelajar ringkaskan skrip jawapan berdasarkan fakta,
huraian dan contoh)
F1: DASAR PENAKLUKAN BRITISH

Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap


British di Tanah Melayu ialah dasar penaklukan British. Ini kerana
dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan
untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya. Melalui dasar ini,
penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan
terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya, Penentangan
Dol Said terhadap British kerana mengambil alih Melaka daripada
Belanda. Ini kerana Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British
dan membayar ufti.
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
F2: EKSPLOITASI TERHADAP EKONOMI TEMPATAN

Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi


sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di
Tanah Melayu. Ini kerana British ingin menguasai ekonomi
tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan
melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin
tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri
Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan
perdagangan bijih timah. Ini menimbulkan kemarahan penduduk
tempatan terhadap British.
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
F3: PELAKSANAAN PENTADBIRAN BARAT

Di samping itu, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap


masyarakat tempatan. Hal demikian kerana British memperkenalkan
sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk
mendapatkan hasil yang maksimum. Contohnya di Terengganu,
penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap
tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat
kebenaran British dan tanah tersebut akan dikenakan cukai.
Peraturan ini jelas bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat
tempatan kerana wujudnya sistem paksaan dalam sistem
pentadbiran Barat terhadap penduduk tempatan.
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
F4: PEMBESAR TEMPATAN KEHILANGAN KUASA

Antara sebab-sebab penentangan pembesar tempatan ialah


mereka kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana James Brooke
telah mengambil kawasan pentadbiran dan seterusnya campur
tangan dalam hal ehwal pentadbiran, ekonomi dan sosial.
Contohnya, James Brooke mengambil kawasan kekuasaan Sharif
Masahor di Sungai Rajang. Natijahnya keadaan ini telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin
tempatan sehingga mendorong mereka menentang British.

Isi
Huraian
Contoh
Inferens
MENAMAKAN TOKOH
BERDASARKAN
•3
•1
•2 LOKASI PADA PETA •10

•4

•5

•6 •9

•7 •8

1) TOK JANGGUT 6) DOL SAID


2) HJ. AB RAHMAN LIMBONG 7) LINGGIR
3) DATO’ MAHARAJA LELA 8) RENTAP
4) DATO’ BAHAMAN 9) SHARIF MASAHOR
5) YAMTUAN ANTAH 10) MAT SALLEH
RINGKASAN FAKTOR PENENTANGAN TOKOH
SEBAB TOKOH
KEDAULATAN NEGERI  SULTAN AHMAD TAJUDDIN &
 DOL SAID
CUKAI  DOL SAID
 MAHARAJA LELA
 DATO BAHAMAN
 TOK JANGGUT
 ANTANOM
KUASA  RENTAP
 SHARIF MASAHOR
 YAMTUAN ANTAH
 DATO BAHAMAN
TANAH  ANTANOM
 ABDUL RAHMAN LIMBONG
PERATURAN  MAT SALLEH
 ABDUL RAHMAN LIMBONG
 DOL SAID
KEAGAMAAN  MAT SALLEH (JIHAD)
 TOK JANGGUT
 ABDUL RAHMAN LIMBONG
ADAT  MAHARAJA LELA (PERHAMBAAN)
PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN
(HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG)
BIODATA
 Namanya sebenarnya Haji Abdul Rahman bin
Haji Abdul Hamid
 Digelar Limbong kerana sering mengajar agama
di Limbong,Kemaman
 Merupakan seorang ulama
SEBAB-SEBAB KEBANGKITAN TANI
 Tidak puas hati dengan cukai dan undang-undang tanah British
 Pas kebenaran yang membebankan
 Penguatkuasaan Undang-undang Kawalan Binatang Buas
 Peraturan British bertentangan dengan Syariat Islam
PERISTIWA & KESAN PENENTANGAN
 Mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah tanpa
menghiraukan peraturan tanah British
 300 penduduk membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah
 Melancarkan penentangan bersenjata
 British menggunakan kuasa dan nama Sultan untuk menangkap
Haji Abdul Rahman kerana rakyat tidak akan menderhaka
 Haji Abdul Rahman ditangkap dan dibuang negeri ke Makkah
PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN (MAT SALLEH)
BIODATA
 Nama sebenarnya Mohammad Salleh bin Datu Balu
 Pemerrintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut
 Berketurunan suku Sulu Paitan
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
 SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh
 SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh
 Sistem cukai kepala dan perahu yang membebankan
 Sikap kasar pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan
 SBUB tidak melayan perbincangan Mat Salleh di Sandakan
 Gabenor Baeufort menyerang dan membakar kampung Mat Salleh
PERISTIWA & KESAN PENENTANGAN
 Mat Salleh menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya
 SBUB menawarkan pelan damai dengan menawarkan Tambunan
 SBUB mungkir janji menyebabkan Mat Salleh menyerang SBUB
 SBUB menyerang balas kubu Mat Salleh
 Mat Salleh tewas dan meninggal dunia pada tahun 1900
RENTAP
BIODATA
 Nama sebenarnya Libau (Pengoncang dunia)
 Digelar Raja Darat & merupakan pemimpin
di Sg. Skrang dan Sg. Saribas

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
 Dianggap lanun oleh keluarga Brooke
 J. Brooke memusnahkan penempatan org Iban di Sg, Skrang
 J. Brooke membakar perkampungan Rentap di Sg. Lang
 J. Brooke menyerang kubu rentap di Bukit Sadok

KRONOLOGI & KESAN PENENTANGAN


 Rentap berjaya membunuh pegawai Brooke iaitu Allan Lee
 Rentap seorang yang gagah & berani “Bawalah semua
 meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kpd kamu “
 Rentap meninggal dunia ketika berundur ke Entabai.
FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME
FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN
F1: PENGENALAN SISTEM POLITK BARAT

Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme


ialah tindakan Sir Andrew Clarke memperkenalkan sistem politik
barat. Ini telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan.
British telah meletakkan seorang residen yang mengambil alih
pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan. Jelasnya,
perubahan ini mencabar amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan
maruah mereka. Hal ini membangkitkan kebencian penduduk
tempatan terhadap British.
FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN
F2: PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN

Faktor pemangkin seterusnya ialah perkembangan sistem


pendidikan. Ini kerana perkembangan sistem pendidikan,
terutamanya pendidikan Melayu dan Inggeris telah melahirkan
golongan intelektual melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan
bangsanya. Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan
fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah
menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak
penjajahan British. Contohnya, Zaba yang membangkitkan
kesedaran orang Melayu untuk bersatu padu.
FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN
F3: DASAR BRITISH

Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu. Ini


kerana British telah menggalakkan sesiapa sahaja yang datang untuk
melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah
Melayu. Akibatnya ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu
dan menetap di sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah
meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan persaingan kepada
penduduk tempatan. Contohnya imigran cina yang menguasai
ekonomi dalam bidang perlombongan bijih timah.
FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN
F4: KEMUNCULAN MESIN CETAK

Di samping itu ialah kemunculan mesin cetak. Ini kerana


kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada
penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan
terhadap British. Idea menentang penjajah dan membangkitkan
semangat nasionalisme disebarkan melalui buku, akhbar, majalah,
dan kitab agama. Contohnya, Akhbar Majlis yang mengkritik dasar
British.
Terangkan peranan persatuan Melayu dalam meningkatkan semangat
nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia yang Kedua.
Peranan persatuan Melayu dalam meningkatkan semangat
nasionalisme di negara ini dapat dilihat melalui penubuhan Kesatuan
Melayu Singapura (KMS) oleh Mohammad Eunos Abdullah. Tujuan
penubuhan KMS ialah menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk
Melayu Singapura. Melalui desakannya, beliau memperoleh sebuah
kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di Singapura.

Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ditubuhkan


oleh S.M Zainal Abidin B.A. Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan
menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat
bagi memajukan diri sendiri dan bangsa. Ini bertujuan untuk menggalakkan
perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu.

Seterusnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan oleh


Ibrahim Haji Yaakob. Kesatuan ini bertujuan untuk menggalakkan
perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu dan meningkatkan tahap
pendidikan orang Melayu. Antara tindakan KMM ialah bekerjasama dengan
Jepun menghalau British dan menjadi alat propaganda anti-British.

You might also like