You are on page 1of 8

PENGURUSAN MESYUARAT

Pengenalan Mesyuarat

Mesyuarat bermaksud mengadakan satu


perhimpunan dengan tujuan untuk
mengumpulkan idea atau penyatuan
fikiran bagi mendapat keputusan.
Tujuan mesyuarat diadakan
1) Menyelesaikan banyak tugas dan masalah
berkaitan dengan organisasi dan persatuan.
2) Mewujudkan perhubungan dan perbincangan
dalam kumpulan untuk mendapat kata sepakat
dan kerjasama.
3) Mengawal aktiviti dan kewangan organisasi
atau persatuan dari semasa ke semasa.
4) Menyelaras dan membincangkan bidang tugas
jawatankuasa atau pegawai dan kegiatan
organisasi atau persatuan.
Sambungan…
5) Menyebarkan maklumat dan rancangan baharu
kepada masyarakat atau ahli secara khususnya.
6) Mengetahui sokongan, kerjasama, tindak balas
dan sambutan terhadap sesuatu isu atau
persoalan dan aktiviti.
7) Membuat sesuatu keputusan atau mandat
penting yang berkaitan dengan organisasi atau
persatuan.
8) Merancang sesuatu strategi dan program atau
mendapatkan idea-idea baharu bagi
melaksanakan aktiviti organisasi atau persatuan.
4.1 Jenis-Jenis Mesyuarat
1) Mesyuarat Agung Tahunan
2) Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Tergempar
3) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
4) Mesyuarat Jawatankuasa Kecil/Biro
5) Mesyuarat Jawatankuasa Sementara (Ad
Hoc)
PENGENDALIAN MESYUARAT
• Merancang pelaksanaan dasar, program,
mendapatkan nasihat, menyelaras dan
menyelesaikan masalah yg timbul.
• Diadakan dari semasa ke semasa. Agenda dan jadual
mesyuarat perlu dirancang dengan teliti supaya mesyuarat
dijalankan dengan lancar dan berkesan.
• Mesyuarat yang baik dan cekap akan memberi sumbangan
yang berkesan kepada jabatan/organisasi.
• Urusetia akan dilantik bagi membantu keberkesanan fungsi
sesebuah jawatankuasa.

26
Sambungan..
• Pembangkitan Perkara Berbangkit: Perkara berbangkit ialah
tajuk perbincangan di luar agenda yang dibangkitkan semasa
mesyuarat dijalankan. Ahli mesyuarat akan diberi peluang
untuk membangkitkan perkara berbangkit selepas melalui ke
semua agenda. Perkara berbangkit ini akan diterima sekiranya
tidak menerima bantahan daripada pengerusi dan juga ahli-
ahli yang lain.

• Penutup: Mesyuarat boleh ditamatkan oleh pengerusi


sekirannya kesemua perkara harus dibincangan telah
dibincangkan, ataupun apabila pengerusi berasa bahawa
meneruskan mesyuarat itu tidak akan mendatangkan hasil.
Bagi menutup mesyuarat itu, pengerusi mungkin
berkata, "Dengan ini, saya menangguhkan mesyuarat dengan
rasminya"
KESIMPULAN
Minit mesyuarat

Tanggungjawab menulis minit mesyuarat begitu penting


dilakukan kerana minit mesyuarat akan dijadikan
sumber rujukan pada masa hadapan.

You might also like