You are on page 1of 17

PROGRAM KESELAMATAN

PENGENALAN

 Kesedaran pekerja/pelajar terhadap keselamatan


dan kesihatan perlulah dipupuk dari awal lagi ini
adalah penting bagi menjaga keselamatan diri,
alat, tempat kerja dan persekitaran. Kesihatan
diri perlu juga di ambil berat akan dapat
menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
Program Keselamatan & Kesihatan Di
Tempat Kerja

 Menentukan dasar keselamatan dan kesihatan


yang ingin dicapai.
 Mengenalpasti dan menubuhkan organisasi
pengurusan program.
 Menaksirkan risiko.
 Melaksanakan kawalan risiko.
 Menyemak, menilai dan menambahbaik secara
berperingkat.
KAEDAH MENINGKATKAN KESEDARAN
 Memperbanyakkan program latihan.
 Memperbanyakkan kempen-kempen kesedaran tentang
keselamatan.
 Program keselamatan secara berterusan ataupun berkala.
 Pihak JKKKP mempelbagaikan program-program
keselamatan.
 Menguatkuasakan PPE/APD
 Program pengurusan insentif terhadap keselamatan.
 Program pengedaran visual.
 Menjalankan pemeriksaan secara teratur dan mengejut ke
makmal dan loji.
Rintangan perlaksanaan program
 Kurang sokongan dari pihak-pihak lain dalam organisasi yang
bukan daripada pihak yang menguruskan keselamatan dan
kesihatan.
 kurang kefahaman pihak pengurusan tentang kepentingan
program kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
 Persepsi dari pihak pengurusan bahawa program keselamatan
dan kesihatan pekerjaan membebankan dari segi sumber
kewangan, masa, tenaga dan logistik.
 Kurang komunikasi berkenaan isu keselamatan, matlamat dan
pencapaian.
 Struktur organisasi yang mempunyai cawangan di pelbagai
tempat.
HIRARC
 Pengenalapastian bahaya, penaksiran risiko dan
kawalan risiko (HIRARC) amat penting dalam
amalan untuk merancang, mengurus dan
melaksana sesuatu operasi sesebuah organisasi
kepada pengurusan risiko.
 HIRARC merupakan kewajipan am majikan di
bawah akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 (Akta 514), di mana majikan perlu
menyediakan tempat kerja yang selamat untuk
pekerjanya dan orang yang berkenaan.
Tujuan HIRARC
I. Mengenalpasti semua faktor yang mungkin boleh
mendatangkan mudarat kepada pekerja dan
orang lain.
II. Mempertimbangkan kemungkinan mudarat
tersebut menimpa sesiapa dalam keadaan
tertentu dan keterukan yang mungkin boleh
timbul daripada risiko tersebut.
III. Membolehkan majikan merancang, memperkenal
dan memantau langkah pencegahan untuk
memastikan risiko tersebut dikawal secukupnya
sepanjang masa.
Mengenalpasti Bahaya.
- keadaan tidak selamat.
- tindakan tidak selamat.
Mentaksir risiko.
Kemungkinan.
Keterukan.
Langkah dalam
menjalankan
HIRARC
Mengawal risiko.
Langkah-langkah
kawalan hierarki.
BAHAYA (Hazard):
Sesuatu punca atau sesuatu keadaan yang
mempunyai potensi dimana boleh mendatangkan
mudarat dalam bentuk:
 kecederaan atau kesihatan yang buruk kepada
manusia
 kerosakan harta
 kerosakan alam sekitar
 gabungan daripada mana-mana mudarat tersebut
RISIKO
Kebarangkalian bagi sesuatu hazard
untuk menyebabkan kemudaratan.
 PENAKSIRAN RISIKO
 - Penaksiran risiko ialah proses penilaian risiko kepada keselamatan dan
kesihatan yang timbul daripada bahaya di tempat kerja.
 - Penilaian risiko yang relatif boleh digunakan untuk mengutamakan tindakan
yang perlu diambil untuk menguruskan bahaya di tempat kerja dengan
berkesan.
 Risiko ialah gabungan kemungkinan dan keterukan bagi kejadian berbahaya
tertentu yang berlaku.
 Risiko = Kemungkinan (Likelihood) X Keterukan (Severity)
KEMUNGKINAN CONTOH KADAR
Kemungkinan Berkemungkinan besar berlaku hasil 5
Besar daripada bahaya / kejadian

Mungkin Mungkin boleh berlaku dan bukannya luar 4


biasa
Dapat Mungkin berlaku pada pada masa akan 3
Dijangka datang
Jarang Sekali Belum diketahui berlaku selepas beberapa 2
tahun
Tidak dapat Boleh dikatakan mustahil dan tidak pernah 1
dijangka berlaku KETERUKAN CONTOH KADAR
Malapetaka Banyak kematian, kerosakan harta benda dan 5
pengeluaran tidak dapat dipulihkan
Fatal Menyebabkan kira-kira satu kes kematian 4
tunggal dan kerosakan harta besar jika
berlakunya bahaya
Serius Kecederaan yang tidak membawa maut, 3
hilang upaya kekal
Ringan Menyebabkan hilang upaya tetapi bukan 2
kecederaan kekal
Sedikit Sahaja Sedikit lelasan, lebam, luka, kecederaan 1
jenis rawatan kecamasan
PENILAIAN RISIKO
RISIKO KATEGORI TINDAKAN
15 – 25 TINGGI Risiko TINGGI memerlukan tindakan segera untuk pengawalan
bahaya seperti yang diperincikan dalam hierarki kawalan.
Tindakan yang diambil mestilah didokumentasikan di borang
penilaian risiko termasuk tarikh siap.

5 – 12 SEDERHANA Risiko SEDERHANA memerlukan pendekatan terancang untuk


pengawalan bahaya dan langkah kawalan sementara hendaklah
diambil jika perlu. Tindakan yang diambil mestilah
didokumentasikan didokumentasikan di borang penilaian risiko
termasuk tarikh siap.

1–4 RENDAH Sesuatu risiko yang dikenal pasti sebagai RENDAH boleh dianggap
sebagai boleh diterima dan pengurangan risiko selanjutnya
mungkin tidak perlu. Walau bagaimanapun, jika risiko boleh
diselesaikan dengan cepat dan cekap, langkah-langkah kawalan
hendaklah dilaksanakan dan direkodkan.
CONTOH BORANG HIRARC
PELAN TINDAKAN KECEMASAN /EMERGENCY
RESPONSE PLAN (ERP)
 Pelan Tindakan Kecemasan atau Emergency Response Plan
(ERP) adalah pelan tindakan yang digunakan oleh
organisasi semasa kecemasan. Pasukan yang bertindak
mengikut ERP dikenali sebagai
 Pasukan Tindakan Kecemasan. Pasukan ini ditubuhkan di
dalam sesebuah organisasi dan adalah bertujuan untuk
menggerakkan, menjalankan dan menyelia kerja-kerja
menyelamat dalam menghadapi bencana seperti
kebakaran, letupan, tumpahan kimia, runtuhan dan lain-
lain lagi.
Objektif
1. Untuk melindungi nyawa manusia :
 Dengan adanya persiapan bagi memberi rawatan awal
kepada mangsa bencana.
2. Untuk melindungi harta benda dan peralatan :
 Dengan adanya persiapan bagi menghadkan kemusnahan
seperti memadamkan kebakaran dengan segera.
3. Untuk memelihara alam sekitar :
 Dengan adanya persiapan bagi menghadkan pencemaran
seperti menghentikan kebocoran kimia dengan segera.
4. Untuk mengurangkan komplikasi bencana :
 Dengan mengembalikan operasi kerja seperti sediakala
dengan segera.
LANGKAH-LANGKAH PENILAIAN
Terdapat tujuh (7) langkah dalam Penilaian
Tahap Keselamatan.

You might also like