You are on page 1of 23

Kenegaraan

HNS 2013
KENEGARAAN MALAYSIA

• KENEGARAAN MALAYSIA
• ILMU KENEGARAAN
• KURSUS YANG SAMA DENGAN SEJARAH ?
• PERBINCANGAN DALAM ILMU KENEGARAAN
MALAYSIA

AN 1043 Kenegaraan Malaysia 2


KENEGARAAN MALAYSIA

• BIDANG ILMU YANG DIBENTUK KHUSUS


UNTUK MEWUJUDKAN RASA JATI DIRI
MALAYSIA SEKALIGUS MELAHIRKAN
WARGANEGARA YANG BAIK DAN
BERTANGGUNGJAWAB.

AN 1043 Kenegaraan Malaysia 3


ILMU KENEGARAAN MALAYSIA

• ILMU YANG TERBENTUK HASIL GABUNGAN


ILMU SEJARAH, SOSIOLOGI,
ANTROPOLOGI, SAINS POLITIK, AGAMA,
UNDANG-UNDANG DAN EKONOMI. ILMU INI
MERENTASI DI ANTARA BIDANG ILMU.

AN 1043 Kenegaraan Malaysia 4


PERBEZAAN KENEGARAAN MALAYSIA DAN
ILMU SEJARAH

• SEJARAH SEBAHAGIAN KOMPONEN ILMU


KENEGARAAN
• INTIPATI ILMU KENEGARAAN
• SEJARAH – PENGHUBUNG MASA LALU DAN
MASA KINI.
• SEJARAH – IDENTITI BANGSA

AN 1043 Kenegaraan Malaysia 5


Skop Perbincangan
• Ideautama pembentukan sebuah negara berkaitan
dengan masyarakat, budaya, sosial, politik, ekonomi
dan sejarah negara berkenaan

• Kursus ini membincangkan perkara-perkara yang


berkaitan dengan sejarah Malaysia, sistem
pemerintahan Malaysia, pembangunan dan
pembinaan negara bangsa.
Kenegaraan
 Kenegaraan = negara atau konsep
negara.
 Negara merujuk kepada sekumpulan
manusia yang mendiami wilayah atau
daerah tertentu di bawah undang-undang
dan kuasa pemerintahan
 Konsep negara menurut undang-undang
antarabangsa ialah sesuatu masyarakat
politik atau negeri layak dianggap
sebagai sebuah negara sekiranya
mempunyai ciri-ciri sebuah negara.
ELEMEN-ELEMEN negara

PENDUDUK

KERAJAAN:
Kerajaan yang teratur
NEGARA SEMPADAN

KEDAULATAN:
Mempunyai keupayaan
untuk mengawal hal ehwal
dalam negeri dan
kebebasan untuk
mengadakan hubungan
dengan negara-negara lain.
PETA DUNIA
PETA DUNIA
KONSEP-KONSEP ASAS KENEGARAAN

Kerajaan
Sistem kerajaan
Negara bangsa
Ras
Politik
Etnik
Masyarakat
Masyarakat Majmuk
Kebudayaan
Ideologi
KERAJAAN :

• Konsep kerajaan merujuk kepada fungsi-


fungsi yang terlibat dalam pengurusan dan
perjalanan hal ehwal sesebuah negara.

• Pada peringkat Persekutuan terdapat 3


badan kerajaan, iaitu:

i. Badan Pemerintahan (Eksekutif)


ii.Badan Perundangan (Legislatif)
iii.Badan Kehakiman (Judisiari)
SISTEM KERAJAAN :

• Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan


agensi-agensi yang bertanggungjawab untuk
menggubal dan melaksanakan dasar-dasar negara.

• Sistem-sistem kerajaan ini boleh dibahagi berasaskan:

i. Pembahagian kuasa kerajaan antara kerajaan pusat


dengan kerajaan-kerajaan negeri atau tempatan

ii.Kewujudan atau ketidakwujudan raja.


Negara bangsa :

• Cabaran yang paling besar dalam konteks


Malaysia ialah membentuk hubungan kaum tanpa
mengira bangsa dan akhirnya kelahiran satu
bangsa iaitu bangsa Malaysia.

• Rusuhan Kaum
Contoh : Darurat 1948-1960
Peristiwa 13 Mei 1969
RAS :

 Merujuk kepada keturunan atau fizikal


seseorang.

Cth: seorang Melayu akan mempunyai ciri-ciri


kemelayuan dari segi ras nya seperti berkulit
sawa matang, sederhana tinggi, berambut hitam
dan sebagainya.
ETNIK :

• Dilihat daripada perbezaan budaya dan adat resam.

• Menurut Ting Chew Peh (1987), etnisiti atau rasa


kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu bermakna
wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang
jelas di mana anggotanya berasa disatukan dengan
satu sejarah, nilai sikap dan tingkah laku yang sama.
Masyarakat :

kelompok
Masyarakat adalah satu kelompok manusia yang berbeza dari
lain dari segi kepentingan bersama, penyertaan dalam
perhubungan yang mempunyai ciri khusus, penyertaan dalam
institusi yang dikongsi bersama, dan mengamalkan budaya yang
sama.
Konsep masyarakat mempunyai ciri-ciri sebagaimana berikut:
i. Tinggal di negeri atau wilayah tertentu.
ii. Berkongsi budaya.
negeri
Dalam erti kata lain, satu komuniti tertentu yang tinggal di sebuah
atau wilayah, dan mempunyai adat resam, undang-undang,
serta organisasi yang dikongsi bersama.
Masyarakat majmuk :

• Masyarakat dikatakan majmuk apabila ia terdiri daripada pelbagai


kelompok ras atau etnik yang berlainan daripada di bawah satu sistem
pemerintahan.

• Menurut J. S Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai


kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang
tersendiri.

• Menurut Van Den Berghe masyarakat majmuk mempunyai ciri-ciri berikut:

 Ketiadaan konsensus nilai.


 Kepelbagaian Kebudayaan.
 Wujudnya konflik di antara kelompok yang berlainan.
 Wujudnya autonomi atau kebebasan di antara bahagian dalam sistem
sosial.
 Pentingnya paksaan dan saling bergantungan dari segi ekonomi
sebagai dasar integrasi.
 Dominasi politik oleh satu golongan tertentu.
Kebudayaan :

• Meliputi pengetahuan, kepercayaan, kesenian,


undang-undang, akhlak, adat resam, dan lain-lain
keupayaan serta kebiasaan yang diperolehi oleh
manusia sebagai anggota masyarakat.

• Ciri-ciri kebudayaan yang dapat dikenal pasti adalah:

Diperturunkan dari generasi ke generasi.


Dikongsi bersama (shared).
Dipelajari (learned).
Menggambarkan nilai dan identiti kelompok.
Menyediakan kerangka rujukan bagi satu-satu
masyarakat .
Bersifat dinamis serta kreatif.
Ideologi :

• Idea-ideayang disusun secara teratur untuk


mewujudkan satu sistem kehidupan.

• Contoh: Di Malaysia ideologi yang diamalkan adalah


Rukun Negara yang dibentuk bagi melahirkan
semangat perpaduan ke arah pembinaan negara
bangsa.
POLITIK :

• Politikadalah berhubung dengan pemerintahan,


pentadbiran dan kuasa.

• Pilihanraya adalah sebahagian daripada proses


pemilihan yang akan menentukan pihak yang
berkuasa dan membentuk kerajaan.
Rumusan

ILMU KENEGARAAN MEMBERI RUANG KEPADA


MASYARAKAT MENYEDARI HAL EHWAL NEGARA.
MEMBERIKAN PEMAHAMAN KOMPREHENSIF
MENGENAI NEGARA. INI PENTING UNTUK MEMBINA
SATU GENERASI MALAYSIA YANG
BERPENGETAHUAN DAN PEKA.
MEMPERKUKUH JATI DIRI BANGSA MALAYSIA
SEBAGAI SEBUAH NEGARA PELBAGAI KAUM
DENGAN MENGAMALKAN KEHIDUPAN YANG
BERTOLERANSI.
PEMAHAMAN DAN
PENGHAYATAN

• BAGAIMANA KURSUS KENEGARAAN INI BOLEH


MENYEMAI SEMANGAT JATI DIRI KEPADA RAKYAT
MALAYSIA?
• BAGAIMANA CARA UNTUK KITA MEMUPUK
PERASAAN BANGGA DAN SAYANG KEPADA NEGARA?
• APAKAH KUNCI UTAMA UNTUK MEMASTIKAN
PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA TIDAK TERGUGAT?

You might also like