You are on page 1of 70

MPU3113/03

HUBUNGAN ETNIK

UNIT 1
MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA

Pertumbuhan penduduk

 Sebelum pembentukan Malaysia pada 1963,


Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara
(kemudian dikenali sebagai Sabah) dan Sarawak
mempunyai jumlah penduduk yang agak kecil.
 Di Tanah Melayu, banci penduduk yang pertama
dilakukan di seluruh wilayah jajahan British tersebut
ialah pada 1911. Jumlah penduduk ialah 2,339,051
orang (Abdul Rahman dan Norfariza, 2007: 52).

 Manakala di Borneo Utara, banci yang pertama


diadakan ialah pada 1891 tetapi tidak menyeluruh
jumlah penduduk Borneo Utara ialah 67,062 orang.
TABURAN PENDUDUK

 Apabila terbentuknya Persekutuan Tanah


Melayu pada 1957, ia mempunyai 11 buah negeri
yang terdiri daripada sembilan negeri-negeri
Melayu (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu,
Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan
Johor) dan dua negeri-negeri Selat (Pulau Pinang
dan Melaka).
 Negeri-negeri Melayu ini diketuai oleh Sultan
manakala Menteri Besar selaku ketua kerajaan dipilih
dalam kalangan pemimpin Melayu Islam.

 Manakala negeri-negeri Selat pula diketuai oleh


Gabenor manakala Ketua Menteri selaku ketua
kerajaan dipilih dalam kalangan warganegara
Malaysia tanpa mengira etnik dan agama.
MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK

Terdapat 5 fasa penyumbang pembentukan


masyarakat pelbagai etnik:

1. Fasa pertama kemasukan orang Melayu dari


Selatan benua Asia ke Tanah Melayu &
Kepulauan Borne pada era SM.
FASA KEDUA
2. Peringkat migrasi yang kedua berlaku antara kurun
awal selepas Masihi hingga kurun ke-16. Berlaku
peristiwa penting antaranya ialah:

-perkembangan kerajaan kerajaan Melayu-Hindu,


kedatangan Islam ke Nusantara

-jalinan hubungan antara kerajaan-kerajaan awal


Tanah Melayu dan Borneo dengan kuasa-kuasa
Eropah (Portugis dan Belanda) dan China.
FASA KETIGA

 Kedatangan Inggeris ke negeri-negeri Melayu,


Sabah dan Sarawak pada kurun ke-18 dan 19
membawa kepada fasa ketiga migrasi di wilayah-
wilayah ini.
 Peringkat ketiga migrasi membawa perubahan
besar terhadap struktur masyarakat di Malaysia,
daripada masyarakat mono-etnik kepada
pelbagai etnik.
 Pada waktu itu, orang Cina, India dan Indonesia
membanjiri Semenanjung Malaysia secara besar-
besaran.
FASA KEEMPAT

 Peringkat keempat migrasi ke Malaysia berlaku


antara 918 dan 1947.

 Ketika itu, penghijrahan mulai menjadi perlahan


dan bilangannya turut menurun terutamanya
selepas Perang Dunia Kedua
FASA KELIMA
 Peringkat terakhir migrasi di Malaysia berlaku selepas
tahun 1947.
 Pada waktu tersebut, ramai orang Cina meninggalkan
Tanah Melayu disebabkan pertembungan antara
kumpulan etnik Melayu dengan Parti Komunis Malaya
(PKM) yang didominasi orang Cina.
 Di Sabah dan Sarawak, kelompok etnik dari Indonesia
memasuki kedua-dua negeri di kepulauan Borneo ini
yang membantu kadar pertumbuhan penduduk di sana.
TAKRIFAN ETNIK
 Menurut Shamsul A.B. (2012: 22 – 24), takrifan etnik
terbahagi kepada dua iaitu takrifan autoriti dan
takrifan harian.
TAKRIFAN AUTORITI

 Takrifan autoriti adalah takrifan yang diberi


oleh kerajaan, ahli antropologi dan pihak
berkuasa lain. Etnik Melayu, umpamanya,
ditakrifkan Perlembagaan Persekutuan sebagai
seorang yang menganut agama Islam, bertutur
dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat
budaya Melayu. Ini adalah takrifan rasmi
Melayu oleh kerajaan Malaysia.
 Takrifan autoriti sukar diterima pakai oleh
masyarakat. Umpamanya, seorang Melayu yang
menganut agama Kristian masih menganggap dirinya
seorang Melayu tetapi tidak kepada pihak berkuasa.

 Ini menyebabkan individu masyarakat mungkin


mempunyai definisi yang berbeza mengenai identiti
etnik mereka yang berasaskan kehidupan harian.
TAKRIFAN HARIAN
 Takrifan harian lebih bersifat fleksibel dan
identiti etnik boleh berubah mengikut keadaan.
Seorang etnik Melanau yang beragama Islam
dan berkahwin dengan orang Melayu serta
tinggal dalam perkampungan Melayu di Kuching
boleh mentakrifkan dirinya sebagai seorang
Melayu.
 Tetapi apabila beliau kembali ke kampung
tradisionalnya di Mukah dan bercakap bahasa
Melanau dengan ahli keluarganya di sana, beliau
mentakrifkan dirinya sebagai seorang Melanau.
Takrifan yang berbeza ini menyebabkan identiti
etnik bersifat dinamik dan kompleks.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

 Sejak merdeka, hubungan etnik di Malaysia


memperlihatkan pola turun naik tetapi amnya
masyarakat pelbagai etnik hidup dalam keadaan
aman dan harmoni (Shamsul, 2012: 4).

 Pada era awal kemasukan masyarakat luar ke


negeri-negeri Melayu, proses asimilasi telah berlaku
antara kumpulan ini dan masyarakat tempatan.
 Perkahwinan campur adalah proses asimilasi
yang penting di mana ia menyebabkan sempadan
etnik dan budaya kumpulan yang berhijrah
semakin menghakis sehingga mereka dampak
seperti etnik Melayu pada waktu itu
 Walau bagaimanapun, kedatangan beramai-
ramai kumpulan masyarakat dari China, India
dan Indonesia pada kurun ke-18 dan 19 tidak
disusuli dengan proses asimilasi, justeru
menyebabkan identiti etnik mereka kekal.

 Dasar pecah perintah British turut


menyumbang kepada pengekalan identiti orang
Cina, India dan Indonesia.
 Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi negara
dalam menangani hubungan masyarakat
pelbagai etnik di Malaysia.

 Cabaran yang paling besar adalah peristiwa 13


Mei 1969 yang menjadi konflik etnik yang
terburuk dalam sejarah negara.
 Malaysia cuba menyemai semangat perpaduan
menerusi pelbagai dasar sosio-ekonomi dan politik

 Sejak peristiwa 1969, tiada konflik etnik yang


serius berlaku sehinggalah insiden Kampung Rawa
pada 1998 dan Kampung Medan pada 2001
 Walau bagaimanapun, konflik etnik ini mampu
dikekang. Hubungan etnik kekal aman dan harmoni
selepas itu sehinggalah pertikaman lidah yang tidak
putus antara pemimpin kumpulan etnik Melayu dan
bukan Melayu selepas pilihan raya umum 2008
 Perkembangan hubungan etnik di Malaysia,
Shamsul A.B. (2011: 6 – 12) mengklasifikasi
tahap hubungan etnik di Malaysia kepada tiga
fasa yang berbeza iaitu era konflik, stabil tapi
tegang dan kesepaduan sosial.
ERA KONFLIK (1945 –1960)
 Sebelum Perang Dunia Kedua, masyarakat pelbagai etnik di
Tanah Melayu mengamalkan adat serta kepercayaan
masing-masing tanpa melakukan banyak interaksi dengan
kumpulan etnik lain kecuali dalam lapangan ekonomi.

 Keadaan ini melahirkan bentuk hubungan etnik yang stabil


tetapi tidak menentu.

 Prasangka dan prejudis bertambah menular semasa Perang


Dunia Kedua apabila segelintir
 Orang Melayu menyertai pentadbiran penjajah
Jepun manakala sebilangan orang Cina bersama
sejumlah kecil orang Melayu membentuk Parti
Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun.

 Selepas perang, PKM melancarkan operasi untuk


menghapuskan individu Melayu yang dikatakan
bersubahat dengan tentera Jepun.
 Operasi yang berlangsung selama 14 hari ini
memburukkan lagi hubungan antara orang Melayu
dan Cina yang sememangnya agak dingin dan
penuh dengan prejudis pada waktu itu.

 Ketegangan antara dua kelompok etnik terbesar


di Tanah Melayu pada waktu itu berlanjutan
apabila kerajaan kolonial British mengisytiharkan
rancangan pembentukan Malayan Union pada 1
April 1946.
 Cadangan ini mendapat tentangan hebat orang Melayu
yang melihat Malayan Union sebagai usaha untuk
menguntungkan etnik bukan Melayu. Keadaan ini
menambahkan lagi ketegangan dalam kalangan
pelbagai etnik yang wujud pada ketika itu.

 Bagi mengelak ketegangan menjadi semakin parah,


kerajaan kolonial British telah menubuhkan
Jawatankuasa Perhubungan Komuniti pada 1949 bagi
mengembalikan kesepaduan sosial dalam kalangan
masyarakat pelbagai etnik.
ERA STABIL TAPI TEGANG (1961 – 1970)

 Setelah mencapai kemerdekaan, polarisasi etnik


masih menebal tanpa adanya usaha jitu
kerajaan untuk menanganinya. Selain itu,
pembangunan ekonomi juga agak perlahan dan
hanya membawa faedah kepada segelintir pihak
sahaja.
 Lantaran itu, elit Melayu melalui beberapa siri
persidangan Kongres Ekonomi Bumiputera meminta
agar isu peningkatan taraf hidup Melayu diambil
perhatian.

 Mereka juga menuntut supaya bahasa, budaya Melayu


dan agama Islam dijadikan teras pentadbiran negara
(Mansor 2006: 111).

 Walaupun ketegangan tetap dirasai pada era 1960an,


hubungan etnik masih kekal stabil dan terkawal.
 Pada 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung
dengan Tanah Melayu untuk membentuk negara
baharu yang dikenali sebagai Malaysia.

 Hubungan etnik kekal stabil pada waktu itu tetapi agak


tegang terutamanya antara etnik Melayu dan Cina.

 Ketegangan ini akhirnya membawa kepada tercetusnya


rusuhan etnik Melayu-Cina di Singapura pada 21 Julai
dan 3 September 1964. Pihak berkuasa menganggarkan
sejumlah 40 nyawa terkorban manakala ribuan perusuh
ditahan.
 Tidak lama selepas rusuhan etnik di Singapura,
tercetus lagi rusuhan berdarah antara orang Melayu
dan Cina di Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain
sekitarnya pada 13 Mei 1969.

 Data rasmi mengganggarkan 250 nyawa telah


terkorban tetapi ada yang menyatakan angka sebenar
adalah jauh lebih tinggi daripada itu.
 Konflik etnik ini bukan sahaja didorong oleh faktor etnik
semata-mata tetapi yang lebih penting ialah faktor sosio-
ekonomi.

 Antaranya ialah masalah ketidaksamarataan,


kemunduran dan kemiskinan (Mansor, 2006: 111).

 Salah satu strategi negara ialah untuk memastikan


keseimbangan dan keadilan dalam dasar sosio-ekonomi dan
politik.
ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971 – 2011)
 Bagi memastikan peristiwa 13 Mei 1969 tidak
berulang lagi, kerajaan mengambil langkah untuk
merapatkan jurang sosio-ekonomi antara etnik yang
semakin meluas selepas negara mencapai
kemerdekaan.

 Antara dasar yang diperkenalkan untuk menangani


isu hubungan etnik pada era pasca 1969 ialah Dasar
Ekonomi Baharu (DEB) dan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan.
 Diperkenalkan bagi tempoh masa panjang (1970-1990),
DEB memberi penekanan terhadap isu pembasmian
kemiskinan tanpa mengira etnik dan menyusun semula
struktur ekonomi agar pekerjaan tidak menampakkan
batas etnik.

 DEB telah mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi


yang tinggi, mengurangkan kadar kemiskinan secara
drastik dan meningkatkan jumlah kelas menengah
dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik.
 Selain DEB, kerajaan turut memperkenalkan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan pada 1971. Objektif dasar
ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui
identiti nasional yang berteraskan budaya dan
kepercayaan etnik majoriti iaitu Melayu.
 Dasar ini diterima baik oleh kumpulan etnik Melayu
kerana ianya adalah selari dengan budaya dan
kepercayaan mereka tetapi lain pulanya dengan
kumpulan etnik minoriti.
 Selain itu, dasar-dasar yang diperkenalkan pada era
pasca 1969 berupaya mengembalikan kestabilan dan
keharmonian tetapi ia turut meningkatkan polarisasi
antara etnik.

 Lantaran itu, terdapat beberapa insiden ketegangan


yang berlaku dalam kalangan beberapa kumpulan
etnik pada lewat tahun 1990an seperti di Kampung
Rawa, Pulau Pinang dan Kampung Medan.
 Konflik etnik ini bukan didorong semata-mata oleh
faktor etnik tetapi juga ketidakseimbangan
pembangunan dan urus tadbir kerajaan,
ketidaksamarataan antara wilayah, kemiskinan
bandar dan peminggiran beberapa segmen
masyarakat (Mansor et. al., 2006: 102).
 Setelah lebih lima dekad mencapai kemerdekaan,
kumpulan etnik minoriti menuntut supaya hak
warganegara diberi sama rata dan kek agihan ekonomi
diagih secara adil tanpa mengira batas etnik.

 Tuntutan ini bukan sengaja untuk mempersoalkan


kontrak sosial yang dipersetujui pada ambang
kemerdekaan, sebaliknya ia adalah manifestasi
perubahan sosio-ekonomi yang telah melanda
masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.
INTEGRASI NASIONAL
 Dalam usaha untuk mengurus hubungan etnik di
Malaysia, kerajaan telah berusaha membentuk
integrasi nasional agar kestabilan dan keharmonian
dapat dicapai.

 Integrasi, menurut Howards Wriggins, ialah proses


menyatukan masyarakat etnik yang pelbagai supaya
menjadi sebuah bangsa yang bersatu.
 John McAlister pula mentakrif integrasi nasional
sebagai proses pembentukan sebuah bangsa
yang dahulunya berpecah kepada sebuah bangsa
yang baharu dan bersatu (Wan Hashim, 2001: 4).

 Dengan kejadian konflik yang berlaku sebelum


ini, Malaysia cuba mengembalikan kestabilan
dan kesepaduan sosial melalui proses integrasi
nasional.
 Inisiatif ini diterjemahkan dalam Dasar Kebudayaan
Kebangsaan 1971 di mana identiti nasional yang
berteraskan budaya dan kepercayaan orang Melayu
diangkat sebagai teras utama dasar tersebut.
 Objekif dasar ini ialah untuk memperkukuh
perpaduan dan memelihara keperibadian kebangsaan,
berasaskan budaya penduduk asli (Melayu) dan
agama Islam.

 Seterusnya pada tahun 1991, kerajaan di bawah


kepimpinan Tun Dr Mahathir
POLARISASI DAN KETEGANGAN
 Salah satu penulisan yang menilai kerapuhan
hubungan etnik di Malaysia ialah Syed Husin Ali
(2008).
 Sentimen etnik menyebabkan pelbagai konflik di
Malaysia iaitu:
 Batu Pahat,Johor (1945 – 46)
 Batu Malim, Raub, Pahang (1946)
 Batu Kikir,N.Sembilan (1946)
 Pulau Pinang (1958)
 Pangkor,Perak (1959)
 Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1967)
 Kuala Lumpur (1969)
 Kampung Rawa, Pulau Pinang (1998)
FAKTOR YANG TELAH MENYUMBANG
KEPADA KONFLIK ETNIK DI MALAYSIA.

1. Rusuhan etnik berlaku kerana perbezaan dan


percanggahan nilai atau kepentingan.
Memandangkan setiap kumpulan etnik
mempunyai budaya serta kepercayaan yang
berbeza, konflik mudah tercetus sekiranya berlaku
insiden yang menyentuh sensitiviti kumpulan
etnik tertentu.
2. Sikap stereotaip dan prejudis boleh membawa kepada
ketegangan. Sikap ini timbul disebabkan oleh
kegagalan kumpulan etnik yang berbeza memahami
budaya serta kepercayaan etnik lain.

3. Ketidakseimbangan dalam lapangan ekonomi dan


politik mampu mencetuskan konflik. Apabila ada
kelompok etnik tertentu memperoleh kekayaan
manakala kelompok lain pula terpinggir,
ketidakseimbangan ini akan menimbulkan rasa tidak
puas hati dan seterusnya tentangan.
4. Dasar pecah perintah kerajaan menyebabkan isu
serta tindakan tertentu dieksploitasi oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab untuk meraih sokongan umum.
Ini boleh membawa kepada rusuhan etnik.
KONSEP DAN TEORI HUBUNGAN ETNIK
RAS
 Pada kurun ke-16 dan 17 di Eropah, merujuk kepada
keturunan daripada waris yang sama- pengkelasan
kumpulan manusia menekankan kepada pertalian
persaudaraan.

 Kurun ke-18 ia merujuk kepada kelompok manusia


yang mempunyai ciri fizikal dan biologi tertentu yang
diwarisi secara turun-temurun (Feagin dan Feagin,
1993: 5).
 Pada 1684, ahli fizik Peranchis Francois Bernier
menjadi individu pertama mengklasifikasi manusia
kepada kategori yang berbeza berdasarkan ciri muka
dan warna kulit.

 Beliau membahagikan manusia kepada empat


kategori: Timur Jauh, Eropah, Hitam dan Lapp
(Walton dan Caliendo, 2011: 3).
 Ahli antropologi fizikal membezakan tiga ciri utama
manusia iaitu:

1) Ciri anatomi seperti warna kulit, tekstur rambut,


bentuk muka dan badan

2) Ciri fisiologi dalaman seper kadar metabolisme,


penyakit genetik dan aktiviti hormon

3) Komposisi darah (Marger, 1997: 20)


ETNIK

 Ahli biologi dan antropologi fizikal cenderung untuk


mengelaskan manusia berdasarkan ciri fizikal dan biologi

 Ahli sains sosial pula lebih cenderung menggunakan lensa


sosial

 Pendekatan alternatif inilah yang membawa kepada


penggunaan terma etnik.
 Berbeza dengan ras, konsep etnik adalah terma yang
dianggap agak baharu.

 Ia muncul dalam kamus bahasa Inggeris pada tahun


1960an (Marger, 2011: 12).
 Etnik merujuk kepada kumpulan yang menunjukkan
ciri budaya seperti bahasa dan agama yang tertentu.
Walau bagaimanapun, ciri budaya yang unik sahaja
tidak mencukupi untuk mendefinisikan kumpulan
etnik.
 Satu lagi aspek sempadan etnik yang penting
ialah perasaan kekitaan. Ahli sosiologi terkenal,
Milton Gordon (1964) menyatakan bahawa
kumpulan etnik berperanan sebagai sumber
rujukan sosio-psikologikal dalam membentuk
perasaan kekitaan (peoplehood) (dalam Marger,
2011: 13).
 Secara kesimpulan, ada dua pengertian kumpulan
etnik:

1) ia adalah sebuah kumpulan manusia yang


mempunyai nilai budaya yang tersendiri

2) ia adalah produk daripada pemikiran atau


deklarasi sekelompok manusia yang melihat diri
mereka sebagai sebuah kumpulan etnik.
 Perasaan kekitaan yang melampau secara
lumrahnya boleh membawa kepada sikap etnosentrik
iaitu pandangan yang beranggapan bahawa
kumpulan etniknya adalah lebih tinggi
kedudukannya daripada kumpulan etnik lain.
STRATIFIKASI ETNIK
 Stratifikasi etnik adalah aturan hieraki di mana
kumpulan etnik tertentu mengambil kedudukan
dominan manakala kelompok etnik lain mempunyai
skop kuasa yang lebih kecil bergantung kepada
kedudukan mereka dalam hieraki tersebut.

 Umumnya, hieraki kumpulan dibentu berdasarkan


sejauh mana kumpulan tersebut berbeza dengan
kumpulan etnik dominan.
 Kumpulan yang hampir menyerupai kumpulan etnik
dominan akan diletakkan di kedudukan tinggi
manakala kumpulan etnik yang berbeza dengan
kumpulan dominan akan diletakkan di bawah.

 Ahli sosiologi, umumnya, merujuk sistem stratifikasi


etnik kepada sistem majoritiminoriti, atau dominan-
bawahan (Marger, 2011: 43).
 Sama ada seseorang itu menjadi sebahagian kelompok
dominan atau minoriti adalah bergantung kepada
situasi sosial (Marger, 2011: 52).

 Dalam keadaan tertentu, sesebuah kumpulan etnik


akan menjadi kumpulan yang domina tetapi dalam
konteks sosial yang lain, mereka dianggap sebagai
kumpulan minoriti.

 Umpamanya, masyarakat Melayu Sarawak dianggap


sebagai kelompok minoriti di Malaysia.
 Walau bagaimanapun, di mata masyarakat Iban,
Melayu Sarawak adalah sebahagian daripada
kelompok dominan Melayu.

 Keahlian dalam sesebuah masyarakat bagi kumpulan


etnik adalah bukan sesuatu yang mudah.

 Seringkali berlaku pertindihan atau kekaburan status


sesebuah kumpulan etnik tersebut.
PREJUDIS

 Prejudis adalah imej mental yang bersifat tetap


mengenai kelompok individu tertentu.

 Ia adalah kepercayaan umum yang selalunya


bersifat negatif terhadap kesemua ahli dalam
kumpulan tersebut. Sikap prejudis mempunyai
beberapa ciri khusus iaitu:
1. Ia adalah pandangan yang bersifat umum.

 Individu dinilai berdasarkan ikatan mereka terhadap


kumpulan etniknya, dan bukan sifat peribadi individu
tersebut.

 Oleh itu, prejudis melangkaui norma rasional kerana


individu tidak dinilai secara objektif dan adil sebagai
seorang individu tetapi lebih kepada pandangan umum
mengenai kumpulan etniknya.
2. Prejudis tidak bersifat fleksibel.

 Individu yang mempunyai sifat prejudis terhadap


kelompok etnik tertentu mempunyai ikatan emosi
terhadap pandangan tersebut. Ini menyebabkan
pandangan prejudis tidak mudah diubah walaupun
adanya bukti untuk menafikan kebenarannya.
3. Prejudis selalunya mempunyai konotasi yang negatif.

 Walau bagaimanapun, prejudis juga boleh bersifat


positif. Cuma, prejudis positif ini selalu digunakan
untuk mengambarkan kekuatan serta ketuanan
kumpulan etnik yang dominan manakala prejudis
negatif digunakan untuk menilai kumpulan etnik
minoriti.
4. Akhir sekali, prejudis adalah imej yang salah atau tidak
tepat mengenai sesebuah kumpulan etnik.

 Jenis prejudis ini dipanggil stereotaip. Menurut Walter


Lippmann, stereotaip, adalah ‘gambar dalam kepala kita’
yang terbentuk bukan hasil daripada pengalaman peribadi
(dalam Marger, 2011: 71 – 72).

 Sebaliknya, ia terbentuk hasil daripada peristiwa yang


berlaku sebelum itu dan juga pengaruh agen sosialisasi
terutamanya media massa.
DISKRIMINASI

 Jika prejudis adalah aspek sikap dalam stratifikasi


etnik, diskriminasi pula adalah aspek tingkah laku.

 Diskriminasi meliputi tingkah laku yang bertujuan


untuk menafikan kumpulan etnik tertentu daripada
mendapat akses yang sama rata terhadap faedah atau
kekayaan negara. Justeru, diskriminasi adalah lebih
daripada
 Sekadar mempunyai tanggapan negatif terhadap
kumpulan etnik lain. Ia adalah tindakan atau amalan
yang selalunya dilakukan oleh kelompok majoriti atau
dominan, ataupun wakil mereka, yang mempunyai
impak negatif terhadap kumpulan bawahan atau
kelompok minoriti.

 Tindakan diskriminasi berlaku dalam pelbagai bentuk


dan tahap.
 Penggunaan label yang bersifat menghina terhadap
sesebuah kumpulan etnik tertentu adalah suatu bentuk
diskriminasi yang paling rendah terhadap mangsa.

 Bentuk diskriminasi yang lebih serius dan mampu


membawa kesan jangka panjang terhadap golongan
minoriti atau bawahan ialah penafian terhadap
pelbagai peluang hidup seperti pekerjaan, perumahan,
kesihatan, pendidikan, keadilan dan penyertaan
politik.
TAHAP ASIMILASI GORDON

 Asimilasi budaya (akulturasi)-- Perubahan budaya


mengikut acuan kumpulan etnik majoriti atau
dominan

 Asimilasi struktur (integrasi)-- Peningkatan interaksi


dalam institusi primer (keluarga, kelab, kumpulan
kawan-kawan) dan sekunder (institusi ekonomi,
politik dan sosial)
 Asimilasi perkahwinan (amalgamasi)-Perkahwinan
campur antara kumpulan etnik pada skala besar

 Asimilasi identiti Perkembangan perasaan kekitaan


berasaskan kepada kumpulan etnik majoriti atau
dominan

 Asimilasi penerimaam sikap- Ketiadaan prejudis

 Asimilasi penerimaan tingkah laku-Ketiadaan


diskriminasi

 Asimilasi sivik- Ketiadaan nilai dan konflik kuasa


TERIMA
KASIH

You might also like