You are on page 1of 22

DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA

TOPIK 5
SISTEM PILIHAN RAYA

• Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen di


samping mengekalkan Raja Berperlembagaan

• Sultan atau Yang Dipertua Negeri merupakan Pemerintah


Berperlembagaan bagi negeri- negeri berkenaan

• Mengikut Perlembagaan Persekutuan, tanggungjawab


mengadakan pilihan raya terletak pada Suruhanjaya Pilihan
Raya
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

KEANGGOTAAN
Ahli SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan
Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada
• Pengerus
• Timbalan Pengerusi
• Lima orang ahli
SPR- sebuah badan yang bebas daripada kawalan politik
Tidak boleh dipecat kecuali dengan syor tribunal
 Memegang jawatan sehingga umur 66 tahun atau hilang
kelayakan dan boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa
dengan menulis surat kepada YDPA
 YDPA melalui perintah memecat mana-mana ahli SPR jika :
a) bankrap/muflis yang belum dilepaskan
b) Memegang apa-apa jawatan berpendapatan
c) Ahli mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri
 Saraan ahli-ahli SPR di bawah peruntukan Parlimen dan
dipertanggungjawabkan di bawah Kumpulan Wang Disatukan
 Parlimen juga membuat peruntukan bagi terma jawatan
FUNGSI UTAMA SPR

Membuat kajian dan persempadanan semula bahagian-


bahagian pilihan raya
Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan
pemilih
Menjalankan pilihan raya umum untuk Dewan Rakyat
atau Dewan Undangan Negeri dan menjalankan pilihan
raya kecil sekiranya berlaku kekosongan
Persempadanan Semula Bahagian- bahagian Pilihan Raya

SPR bertanggungjawab mengkaji semula sempadan


bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri
tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh
persempadanan terdahulu
Syor awal persempadanan hendaklah dimaklumkan
kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana
Menteri dan disiarkan dalam Warta Kerajaan
Pendaftaran Pemilih

Seseorang pemilih itu hendaklah berdaftar dengan SPR


sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya
Seseorang itu layak untuk mendaftar jika :
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh
kelayakan
c) Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan
raya di Malaysia
d) Tidak hilang kelayakan
Hilang Kelayakan Pemilih

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika dia:


a) Pada tarikh kelayakan ditahan kerana tidak siuman
atau menjalani hukuman penjara
b) Sebelum tarikh kelayakan didapati bersalah dan
dihukum mati atau penjara melebihi 12 bulan dan masih
menjalani hukuman penjara semasa kelayakan
c) Didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan
Raya 1954
d) Telah memperoleh kerakyatan asing
KELAYAKAN CALON

Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana


pilihan raya jika memenuhi syarat-syarat berikut:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
ii. Berumur 21 tahun atau lebih pada hari penamaan calon
iii. Tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding
 Seseorang calon hilang kelayakan jika :
i. Tidak siuman/hilang kewarasan
ii. Diisytiharkan bankrap
iii. Memegang jawatan berkepentingan ‘office of profit’ atau gagal
mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya
iv. Telah memperolehi kewarganegaraan asing
v. Didapati bersalah oleh mahkamah Malaysia dan dijatuhi
hukuman penjara melebihi satu tahun atau denda melebihi RM2000
dan belum mendapat pengampunan (boleh bertanding jika diampuni
atau lima tahun selepas tamat hukuman penjara).
Tempoh Pilihan Raya

Pilihan raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan


Negeri diadakan sekali dalam tempoh 5 tahun kecuali jika
dewan dibubarkan lebih awal
Pilihan raya umum diadakan 60 hari selepas tarikh
pembubaran
Pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari dari
tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian,
perletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat itu
hilang kelayakan
Tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh SPR
Proses Pilihan Raya

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula


dengan pengeluran writ pilihan raya olh SPR kepada
pegawai pengurus
Pada tarikh yang sama satu notis akan diwartakan,
menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari
mengundi
Deposit Calon Pilihan Raya

Berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000


bagi kerusi Dewan Undangan Negeri
Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal
memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh
oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu
bahagian pilihan raya berkenaan
Petisyen Pilihan Raya

Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah


Sebarang cabaran atau petisyen keputusan pilihan raya
akan dibawa ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari
selepas tarikh keputusan pilihan raya
Keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu di Mahkamah
Persekutuan
Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya

Belanja berkempen untuk calon pilihan raya dalam


kawasan pilihan raya adalah:
i. - tidak melebihi RM200,000 bagi kawasan Parlimen
ii. - tidak melebihi RM100,000 bagi kawasan Dewan
Undangan Negeri
Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada
Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari
selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam
Warta Kerajaan
Elemen-Elemen Penting Pilihan Raya

Elemen-Elemen Penting Pilihan Raya :


i. Bahagian Pilihan Raya
ii. Pemilih
iii. Calon
iv. Proses Pilihan Raya
Rumusan Proses Pilihan Raya

1. Pengeluaran Writ
2. Penamaan Calon
3. Kempen Pilihan Raya
4. Pengundian
5. Penjumlahan rasmi undi dan pengumuman
6. Keputusan Pilihan Raya
Proses Persempadanan Kawasan Pilihan Raya

Diadakan tidak kurang daripada 8 tahun sejak


persempadanan semula yang terakhir.
Bermula apabila SPR menerbitkan dalam warta kerajaan
dan surat khabar tempatan di mana peta yang
dicadangkan akan dipaparkan di setiap kawasan pilihan
raya yang akan terkesan oleh proses persempadanan
semula.
SPR akan memaklumkan kepada Perdana Menteri dan
Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebelum memulakan
proses tersebut.
Pihak yang boleh membantah cadangan yang
dikemukakan ialah :
~Kerajaan negeri
~Pihak Berkuasa Tempatan
~Kumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya
100 orang pengundi di kawasan pilihan raya yang terkean
dan dalam daftar pemilih semasa
Bantahan boleh dibuat sebelum daripada tarikh
penerbitan SPR dalam warta Kerajaan dan surat khabar.
Dewan rakyat meluluskan persempadanan semula
dengan memerlukan majoriti mudah.
Tetapi sekirnya cadangan tersebut melibatkan
peningkatan jumlah kerusi,Dewan Rakyat perlu meminda
Perkara 46 dalam Perlembagaan Persekutuan dengan
majoriti dua pertiga.
Proses persempadanan akan berakhir apabila SPR
membentangkan cadangannya kepada Perdana Menteri.
Jenis-Jenis Pengundian
Terdapat tiga jenis pengundian di Malaysia:
 Pengundian biasa melibatkan pemilih-pemilih biasa yang akan
mengundi pada hari yang ditetapkan sebagai hari mengundi.
 Pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta
anggota polis dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA)
 Pengundian pos melibatkan pengundi tidak hadir yang terdiri
daripada
• Angkatan tentera dan pasangan
• Anggota polis serta pasangan
• PGA yang terpaksaa menjalankan tugas operasi pada hari
mengundi
• Pelajar di luar negara dan pasangannya
• Kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara dan
pasangannya
• Pengundi-pengundi lain yang dibenarkan mengundi
secara pos ialah :
~Petugas pilihan raya
~Ahli panel, pegawai dan kakitangan SPR
~Mana-mana kategori yang ditetapkan oleh SPR layak
untuk mengundi secara pos melalui pewartaan.

You might also like