You are on page 1of 26

KULIAH 3

UNIT 3:METABOLISME (4 Jam)


OBJEKTIF
memberi definisi metabolisme, katabolisme dan
anabolisme.
menerangkan istilah-istilah yg digunakan.
menerangkan proses metabolisme melibatkan;
-karbohidrat
-lemak
-protein
mengaplikasikan topik ini dgn subjek lain.
Pengenalan
-metabolisme melibatkan 2 proses utama. Iaitu;
-katabolisme
-anabolisme
-metabolisme ialah penghuraian juzuk-juzuk
kompleks dan bahan organik yg terdpt di dlm badan
atau pembinaan bahan-bahan kompleks.
-penghasilan haba dan tenaga yg diperlukan oleh
badan berikutan proses metabolisme.
a.Katabolisme
-proses metabolisme yg melibatkan penghuraian
bahan-bahan yg kompleks kpd juzuk-juzuk yg lebih
ringkas utk penghasilan tenaga serta haba yg
digunakan oleh badan.
-bahan kumuhan terhasil akibat dari tindakbalas-
tindakbalas kimia.
b.Anabolisme
-merupakan proses penggabungan/ pembentukan
bahan-bahan kimia yg ringkas kpd bahan-bahan
yg lebih komplek.
-bahan-bahan baru yg komplek yg telah dihasilkan
diperlukan oleh badan utk pertumbuhan,penjagaan,
pembaikan sel dan tisu dan utk tujuan
penyimpanan tenaga.
-proses ini diperlukan dlm ketiadaan karbohidrat
apabila protein dan lemak diperlukan utk
menghasilkan tenaga dan haba.
3.1.Definisi- Metabolisme
 merupakan satu proses perubahan fizikal dan
kimia dlm badan yg membolehkan fungsi-fungsi
normal badan serta pertumbuhan yg normal.
atau
 segala proses dalam tubuh badan samada utk
membentukkan atau memecahkan bahan-bahan
nutrien (Carola et al, 1992).
atau
 perubahan fizikal dan kimia yg berlaku di dlm
organisma dgn melibatkan pertukaran tenaga dan
bahan di dlm sel-sel (Thomas, 1990).
Atau;
berkenaan dgn pemecahan, pertukaran,
penyimpanan, penggunaan makanan serta
pengurusan tenaga yg diperolehi (Patrick et al
1991).

3.2.Fungsi Metabolisme
1.mengekalkan homeostasis.
2.menukarkan nutrien ke tenaga.
3.penghasilan dan replikasi asid nukleik.
4.sintesis protein / hormon/ enzim.
5.pembentukan sel-sel/ tisu-tisu.
6.ekskresi bahan kumuhan sel.
7.penghasilan haba.

3.3.Kadar metabolisme
-merujuk kpd jumlah tenaga (kalori) yg digunakan
oleh tubuh badan dlm satu unit masa utk
mengekalkan aktiviti normal sel.
-ukuran kalori yg digunakan.
3.3(a).Faktor yg mempengaruhi kadar
metabolisme
1.Jenis makanan
-makanan yg kaya protein meningkatkan kadar
metabolisme akibat deaminasi asid amino yg
cepat.
2.Senaman/ aktiviti
-aktiviti fizikal meningkatkan penggunaan kalori.
-tidur -penggunaan kalori menurun 10 -15 %
-makan (meningkat).
3.Hormon
-bertindak menerusi sistem maklumbalas
(penghasilan tiroksina-meningkatkan kadar
metabolisme).
4.Umur
-kanak-kanak (kadar metabolisme yg lebih tinggi).
5.Jantina
-lelaki mempunyai BMR lebih tinggi
6.Lain-lain
-kehamilan
-demam/ suhu
UNIT:3.1:METABOLISME LIPID (LEMAK)
1. Pengenalan
-lemak merupakan kumpulan sebatian organik yg
berminyak .
-tidak larut dlm air. Tapi larut di dlm alkohol dan eter
-mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen.
-kandungan hidrogennya adalah lebih tinggi.
-lemak merupakan komponen penting dlm makanan
yg perlu diambil secara seimbang.
2.Jenis Lemak/ Lipid
a.Lipd mudah (asli) -spt lilin dan lemak haiwan.
b.Lipid sebatian-merupakan sebatian yg
dibentuk oleh asid lemak, alkohol dan bahan
lain spt fosfolipid, glikolipid dan lipoprotein.
c.Lipid gabungan (derivative):lipid yg dihasilkan
dari lipid mudah dan sebatian. Cth: “fatty
acid” dan steroids.
3.Fungsi lipids
merupakan sumber simpanan tenaga utama
(setiap gram lipid mempunyai tenaga yg berganda
berbanding karbohidrat).
 memberi perlindungan pd organ-organ dgn
menyerap anjalan.
mengawal haba-sebagai penebat di periferi.
fosfolipid adalah komponen utama membran sel.
mempunyai steroid-sebahagian dpd sebatian
hormon, vitamin dan garam hempedu.
4.Lokasi metabolisme lipid
 di usus kecil:
- hempedu mengemulsikan lemak
-enzim lipase membantu lemak ditukarkan ke;
i.asid lemak
ii.gliserol.
lemak diserap pd lakteal di usus kecil.
 gliserol kemudian dimetabolismekan--> menjadi
piruvat -->masuk kitaran Kreb utk menghasilkan
tenaga dan haba.
 hasil akhir pemecahan ialah karbohidrat, haba,
tenaga, air dan karbon dioksida.
 asid lemak memerlukan proses yg agak berbeza
dari proses metabolisme gliserol.
 hampir semua tisu menggunakan asid lemak utk
menghasilkan tenaga.
5.Kawalan metabolisme lemak oleh hormon:
- hormon ini meningkatkan metabolisme lemak;
1.Tiroksina: meningkatkan mobiliti lemak secara
tidak langsung dgn meningkatkan kadar
metabolisme sel.
2.Glukokortikoid: meningkatkan kadar mobiliti lemak
dgn meningkatkan ketelapan sel lemak.
3.Adrenokortikoid: meningkatkan mobiliti lemak
secara langsung dgn meningkatkan aktiviti LPH
(Lipase peka hormon).
4.Epineferin dan Norepineferin: meningkatkan kadar
mobiliti lemak melalui rangsangan aktiviti LPH
berasaskan asid lemak dpd sel-sel lemak.
- hormon ini menghalang penggunaan lemak;
1.Insulin :menghalang penggunaan lemak dan
meningkatkan sintesis lemak.
6.Katabolisme lipid (Lipolisis)
-hidrolisis menukarkan trigliserida kpd ;
i.asid lemak
ii.gliserol
-asid lemak dan gliserol digunakan utk
sintesis fosfolipid dan glikolipid.
-pengoksidaan beta (beta oxidation) menukarkan
asid lemak ke asetil-KoA (menjadi aktif)
-asetil -KoA memasuki kitaran asid sitrik.
-menerusi sistem pengangkutan elektron, 146
molekul ATP dihasilkan.
-produk katabolisme lipid yg lain ialah;
-haba
-air
-karbon dioksida
-asetil-koA yg berlebihan ditukarkan ke bahan keton
(ketone bodies) menerusi ketogenesis.
-metabolisme lemak yg berlebihan menyebabkan
akumulasi bahan keton --> ketosis.
7.Anabolisme lipid (Lipogenesis)
-pembentukan asid lemak yg baru memerlukan
enzim.
-molekul asetil-KoA mengalami kondensasi dan
kemudian ditukarkan kpd asid lemak.
-pengesteran (esterification) asid lemak kpd
trigliserida.
-trigliserida disimpan dlm adiposit (sel-sel yg
membentuk tisu adipos).
UNIT:3.2. METABOLISME KARBOHIDRAT
1.Pengenalan
-karbohidrat mempunyai tenaga tersimpan yg
banyak dlm ikatan kimianya (dibawa oleh elektron
yg bertenaga tinggi).
-semasa metabolisme, ikatan kimia polisakarida
dipecahkan ke monosakarida dan diserap oleh
usus.
-elektron-elektron bertenaga tinggi dipindahkan ke
nukleotida-neukleotida spt Nicotinamide Adenine
Dinucleotide (NAD) dan Flavin Adenine
Dinucleotide (FAD).
-NAD dan FAD bercantum dgn H+ -->menghasilkan
tenaga-->diguna utk menghasilkan ATP oleh
“mitochondrion”.
- hasil proses metabolisme karbohidrat ialah:
> tenaga
> haba,
> karbon dioksida
> air.
Katabolisme Karbohidrat
-bertujuan menghasilkan tenaga utk aktiviti sel-sel
(cellular respiration).
-Metabolisme glukosa berlaku dlm 3 peringkat (dlm
menghasilkan tenaga ATP);
a.Peringkat Glikolisis (anaerobik)/ Embden Meyerhof
Pathways.
b.Peringkat Kitaran Kreb (Anaerobik)
c.Peringkat Rangkaiaan Pengangkutan Elektron
(Aerobik)/ Cytochrome (dlm mitochondrion).
a.Peringkat Glikolisis/ Embden Meyerhof
Pathway
-proses pemecahan glukosa- 1 molekul glukosa (6
atom karbon) dipecahkan kpd 2 molekul asid
piruvik (3 karbon/ molekul).
-proses yg kompleks berlaku di dlm sitoplasma
tanpa memerlukan oksigen (anaerobik) yg
melibatkan 10 langkah reaksi kimia.
-setiap reaksi kimia dimangkinkan oleh enzim
khusus. Cth: Hexokinase, aldolase, enolase,
pyruvakinase dll (10 jenis reaksi).
-utk memecahkan glukosa, paras tenaga perlu
ditingkatkan (dgn bantuan fosforilase).
-”phoshorylase”- jenis enzim utk mempercepatkan
pembentukan “glucose-1-phosphate” dari glikogen.
-glikolisis berakhir dgn pembentukan asid piruvik.
-asid piruvik ditukarkan kpd 2 molekul Asetil Ko-
enzim A (Asetil Ko-A)--> menghasilkan 2 molekul
asid piruvik dan 2 molekul ATP--> seterusnya
Kitaran Asid Sitrik.
-rujuk gambarajah
b. Peringkat Kitaran Kreb
-juga dikenali sebagai Kitaran Asid Trikarboksilik/
Kitaran Asid Sitrik.
-suatu siri reaksi kimia yg komplek.
-Asetil KoA bergabung dgn asid oksaloasetik utk
membentuk asid sitrik.
-bahagian asetil (asetil KoA) ditukarkan kpd karbon
dioksida dan atom hidrogen .
-atom hidrogen kemudian mengalami pengoksidaan
--> menghasilkan 1 molekul ATP.
-rujuk gambarajah.
C.Kitaran Cytochrome (Rangkaian Pengangkutan
Elektron)
-proses aerobik
-dlm mitokondria
-penghasilan lebih banyak tenaga ATP dan air.

You might also like