You are on page 1of 22

IDEA DAN PELUANG

PERNIAGAAN
BAB 3
PENGENALAN
Andaikan anda seorang bakal usahawan.
Cuba jawab soalan-soaan berikut:

• Apakah produk atau perkhidmatan yang


hendak dijual kepada pelanggan?
• Adakah produk atau perkhidmatan ini boleh
mendatangkan keuntungan?
SUMBER IDEA PERNIAGAAN
• Idea perniagaan boleh didapati dari
pelbagai sumber dan boleh lahir pada bila-
bila masa.
• Idea perniagaan juga didapati melalui
usaha-usaha yang sistematik seperti
mendapatkan maklumat daripada sumber
primer dan sumber sekunder.
SUMBER PRIMER
• Sumber primer – maklumat yang diperolehi melalui
tinjauan untuk sesuatu tujuan tertentu. Suatu tinjauan
dibuat dengan mengumpul maklumat daripada sejumlah
responden yang dipilih dan kemudian merumuskan
jawapan-jawapan yang diterima daripada responden ini.
• Tinjauan boleh dilakukan secara formal dan tidak formal.
• Contoh:
• Tinjauan formal: menemubual sejumlah penduduk di sesuatu
kawasan. Tinjauan dilakukan dengan mendapatkan orang ramai
menjawab soal-selidik berhubung sesuatu perkara.
• Tinjaun tidak formal: melalui perbualan dengan rakan atau ahli
keluarga.
• 2 kaedah idea perniagaan melalui sumber primer: kaedah
pemerhatian dan kaedah soalselidik.
SUMBER SEKUNDER
• Sumber sekunder – maklumat yang diperolehi
daripada sumber yang sedia ada akibat daripada
lain-lain tinjauan atau rekod yang telah dibuat untuk
kegunaan pihak lain.
• Idea perniagaan dari sumber ini boleh diperolehi
dengan merujuk rekod-rekod dalaman syarikat,
badan-badan kerajaan dan lain-lain sumber luar
seperti kajian perpustakaan, internet dan sebagainya.
• Contoh:
• Buku, penerbitan perniagaan, jurnal, majalah, kajian-
kajian ilmiah dan lain-lain.
PROSES MENJANA DAN
MENGENALPASTI IDEA PERNIAGAAN
• Idea perniagaan boleh dijana dan dikenalpasti
melalui langkah-langkah berikut:
a) Melihat persekitaran
b) Melihat kemampuan diri
c) Mengenalpasti nilai masyarakat
PERSEKITARAN
• Idea perniagaan boleh dijana dengan mengenalpasti keperluan
dan kehendak manusia dalam kehidupan seharian.
• Keperluan – perkara-perkara asas yang mesti dimiliki dan
digunakan oleh anggota masyarakat. Contoh: makanan,
pakaian dan tempat perlindungan.
• Kehendak – keinginan manusia terhadap sesuatu yang lebih
sempurna daripada keperluan dan boleh memberi kepuasan
kepada seseorang individu atau masyarakat. Biasanya ianya
dipengaruhi oleh budaya, tahap pendidikan, keperibadian dan
kemampuan individu atau masyarakat.
• Oleh kerana keperluan dan kehendak manusia adalah
berbagai dan tidak terhad, maka banyaklah idea perniagaan
yang boleh dijana.
• Idea perniagaan yang boleh dijana dengan
melihat faktor persekitaran:
• Struktur penduduk, pendapatan dan citarasa
• Data import dan eksport
• Sumber tempatan dan penemuan teknologi
• Rantaian industri
• Undang-undang dan peraturan kerajaan
• Rancangan pembangunan kerajaan dan swasta
• Masalah sosial setempat
• Media massa dan media elektronik
Struktur Penduduk, Pendapatan dan
Citarasa
• Maklumat tentang struktur penduduk, pendapatan
dan citarasa di sesuatu kawasan dapat membantu
seseorang mengenalpasti idea perniagaan.
• Ini disebabkan oleh keperluan dan kehendak
adalah berbeza apabila struktur, tingkat
pendapatan dan citarasa berubah.
• Contoh:
• kehendak dan keperluan golongan remaja berbeza
daripada kehendak dan keperluan kanak-kanak atau
orang tua dalam banyak perkara.
• Tingkat pendapatan mempengaruhi kuasa beli.
Jika tingkat pendapatan meningkat, pengguna
menjadi lebih mampu kerana kuasa beli
meningkat.
• Citarasa penduduk juga berubah dari semasa
ke semasa. Contoh: masyarakat di Malaysia
semakin gemar makan di luar seperti di restorang
berbanding dengan makan di rumah.
• Idea perniagaan yang sesuai boleh diperolehi
dengan melihat kepada struktur penduduk,
pendapatan dan citarasa masyarakat.
Data Import dan Eksport
• Corak permintaan terhadap import dan eksport boleh
memberi maklumat tentang peluang perniagaan.
• Permintaan terhadap sesuatu barang import yang
meningkat dari tahun ke tahun menunjukkan adanya
peluang untuk menawarkan barang ini sebagai
gantian import.
• Jika jumlah eksport sesuatu barang meningkat dari
semasa ke semasa, maka produk atau perkhidmatan
tersebut mempunyai permintaan yang tinggi di luar
negara dan bakal usahawan mempunyai peluang
menawarkannya untuk eksport.
Sumber Tempatan dan Penemuan
Teknologi
• Bakal usahawan boleh merujuk kepada
sumber tempatan yang samada masih
belum diterokai atau masih banyak boleh
diusahakan bagi mengenal pasti idea
perniagaan.
• Contoh:
• Tanah liat yang terdapat di sesuatu kawasan
boleh diusahakan untuk menghasilkan produk
seperti pasu bunga, seramik dan sebagainya.
Rantaian Industri
• Bakal usahawan boleh merujuk kepada industri-industri
yang ada untuk mengenalpasti sesuatu perniagaan
dengan meninjau keperluan input-input daripada
industri lain atau industri yang sama terhadap output.
• Ini mewujudkan interaksi atau rantaian industri,
kehendak dan keperluan huluan dan hiliran industri-
industri tersebut.
• Contoh:
• Industri pelancongan di Malaysia; beberapa produk
atau perkhidmatan boleh dijadikan input dan pelengkap
kepada industri seperti perhotelan, pengangkutan,
restoran dan lain-lain.
Undang-undang dan Peraturan
Kerajaan
• Bakal usahawan boleh mengenalpasti idea
perniagaan dengan merujuk kepada
undang-undang dan peraturan yang sedia
ada.
• Contoh:
• Penguatkuasaan penggunaan topi keledar
kepada penunggang dan pembonceng
motosikal menyebabkan meningkatnya
permintaan untuk topi keledar.
Rancangan Pembangunan Kerajaan
dan Swasta
• Program pembangunan kerajaan dan
swasta secara tidak langsung menawarkan
banyak peluang perniagaan kepada bakal
usahawan.
• Contoh:
• Pembangunan kompleks kerajaan di Putrajaya
memungkinkan pelbagai produk dan
perkhidmatan diperlukan untuk membangunkan
projek tersebut.
Masalah Sosial Setempat
• Masalah sosial di sesuatu kawasan boleh
menyebabkan wujudnya peluang perniagaan
sekiranya produk atau perkhidmatan yang bakal
ditawarkan boleh mengurangkan atau
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
• Contoh:
• Tempat penjagaan kanak-kanak untuk ibu-ibu yang
bekerja boleh menyelesaikan masalah dan ini adalah
suatu idea perniagaan yang baik.
Media Massa dan Media Elektronik
• Pengiklanan dan maklumat-maklumat
dalam surat khabar, majalah dan internet
adalah sumber yang boleh dirujuk untuk
mendapatkan idea perniagaan.
• Contoh:
• Pengiklanan sebuah syarikat yang memerlukan
wakil jualan adalah satu peluang perniagaan.
PEMILIHAN IDEA DAN PELUANG
PERNIAGAAN
1) Memilih idea perniagaan:
Menilai keserasian idea dengan diri:
pengalaman, pengetahuan dan kemahiran,
modal dan minat.
a) Pengalaman yang dimiliki
b) Pengetahuan
c) Kemahiran
d) Kemampuan modal
e) Minat
Menilai penerimaan masyarakat.
• Keserasian idea dengan nilai masyarakat
setempat perlu diberi perhatian yang serius
sebelum memulakan operasi perniagaan.
• Contoh:
—Disko dan tempat perjudian yang dibuka di
kampung Melayu adalah bertentangan dengan nilai
masyarakat Melayu yang beragama Islam.
2) Menilai daya kemungkinan idea di peringkat
awal: aspek undang-undang, pesaing,
keperluan modal dan risiko.
Undang-undang
• Idea-idea yang dicadangkan perlulah sah di sisi undang-
undang. Contoh: dalam penjualan CD cetak rompak.
Pesaing
• Memilih idea perniagaan yang masih belum
dimonopolikan oleh orang lain supaya perniagaan dapat
dikawal dan dimajukan oleh pengusaha. Contoh: Astro.
Risiko:
• Risiko perniagaan – risiko yang boleh dipindahkan
kepada pihak lain seperti pihak insurans.
• Risiko kewangan – tahap kecairan kewangan, pinjaman,
kredit dan tukaran wang asing.
 Keperluan modal:
• Modal tetap – modal yang digunakan untuk
membeli aset-aset tetap. Aset ini digunakan
untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan.
• Modal kerja – merupakan tabung sementara
urusniaga. Ia adalah modal yang digunakan
untuk membiayai operasi normal jangka
pendek.
• Modal tumbuhan – berbeza dari modal kerja.
Modal ini diperlukan apabila sesuatu
urusniaga berkembang atau mengubah arah
tujunya.
THE END

You might also like