You are on page 1of 36

SUBJEK: BIOSAINS

 KOD: MABC 1122


 JAM KULIAH/ TUTORAN: 32 + 8 Jam
BIOKIMIA
1.Pengenalan kpd Kimia Asas (2 Jam)
2.Biologi Membrana Sel (3 Jam)
3.Metabolisma Sel (4 Jam)
4.Homeostasis (2 Jam)
5.Imbangan Air dan Elektrolit (3 Jam)
6.Imbangan Asid-Bes (2 Jam)
KULIAH 1
UNIT 1:PENGENALAN KPD KIMIA ASAS
(2 Jam)
Objektif spesifik;
1.Memahami elemen asas badan.
2.Memberi definisi istilah yg digunakan.
3.Memberi perincian berkenaan setiap elemen
asas.
4.Mengaplikasikan kefahaman ini dlm
mengendalikan pesakit.
 PENGENALAN
Definisi
1.Biokimia-berasal dari 2 perkataan;
a.Biologi-Sains mengenai kajian organisma yg
bernyawa.
b.Kimia –Sains mengenai struktur sesuatu jirim, dari
peringkat molekul, atom dan partikel serta reaksi
kimia yg berlaku.
Maka Biokimia ialah;
a.kajian mengenai sesuatu yg bernyawa pd peringkat
molekul.
b.Sains berkenaan perubahan kimia yg berlaku
semasa fungsi penting tubuh badan berlangsung.
Pengenalan kpd Elemen Asas Badan
elemen asas diperlukan utk menghasilkan
perubahan jisim.
penting dlm mengekalkan kesihatan,
pertumbuhan dan proses penyembuhan.
lebihan atau kekurangan menyebabkan
ketidakseimbangan fungsi badan.
Jenis elemen asas yg diperlukan oleh
badan ialah;
i. air
ii. bahan organik (Lemak)
iii. bahan bukan organik (galian)
iv.vitamin
v. karbohidrat
vi.protein (asid amino).
1.AIR
-memainkan peranan penting utk
membolehkan proses-proses dlm badan
berlaku.
-diperolehi dari pelbagai jenis makanan spt;
i.buah-buahan
ii.susu
iii.sayur-sayuran.
- air diperlukan utk membolehkan pelbagai
tindakbalas kimia berlaku di dlm badan.
-Contoh tindakbalas kimia termasuk;
i. Pembebasan tenaga dpd karbohidrat,
lemak dan protein.
ii.berfungsi sebagai medium utk
tindakbalas kimia, penyerapan dan
pengangkutan nutrien.
iii.agen pelincir dlm badan.
iv.menentukan bentuk badan.
2.PROTEIN
-terdiri daripada;
a.Asid amino
b.Enzim

2.1(a). Asid amino


-terdpt 20 jenis asid amino semulajadi.
- protein lengkap-makanan yg mengandungi
semua asid amino utama.
-asid amino perlu utk membentuk molekul
besar (polymers)  protein utk membesar
dan menggantikan tisu yg rosak atau mati.
-protein adalah sebatian nitrogen yg
menghasilkan asid amino berikutan proses
hidrolisis.
-protein merupakan bahan organik yg menjadi
struktur asas sel yg hidup.
2.1(b).Enzim
-bahan katalis biologikal mempercepatkan
reaksi biologi badan.
-dibentuk oleh sel hidup.
-membantu kadar reaksi kimia tanpa sifatnya
berubah.
-penting dlm mengawal semua reaksi biologi
dlm badan.
-penghasilannya dikawal oleh bahan genetik
badan.
-diet yg kurang vitamin dan galian
kekurangan penghasilan enzim oleh sel.
-terdiri dari bahan protein yg mempunyai
reaksi khusus.
-mempunyai permukaan yg aktif utk substrat
bercantummembolehkan reaksi.
-mudah musnah dan tindakannya dipengaruhi
oleh;
a.suhu
b.pH
c.kepekatan substrat
d.kepekatan enzim
e.bahan ko-enzim
f.bahan perencat (inhibitors).
2.2.Peranan Protein
-struktur asas semua sel hidup
-memainkan peranan utama dlm fungsi dan
struktur sel.
-membekalkan asid amino yg diperlukan oleh badan
-membentuk organ spt;
a.otot (actin dan myosin)
b.kulit (keratin dan kolagen)
c.tendon
d.tulang
e.gigi
f.tisu perantara
g.plasma protein (airan badan).

-merupakan komponen utama;


a.enzim
b.hormon
c.antibodi.
-membantu dlm ujian makmal utk tujuan diagnosis.
-pengambilan protein mencukupi perlu (meningkat);
a.remaja
b.ibu mengandung.
-badan tiada sistem penyimpanan protein diguna
utk hasilkan tenaga.
2.3.Fungsi Protein
1.memperbaiki kerosakan tisu badan (anabolisma)
2.membina tisu baru
3.sumber tenaga dan haba
4.membantu merembeskan beberapa rembesan dan
bendalir badan spt hormon.
5.memelihara hubungan osmosis yg normal.
6.memelihara keseimbangan asid-bes darah dan
tisu badan.
7.bertindak sebagai pengangkut bahan-bahan lain
spt;
a.lipid
b.kolesterol
c.fosfolipid
d.vitamin larut lemak.
8.kerintangan badan dari penyakit
9. membekalkan asid amino utk membolehkan
proses metabolisme.
2.4.Sintesis Protein
-protein dibentuk melalui proses sintesis oleh
ribosom.
-protein baru diperlukan utk menggantikan protein yg
hilang/ rosak.
-sintesis jenis protein dikawal oleh DNA.
-lebihan asid amino diaminasikan di hepar 
disingkirkan dlm bentuk urea oleh ginjal. Iaitu;
a.kumpulan amino dipisahkan dari asid amino dgn
memisahkan ion hidrogen menjadi amonia yg
toksik.
b.Amonia toksik segera ditukar menjadi urea yg
tidak toksik.
c.disingkir melalui ginjal dlm urin.
3.KARBOHIDRAT
-adalah bahan gabungan kanji dan gula.
-kumpulan sebatian organik terdiri dari 3 unsur utama.
-Iaitu, karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (O) pd
nisbah 1:2:1.
-formula umumnya ialah CHO. Cth: Glukosa-6:12:6.
-menyumbang sebahagian besar tenaga yg diperlukan
utk bergerak dan membuat kerja.
-dlm bentuk glukosa
-sumber utama-bijirin
3.1.Kelas Karbohidrat
a.Monosakarida
b.Disakarida
c.Polisakarida
a.Monosakarida
-karbohidrat paling mudah
-mempunyai satu unit sakarida
-Cth: (GFG)
a.glukosa
b.fruktosa
c.galaktosa

b.Disakarida
-karbohidrat yg mengandungi 2 unit monosakarida
yg diikat bersama.
-Cth: (SLM)
a.sukrosa
b.laktosa
c.maltosa

c.Polisakarida
-karbohidrat yg mengandungi banyak unit
monosakarida.
-Cth: (KGS)
a.kanji
b.glikogen
c.selulosa
3.2.Kegunaan Karbohidrat
1.Sumber tenaga dan haba penting utk badan
-hepar sebagai pusat kawalan utama dlm mengawal
kandungan glukosa dlm darah.
-asid glukoronik-sejenis metabolit glukosa
mempunyai fungsi yg mustahak utk bergabung dgn
bahan toksin kimia dan bakteria serta metabolit
normal.
-jantung mempunyai kandungan glikogen sebagai
sumber tenaga ototnya.
-sistem saraf pusat tidak mempunyai sistem
simpanan perlu bekalan glukosa berterusan dari
darah.
-glukosa mempunyai pengaruh penting dlm
mengawal keutuhan tisu saraf dan sumber tenaga
ke otak.
2.perlu ditukar menjadi lipid utk simpanan.
3.bergabung dgn bahan lain spt protein 
membentuk glikoprotein  fungsi reaksi
imunologi.
4.memetabolismekan lemak yg normal.
5. Membantu dlm menukarkan bahan-bahan
metabolit lain spt;
a.menjimatkan protein
-protein tidak akan ditukarkan utk membekalkan
tenaga dan haba protein hanya diperlukan dlm
tumbesaran dan pembaikan tisu yg rosak.
b.Laktosa dlm usus lebih lama dari sakarida yg lain.
-ini menggalakkan pertumbuhan bakteria yg
mensintesiskan vit. B kompleks dan vitamin K.
c.makanan yg lazimnya menjadi sumber karbohidrat
(bijirin) juga membekalkan protein, garam mineral
dan vitamin B kompleks.
d.selulosa dan karbohidrat lain juga boleh
merangsang pergerakan peristalsis salur gastro-
usus  menyerap air memberi bahan pukal pd
kandungan usus.
4. LEMAK (Bahan Organik)
-juga dikenali sebagai lipid.
-sebatian organik yg tidak larut air.
-terdiri dpd ;
a.karbon
b.hidrogen
c.oksigen
-dibentuk dari bahan asas yg dikenali ‘fatty acids’
-disimpan dlm bentuk ‘triglycerides’ samada secara
terus dari ‘fatty acids’ atau dari sumber karbohidrat.
- ‘lipogenesis’ berlaku-terutama dlm hepar.
4.1.Sifat-sifat lemak;
a.tidak larut air
b.larut dlm pelarut organik –spt eter dan kloroform.
c.boleh diguna oleh organisme hidup.

4.2.Kategori lemak
-terdapat 3 kategori lemak;
a.Lipid ringkas
-lemak semulajadi
b.Lipid gabungan
- dibentuk oleh asid lemak, alkohol dan bahan lain.
c.lipid terbitan
-bahan tak larut air dari lipid ringkas dan gabungan.
-steroid terdiri dari lipid terbitan.
4.3.Fungsi lemak
1. sumber tenaga yg terkumpul.
2. Sumber asid lemak.
3.agen pembawa vitamin larut lemak (A,D,E &
K).
4.satu kaedah utk menimbulkan rasa
kenyang.
5.membantu melindungi dan memperbaiki
rupa bentuk badan.
6.bertindak sebagai perkursor kpd hormon yg
dikenali sebagai prostaglandin.
5. VITAMIN
-sebatian organik yg diperlukan dlm jumlah yg kecil
dlm diet.
-tidak dpt disintesis oleh badan –mesti diperolehi dari
diet.
-berperanan merangsangkan pertumbuhan dan
mengekalkan kehidupan.

5.1.Jenis vitamin
a.Vitamin A b.Vitamin B
c. Vitamin C d.Vitamin D
e.Vitamin E f.Vitamin K
a.Vitamin A
-larut dlm lemak
-juga dikenali sebagai retinol
-diperlukan utk pertumbuhan dan mengekalkan;
a. tisu-tisu tulang
b.spermatogenesis
c.pembentukan plasenta
-kekurangan vitamain A menyebabkan rabun malam
-diperolehi dari-daging, telur dan karot.
b. Vitamin B
-terdiri dari ;
a.Tiamina (B1)
b.Niasin (Asid Nikotinik)
c.Riboflavin (B2)
d.Piridoksina (B6)
e.Biotin
f. Asid folik
g.Sianokobalamin (B12).
-berfungsi meningkatkan;
a. selera makan
b.laktasi
c.metabolisme sel-sel
-juga bertindak sebagai ko-faktor dlm pelbagai
sistem enzim yg terlibat dlm pengoksidaan
makanan dan penghasilan tenaga.
-boleh diperolehi dari (sumber);
a.kekacang
b.daging
c.buah-buahan.
-kekurangan: menyebabkan penyakit;
a.beri-beri
b.kegagalan jantung.
c.Vitamin C
-larut dlm air
-perlu utk pembentukan bahan antara sel dan tisu
perantara.
-berperanan dlm penyembuhan luka.
-kekurangan: menyebabkan penyakit skurvi.
-sumber: diperolehi dgn banyak dari;
a. buah-buahan yg masam
b.sayur-sayuran.
d. Vitamin D
-larut dlm lemak dan juga dipanngil kalsiferol.
-berkait rapat dgn penggunaan kalsium dan fosforus
dlm badan (proses penyerapan).
-sumber:
a.pendedahan kpd cahaya matahari dgn
penyerapan semulajadi melalui kulit.
b.makanan spt telur, keju, mentega, ikan dan susu.
-kekurangan:menyebabkan penyakit;
a.tulang-’Rickets’
b.osteomalasia.
e.Vitamin E
-juga dipanggil Tokoferol
-boleh menghalang pengoksidaan;
a Vit.A
b.Vit.C
c.asid lemak tepu
-kekurangan: mengakibatkan ketiadaan
pembentukan antibodi.
-sumber (diperolehi dari):
a.sayur-sayuran
b.minyak sayuran.
f. Vitamin K
-dikenali sebagai filo dan farnokuinon
-membantu dlm pembentukan protrombin dan
prokonvertin utk pembekuan darah.
-kekurangan: masalah pembekuan darah.
g.Asid Folik
-sumber: melalui makanan spt;
a.ragi
b.hepar
c.sayuran berdaun
-kekurangan: menyebabkan megaloblastik anaemia.
6.GARAM MINERAL (GALIAN/ Non Organic)
-unsur bukan organik yg boleh membentuk hablur.
-kepentingan / fungsi mineral;
a.mengawal keseimbangan cecair
b.mengawal keseimbangan asid-bes
c.membentuk struktur
d.memangkin beberapa tindakbalas perlu
e.berfungsi sebagai juzuk utk
i.enzim,
ii.hormon
iii.beberapa sebatian utama lain (disintesis) di dlm
badan.
-setiap mineral berfungsi dgn khusus spt;
a.penghantaran impuls saraf
b.penguncupan otot.
-Rajah:Senarai mineral mengikut klasifikasi makro
dan mikro-nutrien.
Makronutrien Mikronutrien
-kalsium -sulfur -Kromium -mangan
-klorida -kobalt -Zink
-magnesium -kuprum -selenium
-fosforus -flourin
-kalium -iodin
-natrium -ferum

You might also like