You are on page 1of 55

BPME 1013

ASAS KEUSAHAWANAN

LECTURER : MOHD. SUFLI BIN YUSOF

Email : mohdsufli@uum.edu.my
Room no. : 384 Main Building FPP
Tel no. : 9286553
Usahawan & WANG
 Apakah yang ada di fikiran anda?
BAB 1
PENGENALAN KEPADA
KEUSAHAWANAN
INTRODUCTION TO
ENTREPRENEURSHIP
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
 Mengetahui sejarah & asal usul keusahawanan
dr sudut pelbagai bidang.
 Mengetahui definisi usahawan dan
keusahawanan dari pelbagai perspektif dan
tokoh2 terkemuka.
 Mengetahui kepentingan aktiviti
keusahawanan dalam kehidupan seharian kita.
 Memberi takrifan mengenai siapa yang
dikatakan sebagai usahawan dengan disertai
ciri-ciri tertentu.
 Memberi takrifan mengenai siapa yang
dikatakan sebagai usahawan menurut konsep
Islam.
Siapa Usahawan?

Usahawan
- individu yg mengusahakan
perusahaan/perniagaan
-bermotif untuk memperolehi
keuntungan
-mengamalkan amalan strategik
untuk berjaya
MANFAAT PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA
 Menarik sumbangan kewangan yg besar drpd sektor
swasta
 Menghasilkan individu serba boleh.
 Meningkatkan bil. usaha teroka/perniagaan baru
 Menghasilkan pemimpin perniagaan yg berjaya
 Mencipta kekayaan
 Juara inovasi
 Menghasilkan peluang2 teknologi
MANFAAT PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN KPD INDIVIDU
 Daya kreativiti yg tinggi
 Bermotivasi ke arah kejayaan
 Berkeyakinan
 Tabah
 Berkebolehan bekerja di dalam keadaan yg tidak
menentu
 Daya tahan & daya saing yg tinggi
 Pandai mencari peluang
 Tidak mudah menganggur
MANFAAT PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN KPD
MASYARAKAT
 Mampu melahirkan masyarakat yg berdikari
& berjaya
 Melahirkan ramai usahawan
 Merebut peluang
 Mengumpul sumber
 Mencipta & memasarkan produk yg
mempunyai nilai tambah
MANFAAT PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN KPD NEGARA
 Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
 Meningkatkan daya saing negara di peringkat
global
 Menyediakan peluang pekerjaan kepada
masyarakat umum & golongan terpinggir
 Mengurangkan kadar kemiskinan
Kepentingan Keusahawanan
 BANK DUNIA mengiktiraf aktiviti keusahawanan
kepada negara2 sedang membangun.
 Pembelajaran keusahawanan berjaya membuahkan
hasil-graduan berupaya menubuhkan perniagaan
mereka sendiri.
 Pendapatan negara meningkat. Negara bertambah
maju dan terkenal.
KONSEP USAHAWAN &
KEUSAHAWANAN
 Usahawan – Entrepreneur (Richard Cantillon)
 Entrepreneur – “Entreprendre” (B.Perancis)
 Bermaksud “memikul tugas atau mencuba”.
 Usahawan berasal drpd perkataan usaha
 Ciri2 usahawan: daya usaha, kreativiti, inovasi,
percaya kpd diri sendiri, keupayaan mengambil
risiko dll.
Usahawan – Takrifan UMUM
 Seseorang yang mengusahakan sesuatu
perniagaan sehingga berjaya dengan
motif memperolehi keuntungan di
samping mengamalkan amalan-amalan
yang strategik untuk terus berjaya.
Definisi Usahawan…
 Usahawan sebagai ejen yang membeli alat-alat
pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang
boleh dipasarkan.
 (Richard Cantillon)

 Usahawan ialah individu atau kumpulan yang


menganggap tugas menentukan jenis-jenis
perniagaan dan membuat keputusan mengenai
bentuk barangan dan perkhidmatan atau saiz
perniagaan serta pasaran tumpuan.
 (Evans)
KONSEP KEUSAHAWANAN

* Webster’s New World


- Usahawan ialah seseorang yang
mengorganisasi dan mengurus pengambil
alihan, mengandaikan risiko demi
keuntungan
KONSEP KEUSAHAWANAN

Hull, Bosley & Udel (1980):


- Individu-individu yang membeli @ mewarisi
perniagaan sedia ada dengan niat (dan
usaha berterusan) untuk meluaskannya.
KONSEP KEUSAHAWANAN

Meredith, Nelson & Neck (1982)


- Usahawan ialah orang yang mampu melihat
dan menilai peluang-peluang perniagaan
menggabungkan keperluan sumber-sumber
untuk mengambil peluang serta mengambil
tindakan bersesuaian demi memastikan
kejayaan.
KONSEP KEUSAHAWANAN
- Definisi lain:
 Sexton dan Bowman-Upton(1991)
 Kao(1995)
 Coulter (2000)
 Hisrich dan Peters (2002)
 Kuratko dan Hodgetts (2004)
Definisi keusahawanan

 Sexton dan Bowman-Upton (1991) jelaskan:


satu proses mengenalpasti peluang-peluang
dalam pasaran, menyusun sumber-sumber
untuk mencapai objektif dan tindakan
seterusnya mengeksplotasi keperluan sumber-
sumber bagi kepentingan peribadi dalam
tempoh jangka masa panjang.
 Hisrich dan Peters (2002):
Satu proses penciptaan sesuatu yg baru
ditambah nilai serta keperluan usaha dan
masa, andaikan kewangan, psikik dan risiko
sosial serta menerima anugerah dalam bentuk
wang dan kepuasan peribadi dan kebebasan.
 Kao (1995): satu proses mencipta sesuatu yang
baru (kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan
mencipta kekayaan untuk individu dan
menambah nilai kepada m’kat dan usahawan
adalah org yg melalui proses penciptaan
kekayaan dan nilai tambah tersebut melalui
inkubator idea-idea, penyusunan sumber-
sumber seterusnya melaksanakannya.
 Dengan tercetusnya definisi usahawan dan
keusahawanan, wujud 3 tema:
I. Satu proses-1 siri keputusan dan tindakan
yg berterusan.

2. Inovasi- perubahan, revolusi, perpindahan


dan pendekatan baru.

3. Penciptaan nilai- produk baru,


perkhidmatan, transaksi, pendekatan dan
sumber-sumber.
KONSEP KEUSAHAWANAN

Ciri-ciri yang diperolehi dari definisi


keusahawanan

Proses Usahawan

Innovasi
Keunikan
DEFINISI
Wujudkan
Pertumbuhan Organisasi

Keuntungan Penciptaan Nilai


Sumber: Gartner, W.B.,”What Are We Talking About When We Talk About
Entrprenreneurship?” Journal of Business Venturing, Vol, 1990,ms15-28.
KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN &
USAHAWAN - dari sudut pengurusan

Perancangan

Pengorganisasian PRINSIP Pengrekrutan


PENGURUSAN
FAYOL

Kepimpinan Kawalan
TEORI KEUSAHAWANAN
 Ahli ekonomi yg mempelopori kajian
keusahawanan : Richard Cantillon & J.B Say
(kurun ke 18, tahun 1775)
 Ahli sosiologi: Max Weber (1905)
 Ahli psikologi: McClleland (1961)
 Di Malaysia : Penggubalan DEB
TEORI & MODEL
KEUSAHAWANAN

TEORI & MODEL KEUSAHAWANAN

Ekonomi Sosiologi Psikologi

Schumpeter Weber Model Baka

Marshall Hagen Teori Kehendak


& Pencapaian
Israel Kirzner Gibb &
Ritchie
TEORI-TEORI DAN MODEL
KEUSAHAWANAN
 i) Perspektif ahli ekonomi
 Joseph A. Schumpeter– inovasi sebagai ciri
keusahawanan. Bawa pembaharuan.
 Alfred Marshall- 1 proses evolusi ie hayat
sesebuah perniagaan dari peringkat awal
hingga luput.
 Israel Kirzner – soal ketidaktentuan/
“uncertainty”. Libatkan kegiatan ekonomi. Org
tengah/ “arbitrageur’”.
 ii) Perspektif ahli sosiologi

Max Weber- elemen keagamaan sebagai asas


untuk mencapai kejayaan.

 Hasilkan buku The Protestant Ethics and The


Spirit of Capitalism (1985).
 Everett Hagen- Kemukakan teori bahawa proses
melahirkan usahawan berlaku di kalangan
kumpulan bawahan yang tidak puas hati dlm
sesebuah masyarakat.

 Maka, kegiatan-kegiatan ekonomi dan


penerokaan dalam bidang perniagaan yang baru
diambil kira untuk mengatasi rasa ridak puas
hati itu.
 Gibb dan Ritchie
- 2 tokoh akademik British terkenal dlm bidang
sosiologi.
- Kemukakan 1 model: model pembangunan sosial.
- Memberi anjakan ke arah melahirkan usahawan-
usahawan baru.
- Konsep sosialisasi berbentuk interaktif( tindak
balas di antara individu2 belum berniaga dgn
suasana perniagaan.
iii) Perspektif ahli psikologi
 Model Baka
 Ahli psikologi memandang golongan
usahawan sebagai seseorg yg mempunyai
identiti tersendiri.
 Ada sifat atau kelebihan yang terdapat pada
usahawan tapi tidak pada orang lain seperti
inisiatif, keupayaan merancang, mengambil
risiko, kecekalan dan bijak mengesan peluang.
 Pendokong utama model ini Mc Clelland,
Lynn dan Schrage.
 Teori Kehendak Pencapaian
 Dipelopori oleh McClelland (1961).
 Kaitkan ilmu keusahawanan dengan teori
kehendak pencapaian.
 Model ini telah diuji di India dan negara
membangun yang lain bg mencari
penyelesaian masalah sosio-ekonomi.
1.5 SEJARAH PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN
 Awal abad ke-18, Richard Cantillon
bangunkan teori-teori awal usahawan.
 Karya “Essai sur la de commerce en general”
merupakan terbitan pertamanya selepas 20
tahun kematiannya.
 Dlm “Essai”, beliau perhati dan dapati
saudagar, petani, tukang dan pemilik peniaga
tunggal beli pada harga lain, jual pada
harga lain.
 Istilah “entreprendre” merujuk individu yg
sanggup mengambil risiko dan mengejar
peluang-peluang yang ada.

 Juga berkecimpung dlm pertukaran utk mengaut


keuntungan di samping amalkan ‘pertimbangan
perniagaan’ dlm menghadapi risiko yang tidak
dijangka.

 Beadeau (1730-1790) – usahawan dilihat


seseorg yg telah melakukan inovasi.

 Rekabentuk dan aplikasi teknik-teknik baru dlm


usaha krgkan kos, tingkatkan keuntungan.
 J.B.Say (1767-1832)- tekankan kualiti
pertimbangan keusahawanan, semangat kental
dan berupaya selesaikan masalah usahawan
lain.
 Schumpeter – usahawan sebagai mereka yg
lakukan inovasi dgn istilah ciptaan perniagaan
baru, eskplotasi sesuatu rekaan.
 Beliau krg setuju usahawan dikaitkan dgn
inovasi sebaliknya bagaimana usahawan
jalankan perniagaan tanpa inovasi.
 Schumpeter jelaskan inovasi mungkin terdiri
daripada banyak jenis & berpunca dpd:
 Penghasilan produk baru atau
pembaikan dlm kualitinya.
 Kemajuan kaedah penghasilan produk yg
baru
 Pembukaan pasaran baru
 Penguasaan sumber bekalan baru dan
 Organisasi yg baru dlm industri.
 Mc Clelland (1961) – kunci kpd peribadi
keusahawanan terletak pd motivasi kejayaan
seseorg usahawan.
 Rotter (1966) – usahawan mempunyai lokus
kawalan ie. Mereka yg percaya diri mereka
mampu mengawal takdir mereka sendiri.
 Drucker (1964) – melihat usahawan sebagai
seseorg yg memaksimumkan sesuatu peluang.
Juga kaitkan kepimpinan dlm keusahawanan.
 Schultz (1980) - gelagat keusahawanan
dimanifestasi oleh org lain berbnding dgn
mereka yg terlibat dlm perniagaan.
 Carson (1982) - konsep psikologi antara
perkara yg membentuk gelagat
keusahawanan.
 Kets de Vries (1996) – usahawan sebagai
pembuat risiko berbanding mengambil risiko
kerana selalunya mereka menggunakan
modal org lain.
 Bolton & Thompson – usahawan sebagai
invidu yg merekacipta dan inovasi sesuatu
yg bernilai apabila wujudnya peluang.
 Jadual 1.1 (m/s 11) menerangkan ringkasan
perkembangan keusahawanan
 Dari tahun 1681-1996
 Tokoh2 terlibat.
PERKEMBANGAN PENGAJIAN
KEUSAHAWANAN DI IPT
 Lebih kurang 1000 buah universiti di Amerika Sykt.
menawarkan kursus keusahawanan (Harvard, Stamford,
Canbridge dll).
 Universiti St. Thomas memberi pengiktirafan kpd kursus
keusahawanan sebagai kurikulum liberal arts di peringkat
sarjana muda.
 Di Malaysia, UUM menawarkan BEnt. dan kurikulum
keusahawanan yang meliputi Siswaniaga, Francais,
Percambahan Keusahawanan, Perunding Muda, Persolekan,
Busana, Hiasan Dalaman & Katering.
 CEDi di UUM
 Pusat Pembangunan Keusahawanan Malaysia (MEDEC) di
UiTM.
1.6 PENDIDIKAN
KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA
 Beberapa kementerian dan institut yang berperanan
membangunkan keusahawanan di Malaysia
 MARA, MOSTI, Kementerian Belia & SUkan, FMM,
DPM, SIRIM, PUNB, Agro Bank, SME Bank.
 Yayasan TEKUN, PNB, Uda Holdings, Bank Rakyat,
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, INSKEN.
 UiTM- MEDEC & terawal memperkenalkan kursus
keusahawanan.
 UUM – CeDi & Program Keusahawanan serta wajib
lulus Asas Keusahawanan.
 UPM & UMS – keusahawanan sebagai minor atau
pengkhususan kepada bidang BBA.
 UM – sebagai kursus elektif di Jabatan Polisi & Strategi
Perniagaan.
 UUM,USM, UPM,UiTM, UTM & UMK – pusat
pembangunan dan penyelidikan keusahawanan.
1.7 KEUSAHAWANAN
MENURUT ISLAM
o Dari sudut Islam, perniagaan merupakan
aktiviti penting sejak sekian lama.
o Habil, anak nabi Adam telah pelopori bidang
pertanian manakala Qabil usahakan bidang
penternakan.
o Nabi Muhammad mengembala kambing
semasa baginda masih kecil.
o Turut membantu perniagaan bapa
saudaranya.
 Rasullullah SAW
 Jujur, amanah, bertgjwb, sihat, pintar & pandai
mentadbir perniagaan.
 Siti Khadijah bt Khuwailid
 Nabi Nuh AS - ??????
 Nabi Daud - ???????
 Nabi Ibrahim – ???????
 Nabi Yaakob - ???????
o Uruskan perniagaan Sayyidatina Khadijah r.a
sehingga mendapat gelaran “al-amin” (amanah).
o Keusahawanan amat digalakkan dlm Islam.
o Hadis riwayat Tirmizi “ 9/10 sumber rezeki
adalah daripada perniagaan”.
o Menurut Islam, perniagaan melibatkan aktiviti
jual beli iaitu pertukaran barangan yg
dilaksanakan oleh manusia utk penuhi keperluan
kehidupan seharian serta memberi keselesaan
hidup.
o Aktiviti keusahawanan membolehkan manusia
atau pihak peniaga memperolehi rezeki yg
halal.
o Firman Allah;”... Dan Allah telah menghalalkan
jual beli dan mengharamkan riba…” (terjemahan
Surah al-Baqarah 2:275).
o Islam anggap keusahawanan sebagai satu
ibadah.
o Ibadah bukan semata-mata solat, puasa, zakat,
haji, doa, zikir dan sebagainya tetapi berniaga
juga sebagai ibadah.
o Di Madinah, Nabi Muhammad telah bina masjid
dan diikuti sebuah pasar.
o Apa tujuannya???
o Masjid: laksana ibadat khas
o Pasar: urusan perniagaan
o Kedua-duanya sebahagian ibadah kepada Allah
s.w.t dlm pengertian umum.
o Aktiviti perniagaan bukan sahaja penuhi
kehidupan manusia tetapi kumpul harta
kekayaan di samping membuat amal jariah.
o Supaya hidup lebih sempurna utk diri dan
keluarga serta tidak bergantung kpd belas ihsan
org lain.
o Usahawan berjaya digelar al-Falah iaitu
mendapat keredhaan Allah.
o Tinggalkan perniagaan dilarang dan
mendahulukan keredhaan Allah.
o Usahawan perlu memiliki akhlak yg mulia,
sentiasa jujur, amanah, benar dan bertimbang
rasa kpd org lain.
o Pelanggan bukan shj menilai produk tetapi pada
keperibadian usahawan itu juga.
o Memberi nilai tambah kpd usahawan dan
pemangkin kejayaannya.
1.8 KEUSAHAWANAN SATU
CABANG JIHAD & AMAL
SOLEH
 Keusahawanan dianggap sebagai jihad fi sabilillah
(dilakukan secara bersungguh-sungguh demi
menegakkan ajaran Islam dan meninggikan syiar
Islam).
 Menjadi sumber rezeki kpd m’kat (wujud peluang
pekerjaan).
 Basmi kemiskinan utk hapuskan masalah sosial,
maksiat, jenayah dan segala perbuatan mungkar.
 Ibadah dan amal soleh adalah amalan baik
dan merapatkan hubungan antara manusia
dgn Allah (hablul minallah) serta antara
manusia dgn manusia lain (hablul minanas).

 Muhammad Ali Hashim (2003) sifatkan amal


soleh:

a) Cipta produk / perkhidmatan / pendekatan yg


dinikmati faedahnya berpanjangan.
b) Pasarkan produk dgn efisyen dan berkesan
(kos sedikit) dan manfaat seramai yg mungkin.
c) Jana peluang pekerjaan & sumber rezeki kpd
anggota syarikat & tanggungan mereka.
d) Peluang peningkatan kerjaya dan berterusan
tingkatkan pendapatan.
e) Tingkatkan taraf hidup sehingga kehiduapan
menjadi lebih sempurna.
f) Teguhkan taraf ekonomi dan sosial &
tingkatkan maruah bangsa, agama dan negara.
g) Kuatkan pertahanan ekonomi bangsa.
h) Bantu membina khairun ummah.
1.9 GARIS PANDUAN UTAMA
KEUSAHAWANAN DALAM
ISLAM
Terdapat beberapa syarat utk jadikan
keusahawanan sebagai ibadat:
I. Melakukan apa yg disuruh
II. Menjauhi apa yg dilarang
III. Mengamalkan sifat-sifat yg baik
IV. Perancangan dan strategi perniagaan
V. Mengetahui hukum hakam perniagaan
1.10 KESIMPULAN
 Konsep usahawan dan keusahawanan
membawa satu definisi serta perspektif yg
sgt luas.
 Memberi gambaran bahawa bukan setakat
aktiviti perniagaan tetapi melibatkan
pembentukan ciri-ciri perwatakan seseorg
usahawan di samping proses-proses lain yg
perlu dilalui.
 Tidak ada satu definisi khas yg ditetapkan bagi
terma usahawan dan keusahawanan kerana
bidang ini sentiasa berkembang mengikut trend
dan peralihan masa serta persekitaran dan
ekonomi negara.
SOALAN LATIHAN
1. Dari manakah asal-usul perkataan usahawan dan siapakan
yg memperkenalkannya?
2. Nyatakan 3 definisi usahawan dan keusahawanan menurut
perspektif-perspektif yg anda ketahui atau mana-mana tokoh
yg terkenal.
3. Apakah kepentingan aktiviti keusahawanan dlm kehidupan
seseorg individu?
4. Bagaimanakah anda mentafsirkan seseorg itu sebagai
usahawan? Nyatakan ciri-ciri yg anda ketahui dan pelajari.
5. Nyatakan secara ringkas konsep usahawan dan
keusahawanan menurut Islam.

You might also like