You are on page 1of 77

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM

KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI


MALAYSIA
6.1
Pengenalan
6.5
Rasional Perkara
153
6.2
TAJUK 6: Konsep
PERLEMBAGAAN Perlembagaan 6.6
MALAYSIA DLM
KONTEKS HE DI Rasional Perkara
MALAYSIA 152
6.3 Sejarah
Penggubalan
Perlembagaan
Malaysia 6.7
Rasional Perkara
6.4 Unsur-unsur 3
Tradisi Dalam
Perlembagaan
Malaysia
Pengenalan

 Perimbangan peruntukan antara orang


Melayu dengan orang bukan Melayu
dalam perlembagaan:
 Islam agama persekutuan tetapi agama lain
bebas diamalkan
 Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan
tetapi bahasa lain dibenarkan
 Kedudukan Istimewa orang Melayu dan
bumiputera tetapi hak etnik lain tidak boleh
dilucutkan
Konsep Perlembagaan

 Definisi
 Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan
prosedur serta tanggungjawab pihak yang
mengawal dan memandu hubungan di antara
satu autoriti dengan autoriti yang lain dan
juga antara autoriti dengan rakyat awam
 Dasar atau formula yang menyatakan tugasan
kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara
dibahagikan dan digunakan
 Jenis Perlembagaan

 Bertulis –
• merupakan bentuk perlembagaan yang
dikumpul dan disusun dalam satu dokumen
 Tidak bertulis –
• merangkumi semua prinsip perlembagaan
yang tidak terkumpul dalam satu dokumen
seperti undang-undang yang diluluskan
oleh parlimen dan keputusan-keputusan
mahkamah
 Perlembagaan Malaysia sepintas lalu

 Bertulis
 Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan
13 Jadual
 Menyentuh bidang kuasa perundangan,
kehakiman dan eksekutif
 Menyentuh juga aspek bahasa, agama,
kewarganegaraan, hak istimewa dan
sebagainya
 Tujuan Perlembagaan

 Sumber undang-undang tertinggi


sesebuah negara dan setiap individu
perlu mematuhi keluhurannya.
 Panduan mengatur dan menyelaras
pemerintahan sesebuah negara.
 Panduan bagi pembentukan undang-
undang sama ada di pihak kerajaan
atau rakyat atau sesiapa sahaja
Pindaan Perlembagaan (3)

 Perkara 159 (4)-


 memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap
dewan.
 Contoh: sumpah dan ikrar taat setia,
pemilihan dan persaraan ahli-ahli
Dewan Negara dan meliputi perkara-
perkara yang tidak disebut dalam
perkara lain.
Pindaan Perlembagaan
 Perkara 161 (E)
 perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan
dan dipersetujui oleh Yang dipertua Negeri
Sabah dan Sarawak bagi melibatkan
kepentingan Sabah dan Sarawak
 CONTOH; bidang kuasa kerajaan negeri,
kedudukan istimewa bumiputera, imegresen.
Pindaan Perlembagaan
 Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap
dewan dan perkenan Majlis Raja-
Raja.
 Contoh: Kedaulatan raja-raja,
kedudukan istimewa orang Melayu,
Bumiputera Sabah dan Sarawak,
bahasa kebangsaan dan agama
persekutuan.
 Konsep Ketertinggian Perlembagaan

 Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan,


kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan
Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan
 Contoh:
• 1. Kuasa perundangan hendaklah dijalankan
tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan
oleh Perlembagaan.
• 2. Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah
juga dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan
yang dikenakan oleh perlembagaan
 Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah
undang-undang utama persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan yang berlawanan
dengan perlembagaan adalah setakat mana yang
berlawanan itu terbatal.
Sejarah Penggubalan

1. Perjuangan berdarah: dipelopori oleh orang Melayu


i. Penentangan terhadap penjajahan Siam di
Zaman Melaka.
ii. Penentangan terhadap penjajahan Portugis di
Melaka.
iii. Penentangan terhadap penjajahan Belanda di
Melaka.
iv. Penentangan terhadap penjajahan Inggeris di
Naning, Selangor, Perak, Negeri Sembilan,
Pahang, Sarawak, Sabah, Kelantan dan
Terengganu.
v. Penentangan terhadap penjajahan Jepun.
 2. Peranan golongan intelek, Persatuan
dan media massa.

• Munculnya intelek-intelek Melayu (Abad 20) yang


sedar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan bukan
sahaja melalui senjata tetapi juga melalui
perundingan.
# Syed Syeikh al-Hadi, Rahim Kajai, Pak Sako, Ibrahim
Yaakob, Mohamad Eunos.
• Lahirnya pertubuhan-pertubuhan (Kesatuan Melayu
Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu
Selangor)
• Media massa (Al-Imam, Majlis, Utusan Melayu,
Saudara) digunakan sebagai medium untuk
menentang penjajah.
 Inggeris telah memperkenalkan
Pentadbiran Tentera British (British
Military Administration – BMA) oleh PKM
setelah 14 hari kekacauan berlaku,
seterusnya digantikan dengan Malayan
Union
 MALAYAN UNION. 10 OKT 1945.

 Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan:

1.Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan


kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri
seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-
Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu.
2.British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana
orang Melayu bekerjasama dengan Jepun dan
pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa
Raja-Raja Melayu.
3.Menjadi asas kepada British untuk masyarakat
tempatan bagi memerintah negara sendiri.
 Ciri-ciri Malayan Union.

1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di


bawah pemerintahan Gabenor British yang dibantu
oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis
Undangan.

2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.

3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan kecuali


dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu
sahaja.

4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang


tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan.
Pengenalan Malayan Union telah memberikan hak
warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di
Tanah Melayu.
 Penentangan orang Melayu terhadap
Malayan Union.
 Tentangan orang Melayu kerana:
1. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan.

2. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal


sebagai tanah jajahan Inggeris.

3. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli


iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih
sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union,
secara terus menjadi warganegara.

4. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa


mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak
memiliki apa-apa keistimewaan.

5. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan


raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan
dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua
iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau
dilucutkan dari tahta pemerintahan.
 British telah membatalkan cadangan
menubuhkan Malaya Union lalu menubuhkan
Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri
daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua
wakil UMNO dan enam pegawai British
 Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka
sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima
oleh orang Melayu.
 British menubuhkan Jawatankuasa Perundingan
pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang
Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk
mendapatkan pandangan orang bukan Melayu
mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu.
Ciri-ciri penting dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1 Feb 1948:
 Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan
termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal menjadi
tanah jajahan yang berasingan.
 Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi
British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
 Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli
iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan tiga ahli ex-
officio.
 Sultan-sultan diberi hak dan kuasa memerintah dengan
nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis
Undangan Negeri.
 Syarat kewarganegaraan diketatkan, pemohon mesti lahir di
Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga 12
tahun. Pemohon asing mestilah pemastautin selama 15
tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut
adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa
Melayu yang baik.
 Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera
dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan
Persekutuan dan Negeri.
 Persekutuan Tanah Melayu dan
kerjasama antara kaum.

 Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan


Masyarakat 1949 yang terdiri daripada
pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan
sesetengah masalah perlembagaan, politik
dan ekonomi.
 Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi
membincangkan berbagai isu seperti
kewarganegaraan dan kedudukan istimewa
orang Melayu serta dasar pendidikan.
 Tokoh-tokoh yang menganggotai
jawatankuasa ini: Dato’ Onn Jaafar, Dato’
Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock,
C.C. Tan, E.E.C Thuraisingham.
 Sistem Ahli :

 Seramai sembilan orang warga tempatan telah dilantik


iaitu:
• Menteri Jawatan
• Dato Onn Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
• E.E.C Thuraisingham Ahli Pelajaran
• Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan
Perhutanan
• Lee Ting Keng Ahli Kesihatan
• Dato Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan
dan Perhubungan
• J.D Mead Ahli Kerja Raya dan
perumahan
• J.D Hodgkinson Ahli Perindustrian dan
Perhubungan Sosial
• O.A Spencer Ahli Hal Ehwal Ekonomi
Kerjasama ini terus terjalin erat melalui
beberapa siri Pilihanraya :

 Februari 1952, pilihanraya dalam Majlis


Perbandaran Kuala Lumpur.
 12 kerusi dipertandingkan di mana UMNO dan MCA
telah membuat pakatan secara tidak rasmi, yang
akhirnya menjurus ke arah penubuhan Perikatan
pada tahun 1953.
 Kemenangan dalam pilihanraya Majlis Perbandaran
Kuala Lumpur menyebabkan diadakan satu
Perundingan Meja Bulat antara UMNO dan MCA.
 Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum
pertama) memberi implikasi yang
cukup besar kepada hubungan etnik
di Malaysia.
 Ini disebabkan telah berlaku
kerjasama dan toleransi yang cukup
tinggi antara Melayu dan bukan
Melayu khususnya yang melibatkan
pembahagian kursi pilihanraya
seperti dalam Jadual
 Pembahagian kerusi dan calon, UMNO
telah membuat pengorbanan dan
kompromi kerana meletakkan calon
bukan Melayu di kawasan majoriti
pengundi Melayu dan walaupun majoriti
pengundi adalah Melayu (84.2%).

 Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan


konsep perkongsian kuasa, UMNO
diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15
kerusi dan MCA sebanyak dua kerusi
Parti Peruntukan Peratusan Peratusan
Kerusi Kerusi Pengundi

UMNO 35 69 84.2

MCA 15 28 11.2

MIC 2 3 3.9
 Semangat toleransi, rela berkongsi kuasa,
sedia berkorban dan persefahaman telah
ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman
iaitu
 " … orang Melayu sedia memberikan hak-hak
yang munasabah dan patut kepada orang
bukan Melayu. Orang Melayu telah
memberikan pengorbanan yang begitu banyak
daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah
Melayu kepada bangsa-bangsa bukan Melayu.
Belum ada satu bangsa anak negeri yang
berbudi sebegitu banyak seperti yang
diperbuat oleh orang Melayu".
 Semangat ini juga telah diakui dan
diiktiraf oleh pemimpin bukan Melayu
seperti yang dikatakan oleh T.H. Tan
 "… mereka dengan penuh rela menyokong
calon-calon Perikatan berbangsa Cina dan
India. Bukan sahaja mereka melepaskan
kerusi-kerusi yang tidak syak lagi boleh
menjadi milik mereka, malah mereka bekerja
keras, sedaya upaya untuk calon-calon Cina
dan India".

Kemenangan pilihan raya ini membuktikan Perikatan pimpinan


TAR, menunjukkan aliran politik yang bukan bercorak perkauman.
TAR, berharap gabungan UMNO, MCA dan MIC menerima konsep
hak-hak keistimewaan org2 Melayu sementara kaum CIna dan India
bebas mencari kesenangan dan kejayaan di negara ni.
 Hasil perundingan: Perjanjian London telah
ditandatangani pada 8 Februari 1956.
 Berikut beberapa hasil persetujuan yang telah
dicapai iaitu:
 1. British memberikan kemerdekaan Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957.
 2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan
Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara
demokrasi.
 3. British mendapat hak menempatkan
tenteranya di Tanah Melayu.
 4. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi
menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu
Suruhanjaya Reid.
 5. Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah
Gerakan akan diganti dengan Menteri Kewangan dan
Menteri Pertahanan dan dipegang oleh rakyat
tempatan.
 Suruhanjaya Reid
 Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid
yang ditubuhkan pada 1956.
 Keahlian: Lord Reid (British), Sir Ivor
Jennings (British), Sir William Mckell
(Australia), B. Malik (India) dan Hakim
Abdul Hamid (Pakistan).
 Suruhanjaya menerima 131
memorandum bertulis dan telah
bersidang banyak kali dari bulan Jun
hingga Oktober 1956.
 Suruhanjaya meminta cadangan dan
pandangan daripada parti-parti politik, orang
ramai, individu-individu dan Raja-raja
Melayu.
 Perkara ini menjelaskan bahawa
Perlembagaan Malaysia sekarang ini telah
mendapat persetujuan dan pandangan
semua rakyat Malaysia.
 Inilah yang dikatakan kontrak sosial iaitu
kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju
atas beberapa perkara yang sangat penting
untuk kestabilan negara.
 Melalui kontrak sosial ini, orang
bukan Melayu telah diberikan hak
kewarganegaraan yang longgar
berasaskan prinsip jus soli.
 Manakala orang Melayu
diperuntukkan dalam perlembagaan
mengenai agama Islam, Bahasa
Melayu dan kedudukan istimewa
orang Melayu serta kedudukan Raja-
raja Melayu
 Perjanjian London juga telah
menetapkan agar perlembagaan yang
ingin digubal perlu mengambilkira
perkara-perkara berikut:
 Pembentukan sebuah persekutuan dengan
kerajaan pusat yang kuat.
 Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan,
kehormatan dan hak Raja-Raja Melayu.
 Pewujudan jawatan ketua negara yang
bergelar Yang Di Pertuan Agong.
 Pemeliharaan hak-hak istimewa orang
Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-
kaum lain.
 Pembentukan sebuah sistem
kewarganegaraan yang seragam untuk
seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
Unsur-Unsur Tradisi

 Kontrak sosial meliputi:


 bahasa,
 agama,

 kedudukan istimewa orang Melayu dan


bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan
 pemerintahan beraja
 Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana
 Ia telah wujud ratusan tahun sebelum
perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957.
 Berperanan menstabilkan sistem politik
negara dan laporan yang dibuat oleh
Suruhanjaya Reid menekankan betapa
pentingnya perlembagaan mengambil kira
faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan
sosial yang wujud sebelum tahun 1957
 Ini menunjukkan betapa pentingnya
unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di
bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai
isu-isu sensitif yang dilarang daripada
dijadikan isu perbincangan awam.
 Ia juga merupakan satu pra-syarat dan
permuafakatan yang telah dipersetujui
dan diterima oleh orang Melayu dan bukan
Melayu. Ini bermakna:
• Orang Melayu diberikan hak istimewa,
• Islam menjadi agama persekutuan dan
• Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa
kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak
kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.
 Pra-syarat ini menunjukkan bahawa
pemimpin terdahulu telah menerima satu
formula bagi menyelesaikan masalah yang
wujud tanpa melibatkan konflik antara
etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.
Unsur-Unsur Tradisi

 I. Perkara 3 iaitu agama Islam, namun agama lain bebas


diamalkan
 II. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan
pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan
istimewa Melayu dan seumpamanya.
 III. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara
daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang
Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.
 IV. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang
Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh
kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa
Melayu dan Islam.
Unsur-Unsur Tradisi

 V. Perkara 150 (6a) iaitu kedudukan Agama


Islam, Adat istiadat Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun
dalam keadaan darurat.
 VI. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-
hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
 VII. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa
orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan
yang sah kaum lain.
Unsur-Unsur Tradisi

 Difokuskan kepada tiga


 Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak
bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
 Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain
dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa
pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan
(selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau
belajar apa-apa bahasa lain.
 Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan
dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
 Perkara 3 iaitu agama Islam ialah agama persekutuan
tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di
mana-mana bahagian persekutuan.
 Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan
terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai
hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan
bahawa setiap agama mempunyai hak untuk:
• Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
• Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud
agama atau khairat.
• Memperolehi dan memiliki harta benda serta
memegang dan mentadbirnya mengikut undang-
undang.
 Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa
prinsip Islam yang termaktub di dalam
Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam
beberapa fasal lain yang harus dibaca secara
bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu:

 Perkara 11 (4) :
Undang-undang Negeri dan mengenai
Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Labuan, undang-undang persekutuan boleh
mengawal atau menyekat pengembangan apa-
apa iktikad atau kepercayaan ugama antara
orang-orang yang menganuti agama Islam’.
 Perkara 12 (2):
 ‘...adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu
Negeri menubuhkan atau menyelenggara
institusi-institusi Islam atau mengadakan atau
membantu dalam mengadakan ajaran dalam
agama Islam dan melakukan apa-apa
perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud
berkenaan’.
 Perkara 121 (A)
 ‘ Mahkamah-mahkamah yang disebutkan
dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai
bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa
perkara dalam bidang kuasa mahkamah
syariah’.
 Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-
orang Melayu tanpa menafikan kedudukan
yang sah kaum lain.
 Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain
iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang Di
Pertuan Agong untuk melindungi juga hak-hak
mereka yang sah menurut peruntukan lain.
 Perkara 160, Melayu itu ditakrifkan sebagai:
• Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu.
• Menganut agama Islam.
• Mengamalkan adat istiadat Melayu.
 Manakala takrifan bumiputera ;
• Sarawak
• terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu
Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak
Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang,
Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan,
Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia
berketurunan campuran dari kaum tersebut.

• Sabah
• anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum
asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.
Sambungan: Kedudukan istimewa
orang Melayu

 1. Peruntukan Perkara 86 dan 90


berhubung dengan tanah rizab orang
Melayu.
 2. Kemasukan ke dalam Rejimen Askar
Melayu, dengan pengecualian orang
bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh
Perkara 8 (5).
Kerasionalan Perkara 153
 Prinsip Jus soli dengan kerakyatan
kepada 800,000 bukan Melayu. Manfaat
serta merta sebagai warganegara.
 Hak istimewa meliputi jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas lain yang
diberikan. Seperti bercanggah dengan
Perkara 8 iaitu Hak sama rata, maka ini
prasyarat penerimaan kewarganegaraan
Bilangan Orang Bukan Melayu Yang Menjadi Warganegara Dengan
Cara Pendaftaran

Tahun Bilangan

1957 (31 Ogos – 31 120078


Disember 1957
1958 822567

1959 67227

1960 77858

Sumber: Pendaftar Besar Warganegara


Peratusan Pengundi Mengikut Komposisi
Kaum
Kaum 1955 1959
Melayu 84.2 56.2
Cina 11.2 35.9
India / lain-lain 4.6 7.8
Jumlah 100 100
Sumber: Suruhanjaya Pilihanraya
Kerasionalan Perkara 153
 Rasional Perkara 153 dipecahkan
kepada tiga
 1. Perkhidmatan Awam
• Menentukan rezab bilangan jawatan
• Diimbangi dengan tidak boleh melucut
jawatan sedia ada
• Bilangan pegawai Melayu kecil meliputi
36% saja (1968)
• Rujuk Jadual IV
Melayu Bukan Melayu Jumlah
Perkhidmatan

Perkhidmatan pentadbiran 706 515 1221

Akitek, jurutera dan 73 370 443


pegawai profesional

Pegawai kesihatan dan 64 693 727


perubatan

Ahli Sains Fizikal 13 51 64

Ahli sains Sejati 60 108 169

Prangkawan Profesional 38 166 204

Perkhidmatan Undang- 70 37 107


Undang
Perkhidmatan beruniform 331 369 700

Pengangkitan dan media 67 188 255


massa
Jumlah 1392 2447 3839

Sumber: Kajian Semula Pelaksanaan Perkara 153, Perlembagaan Malaysia Semenjak Tahun 1957 dengan rujukan khas kepada Malaysia Barat.
Kerasionalan Perkara 153
 2. Ekonomi
• Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970)
(rujuk Jadual V)
• Jurang Pendapatan melebar antara etnik
• Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di
pantai timur
• Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu
hanya 2.4% tahun 1970
• Pembahagian kekayaan dan agihan
pendapatan merupakan faktor terkuat
mempengaruhi hubungan etnik (13 Mei)
Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat
Berhad, 1995 dan 1999

1995 1999
Kumpulan Hak Milik
Bumiputera (Individu, Institusi dan 20.6 19.1
Agengsi Amanah)
Cina 40.9 37.9

India 1.5 1.5

Rakyat Asing 27.7 32.7

Syarikat Nomini 8.3 7.9

Jumlah 100 100

Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan


Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat meningkat tetapi
masih belum mencapai sasaran 30%

Matlamat Pencapaian

1970 1990 1990 2002


• Bumiputera 2.4 30.0 19.3 18.7

• Bukan Bumi. 32.3 40.0 46.8 43.2


– Cina 45.5 40.9
– India 1.0 1.5
– Lain-lain 0.3 0.8
• Asing 63.3 30.0 25.4 28.9
• Nomine 2.0 8.5 9.2
JUMLAH 100.0 100.0 100.0 100.0
Kemiskinan
% Isi 60
rumah Malaysia
50
40
30
20
10
0
1970 1990 2002
Jumlah 49.3 16.5 5.1
Luar Bandar 58.6 21.1 11.4
Bandar 24.6 7.1 2.0
Ketermiskinan 3.9 1.0

Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di
Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan
RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh
dari PLI.
Jurang pendapatan antara kaum

Nisbah ketaksamaan
pendapatan isirumah
1970 1980 1990 1999 2002

Luar Bandar : Bandar 1: 2.1 1: 1.8 1: 1.7 1: 1.8 1: 2.1


Bumiputera : Cina 1: 2.3 1: 1.9 1: 1.7 1: 1.7 1: 1.8
Bumiputera : India 1: 1.8 1: 13 1: 13 1: 1.4 1: 1.3
Kerasionalan Perkara 153
 Pendidikan
• Bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam sosial
dan sains adalah masih rendah antara Melayu dan
bukan Melayu
• Peratusan golongan profesional, bumiputera hanya
4.9% berbanding bukan bumiputera 84.3% 1970
• Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan – seolah
bercanggah dengan Penyata Razak seperti yang
terkandung dalam perenggan 12 iaitu “tujuan dasar
pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk
menyatukan budak-budak daripada semua bangsa
di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan
pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat
dilaksanakan dengan serta merta melainkan
hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur”.
Jumlah Pelajar Ijazah Pertama dan Diploma di Institusi Pendidikan
Awam Tempatan, 1995-2005

1995 2000 2005


Peringkat
Pendidikan
Ijazah 75,709 170,794 244,527

Diploma 46,480 92,304 148,025

Jumlah 122,189 263,098 392,552

Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan


Bilangan Institusi, Pelajar dan Tenaga Pengajar Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta, Sehingga 31 Disember 2002

BILANGAN BILANGAN
INSTITUSI INSTITUSI PELAJAR

IPTS Bertaraf Universiti 11 29,747


IPTS Bertaraf Universiti
1 488
(Kolej Universiti)
IPTS Bertaraf Universiti
3 6,836
(Kampus Cawangan Dalam Negara)
IPTS Bertaraf Universiti
4 4,740
(Kampus Cawangan Luar Negara)
IPTS Bukan Bertaraf Universiti (Kolej) 518 252,789
Keseluruhan IPTS 534 294,600

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia


Penyertaan golongan profesional Bumiputera
meningkat, 1990-2003
1990 2002
Profesion
Bumi Cina India Bumi Cina India
• Akauntan 11.2 81.2 6.2 20.0 74.6 5.1
• Arkitek 23.6 74.4 1.2 43.6 52.6 1.3
• Doktor 27.8 34.7 34.4 38.5 29.9 27.5
• Doktor Gigi 24.3 50.7 23.7 38.2 40.3 19.1
• Doktor Veterinar 35.9 23.7 37.0 40.1 29.8 25.7
• Jurutera 34.8 58.2 5.3 43.5 50.1 5.3
• Juru Ukur 44.7 49.6 3.7 46.0 49.3 3.1
• Peguam 22.3 50.0 26.5 35.1 38.4 25.8
JUMLAH 29.0 55.9 13.2 37.2 50.1 11.2
Kerasionalan Perkara 153
 Pendidikan
 Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama
penuh dan matrikulasi yang khusus orang
Melayu turut dibuka kepada bukan Melayu
 IPT mengikut etnik dibenarkan – UiTM,
UTAR dan Kolej Tafe
 Kuota IPTA juga telah ditukar kepada
meritokrasi
 Anggapan IPTA ramai bumiputera diimbangi
dengan IPTS
 Biasiawa telah ditukar kepada PTPTN
Rasional Perkara 152
 Bahasa kebangsaan sebagai alat
perpaduan tanpa menggugat bahasa
ibonda lain
 Menjadi bahasa lingua franca
 Zaman penjajah telah dijadikan
bahasa rasmi
 Pegawai Eropah perlu belajar dan
lulus bahasa Melayu
 Kata-kata Tan Siew Sin, “Masyarakat bukan
Melayu menaruh harapan yang besar
kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya
nyatakan, sebagai contoh, Perlembagaan Reid
sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut
apa-apa tentang mengekal dan mengembang
bahasa Cina dan Tamil, ataupun bahasa-bahasa
lain. Apabila dicadangkan kepada pemimpin
Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya
dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan
perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan
Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka
bersetuju. Saya sebutkan kejadian ini untuk
menunjukkan kepada mereka di luar bulatan
bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adalah
adil dan berpandangan luas”.
Rasional Perkara 3
 Agama persekutuan tanpa menjejaskan
kedudukan agama lain
 Telah bertapak 600 tahun lalu
 Perkara 160 mendefinisikan Melayu
 Zaman penjajah, bidang kuasa agama islam dan
adat istiadat Melayu tidak dicampuri oleh
penjajah
 Perlembagaan Malayan Union juga dan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
mengecualikan perkara ini
 Dalam kes mahkamah telah mengiktiraf seperti
dalam kes Ramah lawan Laton, Mahkamah
Rayuan Selangor memutuskan bahawa undang-
undang Islam ialah undang-undang negeri dan
mahkamah hendaklah mengiktiraf dan
menggunakan undang-undang tersebut
Kesimpulan
 Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan
yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu
dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi
dan rela berkongsi kuasa.
 Perjanjian sosial atau social contract ini perlu
diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu
mempersoalkannya lagi.
 Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia
dapat menghindarkan negara Malaysia daripada
berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh
merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin
Aktiviti
 1. Bincangkan tentang Perlembagaan Rakyat.
 2. Tunjukkan perbezaan antara perlembagaan Malayan
Union 1946
 berbanding dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
 3. Apakah yang anda faham tentang unsur tradisi?
Jelaskan.
 4. Jelaskan tentang kontrak sosial.
 5. Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dapat
memainkan
 peranan dalam penyatupadukan masyarakat berbilang
etnik di
 Malaysia? Huraikan.

You might also like