You are on page 1of 23

BAB 3

LIMPAHAN KEMAKMURAN
MERENTASI ETNIK
Pengenalan
 Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi amat berkait
rapat dengan kestabilan sosiopolitik dalam sesebuah
negara.

 Bagaimanapun, dalam usaha mencapai keharmonian


hidup antara pelbagai etnik dan kestabilan politik,
kekayaan negara perlu diagihkan secara adil dan
saksama.

 Tujuannya adalah untuk mengelakkan mana-mana


kumpulan etnik berasa terpinggir daripada menikmati
faedah pembangunan yang dapat menimbulkan
masalah ketegangan dan konflik dalam masyarakat.
Falsafah
“Pertumbuhan dengan agihan”
 Falsafah ini dijadikan panduan dalam
 Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
 Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)
 Dasar Wawasan Nasional (2001-2010)

 Namun, agihan yang dimaksudkan dalam falsafah


“pertumbuhan dengan agihan” adalah berpusat kepada
dimensi agihan antara etnik.
 sekiranya perbezaan dan ketidakseimbangan ekonomi
antara etnik dapat dihapuskan, maka perpaduan dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang etnik, budaya dan
agama akan dapat dicapai.
Isu sosio ekonomi pada awal
kemerdekaan
 Penerusan dasar ekonomi bebas penjajah telah
mewujudkan isu ekonomi di kalangan masyarakat
pelbagai etnik di Tanah Melayu.
 Isu kemiskinan : Tahun 1970, etnik Melayu (65.9%),
etnik India (40.2%) berbanding etnik Cina (27.5%).
 Isu hak milik kekayaan : pada tahun 1970, etnik Cina
(27.2%), etnik Melayu (2.4%) dan etnik India (1.15)
 Isu gunatenaga dan pekerjaan : pada tahun 1970,
hampir 2/3 guna tenaga dalam sektor pertama
(pertanian dan perikanan) terdiri dari etnik Melayu.
Isu sosio ekonomi pada awal
kemerdekaan
1. SEGREGASI KAUM
(PETEMPATAN DAN PEKERJAAN)

 Penjajah British terus membiarkan orang Melayu kekal


dalam kegiatan pertanian bercorak tradisional.
 Orang Melayu tidak berpeluang diserap dalam
kegiatan ekonomi moden.
 Struktur masyarakat Melayu tidak perlu diganggu.
 British mementingkan jaminan jentera ekonomi
bergerak secara cekap dan teratur.
 Dasar Pecah dan Perintah telah membentuk
petempatan yg berasingan antara kaum utama.
 British mahu setiap kaum terus mengekalkan identiti
kaum masing-masing.
Isu sosio ekonomi pada awal
kemerdekaan
2. KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI ANTARA
KAUM
 Dasar Pecah dan Perintah tidak membantu orang Melayu
menghadapi perubahan kehidupan ekonomi moden yg
pesat.
 Kegiatan ekonomi moden lebih tertumpu di kawasan
pantai barat Tanah Melayu kerana terdapat sistem
pengangkutan yg baik dan kaya sumber ekonomi.
 Jurang kemiskinan dalam kalangan masyarakat semakin
meruncing di kawasan luar bandar (Melayu) dengan
ekonomi sara diri.
 Ekonomi tidak seimbang antara kaum Melayu- Bukan
Melayu selepas Merdeka.
Isu sosio ekonomi pada awal
kemerdekaan
3. KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI BANDAR
DAN LUAR BANDAR

 Kegiatan ekonomi lebih tertumpu di negeri2 pantai


barat kerana kekayaan sumber bahan mentah seperti
bijih timah dan getah, serta sistem pengangkutan yg
baik.
 Jadi berlaku dwiekonomi tidak seimbang antara
wilayah.
 Wujud jurang ekonomi antara kaum Melayu dan bukan
Melayu.
SEBELUM MERDEKA:
 Penjajah hanya berminat untuk mengaut hasil &
keuntungan daripada tanah jajahan & membawanya ke
negara asal.
 Dasar penjajah dan sistem ekonominya telah
mewujudkan jurang di antara bandar & luar bandar
serta antara Pantai Timur & Pantai Barat.

SELEPAS MERDEKA:
 Cabaran utama ialah memajukan ekonomi negara
untuk faedah rakyat, mengurangkan jurang
perbezaan pembangunan & membasmi kemiskinan
 Dasar Pembangunan Negara dapat dilihat dalam
Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara (RPLT)
Ekonomi menjadi isu etnik
• Isu-isu kemiskinan dan ketidakseimbangan tersebut boleh
dan berpotensi bertukar kepada isu berbau etnik apabila ia
gagal ditangani oleh kerajaan termasuk:

Perbezaan Perbezaan
golongan kaya dan pendapatan isi
miskin rumah

Jurang pendapatan
golongan bandar
dan luar bandar

• Kajian dan data menunjukkan tahap kemiskinan di kalangan


etnik Melayu lebih menonjol pada tahun 1957-1970.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
 Dasar ini diperkenalkan pada tahun 1970 sebagai reaksi
kepada peristiwa 13 Mei 1969.

 Punca utama peristiwa ini ialah jurang ekonomi antara


kaum, politik perkauman dan prasangka.

 Dasar Ekonomi Baru terangkum dalam RRJP1 (1970-


1990) yang mencakupi empat rancangan lima tahun
Malaysia.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
MATLAMAT DEB
 Matlamat DEB ialah membasmi kemiskinan &
menyusun semula masyarakat.

STRATEGI MEMBASMIKAN
KEMISKINAN
1. Memodenkan keadaan kehidupan rakyat.

2. Meluaskan peluang pekerjaan bagi semua rakyat.

3. Menggalakkan penyertaan rakyat dalam sektor yang


berpotensi tinggi.

4. Memajukan lagi daya pengeluaran golongan miskin yang


seterusnya dapat meningkatkan tahap hidup.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)

STRATEGI MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT


1. Menambahkan pemilikan rakyat dalam sektor swasta.

2. Membina satu masyarakat perdagangan di kalangan orang


bumiputera.

3. Membangunkan kawasan-kawasan yang selama ini


mundur tetapi berpotensi tinggi.

4. Meluaskan lagi peluang pelajaran dalam dan luar negeri.


 Bagi mencapai objektif di atas, beberapa institusi dan
agensi baru telah diwujudkan seperti:

 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

 Majlis Amanah Rakyat (MARA)

 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

 Institut Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian


Malaysia (MARDI)

 Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

 Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

 DEB diteruskan di dalam kerangkan Dasar Pembangunan


Nasional (1991-2000) dan Dasar Wawasan Nasional (2001-
2010)
DASAR PEMBANGUNAN
NASIONAL (DPN)
 Dasar Pembangunan Nasional dibentuk bagi
menggantikan DEB yang berakhir pada tahun 1990.

 Ia digubal dengan mengambil iktibar daripada DEB.

 DPN dilaksanakan dalam tempoh RRJP2 (1991-2000)


dalam tempoh 10 tahun.

 Majlis Pembangunan Negara – merealisasikan konsep


pembangunan seimbang. Diketuai oleh Perdana
Menteri, bermesyuarat sebulan sekali dan berfungsi
sebagai badan pemantau untuk menentukan
perlaksanaan dasar-dasar kerajaan selaras dengan
matlamat DPN.
STRATEGI MEMBASMI KEMISKINAN &
MENINGKATKAN KUALITI HIDUP

1. Mengemaskan perlaksanaan dan pendekatan program


membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
2. Tumpuan khas diberikan kepada keluarga termiskin
menerusi Program Pembasmian Rakyat Termiskin
(PPRT) dan program yang diatur oleh badan bukan
kerajaan (NGO).
3. Kemudahan asas disediakan untuk isi rumah bandar
dan desa, termasuk ladang dan kampung baru.
4. Tumpuan kepada mengurangkan masalah kemiskinan
relatif (perbezaan pendapatan antara yang kaya
dengan yang miskin) dengan mengadakan peluang
ekonomi kepada yang berpendapatan rendah.
STRATEGI MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT

1. Pengagihan melalui pertumbuhan bagi mewujudkan


masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan
Bumiputera.
2. Guna tenaga dalam ekonomi negara disusun semula
dengan meramaikan golongan bumiputera dalam
bidang profesional, pengurusan dan teknikal.
3. Sumber manusia dibangunkan melalui latihan dan
pendidikan.
4. Menggalakkan penglibatan sektor swasta secara aktif
untuk memberi peluang pekerjaan.
5. Memperluaskan infrastruktur fizikal, ekonomi dan
sosial negara.
MODEL BARU EKONOMI
(2010)
 Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui
pertumbuhan ekonomi;
 Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan
mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
 Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
 Memperkukuhkan sektor awam;
 Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra
pasaran;
 Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
 Meningkatkan sumber pertumbuhan;
 Memastikan pertumbuhan yang mapan.
KEJAYAAN EKONOMI MALAYSIA
 Bank Dunia mengiktiraf kejayaan ekonomi Malaysia
sebagai salah sebuah negara “keajaiban ekonomi
Asia Timur” (World Bank 1993) dlm segi:

i. Kejayaan pembangunan ekonomi dlm masyarakat


multietnik (Snodgrass, 1995).
ii. Berjaya mencapai pertumbuhan dgn agihan
(Chowdhury dan Islam, 1996, Ahluja, 1997).
iii. Mempamerkan kisah kejayaan pembangunan
(Athukorala dan Menon, 1999)
Kejayaan Malaysia dapat
dikategorikan kepada 3
perspektif:
 Pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi yang
pesat. Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat dalam
tempoh empat dekad yang lalu telah berjaya
mengurangkan kadar kemiskinan iaitu daripada 52.4%
pada 1970 kepada 17.1% pada 1990, seterusnya kepada
5.7% pada 2004.

 Pembangunan manusia dan pengurangan kadar


kemiskinan. Kemiskinan tegar dikurangkan dari 3.9%
pada 1990 kepada 1.2% pada 2004.

 Kualiti hidup yang meningkat. Hal ini dilihat dari


aspek kesihatan, pendidikan, pemilikan barang
keperluan asas, penyediaan infrastruktur awam dan
sebagainya.
Isu dan Cabaran
• Disebalik kejayaan ekonomi Malaysia yang telah
diperbincangkan, terdapat juga beberapa isu dan
cabaran yang harus ditangani. Antaranya:

1. Ketaksamarataan pendapatan yg
semakin melebar.

2. Isu pertumbuhan atau agihan.


DASAR PENSWASTAAN
 Diperkenalkan pada tahun 1983.

 Melibatkan pemindahan perkhidmatan atau perusahaan


milik awam kepada sektor swasta.

 Tujuan:
 Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran
kerajaan.
 Meningkatkan persaingan, memperbaiki kecekapan
dan menambah produktiviti.
 Meransang pelaburan dan keusahawanan
persendirian.
 Mengurangkab bilangan dan saiz sektor awam.
 Membantu pencapaian matlamat DEB.
Kesimpulan

• Kerajaan berperanan penting di dalam mencari titik


keseimbangan antara agenda pertumbuhan dengan
agenda agihan yang adil.

• DEB adalah dasar negara yang dibentuk untuk


mewujudkan perpaduan nasional.

• Sepanjang tempoh empat dekad yang lalu, ekonomi


Malaysia mencatatkan prestasi yang sangat
membanggakan.

• Namun, kepesatan ekonomi ini perlu diurus dengan


bijak agar jurang antara kaya dan miskin serta
ketaksamarataan pendapatan dapat ditangani.

You might also like