You are on page 1of 12

Topik 4 : Isu-Isu Global dan Kaitannya Terhadap

Negara

• Isu alam sekitar


- Menganalisis tahap kualiti alam sekitar
dunia
• Isu kejuruteraan genetik
- Membincangkan kelebihan dan
keburukan kejuruteraan genetik dalam
bidang pertanian
Hasil Pembelajaran:
• Menganalisis isu-isu global dan impaknya
terhadap peluang pendidikan untuk semua.
Isu Alam Sekitar
• Dalam usaha mengejar kemodenan negara dan meningkatkan
taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek
pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan.
• Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan
modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan hal
ini mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar yang
teruk.
• Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan
manusia dan sumber-sumber ekonomi.
• Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke
atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan
mestilah diseimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan alam.
• Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,
pencemaran adalah sebarang perubahan sama
ada secara langsung atau tidak langsung kepada
sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras
radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling
dengan melepaskan, mengeluarkan atau
meletakkan buangan hingga menjejaskan
kegunaan-kegunaan berfaedah yang
menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau
mungkin berbahaya kepada kesihatan,
keselamatan atau kebajikan awam atau
organisme-organisme lain, tumbuhan dan haiwan.
Perbincangan kumpulan:

1. Punca-punca pencemaran udara


2. Punca-punca pencemaran air
3. Langkah-langkah mengatasi isu
pencemaran alam sekitar
Isu Kejuruteraan Genetik
• Kejuruteraan genetik adalah istilah yang digunakan
kepada pengubahsuaian genetik sesuatu organisme.
• Kejuteraan genetik juga dikenali sebagai teknologi DNA
rekombinan kerana gen yang terdiri daripada urutan
DNA tertentu diasingkan dan digabung semula dengan
DNA organisme lain.
• Teknologi ini membolehkan manusia memindahkan
sesuatu maklumat genetik yang berguna daripada
sesuatu spesis organisme kepada spesis organisme lain
• Perkara ini tidak dapat dilakukan dengan teknik
pembiakan biasa.
• Kejuteraan genetik menggunakan teknik
pengklonan dan pengubahsuaian molekular
untuk mengubah struktur dan ciri gen secara
langsung.
• Kejuteraan genetik telah berjaya dalam
beberapa kegunaan termasuk dalam
meningkatkan teknologi tanaman, pembuatan
insulin manusia tiruan dan pengeluaran tikus
makmal bagi penyelidikan kanser.
• Bincangkan kelebihan dan
keburukan kejuruteraan genetik
dalam bidang pertanian.
Perbincangan
• Satu cara melakukan kejuruteraan genetik
ialah recombinant DNA atau gene splicing iaitu
penggabungan gen. Tindakan ini bermaksud
DNA drpd satu organisme sama ada haiwan,
manusia atau tanaman boleh diubah kepada
sifat-sifat yang diingini.
Buktikan pernyataan di atas dengan
mengemukakan hujah-hujah yang relevan.
Pertanian

• Bagi industri pertanian, aspek kualiti dan komposisi


nutrien yang dapat diperbaiki ataupun diubahsuai
akan dapat meningkatkan permintaan terhadap hasil
pertanian tersebut berbanding dengan tanaman
secara organik.

• Pengeluaran hasil pertanian negara bertambah untuk


eksport

• Negara berupaya membekalkan hasil pertanian secara


tetap kepada pasaran.

• Pulangan yang stabil bagi negara.


• Melambatkan kadar proses pengoksidan hasil tanaman
• Melambatkan kerosakan buah-buahan yg disebabkan tindak
balas kimia
• Peningkatan kandungan mineral dan antioksidan seperti
karotenoid, flavanoid, vitamin A, C dan E dalam tumbuhan
jenis ini
• Sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihasilkan melalui
proses kejuruteraan genetik lebih tahan lama

• Manusia mampu untuk menjalankan eksperimen-eksperimen


yg mencampurkan benih dari spesies binatang dengan
binatang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesies yg
lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis lembu,
kambing dan anjing yg lebih baik dari segi penghasilan susu,
daging, kulit dan juga kecantikan. (Penternakan)
Kesihatan
• Antara aplikasi terpenting yg wujud drpd teknologi DNA
rekombinan ialah pengubahsuaian sel bakteria supaya ia
berfungsi sebagai penjana protein manusia. Interferon,
jenis protein yg digunakan untuk merawat jangkitan
virus dan sesetengah barah, dan juga hormon insulin,
merupakan antara produk terawal DNA rekombinan.

• Penghasilan vaksin melalui proses DNA


rekombinan bermakna ia lebih murah, tulen,
spesifik, dan tidak menyebabkan kesan
sampingan yg banyak dan memudaratkan

You might also like