You are on page 1of 9

KEMAHIRAN INSANIAH

RAMANAN A/L ELANCHELIAN J33STM18F502


TANGJUNG PIAI

 Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini


kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam
mukim Kukup, Daerah Pontian, Johor. Kini Tanjung Piai menjadi nama kawasan
pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian.

 Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai
hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran
mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langit
Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.
BENUA ASIA
 Benua Asia yang meliputi Arab Saudi di bahagian barat, Russia di utara, Kepulauan Maldives di
selatan, dan Jepun di timur merupakan benua yang terbesar di dunia, meliputi 55.8 juta
kilometer persegi atau satu pertiga daratan dunia. Terdapat beberapa wilayah yang termasuk
dalam Benua Asia, iaitu Asia Tengah, Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat.
Benua Asia mempunyai penduduk paling ramai, iaitu lebih kurang 60 peratus daripada jumlah
penduduk dunia.

 Di Benua Asia terletak Banjaran Himalaya yang terpanjang di dunia; Gunung Everest yang
tertinggi di dunia; Tasik Baikal yang terdalam di dunia; Laut Mati yang mempunyai air paling
masin di dunia; Laut Kaspia iaitu tasik air masin terbesar di dunia, dan Selat Melaka yang
merupakan selat terpanjang di dunia.

 Benua Asia bermula dari garis bujur 28° Timur di Turki sehingga 170° Barat di Semenanjung
Kamchatka dan dari garis lintang 10° Selatan sehingga 75° Utara. Benua Asia direntasi oleh
Garisan Artik, Garisan Sartan dan Garisan Khatulistiwa.
POKOK BAKAU
 Pokok Bakau merujuk kepada tumbuhan yang hidup di kawasan berpaya di muara sungai,
antara pertembungan air tawar dan air laut. Pokok bakau terdiri daripada pelbagai spesies
antaranya termasuk spesies Api-api Avicennia spp., bakau Kurap Rhizophora spp., Perepat
Sonneratia spp. dan Berus Bruguiera spp.

 Pokok Bakau biasanya memiliki buahnya yang berbulu dan bahagia bawah daun yang
berbulu. Bulu pada daun menyimpan air dengan memerangkap lapisan udara dan dengan
itu mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan.

 Di sesetengah tempat,buahnya direbus dan dimakan, kadang kala ia dijual sebagai sayuran.
Bunganya wangi dan menghasilkan madu dan didebungakan oleh serangga. Avicennia
menghasilkan antara madu yang terbaik.

 Di Malaysia, hutan Bakau biasanya dilindungi dan kawasan hutan Bakau Simpan yang telah
digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan.
Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut
giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun.
Kesimpulan
 Secara kesimpulannya, jalan-jalan kat Taman Negara Tg.Piai ni
menyeronokkan dan dapat banyak info2 baru yang aku tak tau terutamanya
tentang kepentingan menjaga pokok-pokok bakau disekeliling kita ni. Sebab
kalau tak jaga, senang-senang je tebang, nanti ia boleh menyebabkan hakisan
di pantai berlaku dengan lebih cepat. Keadaan pantai di Tg.Piai pun
sebenarnya dah banyak terhakis, sebab kalo korang tengok dalam gambar kat
atas ni, ade yg dekat2 nak sampai monumen tu ade diorang letakkan beg-beg
pasir gergasi kat tepi-tepi pantai. Tu tujuannya untuk menghalang hakisan
daripada terus menghakis pantai dengan rakusnya, haha..gitu. Lagi satu,
korang ingat tak peristiwa tsunami? haa..salah satu kenapa mudahnya tsunami
tu sampai ke daratan ialah kerana tiada pokok-pokok bakau yang boleh
berfungsi untuk menahan/melambatkan perjalanan air laut daripada sampai ke
daratan.

 So fikir-fikirkanlah sebelum menebang pokok bakau dan tanamkan sikap


bertimbang rasa kepada alam sekitar. Sayangilah alam flora fauna yang ada ni
sementara masih ade kesempatan 🙂
TAMAT

You might also like