You are on page 1of 19

kastenat

• Cara Memegang dan Teknik Memainkan Kastenet


• Rupa bentuk Kastanet diperbuat daripada kayu atau
plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat
dengan tali atau getah.

Cara memegang dan memainkan kastanet :


• Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan
pada jari tengah dan biarkan kastanet terletak di atas
tapak tangan kiri @ kanan. Ketuk kastanet dengan
hujung jari tangan kanan @ kiri.
tamborin
• Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tamborin
• Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya
diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya
terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi
apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu
tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
• Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke
kiri dan ke kanan.
• Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi
tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan
kanan @ kiri.
Kayu tik -tok
• Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu.
Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-
tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang
dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama
dengan bunyi daripada bahagian kiri.

Cara memegang dan memainkan tik-tok


• Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya
dengan tangan kanan.
• Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara
bergilir-gilir.
loceng
• Cara Memegang dan Teknik Memainkan Loceng
• Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang
dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat
daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada
bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang
halus dan nyaring apabila digoncang.
Cara memegang dan memainkan loceng :
Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam
bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila
ia digoncang.
• Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian
ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang
menggenggam loceng
dram
• Cara Memegang Kayu Dram
• Terdapat dua pilihan pegangan (grip) iaitu matched grip dan traditional grip.
Matched grip atau Genggaman Sepadan paling popular digunakan oleh pemain-
pemain dram set bagi lagu pop, country, metal, rock dan lain-lain genre. Ia juga
digunakan untuk dram getar dalam orkestra atau brassband. Sesetengah pendapat
menyatakan bahawa matched grip lebih mudah dan bersifat semula jadi. Pegangan
jenis ini juga mirip kepada American Grip, French Grip dan German Grip.
Pegangan kedua ialah traditional grip. Walaupun ianya juga pilihan yang baik dan
popular di kalangan pemain dram, ianya memerlukan latihan yang cukup untuk
menguasai pegangan ini. Traditional grip sering dimainkan dalam persembahan
orkestra dan marching band kerana mungkin kedudukan dram samping yang
digantung pada tubuh mempunyai sudut yang sesuai dengan pegangan ini.
Pegangan ini juga digunakan oleh pemain ternama (berkemahiran tinggi) dram set
dalam pelbagai genre.
• Posted by sf Ten at 04:06
• Cara Memainkan Dram Getar / Snare
• Dram getar mempunyai dua permukaan. Permukaan bawahnya
terdapat gegetar yang bergetar apabila diketuk. Sepasang kayu
pemukul digunakan untuk memainkannya.
Cara mengendali dan memainkan dram getar :
Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa
dan pastikan badan tidak rapat dengan dram, atau
• Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk
posisi di samping sahaja)
• Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu
tersebut.
• Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir.
• Cara Memainkan Dram Bes
• Dram bes menggunakan “stand” atau
digantung dan disandarkan pada bahagian
perut pemain. Ia menggunakan pemukul khas.
Paluan bahagian tengah muka dram pad kiri
dan kanan. Dram juga boleh dipalu dengan
menggunakan sebelah tangan sahaja.
• KLASIFIKASI ALAT PERKUSI
• Alat Perkusi Tidak Berpic
Alat muzik yang tergolong dalam permainan muzik perkusi
adalah :
Diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang
• Setiap alat menghasilkan satu ton sahaja.
• Biasanya dalan keluarga “membranofon” dan “Ideofon”.
• Mudah dipelajari dan diiringi oleh satu alat muzik utama
sahaja seperti piano, melodian atau lain-lain yang biasanya
dimainkan oleh guru pengiring serta rakaman audio.
• Alat Perkusi Berpic
Semua jenis bunyi terhasil daripada getaran. Gelombang getaran diukur
menggunakan unit ukuran Hertz, iaitu bilangan getaran lengkap setiap satu saat.
Pic ialah standard getaran yang telah ditetapkan oleh ahli muzik terhadap bunyi
daripada getaran yang stabil. Contohnya pic A mempunyai ukuran sebanyak 440Hz.
Ukuran ini hanya boleh didapati daripada getaran bunyi yang stabil sahaja. Getaran
yang tidak stabil tidak boleh dikukur unit Hznya.

• Oleh kerana ciri-ciri getaran alat perkusi yang terhasil ada yang stabil dan ada yang
tidak stabil, maka alat perkusi juga turut dibahagikan kepada alat muzik perkusi
berpic dan alat muzik tidak berpic. Getaran yang stabil menghasilkan bunyi pic
manakala getaran yang tidak stabil menghasilkan bunyi tanpa pic.

• Alat perkusi berpic boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 not dalam pic yang
tepat dan standard. Alat-alat ini boleh memainkan melodi atau lagu.

Contohnya: vibraphone, xylophone, marimba, gambang, slentem, caleste, tubular
bells, glokenspiel, angklung dan timpani.

You might also like