You are on page 1of 1

KOD ETIKA IBU BAPA

Ketika berurusan di sekolah


1. Melapor dan mendaftar di pondok keselamatan dan mendapatkan pas pelawat
sebelum masuk ke kawasan sekolah.

2. Berpakaian sopan dan kemas untuk berurusan dengan pihak sekolah.

3. Dilarang membawa benda atau bahan terlarang yang memudaratkan ke dalam


kawasan sekolah dan pihak sekolah berhak menghalang dan menghubungi
balai polis yang berdekatan.

4. Mendapatkan kebenaran daripada pentadbir sekolah terlebih dahulu sekiranya


mempunyai urusan dengan guru-guru atau anak di sekolah. Blok akademik
merupakan kawasan larangan untuk pelawat kecuali dengan kebenaran
pentadbir sekolah.

5. Mengawal emosi , tidak menggunakan bahasa kesat yang berbentuk ancaman


dan provokasi terhadap sekolah apabila berhadapan dengan permasalahan
anak dan beradab sopan semasa berurusan dengan pihak sekolah

6. Tidak menggunakan pengaruh luar untuk menyelesaikan isu permasalahan anak


di sekolah. Ibu Bapa/penjaga dialu-alukan untuk berjumpa secara bersemuka
dengan pihak sekolah untuk tujuan penyelesaian permasalahan anak.

7. Menghormati dan menghargai maruah orang lain.

8. Menghormati tanggungjawab utama guru iaitu mendidik murid agar menjadi


insan yang cemerlang dari segi jasmani , akhlak dan akademik.Sahsiah ,Rohani ,
Intelek

9. Menjalinkan hubungan yang erat dan berterusan dengan guru agar setiap
permasalahan yang timbul dapat diselesaikan secara harmoni.

10. Memberikan maklumat tentang perilaku anak di rumah atau di luar sekolah dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada guru secara adil dan saksama.

11. Hadir ke sekolah dan memberikan kerjasama apabila diminta berkongsi


maklumat dengan guru dalam proses membantu murid.

12. Komited dengan semua usaha persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk
meningkatkan akademik ,kokurikulum dan sahsiah murid.

13. Menjaga nama baik sekolah dengan tidak menyebar sesuatu isu yang tidak
berasas melalui media sosial.

14. Senyum, Salam, Sapa, Sayang (4S) dan amalan mengutamakan aspek
Keselamatan, Kesihatan, Kebersihan ( 3K) merupakan budaya SMK Baru Miri

You might also like